Tuesday, May 7, 2013

Tips Sebelum Membuat Keputusan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D




'Guess if you can, choose if you dare.' 

Roda waktu tak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara praktikal?

Manusia. Mereka dikurniakan akal. Namun sejauh mana mereka memanfaatkannya? Sejauh mana akal itu digunakan berbanding emosi yang menjadi pilihan? Berbicaranya daku bukan kerana apa, kerana penyakit dalam masyarakat kita semakin melata.
Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula kelam.
Ada bezakah?
Membuat Keputusan
Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu.
Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting.
 " It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do. "

1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik.

Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.
Adakah ketika itu kita sedang marah?
Atau sedang sedih? Kecewa? Geram?
Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?
Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tak gembira?
Kenapa perlu berbuat demikian?
Jawapannya mudah, kerana perkara itulah yang akan mempengaruhi keputusan kita. Tika sedang marah, berapa ramai manusia yang mampu membuat keputusan dengan baik? Tengok sahaja kes cerai yang berleluasa di Malaysia. Puncanya apa? Bergaduh dah semestinya. Cuma, apa yang boleh kita beri perhatian, waktu si suami menjatuhkan talak adalah ketika mana suami itu sedang marah. Marah yang teramat sangat, umpama magma yang meletus menjadi lava.
Membuat keputusan dalam keadaan marah adalah amatlah ditegah. Kemungkinan untuk keputusan kita memberi hasil yang negatif itu amat tinggi. Begitu juga dengan sedih, kecewa dan adik-beradiknya.
Jadi, buatlah keputusan ketika kita dalam keadaan gembira, tenang dan relaks. Sebab minda kita ketika itu lebih terbuka dan rasional. Boleh membezakan yang mana baik dan yang mana lebih baik untuk kebaikan masa hadapan.
Pastikan minda anda dalam keadaan bersedia sebelum membuat keputusan, jika tidak. Maka seeloknya tangguh dulu keputusan itu. Pergi ambil wudhuk dan kalau rajin solatlah istikharah. Minta petunjuk dariNya. InsyaAllah, hasil keputusan anda : Positif.

2. Menilai setiap kemungkinan dan mempunyai matlamat yang jelas.
Senang cerita, optimis.
Nilai keputusan kita dari segi baik dan buruknya. Bukan sahaja bagi diri kita, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Sama ada keputusan itu membuatkan orang lain selesa atau tidak.
Sebagai contoh, kita nak study dalam bilik. Jadi kita stay up sampai lewat malam. Lampu pun terpasang, dalam masa yang sama orang lain nak tidur. Jadi adakah keputusan kita untuk study dalam bilik itu adalah keputusan yang baik?
Semestinya tidak.
Setiap orang mempunyai hak, dan ketika itu kita telah merampas hak kawan kita untuk tidur dalam keadaan selesa.
Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat keputusan, kita perlu kikis perasaan ego dalam diri. Pastikan keputusan kita menghormati hak orang lain dan yang paling penting selari dengan syara'.
3. Berhenti 'berfikir' tentang pilihan anda.
Berhenti berfikir? Maksudnya? Tidurkah?
Bukan. Maksudnya di sini, ubah sudut pandang kita. Take another look from the other side.
Jika sebelum ini kita berfikir dari sudut rasional dan logik keputusan kita, apa kata kita ambil berat juga bab lain yang berkaitan dengan emosi kita.
Eah? Tadi kata jangan ikut emosi? Hah, macam mana ini?
Begini, emosi adalah elemen yang amat penting untuk manusia. Tidaklah semua emosi itu negatif, walaupun perbualan Melayu ada yang menggambarkan 'emosi' itu sebagai suatu yang negatif, namun emosi itu sendiri pada asalnya adalah positif. Seperti mana salah faham konsep 'couple' dan 'cinta' dalam masyarakat kita. Perkara yang sama terjadi kepada emosi. Kasihan mereka, manusia meninta, mereka merana.
Kita perlu ambil kira faktor emosi kita juga. Dengan kata lain, kita cuba letakkan diri kita dalam suasana tersebut. Adakah kita selesa dengan keputusan kita? Adakah kita gembira apabila keputusan itu dibuat? fikir.. renungkan :")
Ingat, apa pun keputusan anda, buatlah dengan minda yang terbuka dan yang paling penting, keputusan yang dibuat tidak lain hanyalah kerana Allah dan bermatlamatkan perjuangan untuk agamaNya.
p/s : buat sahabat sepejuangan Fiqah. yang telah membuat keputusan untuk  melanjutkan pelajaran mereka di form 6 mulai hari esok.. Fiqah doakan yang terbaik. insyaALLAH kejayaan milik kita.. cuma tempat masa dan situasi yang berbeza.. ada sebab dan hikmah kenapa dan mengapa ini terjadi. husnozon. mulakan hari kalian esok dengan senyuman dan berdoalah agar di permudahkan lah segala urusan. doakan Fiqah sekali agar Fiqah jugak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran seperti kalian.. Assalamualaikum sahabat, teman, akhi dan ukhti :) 


