Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.
Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.
Alhamdulilah.. maha suci ALLAH. Semester kedua Fiqah berakhir dengan jayanya.. berkat sabar.. berkat tabah dan berkat doa mama abah. pensyarah juga sahabat di sayangi Fiqah berjaya habiskan dan tempuhinya.. walau badai melanda walau permasalahan menimpa.. syukurlah.. :")
Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Allahu. ampunkan daku YA ALLAH hambamy yang hina lagi kerdil ini.. :")
semester kedua.. semester yang sangat mencabar.. ku kira di semester kedua ini Fiqah akan lebih tabah dan sabar.. ku kira semester kedua ini lebih mudah dan senang.. kerana sudah ada pengalaman sewaktu di semester pertama. tapi telahan Fiqah salah sama sekali.. rupanya semester kedua ini lebih mencabar.. dengan assignment yang bertingkek-tingkek.. yang makin mencabar otak Fiqah supaya berfikir di luar kotak. megeluarkan idea yang bernas dan keratif.
sampaikan waktu untuk menelefon mama abah jugak berkurang.. Alhamdulilah.. mama abah faham.. syukur :") bukan Fiqah lupa akan mereka tapi kekangan masa dan wang yang menghalang.. Fiqah.. bukan di kalangan orang berada.. perlu berjimat perlu melakukan kira-kira. nak balik cuti semester jugak berkira.. "adakah aku punya wang yang cukup untuk menyambung saki baki semseter kedua aku disini" monolog aku sendiri.. tapi Alhamdulilah.. berkat doa dan sabar.. semua nya cukup.. berkat bantuan rakan-rakan.. semua nya cukup.. malah terlebih.. itulah ukhwah.. :"
semester kedua.. bukan setakat di uji dengan assignment yang bertingkek.. malah di uji dengan pelbagai masalah.. bukan mengeluh tapi bersyukur.. kerana ALLAH sayang aku maka dia utuskan masalah agar iman Fiqah makin mantap.. iman Fiqah makin menebal..
tidak di uji seseorang itu melampui kemampuan seseorang itu. ALLAH iu mahal adil dan penyanyang.. maka Fiqah terima dugaan dengan hati yang sangat-sangat terbuka.. lapangkan dada dan muasabah diri.. mungkin Fiqah banyak leka sampai lupa akan ia yang maha ESA.. :")
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan “ujian dan dugaan”.
Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.
saat ini hati runsing.. adakah pointer Fiqah masih boleh membanggakan abah dan mama seperti mana waktu Fiqah berada di semester pertama dahulu.. tidak di harapkan dekan tapi cukup lah sekadar dapat memberi mama abah senyuman bahagia.. Fiqah tahu tahap mana Fiqah berada.. Fiqah tahu tahap mana Fiqah dapat capai.. tapi Fiqah mohon doakanlah yang baik-baik sahaja buat Fiqah.. bukan niat untuk melawan dan bertanding bahkan untuk menunjuk cuma niat hati ini cuma ingin memberi sedikit kebanggaan buat mama abah.. jadi mohon jangan berdendam mohon jangan memandang sinis.. Fiqah cuma anak yang sedang berjuang demi kedua orang tuanya yang banyak berjasa dalam membesarkan Fiqah :")
tidak sedikit pun terniat di hati untuk melawan kamu.. tidak.. jadi mohon jangan begini.. mohon jangan berjauh diri.. kita berada di landasan yang sama.. ingin berjaya demi orang tua..
Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.
Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.
Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.
No comments:
Post a Comment