Saturday, December 22, 2012

21 / 12 / 2012 :'D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :") 


Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah.. OWHHHHH 

*EH tertiba feeling lebih pulak.. HAHA :p 


Semalam.. kalau di ikutkan budak-budak tak lulus sekolah di katakan nya kelmarin adalah tarikh berlakunya kiam** arghh lantak.. itu semua kan kerja ALLAH S.W.T kita sebagai umatnya seharusnya mengambil peluang yang di berikan olehNYA ini melakukan ibadat terus menerus.. bukannya sibuk duk hintung kaji bila nak kiam** Astagrifullah :") dah cukup tazkirah di situ :) 

semalam.. adalah satu kenangan terindah dalam hidup Fiqah... tak kering gusi Fiqah gelak.. :") bukan Fiqah jer.. tapi semua.. siapa semua tuh?? op kos my lovely dovey friends. :") kenapa?? kenapa kami gembira?? haa mai sinih nak kasi cerita :") 

atas budi baik abah dan mama yang tak sanggup melihat kesedihan melampau tahao meroyan anaknya akibat terlalu merindui kawan-kawan dia.. *ceyhh ayat takboleh blahh.. HAHA :p abah dan mama Fiqah mencadangkan tuk mengadakan satu jamuan makan.. kecik-kecik jer. bersempena dengan Fiqah dah jadi budak lepasan SPM.. nak meraikan Fiqah dan kenkawan yang lain sebab dah melepasi fasa ke tiga dalam dunia persekolahan.. :") kata mudah pertemuan antara sahabat sebelum memulakan haluan masing-masing sebagai seorang dewasa pula :") yewlah kejap lagi sorang dah ke timur sorang dah ke barat.. yang ke bulan bintang tak terkira pulak ramainya :")  baik kan mama abah sebab sudi buat semua tuh tuk anak dia nih.. hikhik *terharu.. nangis kejap.. haha :P

sebenarnya jamuan nih nak di adakan seminggu selepas Fiqah habis exam SPM hari tuh.. sebab nak tunggu kenkawan Fiqah yang lain habis exam.. sebab yewlah aliran kitaorang lain-lain .. tapi di sebabkan berlaku sedikit permasalahan iaitu abah terpaksa outstation jadi terpaksa di tangguhkan. sebab yewlah siapa nak uruskan semua tuh.. :")  lepas abah balik outstation hari tuh dia terpaksa pulak uruskan perpindahan sekolah sepupu Fiqah yang duk KL tuh ke sini.. sebab nya pak sedara Fiqah tak pandai sangat.. jadi tertangguh lagi.. hmm tup-tup.. tangguh punya tangguh last-last.. menjadi jugak jamuan BBQ Fiqah dan kenkawan semalam :") thanks abah.. 

tapi tak semua yang kita rancang tuh akan menjadi.. sebab nya la kan.. pernah dengar ayat "kita hanya mampu merancang.. yang menentukan semua tuh adalah Tuhan" ?? yeahh.. walaupun abah dan mama Fiqah dan urus semua tuh dengan baik. mesti ada jugak kesulitan nya.. *eh Fiqah nih tadi kata kan main happy semalam nih kenapa tertiba sedih *eh kejap lah Fiqah nak cerita.. sabar sat noh :P nak jadikan cerita bila Fiqah forward kan mesej yang sama dekat semua kenkawan sehidup semati Fiqah mengenai jamuan BBQ tuh ada perkhabaran buruk yang menimpa :") separuh dari kawan baik Fiqah tak dapat join.. sedih kan?? tapi Fiqah tak salahkan diaorang.. sebab jamuan nih sepatutnya di lakukan awal-awal.. diaorang pom ada hal diaorang masing-masing :) hal yang tak leh nak di elakkan lagi.. Fiqah tahu jauh di sudut hati diaorang,  diaorang nak sangat datang .. tapi masa tak mengizinkan :") kalau di ikutkan hati kecik Fiqah.. Fiqah nak tunda lagi.. tapi di sebabkan abah dan mama dah uruskan semuanya.. jadi Fiqah tak boleh nak tundanya lagi.. kesian dekat mama abah sebab dah uruskan semuanya :") 

jadi Fiqah terima dengan lapang dada.. biarpun diaorang tak ada pada malam tuh tapi diaorang ada dalam minda dan hatI Fiqah.. masa Fiqah makan Fiqah ingat dia.. serius :") tak jumpa malam tuh tak bermakna tak leh jumpa di lain hari.. tak apa kita kumpul banyak-banyak dulu rindu nih dalam hati  :") 