Monday, May 6, 2013

Tawakal :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D



semua sedia maklum dengan keputusan PRU13 kita bukan? yeahh.. walau banyak dugaan halangan  kesalah fahaman fitnah dan kisah dongeng melanda. kita kena dan harus malah wajib menerima nya dengan redha.. 

Pujuk hati. 
Pujuklah hati untuk redha.

Fiqah tahu sukar untuk menerima. Tapi, kita cuba pujuk hati kita ya?
Redha, bahawa mungkin Allah belum mahu beri kita menang kali ini. Sebabnya? Allah lebih mengetahui segala. 

Kita muhasabah. Setiap gerak kita yang mungkin tersalah.
Supaya boleh kita belajar untuk mengubah segala kesalahan dan kesilapan kita kepada sesuatu yang lebih indah. Bukan pada mata manusia yang indah, tapi indah pada pandangan Allah.Dan cuba jadikan kekalahan kali ini sebagai anugerah.

Senyum :)

"Hasbunallah wa nikmal wakil, Nikmal maula wa Nikman Nasir" 
- Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.


semalam Fiqah sempat memasang angan-angan di dalam facebook..



tapi sayang... angan-angan Fiqah masih tidak menjadi nyata.. insyaALLAH mungkin 5 tahun akan datang.. mungkin.. mudah-mudahan.. siapa tahukan? kun faya kun.. :")

Orang yang Allah pilih untuk dihebatkan, maka ujian yang Allah hantar pada Dia juga bukan calang calang. Sabar.

walaubagaimanapun Alhamdulillah. Kelantan masih milik Pas. proud to be kelantanness.. syukur kerana masih berada dalam naungan Tuan Guru Nik Aziz.. :") syukur kepada mu YA ALLAH.. insyaALLAH anak muda akan bangkit 5 tahun akan datang.. tunggu kami ye?

mungkin kita berbeza idealogi.. tapi iyewlah.. hormatilah pandangan masing-masing. Politik is politik . Kawan is kawan . Jangan disebabkan politik , kawan menjadi lawan .


" lahaula wala quwata illa billahil aliyil adzim...
Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.”

Kita Merancang, Allah juga Merancang. Allah sebaik Perancang.apa yg bakal berlaku. itulah ketentuan Allah. hasbunAllahwanikmannasir.

p/s : sesiapa yang tidak senang dengan entry Fiqah kali ini.. mohon maaf mohon ampun.. Fiqah cuma luahkan pendapat dan rasa yang selama ini di pendam.. yang sebelum ini Fiqah diam duduk memerhati.. lama-lama ia menjadi duri di hati. Ya Allah sabarkan hatiku. jangan sampai aku keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati seperti mana mereka-mereka lakukan.. :") fitnah berleluasa kisah lucu di mana-mana.. Allahu..mohon maaf sekali lagi ye. jangan pernah ada dendam di hati.. kitakan saudara se islam.. :") yang baik datang dari ALLAH yang buruk datang dari diri Fiqah sendiri.. Assalamualaikum ya akhi dan ukhti sekelian :")