Thursday, April 18, 2013

Sesuatu Yang Belum Kita Lupakan ;")

Bismillahirrahmanirrahim~ 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. 


Apa yang sudah berlalu biarkan ia berlalu. Mengingatinya hanya perkara yang sia-sia. Samalah seperti mematikan kehendak dan membinasakan masa hadapan. Teruskan kehidupan walau pahit yang dirasa. Kehidupan perlu dilayar sebaik mungkin walaupun kecewa datang bertimpa-timpa. Ingatlah seperkara, perkara yang berlaku tidak mampu diundur kembali. Walau menangis air mata darah pun, semuanya tidak akan kembali lagi.



Manusia sering berkata, andai aku bisa mengundurkan masa lalu... Adakah anda mahu memulangkan air kepada sumber mata air? Memulangkan matahari dari tempat terbitnya? Mengembalikan kanak-kanak kembali kepada alam rahim ibunya dan air mata kepada mata? Justeru jika perkataan 'kalau' yang sering meniti di bibir-bibir kita, maka kita hanya akan dapat penyesalan bukannya hikmah. 


 Justeru ujian yang menimpa diri kita ini sering sahaja dianggap sukar untuk diatasi, sedangkan Allah sudah perjelaskan bahawa Allah tidak akan memberatkan manusia dengan sesuatu yang tidak tertanggung olehnya. Maka, yakinlah bahawa kita adalah antara orang yang terpilih di antara berjuta makhluk untuk merasai kemanisan hikmah. 







Bersyukurlah tatkala kita mendapat ujian, kerana itu tandanya Allah mengasihi kita. Allah hendak menguji tahap keimanan kita kerana sudah lumrah manusia, apabila dalam kesusahan dan kesempitan, kita lebih mengingati Allah. Allah memilih kita, sedangkan ramai lagi manusia yang Allah biarkan. Jika kita diuji dengan cinta manusia, bersabarlah. Lihat sekelilingmu, berapa manusia yang Allah tidak peduli? Dibiarkan mereka dalam kesesatan. Ditambahkan lagi kesesatan. Sesuatu yang belum kita lupakan itu harus segera dilipat dalam kotak memori paling jauh. Buangkan kesedihan dan binalah kebahagiaan. Tidak perlu mengingati perkara yang tidak patut diingati jika ianya pernah merosak diri.


I'm just wearing a top from SUZYNI COLLECTION 
just nice.. berminat untuk mememilikinya jemput lah singgah ;) 





p/s: Ramai manusia yang tidak sedar yang Allah sangat kasih dan sayang kepada kita, lalu diberikan ujian supaya kita tersedar dari lamunan mimpi dunia. Tersesat sebentar kemudian diluruskan kembali di jalan-Nya. Itu tanda Allah sangat sayang kepada kita.


5 comments:

  1. As salam

    Omputih kata "let bygone be bygone".
    Salam perkenalan!

    Done follow yours. Hit me http://groovyfashionshop.blogspot.com/2013/04/bila-isteri-tak-cantik.html


    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam ;)

      yeahh.. betul tu.. salam perkenalan jugak

      Delete
  2. singgah sini n follow. salam kenal. :)

    ReplyDelete
  3. insyaALLAH jika sy ada kelapangan :)

    ReplyDelete