Alhamdulilah BBQ semalam berjalan dengan lancar.. jelas wajah kegembiraan kenkawan Fiqah semalam.. mereka gelak mereka bergurau sampai tak perasan jam dah menjejak ke angka 11 lebih.. apa yang kami borak entah.. hahaha :P

bakar ayam hangus. api ke main marak nya.. hahaha :P  buat burger pom entah apa jadinya.. HAHA :p *buat buger?? ERKK OKEY... yeahh kami jugak buat buger semalam.. abah Fiqah sebenarnya buat bisnes jual burger dekat depan rumah  nih.. since awal tahun lagi... jadi semalam abah bagi kebebasan kepada kami semua untuk buat burger sendiri.. sedap ke tak sedap ke.. tak kisah.. asalkan enjoy.. HAHA

k lah.. jom layan gambar pulak.. :P tak kuasa nak menulis lagi dah.. dan Fiqah yakin korang pom dah tak kuasa nak membaca nya lagi dah :P haha 



part of my soul.. love you guys so much :") 
*berdiri dari kiri Fiqah ,Faiz
duduk dari kiri *inani.azureen and asif :) 



mereka sedang di uji oleh Fiqah... boleh jadi penjual burger atau tidak.. ahhaa.. temu duga lah senang.. ahha :P
 *asif and irfan :D


Emin si pemalu boy :P ahha


me and Azureen :") love you yen 


 dari kiri Emin.Asif,Azureen and Faiz


no caption..  :p

  
and Faiz the perasan boy.. ahhahaha :P

 last but not least.. op kos lah gambar Fiqah kan. harus dan wajib ada gambar Fiqah.. HAHAHA :p

P/S : thanks guys sebab sudi hadir malam nih.. kepada raja dan aliff.. sory.. sebab tak ada gambar korang.. tak sempat nak bergambar dengan korang.. terlalu sibuk bergurau dan makan sampai lupa nak bergambar.. sory again guys,, tapi aku nak ucapkan berbanyak terima kasih sebab sudi hadir.. even hujan korang tetap datang... terharu..  :") berharap kita boleh berjumpa lagi.. kenangan semalam akan tersemat indah dalam kotak minda Fiqah.. sentiasa ingat.. sampai terasa nak undur masa balik.. :") i will miss you guys so much :"D


Tuesday, December 18, 2012

Terkadang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya :) 



terkadang Fiqah berfikir.. terkadang Fiqah termenung.. terkadang Fiqah sendiri.. terkadang Fiqah di kepung.. terkadang Fiqah sedih.. terkadang Fiqah gembira.. terkadang Fiqah ketawa.. terkadang Fiqah menangis.. terkadang Fiqah bebas dari masalah.. terkadang Fiqah di belengu masalah.. terkadang Fiqah berjaya. terkadang Fiqah kecundang.. terkadang Fiqah rajin.. terkadang Fiqah malas :"D 

Fiqah yakin bukan Fiqah sorang yang merasa TERKADANG tuh.. itu semua fitrah yang akan terjadi keatas kita semua sebagai umat manusia.. tak kira umur.bangsa dan jantina :) kenapa?? kerana jika kita terlalu leka dalam kebahgiaan kita jadi lupa apa itu kesedihan.. jika jika sering dalam kesedihan kita akan lupa apa itu kebahgiaan :) ALLAH itu maha adil dan penyayang :") .. bila di lihat hamba nya leka dalam mengingatinya maka diturunkan sedikit kesedihan dan masalah agar umatnya kembali ke jalan yang benar.. memohon pertolongan nya.. bukannya meratapi dan menyalahkan takdir.. kenapa aku itu kenapa aku ini.. YA ALLAH mintak jauh :") bila kita di landa kebahgiaan dan tiada masalah maka seharusnya kita juga mengingati ALLAH.. kerana dia menganugerahkan kebahgiaan kepada kita bukan nya kekasih bukan nya kawan bukan nya keluarga.. kerana mereka hanya orang perantaraan yang membuatkan kita merasa apa itu kebahgiaan jadi kita seharusnya bersyukur keatas kenikmatan yang di beri.. :") bukan nya meraikan nya dengan melakukan perkara yang melalaikan.. 

