Saturday, September 15, 2012

Kaya Lah Aku Nanti.. Ahaks. :P

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

amboihh kau tajuk entry meletup.. erghh meletup lah sangat *sila buat gaya Mak Jemah.. haha :P lah tak kan tahu kowt gaya Mak Jemah?? rugi kau jah.. eh tertiba jadi camgitu.. haha.. dah dah dah.. stop mengarut.. :) 

ehmm korang ada tengok kelainan dak blog aku nih?? yewlah.. ada tercantik kat mana-mana macam blog Irine Nadia  dak?? cey tak nak kalah nih.. HAHA :P tak dak?? memank lah tak dak sebab aku tak edit apa-apa pom.. HAHA :P tambah sesikit ker.. hewhewhew

hee nih aihh malu pulak nak cakap.. hehe *gelak sopan macam orang datang meminang.. eh tertiba.. hahah :P dak dak gurau ja.. jangan ambik seruis key.. kan nantikan kalau serius memanjang kan muka berkerut-kerut hilang seri nya nanti.. hehe :) nih kawan sekelas aku selalu duk tanya 

" eh blog boleh buat duit kan?? patutlah kau aktif dalam blog " 

and aku buat muka pelik .. dalam hati duk tertanya ' blog boleh buat duit ekk?? ' tapi di sebabkan tak nak kalah.. dengan jaya aku jawab 

" a'ah.. tapi aku tak buat pom " 

kawan sekelas aku pelik aku tak buat.. and dia bagi aku semangat patriotik dia suh aku buat.. mana tahu boleh duit and boleh lah belanja diaorang.. yooo banyak cantik korang kan?? tak kuasa aku nak melayan.. HAHA :p and nak jadikan cerita.. aku balik lah rumah bukak blog yang ada tutorial benda yang boleh duit tuh.. dah kata tak nak kalah kan.. al-maklumlah. manusia mana tak nak duit?? budak tadika dah pandai mintak duit dah sekarang.. aku yang dah nak cecah separuh abad nih tak kan tak nak duit kan.. hewhewhew . so bila dah jumpa tuh semangat aku terus berkobar-kobar.. owh yew sebelum terlupa.. aku jumpa tutorial nih dekat dalam blog kak LYSSA FAIZUREEN.. thanks kakak :) 

so aku bukak lah.. rupa-rupanya banyak iklan yang dapat membantu kita untuk mendapatkan duit dengan hanya melalui blog dan hanya dengan satu klik... dan klik tuh kena lah mintak tolong jasa baik korang.. hewhew kedip2 mata sikit.. hikhikhik 

churpchurp.. pernah dengar dak?? haa aku ada dah.. lama dah buat senanya.. sejak tahun lepas lagih..tapi dak berfungsi.. naik feed up dah aku.. al-maklumlah.. yewlah.. fahamlah.. HAHA :p and nak jadikan cerita sekali lagi.. minggu lepas kawan aku nik maisarah ada tanya aku..masa tuh aku tengah lepak rumah dia btw dia seorang blogger jugak.. silalah jenguk-jenguk blog dia.. haaa klik SINIH .. HAA kawan aku nih tanya.. 

Sarah : " pykah.. kau ada akaun nuffnang?? "
Aku : " tak dak.. malas ah buat. buat yang churp2 pom tak jadi satu benda.."
Sarah : buat lah nuffnang.. mana tahu menjadi..jom buat sama-sama"
Aku : hmm okey3

haa macam tuhlah bunyi conversation kitaorang,, lebih kureng lah.. tak 100%.. hehe :P so masa tengah buat-buat.. tak menjadi .. yang sarah nih menjadi pulak.. so dah malas dah.. aku tinggal macam tu jerk.. pening aku lah nak masukkan macam mana dalam blog.. dah sakit kepala otak aku nih.. so nak jadi cerita sekali lagi  .. tadi  dalam tengah-tengah rilek sorang-sorang dekat rumah.. tertiba terasa nak buat balik.. sebelum tuh aku ambik air sembahyang dulu.. biar tenang and tak terganggu emosi aku.. sungguh nih ehh tak tipu punya :") kedip2 mata sekali lagi.. HAHA :p 

