Thursday, October 10, 2013

C.I.N.T.A untuk siapa????

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)



“Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala”

Lirik lagu nasyid “Kerana Cinta” ini singgah sebentar di minda ini bila menulis tajuk ini.
Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, Fiqah tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemput apalagi singgah untuk menjenguk.
Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk Fiqah mempertahankannya. Tetapi kali ini, Fiqah rasa perasaan itu sudah semakin menebal..
Dalam fikiran, adakah Fiqah telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!
Fiqah katakan pada diri sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan itu, Fiqah hanya bercerita kepada Yang Labih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buat Fiqah.
Setiap malam Fiqah bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, Fiqah berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagiku dan belum tentu halal bagiku.
Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.
Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus melupakan perkara-perkara yang menyebabkan perasaan bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.
“Mereka berkata hidup perlukan cinta

Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnyanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta

Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu..”


Lagu “Warna-warna Cinta” nyanyian kumpulan Brothers sedikit sebanyak menyedarkan Fiqah, sebenarnya cinta yang diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah cinta kepada ALLAH SWT.

Cinta ini tidak akan layu, tidak akan pudar, tidak akan mengecewakan, tidak akan merugikan, dan segala jenis tidak. Malahan ia semakin menambahkan kelebihan pada diri kita, menambahkan kebahagiaan, menambahkan senyuman dan meningkatkan darjat kita sebagai hamba Allah.
Lagi pun Fiqah masih muda. masih jauh perjalanannya.. dan masih terlalu mentah dengan ini semua. Masih tidak layak dan tidak pantas untuk berbicara soal nya. Akan tetapi bila ia dinamakan fitrah seorang manusia biasa terkadang terpanggil untuk berbicara untuk berkongsi rasa :") terkadang ada khilaf nya juga yang kita sendiri tidak sedar.
Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya. 
Love For Allah~
p/s : btw esok Fiqah akan bertolak balik kelantan.. cuti Hari Raya AidilAdha. doakan perjalanan Fiqah selamat sampai ke destinasi tuk jumpa dengan family yang dah lama tak bersua muka :") dan pasal bisness yang Fiqah cakap dalam entry sebelum nih. insyaALLAH nanti ada kelapangan Fiqah update contoh-contoh design dia.. buat masa sekarang belum lagi sebab busy siapakan Final Project :") bagi yang tak tahu pasla bisness tuh. anda boleh 

Klik LINK ini 

Friday, October 4, 2013

Bisness Will Coming This Semester Break.. :D

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)





kurang dari sebulan lebih lagi Fiqah akan cuti semester. tapi cuti tuh tak lama. just in 3 week cemgitulah gamaknya.. but I have no idea nk buat apa lah dekat rumah tuh selama 3 minggu selain duduk tidur berdiri makan minum tengok tv.. its so boring and tersangat-sangatlah membuang masa.. nak keluar jenjalan? perghh memank tak ah.. its so not me. Fiqah tak suka keluar melenggang tanpa arah tuju.. kalau Fiqah keluar tuh memank ada hal penting lah tuh.. kalau tak memank tak kan keluar :) 

bukan nak bajet bagus atau apa.. tapi cuba pikir.. keluar tanpa arah tuju habiskan minyak kereta macam gitu jer? dah la harga minyak naik sekarang nih.. opss dah tak nak heart felling dekat sini.. bukan itu tujuan sebenar tulis entry nih :p tapi seriuslah kalau keluar pom just beli barang apa yang nak then balik.. takde istilah window shopping in my life.. Fiqah jenis manusia yang tak suka berada di tempat yang ramai orang yang crowded.. :) 

so nak dijadikan cerita Fiqah decide nak buat bisnes lah sikit-sikit. at least ada imbuhan jugak duk rumah lelama dari duk baring tidur makan minum tengok tv tu kan.. ihiks :P idea nih Fiqah dah bincang dengan abah and mama.. diaorang sokong.. malah dorang pulak yang lebih excited.. ihiks :P abah cakap " otak awak nih otak bisnes eh? ada jer nak buat itu ini itu ini. tak leh duk diam.. dalam otak tuk duk pikir duit masuk jer ekk" and reaksi Fiqah? op kos hanya gelak dan diam.. tak kan nak menjawab kan? no no tak baik.. HAHAH :p