jangan mengeluh andai melalui semua TERKADANG itu.. kerana itu semua fitrah kehidupan.. tidak lengkap sebuah kehidupan andai tiada semua TERKADANG itu.. Fiqah tahu.. dulu sewaktu Fiqah tidak tahu apa-apa.. sewaktu masih mentah.. Fiqah sering berkata.. kenapa Fiqah yang kena hadapi.. kenapa itu kenapa ini.. YA ALLAH.. ceteknya pemikiran Fiqah.. :") tapi sekarang ALHAMDULILAH.. Fiqah mergerti apa itu kehidupan.. kenapa kita terkadang bahagia terkadang tidak.

terkadang Fiqah lemah dalam meniti arus kehidupan.. Fiqah memerlukan pertolongan dari tangan lain untuk memberi Fiqah bahagia.. jika sahabat Fiqah punya pasangan tuk meluahkan masalah.. Fiqah hanya punya blog dan twitter.. di situ Fiqah luah di situ Fiqah semat.. terkadang Fiqah terfikir kenapa Fiqah sering gagal dalam cinta.. Fiqah sering merasa rendah diri dengan sahabat Fiqah.. apa kurang Fiqah.. :") tapi sekarang Fiqah sedar.. belum tiba masanya Fiqah tuk merasai apa itu cinta.. di usia Fiqah yang baru setahun jagung ini belum sesuai untuk itu semua.. kalau dulu Fiqah menaruh impian.. sekarang Fiqah hanya menadah impian.. bukan mengalah.. cuma penat.. penat dengan semua ini :")

di setiap doa Fiqah.. Fiqah sentiasa memohon kepada ALLAH agar mengurniakan tangan seseorang bagi membantu Fiqah meniti arus ini. Fiqah memerlukan seorang pendukung iaitu iman Fiqah bagi membantu Fiqah dari sisi.. :") jika ditakdirkan bertemu jodoh biarlah ia yang terakhir.. walau bagaimanapun Fiqah tak kecewa ataupun sedih.. kerana Fiqah di kurniakan keluarga dan sahabat yang baik hati.. yang sering membantu Fiqah dari belakang.. walau terkadang merasa sunyi.. tapi ia hanya seketika dan mainan perasaan cuma.. kerana Fiqah ada ALLAH tuk mengadu nasib.. meluah rindu dan berkasih sayanag..  DIA tidak pernah leka dalam meluangkan masa nya tuk Fiqah.. malah DIA tidak pernah tidur tuk mendengar luahan hati Fiqah.. syukur ALHAMDULILAH.. kerana Fiqah punya kekasih abadi :D

cukup di sini mengadu cerita.. tak boleh cerita semua.. nanti di kata mencari publitsi pula.. ihik :P budak baru lepasan SPM dah berhati nak berbicara cinta belum tiba masanya nya dik oii.. okey bhai..tak nak cakap lebih.. nanti di boikot pula.. :P HAHA btw doakan kejayaan Fiqah.. agar Fiqah dapat memberikan senyuman bahagia di wajah abah dan mama.. <3>

p.s : di sini Fiqah nak mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua followers blog Fiqah yang sentiasa berkungjung ke blog Fiqah .. terima kasih banyak-banyak sebab sudi menjengah blog Fiqah yang tak banyak ilmu nya nih.. insya ALLAH di lain masa,, Fiqah akan menulis dengan lebih baik dan penuh ilmu nya.. doakan ye.. terkadang Fiqah leka dalam menghargai followers2 Fiqah.. maafkan Fiqah ye.. hanya doa yang boleh Fiqah panjatkan.. nak bagi sumbangan poket nya kering.. hikhik :P terima kasih sekali lagi.. kalau ada idea yang bermanfaat.. kongsi lah.. and lagi satu.. kalau nak Fiqah ubah apa2 dalam blog ini.. bagi tahu.. Fiqah nak followers Fiqah merasa selesa ketika menjejaki blog Fiqah.. :) big hug for you.. much love form me.. :"D 

