Saturday, May 5, 2012

Cinta dan Kawan ;')

Assalamualikum dan selamat sejahtera teman-teman.. aku kalau dah start mengupdate blog memank susah nak berhenti.. tambah-tambah bila ada masa free macam nie.. haaa apa lagi alang2 free tu kita update la blog kita yew dop?? lagi pom nanti bila aku busy korang mesti akn rindu aku kan kan kan.. mesti tiap2 hari meratapi blog aku kan kan kan.. hahaha :) 

korang tahu tadi waktu aku tengah online facebook.. i found some picture dan kata-kata yang bagi aku ada benarnya.. sampai touching kejap.. nasib baik air mata aku tak buat scene berani mati terjun empangan.. err okey apakah terbelit sangat ayat aku tu/? arghh abaikan.. ;) so aku rasa macam nak sharing is caring dengan korang jer.. macam ringan-ringan jer tangan aku nak update blog nie.. mesti korang teruja kan nak tahu gambar apakah.. and kisah di sebalik gambar tu.. err kisah kew?? alah lantak.. tu jer ayat yang terlintas dalam kepala otak aku yang geliga nie.. hahahahha ;P

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??


Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??


Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??


Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya org yg dicintai, teman still paling setia..

Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

frenz never break.......



gambar dan ayat di atas aku petik dari pokok belakang rumah aku.. err no I  meann aku ambik dari facebook.. cer korang cuba try test baca ayat tu.. ada betulnya jugak.. cinta hanya sementara memberikan kegembiraan tapi persahabatan insyallah akan berkekalan sehingga akhir hayat jika kita menjaganya dengan betul., memank tak di nafikan cinta juga memberi keindahan nya tersendiri tapi kita hanya dapat merasa indahnya cinta bila kita di ijab kabul kan.. cinta tanpa ikatan yang sah tidak akan menjamin kebahagian di jannah kelak.. kerana jika kita tersalah menyemaikan benih kasih sayang dalam sebuah percintaan berkemungkinan kita akan membuah sebuah benih dari sebuah ikatan yang tidak sah :) anda faham kan maksud saya.. :) jadi disebabkan itulah kebahagian percintaan sebelum sebuah perkahwinan bakal mengundangkan kita sebuah kesengsaraan.. fikirkan lah.. 

sahabat setia dan sejati pulak akan senantiasa berada di sisi kita.. ketika kita susah dan senang.. tak pernah membuang kita walau seburuk mana perangai kita.. insyallah jika seseorang itu mempunyai hati yang murni.. :) mana lah tahukan TUHAN mengutuskan kita seorang sahabat untuk membantu dan mendoromg kita melakukan kebaikan... memperbetulkan mana yang tidak betul.. bukannya seorang sahabat yang memusnahkan hidup kita dan mengajak kita melakukan kemungkaran :) masyallah jauhkan lah... orang kata berhati-hatilah memilih kawan seperti mana kita berhati-hati memilih pasangan hidup.. jangan tersalah pilih kerana manusia mudah terpengaruh terutama dengan godaan dari syaitan yang tak pernah putus-putus menghantui kita :)

seperti aku.. aku bersyukur di kurniakan sahabat yang baik.. yang sennatiasa di sisi aku tika aku susah.. tika aku senang.. kyna,sarah,shida,uyen,aefa dan alya.. sahabat aku dunia akhirat.. sahabat yang paling akrab dengan aku.. segala rahsia aku di tangan mereka dan segala rahsia mereka di tangan aku.. bersama-sama menghadapi masalah.. bersama-sama mencipta kenangan.. itulah kami GKH.. sekumpulan remaja yang happy dan berjiwa tegar dalam mehangrungi pahit getir kehidupan remaja.. sebuah persahatan yang terbina sejak kami di form 2.. alhamdulilah kami setakat ini kami tidak pernah bergaduh.. ajaibnya persahabatan kami.. :')  selain GKH aku punya sahabat karib lain iaitu Raja,Tasha dan Hazirah.. sahabat yang tidak kurang baiknya dengan aku.. sahabat yang senantiasa menadah telinga mendengar masalah dan rintihan hati aku.. sahabat yang membantu melawan segala permasalahan.. aku bertuah kerana di kelilingi dengan manusia yang baik seperti mereka.. menerima segala kelemahan aku.. terima kasih aku ucapkan.. aku sayang korang semua.. 

err stop.. nie apasal entry jiwang meleleh bagai nie.. YA ALLAH sentap hati makkk.. hahahah okey sory okey aku tak nak buat entry meleleh lagi dah.. okey korang tak yah nak sebak sangatlah.. haha ;) simpan air mata untuk hari pernikahan anda kelak macam awal dengan scha yang nangis masa peluk mak ayah.. wahh tertiba.. hahahha :)

okeylah.. see you guys laterr.. nak chow kit road duluh.. nak makan.. lapar pulak petang2 nie.. btw big hug for all my girlfriend :)

Friday, May 4, 2012

Kenangan Kami Semanis Madu :')

