Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera semua..
Apa yang sudah berlalu biarkan ia berlalu. Mengingatinya hanya perkara yang
sia-sia. Samalah seperti mematikan kehendak dan membinasakan masa hadapan.
Teruskan kehidupan walau pahit yang dirasa. Kehidupan perlu dilayar sebaik
mungkin walaupun kecewa datang bertimpa-timpa. Ingatlah seperkara, perkara
yang berlaku tidak mampu
diundur kembali. Walau menangis air mata darah pun, semuanya
tidak akan kembali lagi.
|
Manusia sering berkata, andai aku bisa
mengundurkan masa lalu... Adakah anda mahu memulangkan air kepada sumber mata
air? Memulangkan matahari dari tempat terbitnya? Mengembalikan kanak-kanak
kembali kepada alam rahim ibunya dan air mata kepada mata? Justeru jika
perkataan 'kalau' yang sering meniti di bibir-bibir kita, maka kita hanya akan
dapat penyesalan bukannya hikmah.
Justeru ujian yang menimpa diri kita ini
sering sahaja dianggap sukar untuk diatasi, sedangkan Allah sudah perjelaskan
bahawa Allah tidak akan memberatkan manusia dengan sesuatu yang tidak
tertanggung olehnya. Maka, yakinlah bahawa kita adalah antara orang yang
terpilih di antara berjuta makhluk untuk merasai
kemanisan hikmah.
Bersyukurlah tatkala kita mendapat ujian, kerana itu
tandanya Allah mengasihi kita. Allah hendak menguji tahap keimanan kita kerana
sudah lumrah manusia, apabila dalam kesusahan dan kesempitan, kita lebih
mengingati Allah. Allah memilih kita, sedangkan ramai lagi manusia yang Allah
biarkan. Jika kita diuji dengan cinta manusia, bersabarlah. Lihat sekelilingmu,
berapa manusia yang Allah tidak peduli? Dibiarkan mereka dalam kesesatan.
Ditambahkan lagi kesesatan. Sesuatu yang belum kita lupakan itu harus segera
dilipat dalam kotak memori paling jauh. Buangkan kesedihan dan binalah
kebahagiaan. Tidak perlu mengingati perkara yang tidak patut diingati jika
ianya pernah merosak diri.
I'm just wearing a top from SUZYNI COLLECTION
just
nice.. berminat untuk mememilikinya jemput lah singgah ;)
p/s: Ramai manusia yang tidak sedar yang Allah sangat kasih dan sayang
kepada kita, lalu diberikan ujian supaya kita tersedar dari lamunan mimpi
dunia. Tersesat sebentar kemudian diluruskan kembali di jalan-Nya. Itu tanda
Allah sangat sayang kepada kita.
As salam
ReplyDeleteOmputih kata "let bygone be bygone".
Salam perkenalan!
Done follow yours. Hit me http://groovyfashionshop.blogspot.com/2013/04/bila-isteri-tak-cantik.html
waalaikumusalam ;)
Deleteyeahh.. betul tu.. salam perkenalan jugak
singgah sini n follow. salam kenal. :)
ReplyDeleteterima kasih.. salam kenal jugak ukhti
DeleteinsyaALLAH jika sy ada kelapangan :)
ReplyDelete