and lepas tuh.. syukur alhamdulilah... ia menjadi.. lega aku.. tak dak lah rasa terkilan sangat.. thanks tuk kak lyssa sekali lagi.. sebab ikut tutorial dia lah aku menjadi buat akuan nuffnang nih.. heee senang lah aku nanti,.. tak dak lah menyusahkan mama and abah aku lagi.. mudah-mudahan.. hehe :P 

so kepada blogger-blogger baru.. try lah buat.. mana tahu dapat membantu anda.. tak susah pom sebenarnya... cuma kita perlukan masa yang banyak and sabar yang tinggi.. sebab yewlah./. nak berjaya bukan mudah kan?? :") aku tulis entry nih sekadar bercerita.. sebab tanpa nuffnang siapa lah kita nih.. wah gitu kau haaa.. hahaha.. tak-tak seruis aku cakap.. dengan nuffnang,, macam-macam kita dapat tahu.. trafik blog kita macam mana.. sungguh nih.. so majulah nuffnang demi blog..oyeahh.. HAHAH :p

AKHIR kata.. sumbang lah sedikit demi sahabat blogger mu ini.. klik sini eh and sinih jugak tau... Klik and klik lah sekali dekat sidebar tuh.. ekk ekk.. korang kan baik.. kedip mata lagi sekali.. HAHAHA :p SAYONARA semua  :")


Thursday, September 13, 2012

Tersenyum Terguling Mengenangkan Kewujudun Blog ini :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :) 

tak nak pusing lama-lama.. moh kita kerja ke tujuan asal. jangan membazirkan masa.. kerana itu amalan syaitan.. hikhikhik :P ( *kegedikan yang melampau kalau aku gelak sebegitu rupa.. haha ) haa nih mesti ada yang tertanya-tanya macam mana lah aku boleh terlibat dengan dunia blogging nih kan.. err tuh pom kalau ada lah kan.. kalau tak ada err korang buat-buat adalah.. janganlah buat aku syok sendiri.. hewhewhew.. korang tahu bila kita berada dalam dunia mensyokan diri sendiri itu adalah perkara yang amat memalukan.. hoo very very the memalukan you... haha :P 

so meh aku kasi cerita sikit. sikit jerla. kan panjang kan korang muak pulak.. kan muak kan.. tak nak singgah blog aku lagi dah... kan tertiba korang jadi tertekan butang unfollow pulak kan.. kan nanti followers aku berkurang kan.. eh jap nih bukan ke bila mengarut macam nih ia akan membekalkan entry yang panjang?? okey dah stop.. :") 

okey step by step kita storry key :") mula-mula aku tak tahu manatang apa lah blog nih..dekat facebook sibuk orang duk post cam gini ah

" jom lah singgah baca entry trebaru blog saya nih. mana lah tahu boleh hilangkan boring "

and aku pom.. " apa nih?? entry?? blog?? aihh tak faham lah aku " dan masa tuh aku mula rasa.. haiii kuno nya aku.. blog pom tak tahu apa ke benda.. ish -ish.. tapi masa tuh degil lagi.. aku buat dont know macam tu jer.. tapi tiba satu tahap yang orang panggil tahap maksimum.. tangan aku tak dapat di tahan lagi dah.. hati nih meronta-ronta nak tahu apa lah yang di namakan dengan blog nih?? spesis apa kah dia.. berdarah panas atau sejuk.. eh tertiba.. HAHA :p sebab yewlah.. makin ramai pulak manusia duk share link blog diaorang so aku dengan jakunnya menekan papan kekunci menaip

"A.P.A.K.A.H  I.T.U B.L.O.G??? " 

dan keluarlah resultnya dan bermula dari situ aku mula menjelajah blog-blog orang lain.. aku pom cakap 