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua insan tersayang.. err okeyy tentulah buat smeua blogger tersayang.. tanpa kamu siapalah aku.. ceyy aku kalau buat ayat memank tak boleh blahh. asyik meleleh jerr.. haha lama kan aku tak menjelmakan diri.,. sorry guys busy sikit al-maklum lah tahun SPM.. everthing and everywhere I go aku di hantui hantu SPM.. ke sana ke mari terkerja terkerja sini.. nak makan pom tak sempat tapi alhamdulilah solat masih lagi sempat.. tanpa solat runtuhlah tiang agama kita kan.. okey tak nak ceramah agama nanti korang cakap "alaa budak nie nak tunjuk baik pulakk.. entah2 cakap jer pandai buatnya tidak.. so daripada aku mencetuskan satu fitnah baik aku tak payah cakap banyak.. orang kata kalau nak ibadat kita di terima TUHAN hati mahu ikhlas.. so jangan menunjuk nanti akan jadi riak dan takbur dan ibadat kita tidak ikhlas lagi.. dannn ia akan jadi sia-sia dengan serta merta :) okey stop it :)


okey tujuan aku tulis entry nie adalah nak bercerita kenangan aku bersama geng bas sekolah.. err maksud aku geng silat sekolah.. the best ever moment that i never have.. gila kentang lah.. diaorang terbaik dari ladang anggur belakang rumah mak cik aku.. kami bagaikan satu family.. aku sayang team silat smkpc (2) sangat-sangat.. kenangan kami terbina dan bermulanya di PESKO.. iaitu PERKEHMAHAN PERDANA PASUKAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA (2) .
kami bersatu padu, berstau hati menempuh segala halangan dan rintangan di sana.. segala cemuhan kami tempis macam Datuk Lee Chong Wei menempis bulu tangkis nya.. wahh gituu.. HAHA..

kami bergembira di sana.. menghadapi cabaran mendaki Gunung Tebu, memasak masakan rimba yang bagi aku ia sangat sedap walaupom masih ada lagi kumpulan yang sedap.. at least we guys try to masak nasi dalam kelapa.. and alhamdulilah nasi kami menjadi walaupom kami tak sempat nak merasanya sebab kami kesentukan masa dan terpaksa meninggalkan nasi itu terkontang kanting.. :")  

the best ever moment yang aku memank tak boleh nak lupa adalah di mana malam kebudayaan.. kami berlakon menjadi orang zaman dahulu kala.. dimana orang cina,india dan melayu bertelagah.. tetapi kami cuba membaik pulihkan keadaan supaya selaras dengan cogan kata satu malaysia yang menjadi tema untuk malam kebudayaan tersebut.. dan alhamdulilah dengan usaha gigih kami.. kami berjaya menyandang title JOHAN untuk pertandingan malam kebudayaan.. sumpah kami tak menjangka yang kami berpeluang untuk memenanginya kerana pasukan2 lain tak kurang hebatnya ;")

kami jugak sangat bertuah bila mana kami di berikan seorang fasi yang sangat tholo and sumax.. hahaha dia abang kepada dua orang budak silat kami.. tak pernah penat melayan kerenah kami yang macam kanak-kanak ribena.. haha..setia mengajar kami mana yang patut.. bertuah team silat tahun nie.. :) copp kepada tuan empunya badan jangan nak perasan sangatlah yew.. hahaha :p 

tak nak cakap banyak.. hanya mampu tersenyum.. aku doakan team silat SMKPC(2) akan terus sukses dan kekal dengan kemantapan nya sampai lah bila2.. walaupom tahun nie tahun last aku tapi aku berharap tahun ni adalah tahun permulaan bagi team silat.. aku doakan team silat akn mendapat nama seperti mana team lain ;) insyallah 

 berbaju koko adalah aqila pengerusi persatuan kami.. pengerusi paling ghom abat ini... dengar jah anak buah dia oyak gapo.. berbaju kelabu kawan baik aku.. fatasha :)

sebahagian dari keluarga silat aku.. yang selebihnya tengah bertungkus lumus membuat masakan rimba untuk di hidangkan buat para guru :)

kepenatan setelah mendaki gunung tebu... pengalaman yang amat menarik dan aku tak akan pernah lupakannya :")

srikandi silat smkpc 2.. semuanya ayu2 belaka.. :") ahaks

hasil titik peluh kami sekumpulan menyiapkan sebuah meja dari buluh.. pengalaman bermain dengan buluh tak akan pernah and sesekali aku lupakan.. terbaikkkk ;)

antara babak2 dalam dunia persilatan.. berbaju kelabu tu la fasi kami.. tak nampak muka?? alahh biarkan tak penting pom dia.. hahahahhaa :pp




nasi kelapa kami.. try ah buat kat rumahh... sedapp.. ahaks ;)






setiap gambar yang di rakam ada kenangan dia yang tersendiri.. dan hanya kami yang tahu rahsia di sebalik gambar yang di ambil.. suka duka kami di Tapak Perkehmahan Lata Belatan Jabi Terengganu ;) segalanya bermula di sana.. sesuatu memori yang sangat indah untuk di kenang.. insyallah kalau ada rezeki kita persatuan silat pasti akan terus maju dan sukses suatu hati nanti ... kepada fasi kami terima kasih sekali lagi atas segala pertolongan yang di berikan.. atas segala tunjuk ajar dan kesabaran anda dalam melayan kerenah kami yang tentunya memeningkan kepala anda.. tapi saya pasti anda pasti merindui saat itu bukan?? hahaha :p kalu tak rindu pom buat lolop rindu.. hahaha :p  

akhir kata aku sayang sep2 mu.. kamulah keluarga kedua ku ... ceyy gitu.. hahahha :p