but seriusly Fiqah akui.. otak Fiqah always think about bisnes tapi tak pulak terpikir nk futher study in bisness like my other friend yang lain.. :3 Fiqah nih jenis suka cipta sesuatu then jual.. contohnya macam bisnes jual burger depan rumah Fiqah tuh.. buat benda yang tengah trend sekarang.. yang mudah dapat duit..  tak yah pikir panjang pom kan? but if we have a strategic plan insyaALLAH berkat redha ALLAH dan redha mama abah apa pun jua benda yang kita buat akan berjaya.. no need to worrries la.. sebabnya yang memberikan kita rezeki tu ALLAH S.W.T :) so apa yang perlu kita set kan dalam kepala adalah macam mana nak kembangkan kita punya bisnes.. untung rugi semua tuh belakang kira.. buat sesuatu dengan ikhlas.. tak yah risau.. rezeki di tangan ALLAH sahabat :) kerja dengan ikhlas kerana nak bantu orang lain bukan kerana nak duit semata-mata.. memank lah kita buat sesuatu kita mestilah nak kan ia untung dan berjaya.. sapa tak nak kan? but if we put a money in front Fiqah yakin perniagaan yang kita buat tuh tak kan berjaya.. ikhlaskan hati.. perniagaan jugak satu ibadah tau :) 

so mesti korang semua excited kan apa lah yang Fiqah nak buat nih kan? kemon excited please.. haha :p okey macam nih.. Bismillahirahmanirahim :) 

InsyAllah kalau tak de aral melintang dan di izinkan oleh ALLAH S.W.T cuti semester Fiqah yang akan datang tak lama lagi nih Fiqah akan menerima tempahan tuk membuat deisgn for doodle/illustration,header blog,poster,iklan pernigaan ( flyers ), bisness card and kad khawin.

disebabkan bidang yang Fiqah ambik untuk diploma nih adalah as a graphic designer, Fiqah rasa terpanggil tuk buat benda nih.. bukan nak kata trend sangat lah.. but i enjoy doing that things.. no need keluar dari rumah.. duk dekat orang ramai. just duduk rumah design and Fiqah dapat imbuhan.. bukan nak dapat untung or apa lah.. but hanyalah mempratikkan apa yang Fiqah belajar.. apa guna belajar benda tuh kalau kita tak pratikkan bukan? heee :) 

perihal harga and pakej atau apa-apa yang berkaitan.. nanti Fiqah akan cerita dalam entry akan datang.. kalau berminat nak guna khidmat Fiqah boleh lah PM Fiqah di facebook Fiqah atau twitter atau pom email Fiqah.. semua tuh ada dekat sidebar :) 



  
Logo for music store



poster 



 postcard



yang dekat atas ini adalah contoh-contoh artwork Fiqah waktu semester satu nih.. jangan bimbang.. anda berhak memilih jenis, konsep dan warna  anda sendiri. Fiqah hanya design kan saja :) segala idea dan kehendak anda selagi Fiqah boleh turuti Fiqah akan turuti :) 

Fiqah masih lagi baru dalam dunia ini jadi design Fiqah tak de lah secantik dan sehebat pereka grafik yang lain.. so kalau ada yang lebih ilmu dia dari Fiqah.. mintak tolong beri tunjuk ajar :) contoh-contoh design kad khawin, doodle, fylers dan lain lain.. nanti Fiqah update lagi.. ia dalam pembikinan.. sekarang tenagh busy siapkan assignment.. InsyaALLAH nanti selesai ni semua Fiqah update di blog nih.. so stay tuned.. anda boleh jugak jengah2 Fiqah punya fanpage tuk tengok perkembangan bisnes nih :) 

so berharap anda semua sokong apa yang Fiqah nak buat nih.. InsyaALLAH akan Fiqah berikan layanan jugak khidmat yang terbaik.. :) 



p/s : tolong sebarkan buat rakan-rakan atau sahabat yang berminat.. Thanks akhi dan ukhti :) 



Thursday, October 3, 2013

Resam Hidup

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

'Kenapa dah lama tak menulis?' Ramai tanya. so ni jawapannya, sekarang Fiqah tengah super busy dengan kehidupan sebagai student graphic. kalau dah selalu jengah blog Fiqah anda pasti tahu bukan.. tapi kalau tak tahu tu tak pe.. tak kecik hati pom :p hehe Alhamdulilah kurang lagi sebulan I will finish my semester one for this diplomat. pray for me guys :) banyak dugaannya sepanjang kehidupan Fiqah dekat sini.. menjadi seorang mahasisiwii bukan mudah. baru ku tahu.. baru ku rasa. ia sama sekali tidak sama dengan kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah.. Alhamdulilah atas izin dan redha Allah S.W.T Fiqah dapat rasa ini semua. syukurlah :")