 " eh macam best lah ada blog nih..nak buat jugak lah satu"

jadi nak di jadikan cerita.. pada tarikh 1 ogos 2010 terlahir dan terciptalah satu blog yang di beri nama "pykaheaster.blogspot.com" tak percaya?? lah anda kena percayalah.. kerana itu lah kenyataannya.. HAHA :p KENAPA ngam-ngam 1 Ogos?? aku pun tak tahu kenapa.. lupa sudah.. alah budak-budak lagi masa tuh.maybe aku nak nampak dramatik so pilih tarikh tuh.. maybe. eh entah lah aku.. lupa nih.. HAHA :p mungkin anda tertanya-tanya.. kenapa lah pergi letak nama macam tuh untuk URL bloq aku nih kan?? haaa nih jawapan dia... kalau korang baca gerenti korang gelak.. hahaha :P persolannya di sini.. korang akan gelak ke?? tak aku rasa.. sebab err tak lucu.. eh entah nilai sendiri lah... HAHA :p 

"pykaheaster.blogspot.com" kalau pykah dah sah-sah nama aku lah kan.. SYAFIQAH.. so kawan-kawan aku panggil aku pykah. blogspot.com tuh dah memank ayah kandung dia.. tak kan aku nak letak nama ayah orang lain.. kan lain jadinya nantikan.. haa yang menjadi persolannya.. easter tuh datang tang mana kan?? haa jawapannya.. jeng jeng jeng.. key tak suspen pom ^_^ masa aku tengah pening nak letak nama apa.. aku pergi jumpa Encik Google. aku search ah nama cantik -cantik.. macam kartun macam tuh.. yewlah.. dah nama dah masa buat blog tuh aku tengah muda belia. mestilah semua nak yang cute2kan?? dah namanya cute apa lagi kalau tak kartun.. HAHA :p and tertiba.. aku taip lah nama easter.. aku pom tak tahu apa ke benda easter tuh tapi dengan laju lah aku taip... and then tertiba dia keluar macam nih

l
l
l
l
l
l
V


haaa macam comel jer yew.. macam aku.. eh tertiba.. (*COMEL bagi aku.. tapi bagi korang ku tidak tahu.. hewhew :P )

aku pom dah alang-alang tengah pening masa tuh terus cakap

"telur pom telur lah.. asal comel.. "

dahh.. macam orang tak dak perasaan jer.. bila dah siap tulis nama macam tuh dah daftar dengan pejabat agama.. eh?? haha keesokan aku jadi macam nih 


haa barulah masa tuh dah tersedar kekilafan diri sendiri.. itulah.. tak ada kesabaran sangat.. inilah jadinya.. yewlah.. mana tak nya.. rasa macam xdew feel jer aku baca URL blog aku.. entah apa-apa.. tapi yewlah dah terlajak motoboat.. dah malas lah aku nak gostang balik.. gostang?? alah gostang is undur.. you know undur?? good.. HAHA :p SO MALAS nak pikir benda remeh temeh tuh aku teruskan jugak dengan blog aku nih..

sungguh masa mula-mula buat.. aku tak tahu apa-apa.. yang aku tahu hanya tulis entry jer.. yang lain??hmmm yang adoii.. cakap pasal tulis entry.. tadi masa aku duk baca balik entry-entry aku di zaman kegelapan dulu.. YA ALLAH.. kelucuan apa kah itu?? memank aku menulis macam tuh ekk dulu?? hmm so funny maa.. HAHAHA.. sumpah malu dengan penulisan diri sendiri.. entah apa yang aku tulis.. rasa nak delete jer.. tapi tak jadi sebab tuh kan kenangan.. kenangan sewaktu di zaman kegelapan... HAHA :p semua bermula dengan kegagalan.. tak semua bermula dengan kejayaan.. so aku jadikan entry aku tuh sebagai kenangan terindah aku.. di mana aku tak tahu nak mengolah idea untuk berkongsi bersama kalain semua.. cey wahh cakap tak nak kalah dengan BEN ASHAARI nih.. hahaha :P nak tengok macam mana gaya penulisan aku zaman dulu kala?? bila anda baca sila jangan gelak.. sebab saya malu.. HAHA :p HAA nih dia KLIK SINIH
eh lupa.. sory2.. hehe SINIH2


