lama tak muncul. sebulan tuh kekadang lansung tak muncul.. mana lah Fiqah pergi agaknya yew.. mesti korang sibuk mencari kan?? tak?? tak apa lah.. tak kisah :P *nampak tak dekat situ betapa bongkak nya kau Fiqah.. hahahha :P tapi apa2 jerla.. tak kisah. yang pasti wujudnya entry dan post kali ini adalah bagi mengegar duni blogger.. hoyeahhh... k dush tumbuk diri sendiri.. hahhaha :P
apa lah kau merepek benda tak berfaedah tuh fiqah.. okey baiklah Fiqah lurus pada titik which is stright to the point apa tujuan wujudnya entry kali nih selain daripada mengegarkan dunia blogger.. haahhahaa :P
okey here it is..
Bilamana ada yang berubah menjadi lebih baik, maka buatlah kerana Allah..nescaya perubahan itu akan kekal keranaNya. Akan teguh keranaNya. Akan diperjuangkan keranaNya juga. Ketahuilah lidah manusia ini lebih tajam dari pedang,, boleh menusuk hati manusia yang sehingga lukanya tidak mengalir lagi dan airmatalah yang menjadi pengganti.
Pernah dahulu ketika Fiqah mula-mula berjinak dengan pakaian longgar, dengan sarung tangan, dengan sarung kaki. Ada yang menegur perubahan Fiqah. Fiqah senyum. Dia bertanya adakah Fiqah mahu berubah menjadi ustazah? Fiqah menggeleng, Fiqah tidak mahu menjawab. Dengan ilmu yang sedikit ini, Fiqah belum mampu menjawab sekiranya ada soalan lain yang timbul. Fiqah senyum lagi. Sungguh, senyum itu penawar buat Fiqah. Walaupun pura-pura.
Fiqah bukan mahu menjadi ustazah, Fiqah mahu menjadi manusia yang bersyukur atas pemberian Allah. Fiqah mahu menjadi muslim yang semuslimnya.Fiqah mahu Islam, Fiqah mahu Allah, Fiqah mahu hati yang meletakkan cinta Allah itu paling atas.
Hati juga daerah paling susah ditarbiyyah. Sungguh, susah. Tiada pelajaran yang lebih susah daripada menjadi ikhlas. Tiada daerah paling sukar dijajah melainkan hati. Saat pertama saya mahukan Islam, saya HARUS mendekatinya. Sebelum mendekatinya, saya perlu mengenalinya. Ramai kenalan saya yang hanyut kerana hanya mengamalkan Islam tanpa ilmu. Ramai ikhwah memberi nasihat apapun yang ingin saya lakukan, “SILA BERAMAL DENGAN ILMU”.
Begitu juga Islam. Islam ini agama paling mudah bagi saya. Paling mudah dicontohi kerana baginda Rasulullah telah meninggalkan sunnah. Agama paling mudah dijadikan amalan hidup. Baginda Rasulullah telah meninggalkan Al-Quran sebagai pedoman. Ikhlas itu susah. Tetapi pura-pura ikhlas itu mudah. Ikhlas itu seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang kelam. Tidak nampak tetapi dirasai. Ikhlas itu tidak perlu diutarakan. Cukup didalam hati, In sha Allah apa yang lahir dari hati, akan sampai kehati juga.
Jadi mengapa berubah demi manusia yang nantinya kita ditimbal oleh Allah? Mengapa mengharap pujian manusia sedang Allah jualah yang berhak kita penuhi tuntutannya. Allah, masih juga memberi kita nafas walau telah lama kita menumpang didunia milikNya dengan sombong. Maka rugilah bagi mereka yang lalai. Allah, masih juga memberi nyawa sedang kita setiap hari kita digelumang maksiat. Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?
jadi renungkan sahabat yang Fiqah sayang semua.. renungkan :")
Ajal kita pasti. Ia rahsia.
Iman di jiwa diuji selagi jasad bernyawa.
Telus, tulus dan jujurlah pada ihsan (seperti Allah sedang melihat perbuatan).
Biar mati kelak, dengan penghabisan yang baik.
Iman di jiwa diuji selagi jasad bernyawa.
Telus, tulus dan jujurlah pada ihsan (seperti Allah sedang melihat perbuatan).
Biar mati kelak, dengan penghabisan yang baik.
Let says 'dont judge a book by its cover'
Allah tahu segalanya apa yang ada dlm hati kita. Tahap keikhlasan kita. Sejauh mana kesungguhan kita. Apa kita buat. Apa kita nak. Hanya Allah yang tahu. sebab tu apa yang kita nk buat always kerana Allah. Always. Redha Allah tu penting kesayangan2 ku semua. So love and peace from me. Jaga diri jaga iman Allah sayang kalian.
Allah tahu segalanya apa yang ada dlm hati kita. Tahap keikhlasan kita. Sejauh mana kesungguhan kita. Apa kita buat. Apa kita nak. Hanya Allah yang tahu. sebab tu apa yang kita nk buat always kerana Allah. Always. Redha Allah tu penting kesayangan2 ku semua. So love and peace from me. Jaga diri jaga iman Allah sayang kalian.
No comments:
Post a Comment