Disebabkan baru-baru ni ada pulang ke rumah.. which is pulang bersempena dengan cuti satu malaysia I was so excited tuk menulis balik kerana mendapat suntikan semangat dari mama dengan abah supaya jangan give up Fiqah jangan mengalah Fiqah. kata mereka hidup tanpa dugaan bukan kehidupan namanya.. sesekali ALLAH nak jugak dengar keluh kesah kita.. kalau dengan tidak memberikan kita dugaan dan ujian hidup bagaimana lagi DIA ingin mendengar keluh kesah kita. Jadi Fiqah fikir.. alah apalah snagat setakat dugaan dengan banyak assignment and tidak cukup tidur sebagai pelajar kalau nak di bandingkan dengan saudara seislam kita di Mesir sana. Subhanallah syukurlah Fiqah.. syukurlah kau tidak di beri dugaan sebegitu :") 

Selain dugaan dan ujian assignment dan tidak cukup tidur dan adakalanya tidak tidur Fiqah juga di uji dengan perasaan rindu yang menggunung atas mama dengan abah.. rindu masakan mama.. rindu gurau senda abah di meja makan.. rindu suasana rumah.. yeww itulah dugaan terberat buat Fiqah.. terpaksa berjauhan dengan mama dan abah.. mungkin orang cakap alah setakat kelantan dengan kuantan apalah sangat.. ingatkan duk jauh beribu batu Paris sana :3 tapi bagi Fiqah yang tidak pernah punya pengalaman berjauhan dengan mereka berdua merasa ia terbeban.. merasa seksa :")

tapi sepertimana Fiqah nyatakan tadi.. bukan kehidupan namanya kalau tak ada dugaan.. ini Tuhan sedang melatih hati Fiqah supaya bersabar.. ini ujian kecil.. maka Fiqah harus kuat.. jadikan ia pembakar semangat. bawa pulang kejayaan yang besar buat mereka.. bagilah mereka kegembiraan yang tak dapat di beli di mana-mana kedai runcit di luar sana :) insyaALLAH mama abah lagi 2 tahun Fiqah akan bawa pulang kejayaan itu.. mama abah tunggu yew :) doakan kejayaan Fiqah di perantaun ini :") 

MAMA dan ABAH.senantiasalah tersenyum di kampung sana...Dan anakmu ini akan terus berusaha membuat kalian berdua tsenyum.. InsyaALLAH ...Allahummaghfirli waliwa lidayya...



orang pernah cakap manusia ini rambut sama hitam akan tetapi hati lain lain.. dan Fiqah akui itu. bukan nak aibkan sesiapa bukan nak burukkan sesiapa. akan tetapi bila berada jauh dari keluarga.. tiada abah dan mama di depan mata tuk menegur silap kata dan tutur bicara juga perangai. Fiqah terpaksa menjaga diri ini sendiri.. tidak bergantung hidup pada sesiapa.. cuba tuk memelihara hati dan mata juga menjaga adab agar maruah diri dan keluarga terjaga.. Alhamdulilah berkat doa mama abah siang dan malam. doa sahabat akhi dan ukhti sekelian semua itu masih terjaga.. terima kasih semua. 

syukur jugak. Fiqah di kurniakan sahabat handai classmates dan roomates yang baik. yang mampu menegur andai Fiqah terleka.. syukur masih ada yang prihatin :")  akan tetapi dalam baik nya pasti ada yang buruk. maka syukur jua kerana ALLAH jauhkan Fiqah dari terjebak.. dari terikut melakukan perkara tidak elok.. syukur ALLAH melindungi.. ku mohon agar Fiqah senantiasa di lindungi :")


sendiri itu lebih baik walau ia penuh sepi tapi tak mengapa asalkan ada ALLAH di hati

mulut manusia bagaikan pistol ,

Sesuka hati menembak keluar peluru ,

Tanpa menyangka peluru berisi kata-kata dapat melukakan hati manusia. :) 


p/s : Bila kita letakkan Allah yang paling besar, maka apa-apa masalah pun yang kita hadapi, biar sebesar apapun, akan terasa kecil 

so Fiqah be grateful. Keep praying. Sangka baik dengan Allah. Go on. Smile. Just smile, even if you fake it. "Fake it till you make it"