tujuan buat blog nih sebenarnya sajer-sajer jer.. aku nak kongsikan kisah hidup aku dengan korang.. sebab sharing is caring kan?? tak gitu?? so aku rasa.. dari aku duk buat benda tak berfaedah baik aku tulis blog.. boleh kongsi pengalaman aku dengan korang semua.. and mana lah tahu boleh jadi kawan and korang boleh bantu aku dalam apa jua hal.. macam dalam menambah ilmu pengetahun dan saling bekongsi tips dan sebagainya.. hmm kalau nak kata sebah nak kejar populariti memank tak lah kan.. sebab sapa lah aku.. aku bukan MARIA ELENA, FATIN LIYANA, IERINE NADIA, CIK EPAL, HANIS ZALIKHA, atau BEN ASHAARI.. aku sedar sapa aku.. eh tertiba fealing sedih pulak dah.. HAHA :p  haa atau pom jugak bukan sebab aku nak kejar $$$$$ .. gila.. aku buat blog masa form 3.. mana lah aku nak tahu nih semua.. tahu pom baru awal tahun nih iaitu churpchurp.. tuh pom tak bergerak-gerak pom haaa... HAHAHA :p So klonkusi senang lah kan.. aku sajer sajer senanya nak syok sendiri nak cerita dekat korang tentang life aku yang tak sebarapa.. tentang kawan aku.. tentang diri aku.. and tenteng.. tett... tak leh cakap.. sensitif.. alah kalau aku tak cakap pom korang tahu punya.. hohoho :P

and sekarang.. aku masih rasa blog ak banyak yang kurang.. bukan sikit yew tapi BANYAK.. aku masih perlu belajar banyak perkara.. baik dari segi cara menyusun perabut dalam blog sehingga lah ke cara penulisan aku agar penulisannya lebih kreatif dan inovatif.. ini tidak penulisannya gaya budak tadika yang belajar menulis.. entah apa-apa.. YA ALLAH malu.. heee .. so In Sha Allah.,. aku akan memperbaikainya dari masa ke semasa..

hmm aku rasa dah banyak dah aku mengarut.. entah apa-apa.. tak ada input lansung tuk di jadikan rujukan.. ish-ish.. :") so apa yang aku boleh cakap kan di sini.. dunia blogging ini memerlukan kesabaran yang tinggi.. kekadang kita akan di terjah haters yang tak suka dengan kita.. segala kutukan yang di beri kita jadikan ia sebagai mitivasi untuk kita.. kerana berkemungkinan apa yang di perkatakan haters itu betul cuma kita yang tidak sedar,, so mana-mana yang boleh kita ambik sebagai pengajaran ambik.. yang mana tak leh masuk langung hiraukan jer. :") selain itu kita jugak perlu banyak membaca agar dapat menambah ilmu pengetahun kita agar followers tak lari malah followers semakin meningkat.. di samping itu jugak boleh membantu kita dalam penulisan entry yang menarik tertarik kau memank de bom agar pengnjung tak jemu menjengah blog kita..so akhir kata.. and apa yang penting kita jangan lah seseklai cepat putus asa dan kena banyak bersabar.. lakukan ia se ikhlas yang boleh :")


p/s : memasak haruslah menggunakan kasih sayang barulah kita terasa kenikmatan masakan tersebut.. begitu jugak dengan menulis blog. menulis dari hati akan lebih memudahkan seseorang manusia itu lebih memahami isi hati penulis.. 

Thursday, September 6, 2012

Istikarah Cinta :")

Assalamualikum dan Salam Sejahtera sahabat blogger yang aku sayangi dan di rahmati ALLAH sekelian :")

" Bila mata dah tertaut, maka hati mula merindu, bila hati sudah jatuh, hidup mula jadi haru biru "

Siapa tak pernah jatuh cinta?? tipulah tak kan?? budak sekolah rendah dah pandai main cinta inikan pula kita yang sedang di mamah usia.. hohoho :P so mesti kita dah pernah lalui situasi sebegini :

Gadis A : eh aku suka lah Lelaki A!! suka gila.. aku suka cara dia layan aku.. aku suka cara dia bercakap.. aku suka cara dia bergaul and aku semuanya tentang dia.. :"P

Gadis B : eh eh eh poyo nya kau.. semua baik2 jer.. yang buruknya tak ada??

