Thursday, September 6, 2012

Istikarah Cinta :")

Assalamualikum dan Salam Sejahtera sahabat blogger yang aku sayangi dan di rahmati ALLAH sekelian :")

" Bila mata dah tertaut, maka hati mula merindu, bila hati sudah jatuh, hidup mula jadi haru biru "

Siapa tak pernah jatuh cinta?? tipulah tak kan?? budak sekolah rendah dah pandai main cinta inikan pula kita yang sedang di mamah usia.. hohoho :P so mesti kita dah pernah lalui situasi sebegini :

Gadis A : eh aku suka lah Lelaki A!! suka gila.. aku suka cara dia layan aku.. aku suka cara dia bercakap.. aku suka cara dia bergaul and aku semuanya tentang dia.. :"P

Gadis B : eh eh eh poyo nya kau.. semua baik2 jer.. yang buruknya tak ada??

Gadis A : tak ada.. dia sempurna bagi aku.. 

Gadis B : habis.. pergi lah cakap kau suka dia :)

Gadis A : eh eh kau gila?? mana nak letak muka aku?? mahunya dia tolak aku?? tak nak tak nak.. :")

Gadis B : belum cuba belum tahu.. :)

Gadis A : eh biar lah.. kalau betul dia suka aku.. biar datang cakap.. tak pom tunggu takdir yang menentukan.. aku tak berani menangung risiko.. aku takut aku frust tertunggeng!! 

Gadis B : hmmm ikut suka kau!! asal kau bahagia

errr okey.. tu contohlah kan.. sebab cuba kita buat kajian kaji selidik banci penduduk.. hoho.. kalau perempuan jatuh hati dekat lelaki kebanyakan nya dia akan ambik keputusan mendiamkan diri dan tengok apa yang akan terjadi.. tertunggu-tunggu si jejaka mengucapkan ' I love You ' tapi habuk pom tak dak!! abik contoh aku lah senang kan!! tunggu Si EA bertahun-tahun lamanya okey!! bertahun tahun tahu tak?? kata mudah selama 4 tahun aku duk tunggu si EA sambut huluran aku.. tapi..... hmmm yang hadoiii.. sape yang parah.. sape yang sengsara.. sape yang tertunggeng?? aku jugak kan?? :") ahh citew lama.. tutup2.. nanti aku nangis tak dak lagu kan naya ja :P

so kalau kita cakap " aku tak nak dah jatuh cinta.. aku serik!! ' ye mengucapkan kata sebegitu memank mudah. tapi nak melaksanakannya tuh susah.. macam nak panjang gunung Kinabalu.. sebab yelah.. cinta itu fitrah manusia.. Tuhan mencipta kita dengan satu hati yang harus di huni oleh seseorang tuk berkongsi kasih dan sayang. sakit dan pedih gembira dan sedih :") so da kalau nama nya fitrah lari pung pang pung pang kita tetap jugak akan jatuh cinta.. jatuh suka pada seseorang.. dah kalau tak terjadi itu.. haaa tak berapa nak normal lateww.. hikhikhik :P

lepas tuh satu lagi.. "eh aku dah admire dia lagi dah.. aku dah pasrah.. aku dah menyerah kalah. dah tak nak dia dah.. dah tak tertanggung menanggung derita tuh " haaa yang nih satu lagi masalah!! yerlah.. nak mengatakan dan menuturkan nya memank mudah.. tapiii nak melaksanakan YA ALLAH.. amat-amatlah susah.. sungguh!! tambah-tambah macam aku nih.. 4 tahun menanti kasih.. akhirnya kasih itu terlerai jua tanpa sebarang sambutan hangat.. sakit kecewa TUHAN yang tahu. dah habis dah cakap " aku tak nak EA.. Kau ambik.. aku tak nak!!! " tapi last2 'eh aku tak leh lupa dia lah.. aku still sayang dia.. macam mana nak lupa dia' tak caye?? bukak twitter aku tengok!! tanya kawan aku sana.. even bukan selalu aku cakap macam tuh.. tapi sumpah.. hati ini masih mahu dia.. masih menanti dia.. selalu berharap yang dia sambut cinta aku.. even hanya untuk satu jam.satu minit atau satu saat.. aku rela.. asal aku dapat merasa di sayangi dan cintai oleh dia.. eh apa nih??? stop it .. stop it... apa kau nih fiqah?? kalau kau duk selalu macam nih.. memank kau tak akan lupa dia la.. stop it.. jangan cakap pasal dia lagi.. huh!!! okey gangguan emosi seketika :")

