Sunday, February 2, 2014

Bicara Hati

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) *Lama tak jenguk blog, rindu 

sekarang boleh bilang dengan jari berapa kali Fiqah update blog nih.. lahaii kesian dia terabai.. tapi yewlah.. nak buat macam mana.. sibuk dengan hal dunia.. terkejar sana sini hantar assignment.. sembang borak dengan roomate dekat bilik and tidur sepanjang zaman.. haaaaa nasib baik solat ibadat tak terabai. kalau tak naya kena balun di akhirat kelak.. Allahu :") moga aku masih jaga solat dan ibadat ku ya ALLAH :") 


Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan dunia seperti kerja, study dan pelbagai lagi urusan yang seolah2 tiada penghujungnya. Tiba2, kita terpandang tazkirah tentang kematian di timeline. Ketika itu, kita mula terbayang bagaimana nasib kita kelak di alam barzakh dan akhirat. Sesungguhnya, amat sukar untuk kita menyeimbangkan tugas kita sebagai hamba Allah dan urusan dunia. Mohonlah doa dan pertolongan Allah, Insya Allah dipermudahkan. Siapalah kita tanpa pertolongan dan rahmat-Nya. 

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ


“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

dan semalam Fiqah bukak twitter.. then terasa macam tercekik biji cempedak di tekak nih.. tahu kenapa? kerana ini

Embedded image permalink

Allahu.. korang rasa apa? terasa kan? jom sama-sama kita audit diri.. :")

dan satu lagiii.. 

Pernah rasa suka dekat someone? Pernah adore someone tu gile-gile punye? Lepas tu korang rancang cemana nak tackle dia kan? yang penting no phone dia mesti ada dalam simpanan, mesti ada dalam friendlist, whatsapp wechat tahape lagi semua wajib ada. Lepastu buat buat tanya soalan bab-bab agama ke, tanya apa apa je lah, first move. lepas tu korang ke step seterusnya.

Yes i know.. Fiqah jugak seorang wanita.. op kos memahami hati wanita yang lain.. tapi atas dasar apa semua tuh kita buat? cuba bagi tahu? kerana cinta? tidak Fiqah rasa.. itu sebenarnya hanya rasa ingin memiliki bukan mencintai..

komfius?? okey macam nih. pernah tengok filem ayat - ayat cinta? tengok macam mana Maria bertungkus lumus mengejar cinta Fahri akan tetapi orang lain yang jadi isteri Fahri.. konon nya dengan mendalami ilmu islam Fahri akan jatuh cinta padanya.. Tidak sahabat tidak. itu bukan pengukur kepada cinta seseorang itu.. yang menjadi pengukurnya adalah cinta kita pada ALLAH. jika kita cinta ALLAH lebih dari manusia kita akan leboh bahagia.. percayalah :") 

ada satu cerita.. meh sini baca meh



“Ummu, kau pernah suka seseorang tak?’’ temanku bertanya.
Teralih perhatianku untuk menikmati keindahan alam.
“Adalah jugak. Tapi dah lama, dah hilang dah pun perasaan itu. Kadang-kadang memang terasa macam ada sesuatu dalam hati; tapi perasaan tu juga buat aku rasa tak sedap hati at the same time. Bila macamtu, aku doa je kat Allah. So, sebenarnya, aku pun tak pastu aku pernah suka lelaki ke tak. Hehehe”
“Kau doa macamana?”
Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah yang sebaik-baik perancang.
Hanya itu yang mampu ku jawap. Mahu menghilangkan rasa gusar di jiwa temanku. Tersenyum dia mendengar jawapanku.
“Nasib baik kau ada, kalau tak mesti aku dah terlanjur jual cinta aku untuk yang tak sepatutnya.”

Yang Dinamakan Hati
Memendam perasaan itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri kita daripada terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan perasaannya terhadap kita dan kemudian kita menerima perasaannya, mengikat sebuah hubungan haram, membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti balang gula-gula yang telah terbuka dari penutupnya.
Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang itu telah diberikan kepada dia.
Lalu, akhirnya dia pergi meninggalkan kita setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta. Balang gula-gula itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit sisa-sisa, beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya  balang gula-gula yang tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal menghabiskan masanya bersama kita?
Si suami bakal mendapat cinta secondhand. Tidakkah kita merasa malu untuk berdepan dengannya, kerana hati ini pernah menjadi kepunyaan orang lain?
Suka pada seseorang. Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja, merupakan alam yang paling mencabar.
Ada sesetengah manusia, menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu. Inilah yang berlaku pada akhir zaman sekarang. Kes buang bayi, mengandung anak luar nikah, semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir zaman.