Gadis A : tak ada.. dia sempurna bagi aku.. 

Gadis B : habis.. pergi lah cakap kau suka dia :)

Gadis A : eh eh kau gila?? mana nak letak muka aku?? mahunya dia tolak aku?? tak nak tak nak.. :")

Gadis B : belum cuba belum tahu.. :)

Gadis A : eh biar lah.. kalau betul dia suka aku.. biar datang cakap.. tak pom tunggu takdir yang menentukan.. aku tak berani menangung risiko.. aku takut aku frust tertunggeng!! 

Gadis B : hmmm ikut suka kau!! asal kau bahagia

errr okey.. tu contohlah kan.. sebab cuba kita buat kajian kaji selidik banci penduduk.. hoho.. kalau perempuan jatuh hati dekat lelaki kebanyakan nya dia akan ambik keputusan mendiamkan diri dan tengok apa yang akan terjadi.. tertunggu-tunggu si jejaka mengucapkan ' I love You ' tapi habuk pom tak dak!! abik contoh aku lah senang kan!! tunggu Si EA bertahun-tahun lamanya okey!! bertahun tahun tahu tak?? kata mudah selama 4 tahun aku duk tunggu si EA sambut huluran aku.. tapi..... hmmm yang hadoiii.. sape yang parah.. sape yang sengsara.. sape yang tertunggeng?? aku jugak kan?? :") ahh citew lama.. tutup2.. nanti aku nangis tak dak lagu kan naya ja :P

so kalau kita cakap " aku tak nak dah jatuh cinta.. aku serik!! ' ye mengucapkan kata sebegitu memank mudah. tapi nak melaksanakannya tuh susah.. macam nak panjang gunung Kinabalu.. sebab yelah.. cinta itu fitrah manusia.. Tuhan mencipta kita dengan satu hati yang harus di huni oleh seseorang tuk berkongsi kasih dan sayang. sakit dan pedih gembira dan sedih :") so da kalau nama nya fitrah lari pung pang pung pang kita tetap jugak akan jatuh cinta.. jatuh suka pada seseorang.. dah kalau tak terjadi itu.. haaa tak berapa nak normal lateww.. hikhikhik :P

lepas tuh satu lagi.. "eh aku dah admire dia lagi dah.. aku dah pasrah.. aku dah menyerah kalah. dah tak nak dia dah.. dah tak tertanggung menanggung derita tuh " haaa yang nih satu lagi masalah!! yerlah.. nak mengatakan dan menuturkan nya memank mudah.. tapiii nak melaksanakan YA ALLAH.. amat-amatlah susah.. sungguh!! tambah-tambah macam aku nih.. 4 tahun menanti kasih.. akhirnya kasih itu terlerai jua tanpa sebarang sambutan hangat.. sakit kecewa TUHAN yang tahu. dah habis dah cakap " aku tak nak EA.. Kau ambik.. aku tak nak!!! " tapi last2 'eh aku tak leh lupa dia lah.. aku still sayang dia.. macam mana nak lupa dia' tak caye?? bukak twitter aku tengok!! tanya kawan aku sana.. even bukan selalu aku cakap macam tuh.. tapi sumpah.. hati ini masih mahu dia.. masih menanti dia.. selalu berharap yang dia sambut cinta aku.. even hanya untuk satu jam.satu minit atau satu saat.. aku rela.. asal aku dapat merasa di sayangi dan cintai oleh dia.. eh apa nih??? stop it .. stop it... apa kau nih fiqah?? kalau kau duk selalu macam nih.. memank kau tak akan lupa dia la.. stop it.. jangan cakap pasal dia lagi.. huh!!! okey gangguan emosi seketika :")

