Friday, November 22, 2013

Ahmad Ammar :")

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)


Ahmad Ammar.

Siapa Ammar?

Kenapa Ammar?
Dan mengapa Ammar?
Allahu.. kolotnya Fiqah tak tahu perkembangan semasa..
Kenapa semua orang cakap pasal Ammar.. Kenapa semua orang sedih.. kenapa kenapa dan kenapa? okey jap.. sedih jap :"(

Di saat orang tengah kalut bersedih Fiqah masih kalut bersuka ria tunggang terbalik dengan keasayikan dunia :") Allahu kejamnya aku.. keringnya hati aku.. ampunkan aku :")

di sebabkan perasaan ingin tahu itu membuak-buak.. Fiqah bukak google.. search tentang dia.. and guess what? Fiqah terpampam.. tergamam. terdiam then termenangis teresak-esak.. YA ALLAH.. :"( walau Fiqa tidak mengenali siapa gerangan tersebut tapi hati ini tersentuh.. mata mudah mengalirkan air mata.. :")

Seorang anak muda. 20 tahun.
Anak muda yang berjiwa besar dan semangat yang luar biasa
Dan pada tanggal 2 November 2013,
Ammar telah kembali kepada Sang Pencipta Nyawanya.
Kembali ke alam sana.
Kembali untuk selama-lamanya.
innalilahiwainalilahirojiun

Semangat dan jihad yang takkan pernah dikuburkan.
Perjuangan luar biasa oleh seorang pemuda Islam.
Allahu, betapa hebatnya hambaMu itu.
Seorang hamba yang telah ditamatkan perjalannya dengan husnol khotimah, insyaAllah.

Fiqah cemburu. Dia mujahid muda. Apa yang ada pada Fiqah? Tak ada apa-apa kalau nak di bandingkan dengan dia. Allahu. Malu Fiqah. Apa pengakhiran Fiqah nanti pengakhiran yang husnul khatimah? Malu Fiqah malu 

dan sejak itu.. Fiqah mengerti akan sesuatu hal 

Hari ni.
Semalam.
Semalamnya.
Semalamnya lagi.
Semalam-semalamnya lagi.
Bulan lepas.
Dua bulan lepas.
Setahun.
Dua tahun yang lepas.
Dan sejak lahir hingga hari ni. Saat ini.

Saya benar-benar belajar sesuatu.

Bahawa.

"Rasa tenang,bahagia,cinta, hanya datang apabila kita mencintai Allah. Mencintai Rasulullah SAW dan mencintai apa-apa dan siapa-siapa hanya kerana Allah".

Selain dari itu, duit. harta. pangkat. jawatan. popular. hebat. Ilmu. Tidak akan pernah buat kita bahagia jika tiada Allah matlamat utama.

Jika kita kata kita hebat. Jgn lupa ALLAH itu Maha Hebat.
Jika kita kata kita paling cantik/hensem. Allah itu MAHA INDAH.
Jika kita kata kita betul je semua. ALLAH itu MAHA BENAR.
Jika kita kata kita je tahu semua. ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.
Jika kita kata kita kaya. Allah itu MAHA KAYA.

Jadi. Usahlah merasa seolah-olah kita tiada TUHAN YANG MENCIPTA. 

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Ahmad Ammar dalam kenangan 



AL-Fatihan buat arwah.. sesungguhnya beliau menjadi tauladan untuk kita semua.. untuk Fiqah sendiri bahawasanya hidup di dunia bukan sekadar hidup tapi ada matlamat yang perlu kita semua tunaikan.. Allahu.. banyaknya kekurangan diri ini :"( 


Walaupun tidak pernah mengenali #Ammar Namun Dikau Insan Hebat di sisi Allah , para malaikat langit dan bumi dan di sisi Manusia.

Allahu Rabbi, begitu tenang melihat wajah keluarga #Ammar, sahabat2 nya.

Semoga kita semua menemui pencipta kita dengan Husnul Khotimah. insyALLAH amin :")











Dan sesungguhnya, segala pujian hanyalah kepadaMu, ya Rahman.

2 comments: