Wednesday, May 1, 2013

Pelangi Selepas Hujan ;D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :) 

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D


Tukar persepsi. 

Ujian = Rebah. Tetapi selepas itu? 
Ujian = Bangkit kembali. Pandang hadapan. Teruskan.

Allah bagi ujian sebab sayang. Kan?
Allah bagi ujian sebab kasih. Kan?
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. Kan?
Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan?
Jadi, jangan putus asa.
Jangan pernah putus asa.
Rahmat Allah sentiasa ada insha Allah.
Insha Allah.
Dah boleh berhenti dari menangis. Dah boleh kesat air mata. Dah boleh lupakan segalanya. Dah boleh senyum. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Sentiasa.
Setiap musibah itu Allah akan sertakan sekali "HIKMAH" di pengakhiranya.Bersabarlah.Perancangan Allah lebih hebat dari pengetahuan kita.
Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu ❤ selamat malam & assalamualaikum :)

Tuesday, April 30, 2013

Sendiri Itu Terapi Jiwa :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :) 

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D


Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 
Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)
Wallahualam...

Marry the person who loves Allah and helps you love him too. that we call LOVE dan insyaALLAH akan membawa kita ke syurga.. semaikan ia atas landasan yang suci. bukan cemarinya dengan perbuatan yang keji. Allahu.. :") semoga Fiqah tergolong dalam golongan itu.. cinta lepas khawin maybe.. its more barokah.. ♥