Tuesday, May 21, 2013

Doa dan Tawakal


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D


Alhamdulillah, hati sudah kembali tenang walaupun fikiran masih ada kegusaran.. 

Apa yang Fiqah tanamkan dalam diri, Fiqah masih ada jalan. Ye, setiap dari kita tak boleh mengalah bila menghadapi sesuatu permasalahan. Jangan mudah mengalah dan hanya melihat sedangkan di depan kita masih ada jalan. Biarpun sukar, namun kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tawakal. 

Jangan mudah mengalah! 

Ingat, walau apa yang berlaku, kita masih ada Allah. 

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. 

Ya, Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya. Dia ada untuk mendengar setiap permasalahan kita. Dia ada untuk kita mengadu. Dia ada untuk kita meminta. Hanya kepadaNya tempat kita mengadu dan meminta. Jangan lagi bersedih tanpa melakukan apa-apa usaha. Teruskan berdoa kepadaNya.
Berdoa merupakan suatu usaha kita untuk meminta bantuan Allah SWT. Segala permintaan mestilah dipanjatkan kepada-Nya dalam keadaan penuh kesyukuran dan kerendahan diri, seperti firman Allah SWT dalam surah al-'araaf ayat ke-55 :
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan (suara) yang perlahan..."

Be grateful. Keep praying. Sangka baik dengan Allah. Go on. Smile. Just smile, even if you fake it. "Fake it till you make it" 
sahabat. ingat lah.. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk, pelbagai rupa. Boleh jadi ujian itu di datang 'khas' kerana diri jauh dari Allah. Husnozon..


p/s : Ya Allah, hilangkan lah kedukaan dihati hamba Mu ini. Hiasilah dengan kesabaran yang kuat untuk menempuhi dugaan yang mendatang

Thursday, May 16, 2013

Sanah Helwah Farisha :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D



Selamat Hari Jadi sayang <3 font="">

Dikesempatan ini.. Fiqah nak ucapakan Selamat Hari Jadi kepada satu-satunya anak saudara Fiqah nih.. insyaALLAH ada rezeki nanti bertambah lah tuh bilangan anak saudara.. hohoho :P 

Farisha.. Che su doakan semoga diberikan kesihatan yang baik jugak di bawah redha ALLAH selalu.. jadi anak yang baik.. anak yang mendengar kata. anak yang solehah.. anak yang menyejukkan hati umi dan ayah.. dan jadilah muslimah yang baik.. che su doakan Farisha berjaya dunia dan akhirat.. insyaALLAH.. nak hadiah? boleh.. nak kiss setepek.. haha muaahhh :* love u anak buah :) ♥ selamat menyambut hari jadi yang ke 3 tahun sayang 






insyallah nanti chesu awak nih dah berduit.. gunung ganang bukit bukau akan che su hadiahkan untuk awak.. nak apa? lori rumah banglow pulau ferrari.. harharhar.. k terlebih di situ.. :3 apa-apa pun.. ingat pesan ceh su tau sayang.. jadi anak yang baik.. jangan beri beban kepada orang tua awak.. nanti dah ada adik nanti jadi kakak yang baik tau.. jadi kakak yang membimbing.. sayang awak ketat-ketat.. 

haa apa lagi ek? ekceli tadi plan nak letak gambar seketul then tulis caption siket..sekali dapat keyboard seolah-olah macam dato lee chong wey dapat reket katakaw! haha

ok rasanya tuh je laa kot..tetibe blank plak..kira ok laa kan, at least Fiqah update blog nih sebagai penghargaan buat anak buah tersayang. ..ngee3x