Friday, March 29, 2013

Ujian Itu Manis :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D

Hari-hari yang berlalu makin lama makin pantas. rasa tak terkejar dengan peredaran bumi.

lewat-lewat hari yang berlalu;

ketika aku mencari buku-buku di perpustakaan tapi tak aku temui
ketika aku bersolat namun maknanya tidak meresap di dalam hati
ketika aku bergaul bersama teman-teman tapi ukhuwah tak terasa
ketika aku melaksanakan tugasan namun keikhlasan tidak muncul ketika
kesibukan menyapa tak berhenti-henti sehingga amal ibadatku sedikit terganggu
ketika hati sedang menahan diri untuk tidak merungut atas pelbagai ujian
ketika mulut asyik mengomel tak cukup masa itu dan ini
ketika malam-malam ditemani dengan air mata untuk meraih kekuatan
ketika jasad merasai kesunyian dalam ramainya orang
aku menemui satu keindahan bila hidup bertemankan Tuhan.





ada sesetengah bahasa hanya difahami oleh orang yang memahaminya. ada sesetengah rasa hanya mampu difahami oleh mereka yang pernah mengalaminya. ada sesetengah hati mampu memahami walaupun dalam kesunyian. dan masa makin laju dan laju, pergi meninggalkan kita. meninggalkan kita dalam kebisuan.

dari jauh sudut hati kita, sebenarnya kita lebih menyukai kesunyian. Kita lebih tenang dalam penderitaan, kita lebih suka dengan masalah-masalah yang mendatang. sebab apa?

sebab waktu itu kita baru sedar, solat-solat kita makin khusyuk. maknanya seperti meresap ke dalam hati kita. seolah-olah kita memang berbicara dengan Allah. dan saat kita berada macam dah nyawa-nyawa ikan, masa tu kita serahkan pergantungan bulat-bulat kepada Allah.

"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.
rupa-rupanya ujian-ujian kesedihan, musibah lebih membawa kita dekat dengan Tuhan. terkadang bicara-Nya lebih mudah difahami berbanding ketika kita dilimpahkan nikmat. 'Masa sedih ingat Allah, masa senang, WAJIB juga ingat Allah' tapi mostly kita lupa dan lupa kepada Dia bila kita gembira. Gembira juga satu ujian.

Dan walau apa jua keadaan dan situasi yang berlaku pun, Fiqah lebih suka mengingatkan pada diri agar tetap tersenyum sebab ribut taufan bukan selamanya, sebab selepas itu Fiqah percaya akan datang pelangi.

Dan dalam kebimbangan, selitkan keyakinan bahawa Allah itu kan Maha Mendengar? kita punya Allah dan itulah kekuatan kita. Husnuzon wahai sahabat ku :") 


p/s : akhir kata, As we all know, today is the day of full of Barakah. So, as a Muslim who is seeking for Allah's redha, let's increase our worship to Allah. Salam jumaat buat akhi dan ukhti sekelian :D

Saturday, March 23, 2013

Perkongsian Rasa.. :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. :") 

Fiqah nak ucapkan rasa syukur Alhamdulilah kerana result SPM dah keluar.. yeahhh.. yeahhh.. lompat pagar rumah sebelah.. eh? HAHA :P okey dah tak ada dah debaran semua bagai tuh. dah tak ada dah emosi yang tak menentu tuh.. dah tak ada dah nak marah-marah orang.. all is under control.. eicehh speaking lah konon.. lah sangat kan? pi gi dah.. BI dapat B+ jer pom.. harharharharhar :p 

apa-apa pun syukur Alhamdulilah atas result yang Fiqah punya nih.. syukur sangat-sangat.. even if tak secermelang bebudak yang lain.. but its okey its alright.. ia masih memberikan kebangaan kepada diri sendiri dan alhamdulilah.. mama abah pom bersyukur dan gembira dengan result yang Fiqah dapat.. Alhamdulilah :") 