so balik pada topik!!!  even kita lari sehingga china tidur enam bulan kemudian bangun kita tetap akan bertemu dengan cinta!! kenapa?? sebab itu fitrah!! kita tetap tak leh lari.. percayalah.. jadi jika kita merasa cinta biarkan ia berlalu.. jangan di halang jangan di sekat.. jika ada takdir antara kita dengan dia.. maka ada lah.. jangan di sekat nanti seksa jiwa.. macam aku.. walau dalam proses melupakan EA.. aku still biarkan perasaan tuh bersemi.. aku tak pernah menghalang dia bertandang kerana aku tahu itu susah di lakukan..dalam aku melupakan aku dalam pada itu juga aku cuba melupakan nya.. melupakan dan berhenti berharap!! :") eh jap kenapa lagi sekali keluar pasal EA?? aishh dah dah dah.. 

dah okey aku nak stop.. nanti lebih banyak aku mengarut.. sekarang pom entah jadi apa dah entry aku.. lain yang di rangka lain yang jadinya.. nih kalau buat karangan Bm sumpah lari tajuk!! tak de harapan nak dapat A.. hahaha.. okeylah.. kepada yang mempunyai admire atau crush.. teruskan menanti dengan tabah dan sabar.. In sha ALLAH ada jodoh maka adalah.. jangan mudah mengalah.. jangan jadi macam aku.. :") tak sabar dan tabah menanti.. tak sabar dan tabah menerima dugaan percintaan :") kepada yang ada teman istimewa.. cuba lah memperbaikinya menuju ke jalan ALLAH.. bercinta di atas landasan yang betull.. jangan melampui batas.. selaraskan arus cinta anda ke arus yang suci dan murni.. hiasi ia dengan iman.. In sha ALLAH anda akan berbahagia bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.. berdoalah agar cinta korang berkekalan hingga ke jannah.. ingat.. bercinta tidak sama dengan bercouple.. :") bercinta ada syarat nya.. jangan kerana cinta tergadai maruah.. :") ku doakan agar cinta kalian suci dan murni :")

p/s : solatku, ibadahku, hidupku dan matiku.. hanyalah untuk ALLAH S.W.T :") Ya ALLAH kau titipkanlah sang ADAM yang berwibawa, yang kuat iman di dada, yang baik budi perketinya, yang bisa mencintai keluarga ku seperti mana dia mencintai aku dan RASULMU .. seperti mana dia mencintai dan menyangi keluarganya :") kau titipkan lah jua sang ADAM yang boleh menjadi iman di setiap solat fardhu ku.. yang boleh menjadi ustaz menegur bacaan AL-QURAN ku.. dan juga yang boleh menjadi buku rujukan ku.. :") Amin 


Tuesday, September 4, 2012

Hidup Ini Penuh Dugaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua :")

hacummmm!!! err maafkan saya.. HAHA :p al-maklumlah blog lama terabai sehingga wujubnya sawang sesemut eh silap sawang labah-labah yang tumbuh dan berkembang dengan pesatnya.. hohoho :P btw Its September right?? fulamakkk berdesupp dia datang.macam kereta F1.. hohoho .. bila dikira dihitung di tambah. di bahagi di darab dan di tolak lagi  sebulan lebih aku nak exam SPM.. tolak cuti hujung minggu cuti hari kemalasan sedunia,cuti lepaking semalaysia and yang seangkatan dengannya. tak gabra pom cuma nak cakap limpa hati usus besar usus kecil dah berada di luar kawasan. tak leh nak berfungsi dengan baik dah..

cakap bab SPM tertiba ingat conversation aku dengan mama.. ia berbunyi seperti lagu cinta muka buku.. eh tak tak.. ia berbunyi begini :

mama : macam mana exam tadi??

