Ya Allah Ya Rabbi..
Quickest update!
Daripada Rasulullah S.A.W : “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.”
Kerana aku tidak punya apa-apa
aku sering merasa rendah
cuba untuk bangkit
namun lagi sekali aku rebah
aku ingat aku lemah
tapi rupanya tidak
Tuhan itu maha indah
di kirim rindu buat aku dalam ujian
di timpa ke atas aku segala dugaan
sering sebelum ini
aku letak segala kebergantungan kepada manusia
dan dengan itu aku rebah dan makin rebah
sampai aku tersungkur baru nak terngadah
sampai satu saat
aku mula sedar mula celik
jika dari dulu dari awal
aku meletak segala kebergantungan itu
kepada ALLAH S.W.T
mana mungkin aku rebah
mana mungkit aku terngadah
malah hidup aku penuh tabah
hidup aku penuh syukur
senyum aku penuh megah
wahai hati wahai jiwa
wahai iman wahai jasad
saksikan dengan mata
rasakan dengan jiwa
kau sedang tinggi
payah payah semalam
moga mudah semula
tiap yang mematah semangat mu
tiap yang memijak henyak
tiap yang menolak
biar.. biar itu semua di belakang mu
seringlah ingat akan kasih mu yang SATU
ALLAH S.W.T yang ESA
nescaya.... setiap rebah
setiap yang memijak henyak
setiap yang menolak
setiap yang mendongak
setiap yang angkuh
setiap yang sombong
setiap yang mematah tegak mu berdiri
setiap yang mengutuk setiap yang menghina
setiap segala kata nista
kau anggap lah itu suatu mimpi..
mimpi yang hanya datang sekejap
berlari seperti angin
jangan kau kenang
moga di buang segala dendam dan sayu
kerana kau tahu itu semua pasti ada hikmah
jadi kenapa kau harus menangis lemah
tersungkur rebah
terjelopok lemah
BANGUN... dan tersenyumlah..
ALLAH ada bersama kamu.. 24 jam menyanyangi mencintai memerhati mendoa buat mu
mendengar kesah dan lelah kamu..
doakan untuk saudara muslim kita di sana.. doakan anak kecil yang tidak berdosa itu.. doakan moga semua ini berakhir. sungguh aku lemah tuk melawan kuasa ALLAH. tapi aku percaya pada kuasa doa.. aku percaya jika semua umat islam duduk berdoa semua ini akan berakhir.. jika semua bersatu hati demi saudara islam kita di Palestine Syria dan Gaza sana semua ini bakal berakhir. :") doa lah kawan sahabat teman .. doa. hanya itu senjata kita.. aku mohon dengan sungguh hati. aku mohon :")
Salam sayang dari aku. Moga kalian di bawah redha ALLAH selalu.
pray for them
ReplyDelete