Alhamdulilah.. Fiqah tak jangka yang Fiqah akan dapat result yang sebegitu. memandangkan result trail Fiqah punya lah teruk habaq hang.. serius Fiqah cakap.. C dengan D bersepah habaq hang.. failed pom tak ketingalan nak menjelmakan diri.. HAHAHA :P masa tengok result percubaan satu family mengelabah.. iyelah.. ada chance ke nak masuk universiti kalau cemgini gaya resultnya.. kakak Fiqah dah membebel dah.. mama dengan abah dan bimbang.. Abang Fiqah jerr cool..

jujur Fiqah cakap.. Fiqah bukan seorang pelajar yang pintar dan bukan anak yang membanggakan.. sebab result Fiqah macam budak tak pernah masuk kelas tahu.. tak usah di perdebat.. nama jer sekolah pergi tiap-tiap hari tapi tengok kan result percubaan macam budak yang tak pernah pergi sekolah.. HAHA disebabkan tak nak menghampakan kedua ibu bapa dan guru.. Fiqah struggle.. melipat kali gandakan baju eh I mean usaha Fiqah selepas exam percubaan tuh.. Fiqah usaha sungguh-sungguh.. masa tuh lah baru eh apasal lah aku tak pecut awal-awal.. kalau tak.. tak adalah seksa jiwa macam nie.. siap OTP dengan my english teacher.. iaitu Teacher Anisah tiap-tiap malam untuk tanya dia tips nak karang essay BI terbaik dari ladang gandum memandangkan result Bi sebelum nih tak memuaskan hati.. asyik duk D jer. tak pernah nak credit.. HAHAHAHA :p * See tengok betapa tak pandai nya Fiqah.. ihiks :P

Teacher Anisah pernah tanya dengan Fiqah dulu.. "kenapa tak mula semua nih dari awal tahun Fiqah? cakap dengan saya guna bahasa english macam awak buat sekarang nih.awak ada peluang nak dapat A tahu" Fiqah jawab dengan segan silu " sebab saya malu ticer.. takut kena perli" Teacher Anisah marah Fiqah.. dia cakap.. abaikan orang lain.. kalau Fiqah mula dari awal mesti Fiqah dapat markah yang cemerlang. and now I admit it.. yes.. kalau Fiqah usaha dari awal macam Fiqah buat selapas exam percubaan tuh.. Fiqah akan dapat lebih dari ini.. :") but menyesal dah tak guna.. Fiqah syukur dengan markah nih..Teacher Anisah pom happy dengan keputusan SPM Fiqah even if dia menjangka kan Fiqah akan dapat lebih dari itu :") btw thanks ticer sebab sudi luangkan masa malam ticer untuk mengajar Fiqah buat essay and masa selepas waktu persekolahan untuk lepak di libary bersama Fiqah study :") terharuu 

k dah benda yang lepas jangan di kenang.. tidak baik tahu.. biarkan ia berlalu dan jadikan ia suatu pengajaran dan jangan sesekali mengulangi nya.. please yew please.. jangan ulang sekali lagi kesalahan yang sama Fiqah :") 

result SPM Fiqah just biasa-biasa jer.. tak sehebat korang semua.. but still lagi boleh di banggakan.. eh? haha :P nak mengembangkan diri sendiri lah tuh.. tak baik betul kau Fiqah. riak dah tu.. :") Astagfirullah 