so balik pada topik!!!  even kita lari sehingga china tidur enam bulan kemudian bangun kita tetap akan bertemu dengan cinta!! kenapa?? sebab itu fitrah!! kita tetap tak leh lari.. percayalah.. jadi jika kita merasa cinta biarkan ia berlalu.. jangan di halang jangan di sekat.. jika ada takdir antara kita dengan dia.. maka ada lah.. jangan di sekat nanti seksa jiwa.. macam aku.. walau dalam proses melupakan EA.. aku still biarkan perasaan tuh bersemi.. aku tak pernah menghalang dia bertandang kerana aku tahu itu susah di lakukan..dalam aku melupakan aku dalam pada itu juga aku cuba melupakan nya.. melupakan dan berhenti berharap!! :") eh jap kenapa lagi sekali keluar pasal EA?? aishh dah dah dah.. 

dah okey aku nak stop.. nanti lebih banyak aku mengarut.. sekarang pom entah jadi apa dah entry aku.. lain yang di rangka lain yang jadinya.. nih kalau buat karangan Bm sumpah lari tajuk!! tak de harapan nak dapat A.. hahaha.. okeylah.. kepada yang mempunyai admire atau crush.. teruskan menanti dengan tabah dan sabar.. In sha ALLAH ada jodoh maka adalah.. jangan mudah mengalah.. jangan jadi macam aku.. :") tak sabar dan tabah menanti.. tak sabar dan tabah menerima dugaan percintaan :") kepada yang ada teman istimewa.. cuba lah memperbaikinya menuju ke jalan ALLAH.. bercinta di atas landasan yang betull.. jangan melampui batas.. selaraskan arus cinta anda ke arus yang suci dan murni.. hiasi ia dengan iman.. In sha ALLAH anda akan berbahagia bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.. berdoalah agar cinta korang berkekalan hingga ke jannah.. ingat.. bercinta tidak sama dengan bercouple.. :") bercinta ada syarat nya.. jangan kerana cinta tergadai maruah.. :") ku doakan agar cinta kalian suci dan murni :")

p/s : solatku, ibadahku, hidupku dan matiku.. hanyalah untuk ALLAH S.W.T :") Ya ALLAH kau titipkanlah sang ADAM yang berwibawa, yang kuat iman di dada, yang baik budi perketinya, yang bisa mencintai keluarga ku seperti mana dia mencintai aku dan RASULMU .. seperti mana dia mencintai dan menyangi keluarganya :") kau titipkan lah jua sang ADAM yang boleh menjadi iman di setiap solat fardhu ku.. yang boleh menjadi ustaz menegur bacaan AL-QURAN ku.. dan juga yang boleh menjadi buku rujukan ku.. :") Amin 


Tuesday, September 4, 2012

Hidup Ini Penuh Dugaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua :")

hacummmm!!! err maafkan saya.. HAHA :p al-maklumlah blog lama terabai sehingga wujubnya sawang sesemut eh silap sawang labah-labah yang tumbuh dan berkembang dengan pesatnya.. hohoho :P btw Its September right?? fulamakkk berdesupp dia datang.macam kereta F1.. hohoho .. bila dikira dihitung di tambah. di bahagi di darab dan di tolak lagi  sebulan lebih aku nak exam SPM.. tolak cuti hujung minggu cuti hari kemalasan sedunia,cuti lepaking semalaysia and yang seangkatan dengannya. tak gabra pom cuma nak cakap limpa hati usus besar usus kecil dah berada di luar kawasan. tak leh nak berfungsi dengan baik dah..

cakap bab SPM tertiba ingat conversation aku dengan mama.. ia berbunyi seperti lagu cinta muka buku.. eh tak tak.. ia berbunyi begini :

mama : macam mana exam tadi??

aku : hampehh!! berserah ma.. dah cuba yang sedaya yang mampu

mama : tu lah study last minute. cer study awal-awal.. tak ada lah jadi macam tuh

aku : hee.. ye2.. nanti nak ubah

mama : nak ubah bila?? spm kamu lagi sebulan

aku : sebulan lebih ma..