aku : hampehh!! berserah ma.. dah cuba yang sedaya yang mampu

mama : tu lah study last minute. cer study awal-awal.. tak ada lah jadi macam tuh

aku : hee.. ye2.. nanti nak ubah

mama : nak ubah bila?? spm kamu lagi sebulan

aku : sebulan lebih ma..

mama : sebulan lebih pun.. its still sebulan.. tak leh ubah.. sempat ke kamu ulang kaji semua subject dari form       1 sampai form 5??

aku : hee.. okey2.. nanti malam nih saya mula ye.. insyallah.. jangan risau

mama : mana tak risau kamu tuh anak bongsu.. abang dan kakak kamu dah berjaya..

aku : Insyallah ma.. ikah akan buktikan

mama : *senyum then pergi dapur masak

errrr bila pikir-pikir balik sempat ke aku cover semua subject dalam masa sesingkat nih?? tuhlah main konda kondi lagi.. kan dah jadi macam nih!! kalau aku bukak speed 5 sejak awal tahun confirm aku punya trial tak macam nih!!! nak salahkan sapa?? kalau nak salahkan ibu mengandung memank tak ah. sebab memank salah aku.. yewlah.. terlalu asyik dengan kemewahan dan keasyikan dunia.. fish ball betul.. nih kalau nak menangis air mata ke darah memank tak akan memberi apa-apa impak ah..!!! 

tak leh jadi!! mulai saat detik ketika minit masa dan jam ini owh hari dan bulan jugak tidak ketinggalan aku harus malah wajib mentelaah buku kalau boleh nak pergi pasar and bantu mama masak pom aku nak  kena bawak buku!! masa dah suntuk!! berdasarkan cara dan pemahaman aku masa exam dua tiga empat lima hari nih masih banyak yang aku lupa.. owh sadis.. sampai formula math pom habis tunggang langgang.. hancur musnah nak dapat A math kali nih.. owh sadis.. mahu menangis air mata darah cikgu math aku.. yelah.. ye ye jer janji nak dapatkan A tuk kali nih sebab selalu dapat B.. dia siap target aku A+.. mampus aku.. mahu dia meraung masa tanda kertas jawapan aku nanti.. TAPI mintak-mintaklah sewaktu dia menanda kertas jawapan aku tuh dia berada dalam keadaan yang baik baik sahaja.. maksud aku tenang dan selesa.. :")

so bila kita berada di dunia yang bersifatkan sementara nih memank banyak lah kan dugaan dia.. masa kecik dugaan dia asyik nak beli mainan tapi mama abah tak kasi sebab mainan dekay rumah dah bnayak sampai dah tak termain di buatnya.. and masuk sekolah rendah asyik gaduh dengan kawan sekelas sebab berebut pemadam.. yang itu kata pamadam dia yang ini kata pemadam dia.. and bila masuk sekolah menengah dah mula dah nak berkecimpung dalam kecintaan monyet-monyet sedunia, sampai nasihat mak ayah dah tak di endahkan pelajaran di ketepikan.. and bila kena hadap peperiksaan besar yang menentukan masa depan kita mula lah nak mengelabah gila baban sampai pengsan sebab takut gagal dalam exam and masa tuhlah baru nak cakap "eh menyesal aku tak study awal-awal"  haa masa tuh tak leh nak cakap apa dah.. habis duk gila meroyan tak tentu pasal. aihhh mintak jauh.. ku mohon perkara sebegitu tidak terjadi kepada diriku.. ku mohon :") 

dah tak nak cakap banyak nanti korang bosan.. lagipun banyak lagi benda aku nak kena buat nih.. walaupom esok aku free I mean tak dak exam.. aku kena study for next day.. killer paper.. ^_^ nantilah aku ada masa free aku update lagih.. kan taip panjang2 tak nak baca pulak..hmmm sebelum tuh aku mintak jasa baik korang doakan kejayaan aku dalam exam trial nih.. jasa baik korang amatlah di perlukan.. 



p/s : Tuhan ada berkata " dia tidak akan mengubah nasib seseorang hambanya melainkan hambanya sendiri berusaha untuk mengubahnya " percayalah kepada kun faya kun .. InsyAllah mudahlah segala urusan mu di dunia ini :")