here's my slip result.. sijil berhenti sekolah.. and semua semua lah..*blur bukan? maaflah Fiqah cuma guna kamera murah.. lagi pun ia lebih baik blur dari nampak terus.. kan nanti ada pulak yang kata Fiqah riak :") cukup lah sebagai kenangan tuk Fiqah abadi dalam blog dan kongsi bersama kalian kegembiraan Fiqah..  my spm result ALHAMDULILAH i got 4A 5B dalam aliran sastera.. bukan aliran sains tulen.. :") Alhamdulilah.. kalau nak di bandingkan dengan result percubaan yang punya cukup perisa itu.. ihiks :P and kalau nak di kira dengan pecutan last minute tuh.. HAHA .. nih kalau pecut awal-awal komfen sapu bersih bak kata abah Fiqah.. HAHA :p but seriusly.. Fiqah tak jangka sebegitu result Fiqah.. Fiqah ingatkan ada lah huruf C dalam result Fiqah.. iyewlah.. study berapa kerat lah sangat kan :") tapi sedikit sedih sebab tak boleh kasi hadiah A untuk Teacher Anisah :") but I'm still proud of my self

btw di kesempatan ini.. Fiqah nak ucapkan ribuaan dan jutaan terima kasih malah tak terkira jumlah terima kasihnya kepada semua guru-guru Fiqah.. terutama guru-guru di tingkatan 5 yang berhempas pulas mengerah tenaga mereka dalam memberikan kami ilmu yang tak ternilai harganya :") tak kira masa tempat dan keadaan .. terima kasih cikgu nafizah iaitu guru kelas Fiqah merangkap jugak guru matapelajaran sains. cikgu khadijah -bm , cikgu rosmawati hussin - math, cikgu rosmawati ibrahim - ert, cikgu zuraini - perdagangan, cikgu amin - kesusasteraan melayu, ustazah salina - Pai , teacher anisah- english dan jugak cikgu hasnon - sejarah :") terima kasih sebab tak jemu mendidik kami semua..sabar dengan kerenah nakal kami. terima kasih kerana kalian lah kami berjaya hari ini :") terima kasih cikgu :") 


5 Gemilang 1 (2012) dalam kenangan.. i love you guys.. and i miss you guys so damn much guys..
hope that we will meet again :") insya ALLAH.. ukhwah fillah till jannah :")


last but not least.. this is me.. Nik NurSyafiqah Mohd Yusoff sudah tidak lagi berada dalam debaran yang menyesakkan dada.. syukur ke hadrat ilahi ke atas kejayaan yang di kurniakan.. sesungguhnya.. bukan sahaja sebab usaha last minute yang Fiqah buat.. tapi di sebabkan keajaiban doa yang dipanjatkan.. sesungguhnya jujur Fiqah cakap.. kejayaan Fiqah peroleh ini adalah dimana kerana doa yang tidak putus dari Fiqah setiap kali selepas solat.. subhanallah sesungguhnya besar sungguh kebesaran ALLAH :") tanpa keredhaan ALLAH Fiqah tak akan memperoleh kejayaan ini.. sungguh Fiqah nyatakan.. selepas menduduki peperiksaan baru-baru ini.. Fiqah tidak yakin yang Fiqah akan peroleh keputusan sebegini.. hal ini kerana Fiqah merasakan Fiqah tidak membuat yang terbaik.. tapi dengan rasa rendah diri Fiqah.. Fiqah sering berdoa agar dikurniakan pemeriksa yang baik hati agar Fiqah dapat memperoleh keputusan yang baik seperti ini :") dan ya.. Tuhan memakbulkan doa Fiqah.. syukur alhamdulilah..  :D 

p/s : sesungguhnya doa itu senjata kita sebagai umat islam.. gunakanlah sebaiknya.. bagi yang kurang bernasib baik.. jangan mengalah sahabat.. gagal SPM tak bermakna anda gagal dalam hidup.. ini semua baru permulaan.jangan cepat mengalah.. sesunguhnya rezeki ALLAH itu luas.. mungkin rezeki anda di tempat, masa dan keadaan yang lain.. percayalah.. ini semua ada hikmah.. yang berjaya sekarang pom jangan riak dan tenang dulu.. masih ada banyak hal yang mendatang.. kerana bila menjejak kan kaki ke universiti nanti kita semua bermula dari zero balik.. kalau sambil lewa anda mungkin gagal.. kun faya kun.. :")  Semoga yang berjaya dalam SPM sekarang berjaya juga utk SPM (soalan padang mashyar) seterusnya..insyaallah.. 