Muhasabah diri. Suka seseorang, pendamkan sahaja. Fikir dahulu,tidakkah kita berasa malu? Mencintai seseorang, tanpa terlebih dahulu mencintai Dia. Bagaimana kita, mahu mengetahui tanda-tanda kita mencintai Allah?
Tidak malukah kita? Mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencintai Dia?
Andainya kita risau, orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain, ingatlah kita ini siapa. Orang yang disukai itu bukan milik kita sebaliknya milikNya. Layakkah kita merisaukannya. Ingatlah, jodoh itu ketentuan Tuhan, kita hamba tidak perlu bersusah payah memikirkannya.
Apa guna bercouple? Sedangkan dia yang kita sukai itu belum tentu lagi jodoh kita. Elakkan. Kerana ia selangkah menuju kepada perbuatan zina. Dan Allah sendiri telah berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina…. (Al-Isra’ 17:32)”


Cinta selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat balang gula-gula.’
Wanita, peliharalah cintamu untuk yang halal. Memendam itu berjihad. Tidak perlu bercouple untuk melampias fitrah. Kita wanita, senang menuju ke syurgaNya.

Dalam firman Allah:
“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia.” (Al Imran: 112)
Cintailah ALLAH sebelum kita belajar untuk mencintai manusia. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana DIA dihati kita? Sering kita terlupa ALLAH tika kita senang dan bergembira.
* lama tak menuliss.. seriusss rinduu.. rasa nak tulis panjang-panjang sampai 10 page.. wakakak :P 


*nota ingatan.. ini sebenarnya entry basi.. di peram di rendam berbulan nama nya.. hari nih baru nak update... wakkakaka :P 

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

'Kenapa dah lama tak menulis?' Ramai tanya. so ni jawapannya, sekarang saya tengah busy dengan assignmnet. Biasalah tugas seorang pelajar. itu Fiqah perlu utamakan dulu demi membalas jasa mama abah dan keluaraga. Hari-hari saya menghadap assignment. design itu ini sampai Fiqah dah naik pening. sampai satu tahap terdetik nak putus asa.  Tapi alhamdulilah berkat sokongan mama abah dan rakan-rakan jugak redha dan izin ALLAH. Fiqah gagahkan jua.  Pray for me ^^ Hari ni saat ni terdetik pulak nak menulis sikit sebabnya rinduuuuu sangat nak menulis, rinduuu sangat nak sharing.


hari nih semua tahu hari apa kan?? sapa tahu angkat tangan sikit. nak tengok.. wuwww ramai ramai bagus bagus... sayang korang lilahitaala.. ihiks :")  pelik dan eh memank nak marah lah kalau tak tahu.. heee :) 


Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul awal 1435 H 



Nih sini nak share satu cerita.. tak panjang pom. pendek jer InsyaALLAH.. tak rugi 

baca.. moga bermanfaat


Pada suatu ketika, Rasulullah SAW. bertanya kepada para sahabat, "siapakah yg paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "malaikat ya Rasulullah."

Balas Rasulullah SAW, "sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi,ya Rasulullah."

Rasulullah SAW berkata, "para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah SAW, "aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah SAW berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah SAW diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "sesungguhnya, aku rindukan mereka."

sahabat yang Fiqah kasihi sekelian jugak disayang ALLAH sekelian.. marilah kita sama-sama hidupkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W di dalam kehidupan kita seharian.. bukan sahaja untuk satu hari hari ini tapi untuk tiap - tiap hari hingga akhir hayat..  bukan susah pom.. senang jer.. paling senang baca lah AL-QURAN sehelai sehari sudah memadai..

sahabat tahukan kamu yang sehari kita tinggal AL-Quran seminggu dia tinggal kita.. seminggu kita tinggalkan ia setahun dia jauh dari kita.. setahun kita tinggal dia.. beribu tahun dia lari dari kita.. Allahu mahukan kalian sebegitu?? mahu?? tepuk dada tanya iman tau sahabat :")

dah jom tutup facebook twitter and semua semua lah laman sosial.. jom hidupkan sunnah Rasul dan berselawat ketasa junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w tak rugi sahabat.. tak rugi..

ALLAH sayang redha dan setan sakit hati. bila lagi nak kasi setan sakit hati.. :") 

Rugi buat siapa yang tidak mendambakan cinta Rasullulah S.A.W

sebelum nak undur diri.. nah kasi suci hati sikit.. kasi nangis sikit.. tak guna kalau nangis dengar lagu jiwang kalau tak nangis dengar yang nih.. maybe ada something wrong somewhere kalau tak sentap dengan lagu nih.. :")

bukan kata dekat sesiapa.. Fiqah tembak dekat diri sendiri jugak kadang kala alpa.. :") 



moga bermanfaat buat kalian.. Fiqah hanya manusia biasa yang selalu lakukan khilaf.. maaf andai ada yang salah dan terkurang dalam entry kali ini.. 

yang baik datang nya dari ALLAH.. yang buruk datang nya dari kejahilan Fiqah sendiri..

terus senyum dan beramal soleh.. demi mendapat keredhaan ALLAH dan syafaat dari Rasul agar dapat berpinpim tangan dengan ayah dan bonda tercinta di SyuragaNYA suatu hari nanti..

Moga ALLAH sayang kalain selalu 



p/s : I leave you in the care of Allah, as nothing is lost that is in His care

Letakkan dalam hati adanya Allah dan Rasulullah. Kerana Allah sentiasa mengingatimu manakala Rasulullah sentiasa mendoakanmu.