Wednesday, January 23, 2013

Bukan Peminat Tegar.. TAPI.. ??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





First of all Fiqah bukanlah peminat tegar K-POP.. serius.. dulu Fiqah dengar K-POP jer rasa nak lari dalam guni satu kelantan nih.. *kelantan cukuplah.. kalau dunia mahu mati kering.. :P tambah-tambah yang lelaki nih.. pakai baju nak nak yang sendat-sendat jer macam perempuan.. make up tuh kalau boleh satu tang lori nak pakai *nih kalau K-POP lovers baca nih mahu dia sumpah seranah aku nih :P HAHA  Yang perempuan pulak pakai baju fulamak.. cukup-cukup kain jer k.. nasib baik cantik.. ihiks :p Ahli kumpulan nya pulak.. nak ramai jerkan.. muka dah lah spesis jer Fiqah tengok.. kompiusss nak kenai satu-satu.. nak nak Super Junior and Girl Generation.. *eh kata bukan peminat tegar.. nih tahu nama bagai semua nih.. eh?? HAHA :p 


Tenang dulu K-POP lovers dekat luar sana.. :)  itu cerita dulu-dulu lah.. alah dulu-dulu.. waktu tak berapa nak matang lagih.. ihiks :p *cover malu senanya :p Ini orang cakap termakan cakap sendiri.. yewlah dulu buat tentangan habis-habisan suruh boikot K-POP bagai.. sekarang hambikk!! boleh di kata kan tiap-tiap hari Fiqah layan lagu SHINEE salah satu kumpulan yang terkenal jugak lah.. :P tapi hendak di tegaskan dekat sini yew.. FIQAH BUKAN PEMINAT TEGAR K-POP :p  Fiqah layan nih pom di sebabkan keboringan melampau dekat rumah.. 

kan sekarang kan astro ada chanel ONE HD.. tahun lepas rasanya chanel nih wujud.. Fiqah lupa pulak.. ihiks :P semua cerita korea ada kat situh.. macam jakun pulak Fiqah.. selama nih tak pernah fokus pom.. sebab sibuk dengan aktiviti sekolah.. tak sempat nak menengok tv.. tapi sejak menjawat jawatan penggangur terhormat.. Tv menjadi teman karib Fiqah :P cerita-cerita Korea nih tak kurang hebat nya.. best.. layan habisss gua cakap lu.. eh tertiba feeling minah rempitszzzz pulak.. ihiks :p

sebelum nih Fiqah selalu tengok mama dengan kakak layan cerita korea.. tapi Fiqah tak pernah nak ambik port join sekali.. tengok sekilas macam tuh then blahh.. malas layan.. sebab orang cakap.. ini orang cakap la kan.. sekali tengok drama korea memank berkali-kali lah korang akan tengok.. berhantu kata nya.. jadi Fiqah tak nak ambik risiko itu memandangkan tahun lepas Fiqah nak exam SPM.. takut terabai study.. :) 

Ada orang yang suka bash K-POP lovers ni bukan sebab diorang jealous muka-muka orang Korea ni handsome dan lebih cantik dari diorang tapi Fiqah rasa sebab peminatnya sendiri yang terlalu obsessed tahap maximum ! kadang-kadang tu Fiqah pon menyampah jugak kalau dah pagi petang siang malam asyik ber-K-POP je kan ?

tapi kan serius.. lepas Fiqah layan satu drama nih.. tajuk dia TO THE BEAUTIFUL YOU.. Fiqah jadi obses sikit.. sikit jerla. :P di sebabkan tak tahan nak tunggu episod akan datang Fiqah terus carik dalam you tube.. nasib baik ada.. tak dew lah kempunan.. HAHAHA :P *eh macam peminat tegar pulak.. :P  masa tengok cerita tuh.. Fiqah tertarik lah pulak dengan hero dia.. handsome tu idok... cute tuh ye la kowt.. HAHA :p then try lah google-google carik tahu siapakan gerangan si jejaka.. ihiks :p rupa-rupanya dia nih penyanyin jugak.. dia ada kumpulan.. kumpulan dia tuh SHINEE lah.. lagu diaorang tuh buleh la tahan, buat layan time boring.. Fiqah suka kumpulan nih bukan sebab ahli-ahli dia handsome tapi handsome tuh satu bonus lah kan.. HAHA :P Fiqah suka sebab diaorang menari best.. eh macam tengok budak-budak menari pom yew jugak.. HAHA :p



jejaka yang Fiqah maksud kan tuh adalah MINHO.. yang hujung sana tuh.. handsome kan??  HAHA :p 

 tengok part dia nyayin goyang2 pinggang tuh.. macam semput perut Fiqah tahan gelak.. comel jer lah.. HAHAHA

selepas tengok drama TO THE BEAUTIFUL YOU.. Fiqah lebih kerap layan drama korea.. buat isi masa yang terbuang.. lagu Fiqah tak layan sangat.. tak faham lah.. apa yang dia nyayin pom tak tahu.. kalau tengok drama dia ada subtitle.. buleh lah faham sikit-sikit.. hehehe.. 

talk show diaorang pom best jugak.. macam Star  King dan Strong Heart.. eh Running Man pom best jugak.. eh macam peminat tegar pulak Fiqah nih.. semua layan.. Tapi kan tak adalah sampai tahap nak pindah dari Malaysia duduk menetap dekat Korea.. Malaysia masih tetap di hati ku :) dan tak adalah sampai nak terjerit-jerit macam orang kena histeria bila tengok K-POP nih. yewlah.. kita bagai nak rak melaung tak tentu hala diaorang tak kenal-kenal pom kita :P

kata orang minat tuh berpada-pada.. jangan sampai kita nih bergaduh sebab sesuatu perkara nih.. jangan terlalu obses.. terutama perempuan.. kekadang malu jugak Fiqah bila perenpuan terpekik terlolong sebab duk memuja si Polan sampai tak hingat dunia.. berpada-pada dan bersederhana itu lebih baik.. jadikan ia sebagai hobi di waktu lapang.. macam Fiqah.. di sebabkan tak dak kerja masa tengah tunggu result nih., Fiqah layan drama korea.. talk show diaorang.. lagu diaorang.. :) itu lebih baik kan??

p/s : bersederhana itu lebih baik dari berlebihan.. kelak tidak kecewa dan merana dan termalu sendiri.. :D 

No comments:

Post a Comment