Saturday, December 8, 2012

Mari Berkebun Meh :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua sahabat blogger :)

semua sedia maklumkan yang sekarang Fiqah telah menjadi budak lepasan SPM.. dah tamat dari zaman persekolahan.. so op kos lah dengan secara automatiknya Fiqah menjadi pekebun yang berjaya.. iaitu menanam anggur bagi menyara hidup.. hikhikhik :P so setelah seminggu lebih menghabiskan masa di rumah dengan membesarkan tubuh badan dan membuat taik mata.. akhir nya akhir nya.. Fiqah boleh merasaii kemewahan dunia.. hohohoho *ayat tak boleh blah.. abaikan :P

pagi tadi Fiqah bantu abah cat rumah.. yew lah kata nya warna rumah nih dah buruk sangat.. dah kena tuka baju dah rumah nih.. so Fiqah sebagai anak yang tidak mahu menghampakan ibu bapa nya dalam menyerikan rumah terus turun padang cat rumah dan kemas apa yang patut.. nak jadikan cerita selepas siap cat dan kemas-kemas halaman rumah itu mak su Fiqah adik kepada mama Fiqah datang rumah dengan perut yang memboyot tuh.. *mengandung i mean :") mak su cakap

mak su : "kak jom balik kampung.. Engku Heng telefon suruh balik ambik buah-buahan. "
mama : "bila dia telefon"
mak su " minggu lepas lagih.. lupa nak cakap"
mama : "lah.. boleh nak pergi, tapi lepas solat Jumaat lah"
mak su : " pom boleh.. sebab dah kecur liur nak makan buah-buahan segar"

Engku Heng yang mak sedara Fiqah maksud kan tuh bukan datuk Fiqah,, tapi sanak saudara belah datuk Fiqah.. datuk Fiqah dah tak ada dah.. :") so Fiqah yang memank dah lama gila tak merasa suasana kampung terus terexcited lebih dari kebiasaannya.. hoho.. yewlah sepanjang 17 tahun Fiqah hidup.. Fiqah tak pernah merasa suasana kampung..kalau raya pom raya dekat rumah jer.. tak balik kampung macam kawan-kawan yang lain sebab kampung dah tak dak.. :")  nih bila dapat merasa op kos lah terexcited lebih dari kebiasaannya :") terus mandi-mandi nak siap.. abah Fiqah pulak sibuk duk bersiap nak pergi Masjid Solat Jumaat.. berebut bilik air dengan abah.. last-last Fiqah terpaksa lah mengalah.. HAHA :p Susah bila bilik air ada satu jer dalam satu rumah.. HAHA :p

so dalam 1 jam lebih macam tuh sampai lah.. sebab kampung tuh tak ada lah jauh sangat.. kampung tuh namanya kampung Tar Tujuh. atau orang kelantan kat sini panggil "darat" .. sesampai jer kat sana.. owh mak aihhhh pengsan.. that we call dunia buah-buahan.. pengsan pengsan.. rasa tak nak balik.. HAHAHA :p

best gilerr.. yewlah sekarang kan musim buah-buahan.. bermacam-macam jenis buah-buahan Fiqah dapat makan hari nih.. and yang paling penting.. semuanya buah-buahan kegemaran Fiqah DAN semua nya adalah PERCUMA.. yeahh PERCUMA.. boleh ambik seberapa banyak yang Fiqah nak.. segar lagi.. petik dari pokok.. eyahh .. HAHA :p abah Fiqah cakap.. kali pertama dia tengok anak gadis dia overdose excited.. HAHA :p jakun :")


