Sunday, March 2, 2014

Dugaan Kehidupan :")

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) *Lama tak jenguk blog, rindu 

Ya ALLAH rindu nya nak menulis.. hidup Fiqah kini makin busy... terkejar sana sini. hantar assignment.. jumpa lecturer.. dan busy jugak dengan tidur... ihiks.. tidur itu perlu tau.. jangan sesekali abaikan waktu tidur..

dah jom ke tujuan utama Fiqah update blog nih..



dalam hidup.. I mean dalam meniti kehidupan,, cemgitu haa ayat dia.. kasi sastera sikit.. ihiks.. k ulang lagi dalam meniti kehidupan.. kita sebagai manusia.. hamba ALLAH S.W.T. tak lari dari dugaan.. ujian dan cabaran hidup.. tipulah kalau kata manusia tak ada masalah.. bezanya cuma terletak di mana cara seseorang itu mengendalikan dia punya masalah.. :) *ehem betulkan suara sambil minum air milo panas :P

Hidup ini indah..andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..Hidup ini derita..andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan..


“Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selagi kaum itu tidak berbuat usaha untuk mengubah diri mereka sendiri” Ar-Ra’ad 13 : 11

Tidaklah Allah menghidangkan semua ini untuk main-main namun Dia ingin menguji siapakah di antara hamba-hambaNya ini yang betul-betul ikhlas mengabdikan diri kepadaNya. Sekiranya Allah ingin menjadikan seluruh manusia ini hidup selesa tanpa kesusahan, memperoleh iman tanpa kepayahan dan mujahadah, hal itu tidaklah susah bagi Allah. 

Cuma nanti tiadalah beza manusia dan malaikat. Sedangkan usaha, kegigihan dan mujahadah inilah yang membuatkan kita lebih mulia daripada malaikat kerana kita mencari iman melalui ilmu dan ketekunan diri dengan niat yang benar. Ya. Hanya niat yang benar (kerana Allah) sahaja akan membuatkan manusia tidak putus asa bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Kerna pekerjaan dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah, bukan demi kepuasan diri yang sebenarnya cintakan dunia.

ehemm.. * baru lepas sembang dengan mama dekat phone.. :P k sambung balik

Bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat.Renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini. Demi menenangkan hati yang celaru.Demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan.Supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini.Dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..”
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )

Sering kali kita terdengar luahan rasa insan-insan yang berputus asa ketika diuji. Ada ketikanya, mereka mencari penyelesaian yang salah, mencederakan diri sendiri, menyakiti diri sendiri, menyeksa diri sendiri dan seumpamanya. Ada jua yang sering menyalahkan takdir yang menimpa diri, mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka, memikirkan tiada yang menyayangi diri mereka, termasuklah Allah yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendaknya. Ada jua yang memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang dihadapi. Pabila iman di dada semakin tipis, aqidah yang dipelajari sedari kecil semakin pudar, yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan syaitan. Inilah yang akan terjadi.

Allahu.. lap air mata :")

wahai sahabat yang Fiqah sayangi kerana ALLAH.. sungguh Fiqah jugak seperti kalian.. sering di uji.. sahabat.. Makin kita minta kuat. Makin kita diuji hebat. Dan uji Tuhan itu atas apa yg kita mampu. Tak mungkin lebih dri apa yg mampu di pikul bahu.

Ini bukan sekadar kata-kata kosong. Kata-kata yang tidak memahami tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar. Kerana diri ini jua pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu. Mujur, saat dugaan datang menyapa, iman diri walaupun menipis, masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang buruk.

“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”
(Az-Zumar 40:53)



