Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :D
bila kita duduk diam tak buat apa-apa fikiran kita mesti akan mengular pergi planet lain kan..?? kalau boleh kita tak hendak pom fikiran kita tuh terbang ke sana.. kalau ada kuasa magis mesti kita akan gunakan agar fikiran kita tak berlayar di planet lain.. plenet yang kadang-kadang sedih kadang-kadang gembira.. tapi banyak yang sedih rasanya :P
eh apa yang Fiqah mengarut nih.. hmm entah lah.. bila mood jiwang nih datang susah jugak kan?? terkadang tubuh nih dah tak berkuasa nak melayan kerenah manja gedik otak dan fikiran nih atau dalam erti kata lain yang bersangkut paut dengan hati dan perasaan.. :")
hari nih dah 27.1.2013.. lagi setengah jam *berpandukan masa Fiqah tulis entry nih dah nak masuk tarikh 28.1.2013.. cepat nya masa berlalu.. Fiqah macam rasa baru semalam Fiqah wish tahun baru.. :") bila pikir-pikir.. dah tak lama dah result SPM nak keluar.. YA ALLAH apa lah agaknya keputusan SPM Fiqah.. baik ke idok.. banyak A ke idok.. cemerlang ke idok.. errr serabut nya pikir.. :")
orang cakap jangan banyak pikir.. orang cakap tawakal.. usaha dah buat. sekarang yang perlu adalah doa.. Yes doa.. hanya doa yang dapat membantu selain ibadat-ibadat nawafil yang lain :") tidor malam Fiqah dan tak se lena dulu.. otak asyik duk pikir tentang tuh.. terkadang sampai bawak ke mimpi.. tu lah kan.. siapa suruh banyak main dulu.. sekarang tengok.. menyesal tak sudah.. Fiqah takut.. Fiqah takut tak dapat memberi kebanggan dan kepuasan buat kedua orang tua Fiqah dan of course cikgu-cikgu Fiqah :")
yang paling Fiqah takut.. Fiqah tak dapat nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. menjejak kan kaki ke menara gading adalah cita-cita Fiqah since Fiqah di sekolah rendah lagi.. tapi yewlahkan.. cakap jer.. usaha tak seperti mana yang seharusnya.. :") kalau tak dapat jejak kaki ke menara gading bertapa luluhnya hati mama abah Fiqah kan?? :")
cakap pasal nih.. Fiqah terpikir.. kalau lah kan.. kalau lah Fiqah berjaya dengan cemerlang dalam SPM nih.. Fiqah diizinkan ALLAH untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.. menjejakkan kaki ke menara gading.. sapa nak tengok-tengok kan mama abah.. selama 17 tahun 1 bulan nih Fiqah yang selalu di samping mama abah.. kakak Fiqah selepas darjah 6 dah pergi masuk asrama.. begitu jugak dengan abang Fiqah.. cuma Fiqah jer yang tak ke mana-mana.. duduk dekat rumah dan study dekat sekolah berhampiran dengan rumah. sekarang kakak dah khawin.. dia ada family dia nak dia uruskan.. abang pulak sibuk kerja.. kalau sekarang nih.. Fiqah boleh tengok-tengok kan mama abah.. boleh jaga diaorang kalau diaorang tak sihat.. tapi kalau Fiqah pergi study nanti.. siapa nak jaga.. :")
mama selalu cakap " ikah kalau keluar result nanti ambik cikgulah.. belajar dekat maktab pengkalan chepa nih.. dekat dengan rumah.. " sayu jer hati nih dengar.. yewlahkan selama 17 tahun 1 bulan nih Fiqah membesar depan mata dia.. mesti dia sedih.. and op kos Fiqah pom sedih.. :")
tambahan pulak sekarang mama selalu tak sihat, abah pom.. abah selalu mengadu sakit situ sini.. Fiqah tak keruan dah fikir.. tapi dalam masa yang sama Fiqah ada cita-cita Fiqah.. Fiqah nak sambung belajar.. mana-mana pom tak kisah.. Fiqah nak buktikan dekat mama abah yang Fiqah pom boleh berjaya macam abang dan kakak Fiqah.. dalam sudut lain pulak.. Fiqah berat sangat nak tinggal kan mama dan abah..
selamanih Fiqah ada depan mata diaorang.. tapi nanti kalau sambung belajar.. Fiqah terpaksa berjauhan.. mesti Fiqah rindu diaorang..
tapi abah dan mama tak halang Fiqah nak sambung belajar.. Fiqah jer yang lebih-lebih.. yewlah ibu bapa mana tak nak anak diaorang berjaya kan.. memank pelik lah kan.. HAHA :p even diaorang macam susah nak lepas sebab yewlahkan anak bongsu membesar pulak depan mata.. bukan berjauhan macam yang lain.. abah dengan mama suh pilih universiti yang dekat-dekat jer.. masa isi UPU hari tuh diaorang pulak yang over excited.. HAHA
bila hari makin meningkat hati Fiqah makin kuat berkata-kata.. macam mana result nanti.. macam mana nanti kalau pergi sambung belajar.. macam mana mama abah.. bukan nak cakap yang kakak and abang Fiqah tak hiraukan mama abah Fiqah.. tapi yewlah kan.. kakak duk jauh dari rumah nih.. datang tiap pagi pom hantar anak dia suruh mama jaga..abang pulak sibuk dengar kerja.. malam baru ada dekat rumah..susah nak pantau kesihatan mama abah.. tapi Fiqah berharap sangat semuanya berjalan lancar :") insya ALLAH
" YA ALLAH aku bermohon padamu.. kau permudahkan lah segala urusan ku di dunia dan di akhirat.. kau perihalalah kesihatan kedua ibu bapa ku.. kau lindungi lah mereka sebagaimana mereke melindungi aku sejak kecil lagi.. kau kasihanilah mereka seperti mana mereka kasihani aku dari kecil.. sesungguhnya hanya padamu tempat aku mengadu dan berharap.. :") "
p/s : doakan kejayaan Fiqah dalam SPM nanti yew.. doa kalian amatlah Fiqah hargai.. semoga Fiqah dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi supaya Fiqah dapat membalas balik jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa Fiqah yang dah banyak berkorbang pada Fiqah abang dan kakak Fiqah. sesungguhnya pergorbanan mereka sangat besar yang semestinya tiada galang gantinya :")
rasanya,klu ada pluang nk sambung study,pergilah..klu niat baik,pasti Allah akan bantu.
ReplyDeletewww.annabellecookies.blogspot.com