muka control ayu lah kononya kan :P 


My Mon and Dad :") <3 p="p">



nih lah Mak Su aku.. tengah sarat mengandung sekarang :")


tak pernah di buat orang masuk kebun pakai jubah,. tapi Fiqah buat.. yeahh.. ahhaha :P


separuh daripada keluarga ku yang tersayang :")


i love this fruit so much :")


abah cakap dia nak makan buah rambutan nih dengan cucu dia.. k sentap.. tak sebut pom nama anak dia :"(
haha :P


 that guy is Engku Heng.. :") Fiqah anggap dia macam atuk Fiqah dah :)


this is my lovely dovey sepupu :")

 
salah satu makanan kegemaran Fiqah :) buah rambutan.. yeahhh..



kononnya nak tunjuk buar roseberry tuh.. tapi yewlah. akibat tak pandai pozim haa cam gynih la gayanya haha :P


 love this family so much :")



best nya duduk kat kampung.. udara kat kampung tak sama  dengan udara kat bandar.. even matahari meninggi langsung tak rasa panas.. k bukan lah tak rasa panas langsung tapi sekurangnya tak sepanas di bandar.. nyaman nya tuh lain dari yang lain.. tak dak galang gantinya :") tambah-tambah kalau ada kebun sendiri.. owh indahnya dunia,, hikhikhik :P  tak cukup makan dekat situh Fiqah angkut dia bawak balik rumah.. bukan sikit.. tapi banyakkk.. owh surga buah-buahan dah jadi rumah Fiqah.. HAHAHA.. semua ada.. manggis ada.. langsat ada.. durian ada.. rambutan ada.. limau ada.. ahh banyak lah.. rasa sayang plak nak makan.. rasa macam eee nak bungkus taruk dalam peti besi.. eh yewlah bukan senang nak dapat nih semua tau.. dalam kelompok yang banyak dan FREEE lagih.. HAHA :P rasa nak bukak busniess buah-buahan depan rumah.. HAHA.. tapi tak nak lah.. susah nak dapat.. kalau beli bukannya murah,.. mahal gila.. tak berpatutan langsung dengan harga.. sampai kekadang tahan nafsu nak makan buah sebab harga dia mahal sangattttttttt :") 

eh k lah.. nak tidur dulu esok nak bangun pagi-pagi buat pulut durian.. yeahhh.. yummy2,, hikhik :P have a nice dream guys.. thanks for reading.. love you :P byeeee

p.s : nanti kita datang sini lagi ye mama..abah.. nak ambik banyak-banyak lagi buah.. yeahhh muka tak maluuuuuuuu.. hahahha :P

Wednesday, December 5, 2012

Pengalaman Aku Buat Lesen :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :)

sekarang nih musim budak-budak lepasan SPM 2012 ambik lesen kereta kan?? ceyhh.. gaya cakap macam lah Fiqah nih bukan lepasan SPM 2012.. kuikuikui..btw komfen sesak saluran limfa eh silap-silap.. i mean saluran pernafasan korang.. yewlah. semua budak-budak lepasan SPM seluruh negeri berpusu-pusu buat lesen *lagi sekali macam lah kelas memandu ada sebijik jer dekat Malaysia nih.. HAHAH :p 


tuh lah korang buat awal-awal macam Fiqah nih tak hendak.. tengok Fiqah . korang sibuk dengan bengkel KPP  sejak awal pagi sampai ke petang.. tapi Fiqah senang lenang membesarkan tubuh badan dekat rumah 24 jam.. HAHAHA :p LOL Sebenarnya Fiqah dah buat lesen memandu awal-awal tahun lagi memandangkan hari jadi Fiqah jatuh pada bulan 2.. mama dengan abah suruh Fiqah buat awal-awal sebab tak nak Fiqah berserabut hujung-hujung tahun ni haa.. sebab dia tahu anak dia ini spesis kemalasan tahap maksimum berada dalam khayalak yang ramai.. hohohoho.. selain itu. *ceyh macam nak mula buat karangan.. HAHA :p okey.. selain itu lah kan.. punca di mana mama dengan abah sedikit penat nak menghantar dan mengambik Fiqah dari tuisyen.. so sebab tuhlah diaorang sangat-sangat mengalu-alukan Fiqah buat lesen awal2 supaya menyenangkan kehidupan sendiri.. and see korang baru nak buat lesen.. baru duk dalam bengkel tapi Fiqah dah drive dah.. sedap jenjalan ke sana ke mari.. ke sana ke mari ke pasar je pom.. bukan ke mall.. al-maklumlah jadi pembantu mama. pergi pasar beli sayur ikan.. hahahha :P 


so meh sinih Fiqah nak habaq pengalaman Fiqah sebagai pelajar kelas memandu kelas pertama.. HAHA :P Fiqah beruntung sebab mama Fiqah kenai seorang guru memandu nih. so mama mintak khidmat dia untuk ajar Fiqah . nak kata pangkat pak cik macam tak sesuai sebab tak ada uban nya lagi pom.. umur kalau tak silap aku dalam lingkugan 30-an.. baik.. tak garang,, nasib baik.. and nasib baik jugak tak dapat cikgu perempuan.. sebab cikgu perempuan garanggg.. lagi-lagi cikgu cina tuh.. mak aihh mengajar.. suara dia dari pintu pagar lagi boleh dengar.. k tipu jer.. tapi serius.. suara dia bak halilintar.. HAHAHA


masa Fiqah duk dalam bengkel KPP tuh kan.. tak sah cakap lah.. semua mak cik pak cik.. tak dak baya Fiqah.. pusing kiri mak cik pusing kanan pak cik. sekali pusing depan mengadap muka abang penceramah bebas tuh.. duk bercerita itu ini itu ini.. muka Fiqah bukan main fokus.. tapi satu pom Fiqah tak ingat.. ahak2.. kalau boleh masa bengkel KPP tuh Fiqah nak bawak bantal selimut sekali.. mengantukkkkkk... sejuk lagi.. Fiqah alahan sikit dengan sejuk.. memank ubat tidor  Fiqah tuh.. haha.. tapi nasib baik.. sepanjang KPP berlangsung Fiqah langsung tak tidor.. yeahh... tapi mak cik pak cik tak sah cakap ah ada yang tidur sampai ke bintang dah Fiqah agak.. yang banyak bertanya pom tak kurang hebat.. apa jenis soalan pom Fiqah tak faham.. HAHHAA


habis semua tuh Fiqah ambik test undang-undang.. yeahh part nih yang Fiqah suka nih.. HAHA.. k malu ah nak cerita .. part yang mengaibkan diri ku.. hahahha :P kemain perasan tak nak membaca buku tuh haaa.. sekali hambik bak angg gagal buat kali pertama.. 40/50.. nangissssssss... markah lulus dia kan 42. lagi dua lagi Fiqah nak lulus.. k nangis lagi.. HAHA kali kedua pom sama.. gagal... hahaha...  YA ALLAH apakah slow nya otak Fiqah  soalan kemain senang .. tuh pom tak lulus.. malu2.. and tuk kali ketiga Fiqah ambik test tuh Fiqah LULUS.. yes Fiqah LULUS.. yeahhh.. HAHAHA.. 46/50.. nak joget2 Fiqah rasa.. HAHA..  so please. jangan mewarisi Fiqah . gen apakah Fiqah ini test undang2 pom sampai 3 kali ambik.. tak perndah di buat orang.. HAHAHA.. pengajaran.. sila buat kesemua 500 soalan dalam buku yang dia bagi tuh.. sebab kesemua soalan ada dalam buku itu :) 



