Thursday, May 31, 2012

Kisah Cinta ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. sukeww lateww kita update entry kita.. hahaha.. aku tahu korang senantiasa ternanti-nanti aku punya entry kan.. aku tahu korang tak leh hidup tanpa entry aku kan.. akuu tahuuu.. *sumpah ayat perasan nak mampus.. alahhh tak apa sekali sekala.. hewhewhewhew.. di sebab  kan cuti sekolah maka dengan senang lenangnya lah aku buleh update aku punya blog.. yew lah tak ada gangguan seksuall.. opss sory okey sory I mean gangguan masa lah... selalunya aku senantiasa ada kekangan masa.. terkejar sana terkejar sini.. sampai turun lemak2 tak tepu aku nih.. opss tak adalah sampai macam, tuh sekali.. :P and sekarang walaupom aku sibuk dengan seminar kecemerlangan SPM dekat sekolah aku bernasib baik kerana masih lagi diberikan peluang untuk merehatkan minda dan bemanja-manja dengan aku punya blog.. syukur alhamdulilah.. tak ada lah terabai sangat busyuk aku nih.. hikhikhik *alahai gedik gelak kau jahh!!!

okey dah stop gelak guling-guling kita start nangis tergolek-golek pulak.. hahaha :P nak kata entry kali nih entry air mata aku rasa tak lah jugakk.. nak kata entry gelak khas tak ada lah jugak.,. alah senang-sennag kita tengoklah apa jadi penghujung dengan entry nih.. kowt2 ada yang lepas baca menangis terleleh ..  ada yang gelak terguling.. mana lah tahu kan kita manusia berlainan jiwa... atototo ayat sastera kau.. hahaa :p

okey dah jom mula sesi bual bicara bersama doktor cinta.. oyeahhh.. hahahah :P okey lah kita semua mesti ada  kisah cinta masing-masing kan.. orang cakap asam garam dalam kehidupan bercinta.. nak ke tak hendak ke memank kita smeua akan lalui sejarah percintaan masing-masing.. *gila kau ayat.. kalah ayat dalam karangan.. hahaha :P okey stop gelak aku baling kasut kan!!! :P baiklah.. bila kita bermain dengan C.I.N..T.A secara manualnya kita akan kenal apa itu bahagia, sedih, kecewa, sengasara, duka, suka, dan sebagainya lah yang berkaitan dengan perasaan.. bila bahagia mula lah terasa bagai dunia ini ana yang punya.. bila sedih mula lah nak buat seni ukiran tangan.. *hanya orang yang tidak kuta iman membuat aktiviti seni ukirang tangan tuh :P 

mesti ada dalam kalangan kita yang pernah kecewa, pernah di permainkan.. orang cakap adat percintaan sebelum kita berjumpa dengan seseorang yang betul-betul kita punya pasangan.. eh jap apa punya terbelit ayat aku?? okey abaikan!!! aku?? mesti lah pernah kena main.. diaorang mainkan aku macam tu jerr.. sekali aku kasi.. haaaa haaaa aku jugak merana.. hahaaha.. orang cakap cinta monyet.. tapi tak bererti aku bercinta dengan monyet key :) memank.. memank cinta monyet tapi cinta nyet-nyet nih lah yang memberi kita pengajaran.. membuat kan kita menjadi matang dalam menerusi alam kehidupan yang banyak dugaan ini :) membuat kita lebih berhati -hati dalam mencari pasangan hidup.. membuatkan kita lebih mengenal apa itu erti sebuah cinta yang di semai melalui benih kaish dan sayang.. what the strawberry ayat aku,, alahaiii lemah lutut aku.,. hahaha :P

