Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D
Memang payah dan sukar untuk menjadi baik kerana MUJAHADAH ITU PAHIT SEBAB SYURGA ITU INDAH.
Tika mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman.
NAFSU : Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!
AKAL WARAS : Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.
IMAN : Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang :)
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Surah al-Ankabut, ayat 2)
(Surah al-Ankabut, ayat 2)
Ya, ujian itu Allah SWT turunkan dengan tujuan untuk menguji keimanan kita. Dan, setiap kesulitan itu datang dengan penuh berhikmah. Lalu untuk apa kita marah jika ujian yang Allah timpakan itu adalah bertujuan untuk kita lebih dekat kepada-Nya? Hatta, bila mana orang membuat kita marah, itu pun adalah satu ujian daripada Allah SWT. Maka,bersyukurlah. Bersyukurlah kerana kita ini adalah antara hamba-hambaNya yang terpilih untuk dicintaiNya dan diberi peluang untuk mencintaiNya.
Bukankah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui? Percayalah, semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadangkala, kita boleh berfikir sendiri tentang hikmah sesuatu ujian itu. Contohnya, apabila kita gagal mendapat pekerjaan yang kita suka, mungkin pekerjaan yang kita suka itu tidak sesuai dengan kita. Mungkin Allah telah menetapkan suatu pekerjaan yang lebih baik untuk kita. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
La illaha ila anta, subhanaka, inti kuntu minaz dzalimin.
(Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, dan aku tergolong dalam hamba-hambaMu yang menzalimi diri sendiri.)
Sabarlah dalam bersabar :)
p/s : Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk, pelbagai rupa. Boleh jadi ujian itu di datang 'khas' kerana diri jauh dari Allah. Husnozon.. Assalamualaikum :D
No comments:
Post a Comment