nih baca buku nih.. rebus lepas tuh minum kalau boleh.. HAHAHA :p

selepas Fiqah berjaya lulus test undang2 maka bermula lah kelas membawak kereta.. oyeahh.. HAHA .. part nih paling Fiqah suka.. excited bak angg masa first time pegang stereng.. senyummm memanjang.. HAHAHA.. masalah lain Fiqah tak dak.. tapi masalah mendaki dan menuruni gunung kinabatangan tuh yang susah.. mak aihhh masa nak naik okey.. sekali sampai dekat line kuning dia tuh kat tengah-tengah bukit dia gelongsor daaa.. handbrek lupa angkat lah.. handbrek tak makan lah.. itu lah ini lah.. turun momentom Fiqah,. HAHA.. bila nak turun pulak fuhhh kereta mengaummm macam rimau kena sembelih.. HAHAHA.. bunyik jer kuat.. turun nya idokkk.. HAHHAA.. parking and 3 penjuru alhamdulilah aku beres.. malah pro lagih.. masuk macam tuh aja haa.. HAHAHA.. Cikgu cakap "eh selalunya budak2 lain yang parking dengan 3 penjuru nih lah yang selalu gagal.. bukit okey.. awak nih lain pulak.. " dengar jer ayat tuh.. tertiba stress.. HAHHAA


Time JPJ, punya lah banyak manusia. Ramai gilaaa. Masa kitorang latihan dulu tak ada pon ramai macam nih.. dah mula feed up dah aku.. sebab yew lah.. Fiqah nih spesis manusia yang tak suka berada dalam khayalak yang ramai.. kena menunggu lagih.. memank bukan spesis Fiqah lah.. HAHA.. test kali pertama Fiqah gagal.. sebab yewlah mengelonsor masa naik bukit.. kan Fiqah dah cakap yang Fiqah anti dengan bukit nih.. frust Fiqah . stress..habis berkepok2 duit bahagian buat lesen.. abang2 JPJ nih pulak sengaja jer kan duk tunjuk muka garang dia.. ingat Fiqah takut agak nya. HAHA :p bahagian jalan raya Fiqah okey masa test kali pertama tuh.. JPJ siap buat thumbs up lagi.. HAHA.. bangga2.. hikhikhik .. so untuk ujian JPJ kali kedua Fiqah dah tak payah ambik test jalan raya.,. just test dalaman iaitu bukit parking and tiga penjuru.. and yeahh Alhamdulilah, LULUS.. yeahh.. HAHAH :) 


nih lah lebih kurang rupa bukit tuh.. HAHA :) musuh ketat ku.. yeahh


masa test jalan raya tuh.. 

Masuk bagi salam, check signal, cermin semua ok. LETS GO BEBEH. Pakcik tu banyak tanya pulakkk. Rasa nak jer kasi gula2 biar dia duk mengunyah.. biar diam.. HAHA Fiqah yang nak drive ni pon tak tenteram.tak memasal bukak kelab bicara berirama pulak dengan pak cik tuh..hehh pak cik tuh baik. terbang kegugupan ku.. HAHA.. dia cakap

pak cik JPJ : awal awak buat lesen. kenapa tak buat lepas SPM jer
Fiqah : hee. tak nak berserabut.. lepas SPM konfem ramai rakyat jelata..
pak cik JPJ : a'ah.. ye jugak..nih kenapa gambar lesen L pakai spek.. hari nih tak pakai pulak..
Fiqah : rabun malam pak cik.. tak leh dengan cahaya.. kalau siang hari nih tak pakai tak apa
pak cik JPJ : eh2 ada pulak macam tuh
Fiqah : senyum jer.. *tak nak cakap banyak.. kang salah masuk lorong pulak.. hahaha

and now.. bila ingat-ingat balik kan.. best jugak buat lesen kereta nih.. boleh menguji tahap kegugupan dan ketangkasan kita.. hikhikhik... so kepada kawan-kawan Fiqah yang baru and dalam proses membuat lesen kereta dan motor tuh Fiqah ucapkan Good luck.. masa nak berhadapan dengan abang-abang JPJ.. baca selawat dan doa banyak-banyak.. biar di permudahkan segala urusan.. insya ALLAH :) 

p/s : sekarang aku memandu dalam keadaan yang HALAL..setelah 2 kali gagal test undang2 dan 1 gagal test JPJ.. hahaha  ALHAMDULILAH.. hikhik.. boleh lah nak melencong ke mana-mana tanpa menyusahkan mama dan abah lagi... hikhikhik.. :P