Detik waktu yang semakin hari semakin membuka mata Fiqah yang sedikit sepet ini untuk melihat betapa indahnya wanita yang menutupi auratnya dan melabuhkan pakaiannya di hadapan ajnabi. Fiqah masih samar dan hampir setahun lebih mencari identiti diri dengan membandingkan diri Fiqah dengan wanita-wanita muslimah yang lain.
“Ya Allah, bagaimanakah dia boleh berpakaian menutup aurat begitu, sedangkan aku masih berpakaian membalut aurat?”
“Aku nak pakai cantik-cantik la, biar jejaka-jejaka hensem melihat dan mengetahui kewujudan aku.”
“Aku nak hias elok-elok la sikit sebab nak jumpa kekasih hati aku.”
“Eh, dia tu pakai baju besar-besar tak rimas ke?”
Dan banyak lagi kenyataan dan persoalan yang dituturkan dalam minda dan hati Fiqah. Astaghfirullahalaziim… begitu kolot pemikiran Fiqah.
Fiqah pernah terfikir untuk mencuba berubah dan berhijrah menutup aurat dengan sempurna setelah masuk ke alam kampus. Namun, Fiqah terlalu mengikut kata hati yang kadangkala membuat keinginan berubah itu menjadi mati.
Fikiran Fiqah terus berputar mengatakan bahawa, jika Fiqah ingin berubah untuk menutup aurat dengan sempurna, seluar jeans yang baru dibeli macamana? Baju-baju kesayangan tak dapat dipakai lagi, dan sewaktu dengannya. Tanpa Fiqah menyedari, Allah telah membuka pintu hati Fiqah secara perlahan-lahan, memberi taufik dan hidayah-Nya untuk mengubah cara berpakaianku seperti wanita muslimah yang ingin mencari syurga yang abadi.
Dan Fiqah yakin, segelintir kaum hawa yang menangguh untuk berubah adalah disebabkan tidak bersedia untuk beristiqamah, kerana perangai yang kurang elok, dan rasa sayang terhadap pakaian yang baru dibeli, mahal dan cantik.
Wahai kaum hawa, berdoalah agar dibukakan pintu hati untuk menutup aurat dengan sempurna, berkorbanlah walau kalian sayang dengan pakaian mahal, sendat, cantik dan seumpama itu. Percaya dan yakinlah bahawa, pengorbanan itu tidaklah sia-sia melainkan pelbagai limpahan ganjaran yang akan Allah hadirkan nanti.
Memang ramai yang terfikir :
“Tutup aurat je, perangai tak tahulah; lebih daripada setan.”
“Harap je tutup melitup, perangai tak senonoh, ketawa berdekah-dekah.”
“Kalau aku nak berubah pakai elok-elok, aku nak ubah perangai dulu.”
Wahai sekalian sahabat-sahabat, perangai susah nak berubah. Kalau la nak tunggu perangai berubah dulu, kita tak tahu bila la nak dapat tutup aurat seperti garis panduan Islam. Buka minda kita, cuba berfikir secara logik, sekiranya kita cuba untuk menutup aurat dengan sempurna, dengan izin Allah, secara perlahan-lahan perangai yang buruk tadi akan turut berubah ke arah yang lebih baik. insyaAllah. Sama-sama kita doakan.
Hadirnya Fiqah di sini, ingin cuba membuka mata kaum hawa yang Fiqah cintai, sedarlah kita hidup cuma sementara, mati tak tahu bila, ajal masa mana pun boleh tiba. Berubahlah sebelum terlambat, berkorbanlah kerana pengorbanan itu harus dikorbankan.
Untuk apa?? Untuk menggapai redha Ilahi.
Untuk siapa?? Untuk Pencipta kita yang seharusnya kita patuhi.
Mengapa?? Kerana itu dituntut dalam Islam agama yang kita anuti.
Dan mengapa?? Kerana kita sememangnya hamba ALLAH, yang seharusnya minda dan hati selalu ingat Ilahi.
Lagi pula sahabat yang Fiqah sayangi.. bukan kah sekarang sudah banyak kedai-kedai yang menjual pakaain untuk kita kaum hawa yang mengikut garis panduan islam.. lebih cantik dari baju-baju yang tidak cukup kain tuh.. akan tetapi tak perlulah terlalu mewah.. cukup sekadar dapat menutup aurat kita.. akan tetapi jugak. kita jugak kenalah pandai pilih jenis kain yang sesuai.. :) anda tahukan maksud Fiqah apa.
Fiqah mengumpul segala kekuatan, berubah kerana Allah, Allah lah yang menciptakan sekalian makhluk, kenapa tidak kita berkorban kerana-Nya? Sungguh banyak nikmat yang diberikan, tidakkah kita rasa betapa sayangnya Dia pada kita.
Diri ini bukanlah sempurna sangat tapi mencuba untuk menyampaikan apa yang Allah suruh dan Fiqah cuba untuk menyampaikan dakwah walaupun hanya sedikit. Sudah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh hamba-Nya menutup aurat, bukan membalut aurat.
“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.” (Al-A’Raf: 26)
Yuk sahabat ku.. mari kita sama-sama berubah. berubah ke jalan lebih baik.. :") masih belum terlambat kok :)
No comments:
Post a Comment