mama : sebulan lebih pun.. its still sebulan.. tak leh ubah.. sempat ke kamu ulang kaji semua subject dari form       1 sampai form 5??

aku : hee.. okey2.. nanti malam nih saya mula ye.. insyallah.. jangan risau

mama : mana tak risau kamu tuh anak bongsu.. abang dan kakak kamu dah berjaya..

aku : Insyallah ma.. ikah akan buktikan

mama : *senyum then pergi dapur masak

errrr bila pikir-pikir balik sempat ke aku cover semua subject dalam masa sesingkat nih?? tuhlah main konda kondi lagi.. kan dah jadi macam nih!! kalau aku bukak speed 5 sejak awal tahun confirm aku punya trial tak macam nih!!! nak salahkan sapa?? kalau nak salahkan ibu mengandung memank tak ah. sebab memank salah aku.. yewlah.. terlalu asyik dengan kemewahan dan keasyikan dunia.. fish ball betul.. nih kalau nak menangis air mata ke darah memank tak akan memberi apa-apa impak ah..!!! 

tak leh jadi!! mulai saat detik ketika minit masa dan jam ini owh hari dan bulan jugak tidak ketinggalan aku harus malah wajib mentelaah buku kalau boleh nak pergi pasar and bantu mama masak pom aku nak  kena bawak buku!! masa dah suntuk!! berdasarkan cara dan pemahaman aku masa exam dua tiga empat lima hari nih masih banyak yang aku lupa.. owh sadis.. sampai formula math pom habis tunggang langgang.. hancur musnah nak dapat A math kali nih.. owh sadis.. mahu menangis air mata darah cikgu math aku.. yelah.. ye ye jer janji nak dapatkan A tuk kali nih sebab selalu dapat B.. dia siap target aku A+.. mampus aku.. mahu dia meraung masa tanda kertas jawapan aku nanti.. TAPI mintak-mintaklah sewaktu dia menanda kertas jawapan aku tuh dia berada dalam keadaan yang baik baik sahaja.. maksud aku tenang dan selesa.. :")

so bila kita berada di dunia yang bersifatkan sementara nih memank banyak lah kan dugaan dia.. masa kecik dugaan dia asyik nak beli mainan tapi mama abah tak kasi sebab mainan dekay rumah dah bnayak sampai dah tak termain di buatnya.. and masuk sekolah rendah asyik gaduh dengan kawan sekelas sebab berebut pemadam.. yang itu kata pamadam dia yang ini kata pemadam dia.. and bila masuk sekolah menengah dah mula dah nak berkecimpung dalam kecintaan monyet-monyet sedunia, sampai nasihat mak ayah dah tak di endahkan pelajaran di ketepikan.. and bila kena hadap peperiksaan besar yang menentukan masa depan kita mula lah nak mengelabah gila baban sampai pengsan sebab takut gagal dalam exam and masa tuhlah baru nak cakap "eh menyesal aku tak study awal-awal"  haa masa tuh tak leh nak cakap apa dah.. habis duk gila meroyan tak tentu pasal. aihhh mintak jauh.. ku mohon perkara sebegitu tidak terjadi kepada diriku.. ku mohon :") 

dah tak nak cakap banyak nanti korang bosan.. lagipun banyak lagi benda aku nak kena buat nih.. walaupom esok aku free I mean tak dak exam.. aku kena study for next day.. killer paper.. ^_^ nantilah aku ada masa free aku update lagih.. kan taip panjang2 tak nak baca pulak..hmmm sebelum tuh aku mintak jasa baik korang doakan kejayaan aku dalam exam trial nih.. jasa baik korang amatlah di perlukan.. 



p/s : Tuhan ada berkata " dia tidak akan mengubah nasib seseorang hambanya melainkan hambanya sendiri berusaha untuk mengubahnya " percayalah kepada kun faya kun .. InsyAllah mudahlah segala urusan mu di dunia ini :")