Thursday, October 3, 2013

Resam Hidup

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

'Kenapa dah lama tak menulis?' Ramai tanya. so ni jawapannya, sekarang Fiqah tengah super busy dengan kehidupan sebagai student graphic. kalau dah selalu jengah blog Fiqah anda pasti tahu bukan.. tapi kalau tak tahu tu tak pe.. tak kecik hati pom :p hehe Alhamdulilah kurang lagi sebulan I will finish my semester one for this diplomat. pray for me guys :) banyak dugaannya sepanjang kehidupan Fiqah dekat sini.. menjadi seorang mahasisiwii bukan mudah. baru ku tahu.. baru ku rasa. ia sama sekali tidak sama dengan kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah.. Alhamdulilah atas izin dan redha Allah S.W.T Fiqah dapat rasa ini semua. syukurlah :")

Disebabkan baru-baru ni ada pulang ke rumah.. which is pulang bersempena dengan cuti satu malaysia I was so excited tuk menulis balik kerana mendapat suntikan semangat dari mama dengan abah supaya jangan give up Fiqah jangan mengalah Fiqah. kata mereka hidup tanpa dugaan bukan kehidupan namanya.. sesekali ALLAH nak jugak dengar keluh kesah kita.. kalau dengan tidak memberikan kita dugaan dan ujian hidup bagaimana lagi DIA ingin mendengar keluh kesah kita. Jadi Fiqah fikir.. alah apalah snagat setakat dugaan dengan banyak assignment and tidak cukup tidur sebagai pelajar kalau nak di bandingkan dengan saudara seislam kita di Mesir sana. Subhanallah syukurlah Fiqah.. syukurlah kau tidak di beri dugaan sebegitu :") 

Selain dugaan dan ujian assignment dan tidak cukup tidur dan adakalanya tidak tidur Fiqah juga di uji dengan perasaan rindu yang menggunung atas mama dengan abah.. rindu masakan mama.. rindu gurau senda abah di meja makan.. rindu suasana rumah.. yeww itulah dugaan terberat buat Fiqah.. terpaksa berjauhan dengan mama dan abah.. mungkin orang cakap alah setakat kelantan dengan kuantan apalah sangat.. ingatkan duk jauh beribu batu Paris sana :3 tapi bagi Fiqah yang tidak pernah punya pengalaman berjauhan dengan mereka berdua merasa ia terbeban.. merasa seksa :")

tapi sepertimana Fiqah nyatakan tadi.. bukan kehidupan namanya kalau tak ada dugaan.. ini Tuhan sedang melatih hati Fiqah supaya bersabar.. ini ujian kecil.. maka Fiqah harus kuat.. jadikan ia pembakar semangat. bawa pulang kejayaan yang besar buat mereka.. bagilah mereka kegembiraan yang tak dapat di beli di mana-mana kedai runcit di luar sana :) insyaALLAH mama abah lagi 2 tahun Fiqah akan bawa pulang kejayaan itu.. mama abah tunggu yew :) doakan kejayaan Fiqah di perantaun ini :") 

MAMA dan ABAH.senantiasalah tersenyum di kampung sana...Dan anakmu ini akan terus berusaha membuat kalian berdua tsenyum.. InsyaALLAH ...Allahummaghfirli waliwa lidayya...



orang pernah cakap manusia ini rambut sama hitam akan tetapi hati lain lain.. dan Fiqah akui itu. bukan nak aibkan sesiapa bukan nak burukkan sesiapa. akan tetapi bila berada jauh dari keluarga.. tiada abah dan mama di depan mata tuk menegur silap kata dan tutur bicara juga perangai. Fiqah terpaksa menjaga diri ini sendiri.. tidak bergantung hidup pada sesiapa.. cuba tuk memelihara hati dan mata juga menjaga adab agar maruah diri dan keluarga terjaga.. Alhamdulilah berkat doa mama abah siang dan malam. doa sahabat akhi dan ukhti sekelian semua itu masih terjaga.. terima kasih semua. 

syukur jugak. Fiqah di kurniakan sahabat handai classmates dan roomates yang baik. yang mampu menegur andai Fiqah terleka.. syukur masih ada yang prihatin :")  akan tetapi dalam baik nya pasti ada yang buruk. maka syukur jua kerana ALLAH jauhkan Fiqah dari terjebak.. dari terikut melakukan perkara tidak elok.. syukur ALLAH melindungi.. ku mohon agar Fiqah senantiasa di lindungi :")


sendiri itu lebih baik walau ia penuh sepi tapi tak mengapa asalkan ada ALLAH di hati

mulut manusia bagaikan pistol ,

Sesuka hati menembak keluar peluru ,

Tanpa menyangka peluru berisi kata-kata dapat melukakan hati manusia. :) 


p/s : Bila kita letakkan Allah yang paling besar, maka apa-apa masalah pun yang kita hadapi, biar sebesar apapun, akan terasa kecil 

so Fiqah be grateful. Keep praying. Sangka baik dengan Allah. Go on. Smile. Just smile, even if you fake it. "Fake it till you make it"


1 comment:

  1. kalo dah busy tu. msti tak smpat nk up entri kan. hidup student ni mmg gitu. :)

    ReplyDelete