Wednesday, June 5, 2013

Kesibukan akan hal dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D


Fuhh berdebu. Hacummmm. Alhamdulilah. :) cey baru beberapa minggu idok update dah berdebu habaq hang. Hahaha

Maaf lah.Fiqah sekarang tengah busy dengan hal dunia. Terkejar sana sini menguruskan sesuatu perkara. Tapi insyallah bukan hal dunia yang melalaikan. Ia berkaitan akan masa depan Fiqah. Maaflah sebab membuat kalian ternanti nanti akan perkembangan kehidupan Fiqah sekarang. Ehem. Tertiba buat ayat macam retis pulak iolss nih. Hahahaha.

Sekarang nih Fiqah tengah busy uruskan hal-hal tentang pengajian Fiqah. Alhamdulilah. Dapat jugak Fiqah sambung pengajian Fiqah macam yang Fiqah duk angan-angankan selama ini. Fiqah dapat melanjutkan pengajian Fiqah di Politeknik Muadzam Shah, Kuantan Pahang kos Diploma Reka Bentuk Grafik.. Alhamdulilah.. walau bukan di bawah naungan unirversity tapi Fiqah bersyukur sebab ia masih lagi di bawah IPTA bukan IPTS.. kalau idok.. yang hadoo mana lah Fiqah nak carik duit.. mahunya gadai tanah.. :3 mahunya khawin awal Fiqah.. ihiks.. ngada kau Fiqah.. mahu  makan kasut kau kena dengan abah mama.. hoho.. tapi kalau tak leh sambung belajar pom.. tak de maknanya lah Fiqah nak khawin.. carik ilmu dulu.. belajar jadi seorang muslimah yang baik.. yang tak menyusah kan orang sekeliling, balas jasa mak ayah baru carik suami.. inih idok.. kalut lah menikah kenapa? aishh emotional tertiba :3 

k dah. kita stop cakap bab tuh.. kan ada yang emo tak memasal nanti.. :3 kalau nak di kirakan Fiqah adalah yang ketinggalan kereta api sikit antara kenkawan Fiqah yang lain.. yeahh diaorang dah pergi dah.. da pergi mencapai cita-cita masing-masing. dah nak start masuk  kuliah dah.. Fiqah? yeahh still at home manja-manja dengan mama abah.. habiskan masa bersama.. kan sampai sana duk nangis malam-malam rindu mama abah..  haaa naya kau.. jauh kowt kuantan dengan kelantan even if dia bermula dengan huruf yang sama iaitu huruf K!! haa  :) 

memula berbelah bagi tahu dak diri ku ini nak pergi ke idok.. sebab memikirkan Fiqah harus duk jauh dengan mama abah.. tapi Fiqah fikir baik-baik.. ini jer satu-satunya peluang yang Fiqah ada.. peluang tuk Fiqah meraih cita-cita dan membalas jasa mama abah.. Fiqah tak kisah di mana dan apa yang Fiqah akan belajar yang penting ia masih di bawah redha ALLAH dan di bawah redha mama abah Fiqah.. :") 

memula niat nak tunggu rayuan for UPU memandangkan first intake Fiqah tak dapat for UPU.. tapi bila check-check.. siapa yang layak ke politeknik tidak layak membuat rayuan ke UPU.. ok musnah harapan dekat situ.. musnah habis..4A 5B tapi tak leh gy UPU.. siapa tak frust.. tapi Fiqah percaya TUHAN tengah aturkan yang terbaik buat Fiqah.. Fiqah yakin percaturan ALLAH lebih baik dari percaturan Fiqah.. so Fiqah terima tawaran ke politeknik dengan sebulat hati suara nafas dan seangkatan dengan nya.. mungkin ini yang terbaik.. yeahh.. Alhamdulilah mama abah restu.. kakak abang mak sedara bapa saudara sepupu sepapat anak saudara cucu cicit semua sokong keputusan Fiqah as long as Fiqah minat dan berjanji tuk lakukan yang terbaik :)

so dengan semangat yang baru azam yang baru Fiqah siapkan segala hal dengan penuh yakin dan doa semoga ALLAH permudahkan segala urusan Fiqah di dunia ini demi masa depan Fiqah dan demi membalas jasa mama abah Fiqah. Fiqah panjatkan doa kepada ALLAH tuk kuatkan semangat dan tabahkan hati Fiqah tuk menempuh semua nih dengan penuh kesabaran dan kekuatan..

tambahan lagi Fiqah akan berada di tempat orang.. tempat yang cukup asing buat Fiqah.. jauh dari pandangan mata mama abah yang selama ini sentiasa di depan mata diaorang.. Fiqah takut iman Fiqah goyah.. Fiqah takut Fiqah terpengaruh kerana jiwa remaja yang sentiasa ingin memcuba sesuatu yang baru. itu yang Fiqah paling takut. Ya ALLAH kuatkan iman ku lindung lah aku di bawah rahmat dah hidayah mu.. jauhkan aku dari malapetaka dan sesuatu yang buruk. dekatkan aku ke arah kebaikan :")

buat sahabat yang dah jauh pergi menuntut ilmu.. jaga iman kamu.. jaga nama ibu bapa mu jaga hati kamu.. jaga mata kamu.. jaga semua yang ada pada kamu.. begitu jugak dengan aku.. aku janji aku akan jaga hati aku iman aku nama ibu bapa ku.. dan juga mata aku.. kita sama-sama menjaga yew? insyaALLAH..  


 kalau kalian rindu aku.. sematkan lah nama aku dalam setiap doa kalian.. insyallah Allah akan sampaikan salam rindu itu buat aku.. dan insyaALLAH rasa rindu itu akan hilang sedikit :") jaga diri yew 

                        
                        my classmates 5 Gemilang 1 bacth 2012 


semoga berjaya Sarah di Uniten .. will miss u :") 


sampai berjumpa lagi kawan sahabat teman rakan :") Miss all of you. Insyallah nanti kita jumpa lagi. Kejar dulu cita2 masing. Xpe jauh dimata asal kita dekat di hati. Kita sama2 titipkan salam rindu kita di dalam setia doa #GKH #5G1student #bestfriendforever  ukhwah fillah till jannah.. insyaALLAH 



p/s : Jangan harap pada manusia untuk menjadi kuat, akan tetapi berharaplah pada Allah untuk di beri kekuatan. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu memberi apa yang manusia tak boleh kasi. 










No comments:

Post a Comment