bila pikir balik kan lucu pom ada sakit hati pom ada bahagia pom ada.. lucu bila pikirkan umur baru setahun jagung dan gatai dalam dunia percintaan.. sakit hati bila kita kena mainkan perasaan macam tu jer.. apa ingat kita punya hati nih boleh tukar macam lampin bayi..?? alahai senang kerja.. sekali kena batang hidung sendiri baru nak menanah telinga.. tak kira lelaki ke perempuan aku cakap secara umum :) bahagia bila ingat balik pergi sekolah jumpa dia dekat kantin.. dia belanja air.. borak gelak2 bagai. dia tolong kita buat kerja.. alah macam sweet couple of the year buat kerja semua sama-sama.. tapi konon jerla yew.. kenyantaan hmm yang hadoiii.. bahagia bila kawan duk kenen - kenenkan.. bila dia caring dengan kita tanya makan ke belum.. teman kita tunggu bas takut jadi apa-apa.. bagi arahan lepas kelas terus balik jangan nak melencong pergi lain  alalallala bahagia.. hhahaha.. okeyy tapi tu dulu la.. sekarang?? sekarang pom ada jugakk.. tapi dengan crush.. tapi part happpy jerla., sakit hati tuk dak lah.. hahhaa.. alahaii.. okeyy tak nak cerita.. hahaha


tapi yang menjadi permasalahan sekarang.. manusia tidak menghargai cinta mereka.. masa single duk melolong nak couple.. bila couple duk melolong nak single.. YA ALLAH dah TUHAN memberi anugerah terindah.. satu perasaan suci tuh hargai lah elok-elok.. tak semua orang dapat merasainya tak dak?? tengok aku.. duk pendam perasaan dekat si EA since aku form 3 sampai lah sekarang.. tak dapat-dapat si EA tu dekat aku.. pendam perasaan macam tu jer.. korang nih tak.. ambik smabil lewa jerr..so please hargai cinta awak!! sebelum awak tak mengenal apa itu cinta atau lebih tepat anda hilang apa itu cinta.. :)


siapa cinta awak?? alahai.. kalau dah tahu tak apalah.. kalau tak tahu macam mana?? macam aku nih.. sampai ke sudah aku tak tahu siapa cinta aku.. yang aku tahu aku cinta si EA tuh.. susah nak buang perasaan cinta aku dekat si EA nih tau dakk.. susah-susah.. bertahun aku sayang dia.. aku bahagia jadi kawan dia,.. tapi dalam pada masa yang sama aku akan lebih bahagia kalau dia mengeluarkan kata-kata "aku sayang aku" memank dia selalu cakap dia sayang aku.. tapi dia sayang aku sebagai kawan.. tak pa aku redha.. mana lah tahu suatu hari nanti dia mula sedar siapa aku di sisi dia.. ceyy gituu.. hahaha

okeylah aku kena berhenti.. kalau takk meleleh lah air liukk korang atas lappy masing2 .. hahaha chow luh.. btw thanks for reading.. love youu guysss :) so you guys keep searching who love you and try untuk menghargai cinta korang.. okey sila teruskan menerokaii kisah cinta ???? nak share dengan aku pom boleh.. sudi mendengar :)

Monday, May 28, 2012

Bila Kita di Landa Kegagalan :")

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... rinduwwwwwwww gilewwwwwww dekat korangwwwwwww..lameww gilewww kan kita tak jumpewww..  okey apasal banyak sangat huruf W dekat ayat aku tuh!!! gedikkk gilonggg babung kowt aku tengok.. what the fish betull.. !! hewhewhew .. okey sila tendang dia jauh2.. nanti ada yang termuntah darah.. haha :P bukan apa I'm try to be a sopan than dulu lah.. alah tahulah aku.. aku ganas gila kowt.. jalan terkankang jer.. opsss gilaa.. tak ada lah sampai terkankang.. still sopan macam wanita melayu terakhir.. wahh gitu.. kalah mak jemah kauu.. haha :p aku tengah memcuba menulis dalam ayat kegedikan..macam best tengok budak2 dalam facebook update status guna huruf W banyak2.. astaga nak kata keyboard dia rosak tak la kowt.. tapiiiii aishh macam susah aku nak buat kesimpulan sebab aku tengok okey jer dia duk update status.. maybe dia guna autoW like autolike yang macam ABANG MARK kita guna untuk facebook.. but  i wonder macam tak kena dengan jiwa rock aku.. wahh rock..?? eerr but i tak layan meteliica song  or what everlah.. aku layan lagu jiwangg baru kena dengan jiwa halus aku.. hahaha... :P eh saat apa aku melalut nih.. oh my english..!!!!! 

