Wednesday, April 9, 2014

Tawakal................... Is The Key :")

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) *Lama tak jenguk blog, rindu 




Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.
Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.
Alhamdulilah.. maha suci ALLAH. Semester kedua Fiqah berakhir dengan jayanya.. berkat sabar.. berkat tabah dan berkat doa mama abah. pensyarah juga sahabat di sayangi Fiqah berjaya habiskan dan tempuhinya.. walau badai melanda walau permasalahan menimpa.. syukurlah.. :")
Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Allahu. ampunkan daku YA ALLAH hambamy yang hina lagi kerdil ini.. :")
semester kedua.. semester yang sangat mencabar.. ku kira di semester kedua ini Fiqah akan lebih tabah dan sabar.. ku kira semester kedua ini lebih mudah dan senang.. kerana sudah ada pengalaman sewaktu di semester pertama. tapi telahan Fiqah salah sama sekali.. rupanya semester kedua ini lebih mencabar.. dengan assignment yang bertingkek-tingkek.. yang makin mencabar otak Fiqah supaya berfikir di luar kotak. megeluarkan idea yang bernas dan keratif.
sampaikan waktu untuk menelefon mama abah jugak berkurang.. Alhamdulilah.. mama abah faham.. syukur :") bukan Fiqah lupa akan mereka tapi kekangan masa dan wang yang menghalang.. Fiqah.. bukan di kalangan orang berada.. perlu berjimat perlu melakukan kira-kira. nak balik cuti semester jugak berkira.. "adakah aku punya wang yang cukup untuk menyambung saki baki semseter kedua aku disini" monolog aku sendiri.. tapi Alhamdulilah.. berkat doa dan sabar.. semua nya cukup.. berkat bantuan rakan-rakan.. semua nya cukup.. malah terlebih.. itulah ukhwah.. :"
semester kedua.. bukan setakat di uji dengan assignment yang bertingkek.. malah di uji dengan pelbagai masalah.. bukan mengeluh tapi bersyukur.. kerana ALLAH sayang aku maka dia utuskan masalah agar iman Fiqah makin mantap.. iman Fiqah makin menebal.. 
tidak di uji seseorang itu melampui kemampuan seseorang itu. ALLAH iu mahal adil dan penyanyang.. maka Fiqah terima dugaan dengan hati yang sangat-sangat terbuka.. lapangkan dada dan muasabah diri.. mungkin Fiqah banyak leka sampai lupa akan ia yang maha ESA.. :")
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan “ujian dan dugaan”.
Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.

saat ini hati runsing.. adakah pointer Fiqah masih boleh membanggakan abah dan mama seperti mana waktu Fiqah berada di semester pertama dahulu.. tidak di harapkan dekan tapi cukup lah sekadar dapat memberi mama abah senyuman bahagia.. Fiqah tahu tahap mana Fiqah berada.. Fiqah tahu tahap mana Fiqah dapat capai.. tapi Fiqah mohon doakanlah yang baik-baik sahaja buat Fiqah.. bukan niat untuk melawan dan bertanding  bahkan untuk menunjuk cuma niat hati ini cuma ingin memberi sedikit kebanggaan buat mama abah.. jadi mohon jangan berdendam mohon jangan memandang sinis.. Fiqah cuma anak yang sedang berjuang demi kedua orang tuanya yang banyak berjasa dalam membesarkan Fiqah :") 
tidak sedikit pun terniat di hati untuk melawan kamu.. tidak.. jadi mohon jangan begini.. mohon jangan berjauh diri.. kita berada di landasan yang sama.. ingin berjaya demi orang tua.. 

Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.
Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.
Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.










Sunday, March 2, 2014

Dugaan Kehidupan :")

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) *Lama tak jenguk blog, rindu 

Ya ALLAH rindu nya nak menulis.. hidup Fiqah kini makin busy... terkejar sana sini. hantar assignment.. jumpa lecturer.. dan busy jugak dengan tidur... ihiks.. tidur itu perlu tau.. jangan sesekali abaikan waktu tidur..

dah jom ke tujuan utama Fiqah update blog nih..



dalam hidup.. I mean dalam meniti kehidupan,, cemgitu haa ayat dia.. kasi sastera sikit.. ihiks.. k ulang lagi dalam meniti kehidupan.. kita sebagai manusia.. hamba ALLAH S.W.T. tak lari dari dugaan.. ujian dan cabaran hidup.. tipulah kalau kata manusia tak ada masalah.. bezanya cuma terletak di mana cara seseorang itu mengendalikan dia punya masalah.. :) *ehem betulkan suara sambil minum air milo panas :P

Hidup ini indah..andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..Hidup ini derita..andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan..


“Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selagi kaum itu tidak berbuat usaha untuk mengubah diri mereka sendiri” Ar-Ra’ad 13 : 11

Tidaklah Allah menghidangkan semua ini untuk main-main namun Dia ingin menguji siapakah di antara hamba-hambaNya ini yang betul-betul ikhlas mengabdikan diri kepadaNya. Sekiranya Allah ingin menjadikan seluruh manusia ini hidup selesa tanpa kesusahan, memperoleh iman tanpa kepayahan dan mujahadah, hal itu tidaklah susah bagi Allah. 

