Tuesday, January 22, 2013

Perisai Muslimah :"D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

sejak Fiqah menjawat jawatan budak lepasan SPM a.k.a penanam anggur yang berjaya abad ini.. Fiqah sering luangkan masa Fiqah dengan menjelajah blog islamik dan membaca buku islamik yang membolehkan Fiqah menambahkan ilmu yang sedia ada.. atau dalam erti kata yang lain menambah ilmu pengetahuan yang masih kering kontang tanpa isi.. memandangkan Fiqah tidak ada apa-apa aktiviti selain makan tidor bangun makan tidor bangun.. ihiks :P kalau dulu sibuk dengan aktiviti sekolah dan kerja sekolah dan membaca buku sekolah.. tapi sekarang tidak lagi.. :D subhanallah.. sesungguhnya selapas kerap kali membaca buku-buku dan blog islamik Fiqah dapat merasa yang Fiqah masih kurang ilmu di dada.. masih banyak benda yang Fiqah tidak tahu.. YA ALLAH :") 

selain itu membaca novel juga boleh menambahkan ilmu buat kita.. siapa kata novel itu tidak elok di baca.. sesungguhnya dengan membaca novel juga dapat membantu kita menambah ilmu pengetahuan.. :) jadi nak di jadikan cerita. pagi tadi sewaktu Fiqah berada dalam kebingungan tidak tahu membuat apa-apa aktiviti Fiqah bukak blog i love islam..salah satu blog yang Fiqah suka baca.. dan Fiqah yakin semua mungkin kenal bukan?? banyak ilmu yang akan kita dapat melaluinya.. :) sewaktu membaca artikel-artikel yang terdapat dalam blog tersebut Fiqah tertarik akan yang satu ini.. ia memberi Fiqah kesedaran dan kekuatan untuk berubah menjadi yang lebih baik dari yang sebelum ini.. bukan nak kata Fiqah ni tidak baik.. tapi entahlah.. biar ALLAH S.W.T yang menilai siapa Fiqah kerana sesungguhnya hanya DIA yang lebih mengenali siapa Fiqah yang sebenar selain keluarga dan sahabat Fiqah :")

Fiqah tak nak lah banyak cerita .. nanti lain pulak jadi nya.. :P korang baca lah sendiri ekk.. hehehe :p


 " Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.
Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.
Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.
Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu"aku seorang muslimah".
Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".

Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.
Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-
"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah. "
p/s : Fiqah yakin semuanya faham dengan artikel dekat atas tanpa perlu penjelasan daripada Fiqah.. sesungguhnya Fiqah teringin menjadi salah seorang daripada wanita solehah tersebut :") hanya itu yang boleh beri Fiqah ketenangan dan keyakinan .. sama-samalah kita berubah menjadi orang yang lebih baik.. insya ALLAH..menjadi seorang yang lebih baik itu tidak susah.. Kita hanya perlu beristaqomah dan sentiasa berdoa kepada ALLAH agar di perteguhkan iman kita yang sedia ada agar tidak terpesona dengan keindahan dunia yang hanya bersifat sementara :"D Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment