Tuesday, February 26, 2013

Erti Ujian Allah Yang Sebenar :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. segala puji pujian bagi ALLAH S.W.T kerana masih memberi peluang untuk Fiqah bernafas lagi pada hari ini untuk terus melakukan ibadah pada nya. Alhamdulilah Alhamdulilah :") 



Fiqah cuma seorang gadis biasa. Perwatakan, pemakaian Fiqah, belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati. Tapi Allah itu Maha Penyayang, tidak dibiarkan seorang yang seperti Fiqah untuk terus hanyut dan lalai melupakanNya.
Fiqah bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. Fiqah bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. Fiqah beragama Islam tapi Fiqah sedar, Islam Fiqah belum cukup sempurna seadanya. Subhanallah :")
Baru-baru ini Fiqah temui sinar kebahagian. mengenalinya adalah sesuatu yang membahagiakan. kerana itulah yang menjadi idaman sepanjang zaman :") tapi kebahagian itu hanya muncul seketika.. hanya menjengah sekejapan cuma.. :") apa kerana Fiqah lupa tuk mengucapkan syukur kepada sang Pencipta kerana menganugerahkan pertemuan terindah itu??.. Astagfirullah.. ampunkan kilafku Ya ALLAH :")
Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!
Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.
Ya dan sekarang hati kecil ini yang terluka.. peritnya jiwa sakit nya pabila memendam rasa :") bukan pinta hati ini tuk terjatuh ke dalam lubang yang sama.. mungkin kerana tidak menjaga mata lalu ia rebah jua di lembah yang sama.. sakit memendam sama peritnya dengan tertikam*macam lah pernah rasa kena tikam Fiqah nih.. ihiks :P . tapi itulah.. Hati kecil ini tidak pernah kenal erti perit :")

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"

"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.
Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.
Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. Hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya."Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.

Semoga beroleh kebahagian dalam mencari warna cinta Ilahi. Assalamualaikum :")

No comments:

Post a Comment