Cuma nanti tiadalah beza manusia dan malaikat. Sedangkan usaha, kegigihan dan mujahadah inilah yang membuatkan kita lebih mulia daripada malaikat kerana kita mencari iman melalui ilmu dan ketekunan diri dengan niat yang benar. Ya. Hanya niat yang benar (kerana Allah) sahaja akan membuatkan manusia tidak putus asa bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Kerna pekerjaan dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah, bukan demi kepuasan diri yang sebenarnya cintakan dunia.

ehemm.. * baru lepas sembang dengan mama dekat phone.. :P k sambung balik

Bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat.Renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini. Demi menenangkan hati yang celaru.Demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan.Supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini.Dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..”
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )

Sering kali kita terdengar luahan rasa insan-insan yang berputus asa ketika diuji. Ada ketikanya, mereka mencari penyelesaian yang salah, mencederakan diri sendiri, menyakiti diri sendiri, menyeksa diri sendiri dan seumpamanya. Ada jua yang sering menyalahkan takdir yang menimpa diri, mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka, memikirkan tiada yang menyayangi diri mereka, termasuklah Allah yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendaknya. Ada jua yang memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang dihadapi. Pabila iman di dada semakin tipis, aqidah yang dipelajari sedari kecil semakin pudar, yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan syaitan. Inilah yang akan terjadi.

Allahu.. lap air mata :")

wahai sahabat yang Fiqah sayangi kerana ALLAH.. sungguh Fiqah jugak seperti kalian.. sering di uji.. sahabat.. Makin kita minta kuat. Makin kita diuji hebat. Dan uji Tuhan itu atas apa yg kita mampu. Tak mungkin lebih dri apa yg mampu di pikul bahu.

Ini bukan sekadar kata-kata kosong. Kata-kata yang tidak memahami tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar. Kerana diri ini jua pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu. Mujur, saat dugaan datang menyapa, iman diri walaupun menipis, masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang buruk.

“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”
(Az-Zumar 40:53)



Teringat satu ketika dulu, pabila diri dihimpit dengan rasa sedih yang teramat sangat, waktu itu hanya air mata jadi peneman yang setia. Tak berhenti-henti tangis dari pagi sampai malam. Sehingga menyebabkan mata tak dapat dilelapkan, makanan tak dapat ditelan.
Tiba-tiba hati tergerak dan terasa ingin mengambil wuduk. Lalu langkah kaki diatur menuju ke surau yang berdekatan. Surau yang jarang di imarahkan. Surau yang sunyi sepi tanpa ada seorang manusia pun di dalamnya. Sejadah dibentang. Lalu solat sunat dilaksanakan. Tangan ditadahkan. Segalanya diadukan kepada-Nya. Hati diserahkan 100% dan dihadapkan kepada-Nya.
Air mata tumpah sekali lagi. Dan air mata itu berhenti tatkala tertidur di atas sejadah itu dengan diri yang masih lengkap bertelekung. Bila terjaga dari tidur, hati terasa lapang, tenang, kegelisahan yang melanda hilang begitu sahaja. Bibir sudah mampu mengukirkan senyuman. Keputusan terhadap permasalahan diambil dengan mudah dan tegas tanpa ada apa-apa yang mampu mengugat keyakinan diri lagi. Tatkala itu hidayah mula datang mengusik hati nurani. Diri mula sedar akan hakikat kata-kata yang sering didengar..
Fiqah.. bercakap berdasarkan pengalaman sendiri yang kadang kala rebah dengan dugaan hidup.. akan tetapi Fiqah bankit kerana Fiqah tahu dan yakin Fiqah bukan sendiri.. Fiqah ada ALLAH.. Fiqah ada mama abah.. Fiqah ada sahabat yang sentiasa dukung dan sokong Fiqah.. jadi kenapa harus Fiqah rebah dan terus rebah dan terus nangis dan terus meraung??

* tepuk dada tanya iman sahabat.. jangan tanya nafsu.. :")

*ehem.. minum milo lagi.. :P

Dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan kita. Itulah hakikatnya. Tersenyumlah ketika dirimu diuji. Kerana ketahuilah, dengan diuji, kita tahu bahawa Allah masih mengambil berat tentang kita. Tak mengabaikan kita dan menyayangi kita. Lalu kita diuji untuk Dia mengetahui tahap keimanan diri kita terhadap-Nya. Untuk Dia ketahui tahap kita mencintai-Nya. Ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi musibah yang menimpa.

Tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup kita. Terasa pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita hadapi. Kegembiraan itu hanya dapat dirasai apabila kesedihan berlalu. Bahagia itu datang pabila derita dapat diatasi. Dugaan dan ujian ini juga untuk mengajar kita supaya berfikir dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan harian di dunia ini.



p/s : terpanjang pulak entry kali nih.. al-maklum lah lama tak menulis.. rindu.. :") btw insyallah tak lama lagi cuti sem.. mungkin kekerapan update blog main bertambah.. mungkin la.. tak dapat nak janji.. heheh :P