Teringat satu ketika dulu, pabila diri dihimpit dengan rasa sedih yang teramat sangat, waktu itu hanya air mata jadi peneman yang setia. Tak berhenti-henti tangis dari pagi sampai malam. Sehingga menyebabkan mata tak dapat dilelapkan, makanan tak dapat ditelan.
Tiba-tiba hati tergerak dan terasa ingin mengambil wuduk. Lalu langkah kaki diatur menuju ke surau yang berdekatan. Surau yang jarang di imarahkan. Surau yang sunyi sepi tanpa ada seorang manusia pun di dalamnya. Sejadah dibentang. Lalu solat sunat dilaksanakan. Tangan ditadahkan. Segalanya diadukan kepada-Nya. Hati diserahkan 100% dan dihadapkan kepada-Nya.
Air mata tumpah sekali lagi. Dan air mata itu berhenti tatkala tertidur di atas sejadah itu dengan diri yang masih lengkap bertelekung. Bila terjaga dari tidur, hati terasa lapang, tenang, kegelisahan yang melanda hilang begitu sahaja. Bibir sudah mampu mengukirkan senyuman. Keputusan terhadap permasalahan diambil dengan mudah dan tegas tanpa ada apa-apa yang mampu mengugat keyakinan diri lagi. Tatkala itu hidayah mula datang mengusik hati nurani. Diri mula sedar akan hakikat kata-kata yang sering didengar..
Fiqah.. bercakap berdasarkan pengalaman sendiri yang kadang kala rebah dengan dugaan hidup.. akan tetapi Fiqah bankit kerana Fiqah tahu dan yakin Fiqah bukan sendiri.. Fiqah ada ALLAH.. Fiqah ada mama abah.. Fiqah ada sahabat yang sentiasa dukung dan sokong Fiqah.. jadi kenapa harus Fiqah rebah dan terus rebah dan terus nangis dan terus meraung??

* tepuk dada tanya iman sahabat.. jangan tanya nafsu.. :")

*ehem.. minum milo lagi.. :P

Dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan kita. Itulah hakikatnya. Tersenyumlah ketika dirimu diuji. Kerana ketahuilah, dengan diuji, kita tahu bahawa Allah masih mengambil berat tentang kita. Tak mengabaikan kita dan menyayangi kita. Lalu kita diuji untuk Dia mengetahui tahap keimanan diri kita terhadap-Nya. Untuk Dia ketahui tahap kita mencintai-Nya. Ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi musibah yang menimpa.

Tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup kita. Terasa pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita hadapi. Kegembiraan itu hanya dapat dirasai apabila kesedihan berlalu. Bahagia itu datang pabila derita dapat diatasi. Dugaan dan ujian ini juga untuk mengajar kita supaya berfikir dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan harian di dunia ini.



p/s : terpanjang pulak entry kali nih.. al-maklum lah lama tak menulis.. rindu.. :") btw insyallah tak lama lagi cuti sem.. mungkin kekerapan update blog main bertambah.. mungkin la.. tak dapat nak janji.. heheh :P 




Sunday, February 2, 2014

Bicara Hati

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) *Lama tak jenguk blog, rindu 

sekarang boleh bilang dengan jari berapa kali Fiqah update blog nih.. lahaii kesian dia terabai.. tapi yewlah.. nak buat macam mana.. sibuk dengan hal dunia.. terkejar sana sini hantar assignment.. sembang borak dengan roomate dekat bilik and tidur sepanjang zaman.. haaaaa nasib baik solat ibadat tak terabai. kalau tak naya kena balun di akhirat kelak.. Allahu :") moga aku masih jaga solat dan ibadat ku ya ALLAH :") 


Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan dunia seperti kerja, study dan pelbagai lagi urusan yang seolah2 tiada penghujungnya. Tiba2, kita terpandang tazkirah tentang kematian di timeline. Ketika itu, kita mula terbayang bagaimana nasib kita kelak di alam barzakh dan akhirat. Sesungguhnya, amat sukar untuk kita menyeimbangkan tugas kita sebagai hamba Allah dan urusan dunia. Mohonlah doa dan pertolongan Allah, Insya Allah dipermudahkan. Siapalah kita tanpa pertolongan dan rahmat-Nya. 

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ


“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

dan semalam Fiqah bukak twitter.. then terasa macam tercekik biji cempedak di tekak nih.. tahu kenapa? kerana ini

Embedded image permalink

Allahu.. korang rasa apa? terasa kan? jom sama-sama kita audit diri.. :")

dan satu lagiii.. 

Pernah rasa suka dekat someone? Pernah adore someone tu gile-gile punye? Lepas tu korang rancang cemana nak tackle dia kan? yang penting no phone dia mesti ada dalam simpanan, mesti ada dalam friendlist, whatsapp wechat tahape lagi semua wajib ada. Lepastu buat buat tanya soalan bab-bab agama ke, tanya apa apa je lah, first move. lepas tu korang ke step seterusnya.

Yes i know.. Fiqah jugak seorang wanita.. op kos memahami hati wanita yang lain.. tapi atas dasar apa semua tuh kita buat? cuba bagi tahu? kerana cinta? tidak Fiqah rasa.. itu sebenarnya hanya rasa ingin memiliki bukan mencintai..

komfius?? okey macam nih. pernah tengok filem ayat - ayat cinta? tengok macam mana Maria bertungkus lumus mengejar cinta Fahri akan tetapi orang lain yang jadi isteri Fahri.. konon nya dengan mendalami ilmu islam Fahri akan jatuh cinta padanya.. Tidak sahabat tidak. itu bukan pengukur kepada cinta seseorang itu.. yang menjadi pengukurnya adalah cinta kita pada ALLAH. jika kita cinta ALLAH lebih dari manusia kita akan leboh bahagia.. percayalah :") 

ada satu cerita.. meh sini baca meh



“Ummu, kau pernah suka seseorang tak?’’ temanku bertanya.
Teralih perhatianku untuk menikmati keindahan alam.
“Adalah jugak. Tapi dah lama, dah hilang dah pun perasaan itu. Kadang-kadang memang terasa macam ada sesuatu dalam hati; tapi perasaan tu juga buat aku rasa tak sedap hati at the same time. Bila macamtu, aku doa je kat Allah. So, sebenarnya, aku pun tak pastu aku pernah suka lelaki ke tak. Hehehe”
“Kau doa macamana?”
Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah yang sebaik-baik perancang.
Hanya itu yang mampu ku jawap. Mahu menghilangkan rasa gusar di jiwa temanku. Tersenyum dia mendengar jawapanku.
“Nasib baik kau ada, kalau tak mesti aku dah terlanjur jual cinta aku untuk yang tak sepatutnya.”

Yang Dinamakan Hati
Memendam perasaan itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri kita daripada terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan perasaannya terhadap kita dan kemudian kita menerima perasaannya, mengikat sebuah hubungan haram, membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti balang gula-gula yang telah terbuka dari penutupnya.
Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang itu telah diberikan kepada dia.
Lalu, akhirnya dia pergi meninggalkan kita setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta. Balang gula-gula itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit sisa-sisa, beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya  balang gula-gula yang tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal menghabiskan masanya bersama kita?
Si suami bakal mendapat cinta secondhand. Tidakkah kita merasa malu untuk berdepan dengannya, kerana hati ini pernah menjadi kepunyaan orang lain?
Suka pada seseorang. Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja, merupakan alam yang paling mencabar.
Ada sesetengah manusia, menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu. Inilah yang berlaku pada akhir zaman sekarang. Kes buang bayi, mengandung anak luar nikah, semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir zaman.


Muhasabah diri. Suka seseorang, pendamkan sahaja. Fikir dahulu,tidakkah kita berasa malu? Mencintai seseorang, tanpa terlebih dahulu mencintai Dia. Bagaimana kita, mahu mengetahui tanda-tanda kita mencintai Allah?
Tidak malukah kita? Mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencintai Dia?
Andainya kita risau, orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain, ingatlah kita ini siapa. Orang yang disukai itu bukan milik kita sebaliknya milikNya. Layakkah kita merisaukannya. Ingatlah, jodoh itu ketentuan Tuhan, kita hamba tidak perlu bersusah payah memikirkannya.
Apa guna bercouple? Sedangkan dia yang kita sukai itu belum tentu lagi jodoh kita. Elakkan. Kerana ia selangkah menuju kepada perbuatan zina. Dan Allah sendiri telah berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina…. (Al-Isra’ 17:32)”


Cinta selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat balang gula-gula.’
Wanita, peliharalah cintamu untuk yang halal. Memendam itu berjihad. Tidak perlu bercouple untuk melampias fitrah. Kita wanita, senang menuju ke syurgaNya.

Dalam firman Allah:
“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia.” (Al Imran: 112)
Cintailah ALLAH sebelum kita belajar untuk mencintai manusia. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana DIA dihati kita? Sering kita terlupa ALLAH tika kita senang dan bergembira.
* lama tak menuliss.. seriusss rinduu.. rasa nak tulis panjang-panjang sampai 10 page.. wakakak :P 


*nota ingatan.. ini sebenarnya entry basi.. di peram di rendam berbulan nama nya.. hari nih baru nak update... wakkakaka :P