aku rasa apa yang aku duk pot pet menaip tung tang tung tang kalah pendahuluan masa buat karangan tu kan macam tak masuk langsung dengan tujuan aku update entry hari nih... lari tajukk terusss.. apakah??? okey jiwa kacau.. :p bukan apa sebelum kita menyelam ke dasar hati yang dalam.. baik kita warm up dengan aktiviti yang menarik yang boleh buat kita gelak guling2.. even though aku tahu satu orang pom tak dak duk gelak pom bila baca entry aku :P *ayat hiperbola mintak simpati or dengan kata lain mintak kaki.. haha :P okey sorry kalau agak kurang ajar :) okey dah.. now sediakan hati yang suci untuk menerima satu tazkirah,.,. takzirah?? no lah i mean satu kata-kata semangat di saat kita jatuh :)

semua sedia maklum kan yang sekarang bagi semua budak-budak yang masih  menuntut tak kira pelajar sekolah mahupun universiti sedang berperang dengan kertas-kertas yang sangat kejam.. silap langkah boleh membunuh.. silap atur srategi boleh tewas silap atur bicara biasa kecewa.. tapi jika kita bijak mengatur bicara,bijak mengatur strategi bijak mengatur langkah kita tidak akan tewas kecewa dan terbunuh!!! :) semua itu bergantung akan usaha masing-masing.. tapi walau sejauh mana kita usaha sampai tidak tidur malam makan tak cukup kalau kita sombong pada yang ESA semua itu sia-sia.. langsung tidak ada guna nya.. kerana pepatah ada menyatakan usaha dan tawakal insyallah kita berjaya.. ;") jangan sombong diri jangan megah diri.. kita hidup di dunia hanya menumpang.. walau bijak mendaki gunung kalau salah langkah boleh tersungkur jua.. bergitu jugak dalam menuntut ilmu.. walau sebijak mana kalau sombong dalam menyembah yang Esa  dalam 5 WAKTU dengan sekelip mata ilmu boleh di tarik olehNYA :) jangan sombong.. binasa lah kamu :)

Tiada siapa yang dapat 100% menolong kita sewaktu kita kesusahan, mungkin ada yang dapat menolong tapi tiada yang dapat menyembuhkannya..dan ingatlah setiap kali kita dilanda kesusahan pergilah kepadanya.. kerana hanya dia yang berkuasa.. seperti aku.. sudah banyak perkara aku buat.. aku buat latihan aku ikuti kelas tambahan, aku fokus di dalam kelas tapi jika aku sombong dengan ALLAH semua itu tidak berguna.. tapi alhamdulilah aku masih ingat padanya walaupom banyak dosa aku pada Nya..

selepas selesai semua peperiksaan aku mula rasa aku menemui kegagalan.. kerana aku rasa aku kurang membaca,, aku rasa aku menjawab soalan tempoh hari sesuki hati aku.. pasti hancur hati guru ketika memeriksa kertas aku.. banyak kekurangan pada jawapan aku.. banyak silap.. ampunkan aku guru.. balik rumah aku termenung.. di sekolah aku termenung.. memikirkan apakah agaknya result aku nanti.. kecewa itu pasti.. tapi itu bermakna aku harus mengalah.. gagal sekali tak bermakna aku gagal selamanya.. kali ini aku janji akan melakukan yang terbaik agar dapat result yang cemerlang dalam percubaan SPM nanti insyallah :) ingat susah atau senang ALLAH sentiasa di sisi :)

aku sentiasa berpegang akan kata-kata ini

Bila kita didalam kesusahan dan tiada siapa disisi kita..ingatlah dan sentiasa ingat bahawa Allah SWT ada disisi kita dan Allah SWT adalah satu-satunya petunjuk kita...





walau tidak menjadi manusia terpandai di dunia sekurang- kurangnya jadi lah anak yang berguna buat ibu bapa.. jangan sombong memohon pertolongan ALLAH kerana ALLAH berkebolehan membantu kita dalam apa jua cara.. bila kita di landa kegagalan.. kejayaan pati kita temui.. insyallah :) JANJI ALLAH ITU PASTI


sebelum itu minta doakan result peperiksaan aku ekk?? sayang korangg ketat2.. hewhewhew :PP chow luh.. nak makan.. teheee :)