Wednesday, March 20, 2013

Tommorow

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kalau di bukak facebook.. di bukak twitter.. tak sah cakap lah.. semua duk update status yang sama.. kemon kemon.. jangan buat Fiqah gelabah boleh? nih kalau yang tak ada skait jantung boleh kena sakit jantung tahu? tak usah di perdebat. kan nanti aku sebat.. okey ini tak lawak.. okey

mood hari memank tidak baik sama sekali.. makan pom dah tak lalu okey.. kemon jangan di tanya kenapa.. kalau tak nak kena telan.. okey.. jap yang Fiqah emosi sangat nih kenapa? okey jap.. nak nangis.. eh poyo.. eh okey cukup mengarut..

arghh serius kalau berterusan cam gini gaya Fiqah menaip .. serius lingkup syarikat.. err I mean blog usang hari hari nih.. 

masih lagi blur? okey Fiqah bagi pencerahan.. esok tanggal 21.03.2013 bersamaan dengan hari khamis adalah di mana di umumkan bahawasanya esok raya.. eyahhh.. eh silap.. esok adalah dimana tarikh pengumuman keputusan SPM bagi tahun 2012.. okey dah sentap..

Pejam celik pejam celik hari nih dah rabu pejam celik pejam celik dah jumaat . Eh kemana hilangnya khamis ? Jeng jeng jeng ! ^_^

kalau mengikut kajian saintifik yang mengunakan kalkulator sintifik yang tak boleh di program kan.. Degupan jantung manusia normal adalah sebanyk 80 kali seminit manakala degupan jantung manusia yang nak amik result SPM adalah 67526 kali seminit. okey.. ini serius okey..

why haa why.. why tommorow? :") answer me please.. tak payah nak senyap setibu bahasa macam tuh.. eh okey.. dah cukup berdrama.. tak dak orang nak tengok nye drama murah macam nih.. ihiks ihoks :P

you guys know what?  The only reason why people are afraid of spm results. 1.People judging. 2.Aunties asking and spreading news. 3.Parents disappointed. *faceplum :P

Fiqah tak kisah apa orang nak cakap.. tak kisah apa mak ayah sedara nak kata.. tak kisah apa cousin nak perli.. tak kisah mak cik jual etok nak perli.. tapi Fiqah sungguh-sungguh kisah kalau mama abah Fiqah kecewa dengan Fiqah..

mereka dah berhempas pulas hantar ambik Fiqah dari sekolah.. kerja kuat cari duit nak bayar yuran sekolah.. sampai kena kerja overtime bagai nak rak.. Fiqah sangat-sangat yakin mereka mesti nak tengok Fiqah berjaya.. cuba cakap.. ibu bapa mana tak nak tengok anak dia berjaya menjadi orang.. menjadi manusia berguna? cuba habaq mai sini..

even if diaorang duk cakap dekat kita.. "mama abah tak kisah apa pun keputusannya nanti.. sebab abah mama yakin awak dah buat yang terbaik.. abah mama terima dengan redha " tapi dalam hati mereka siapa tahu bukan? siang malam duk doa biar kita memeperoleh kejayaan..

iya rezeki ALLAH itu luas.. rezeki ada di mana-mana.. dan Fiqah jugak yakin.. bahawa ada yang terbaik buat Fiqah.. kalau lah di takdirkan rezeki Fiqah tidak banyak esok hari.. Fiqah redha.. Fiqah sangat-sangat mensyukurinya.. kerana itu rezeki kurniaan ALLAH.. di beri kepada kita setimpal dengan apa yang dah kita buat.. banyak usaha.. banyak lah dapat.. kurang usaha.. kuranglah dapat.. jadi jangan mengeluh jangan mengalah.. kita ada rezeki masing-masing sayang :")


doa nih Fiqah selalu baca selepas solat.. yuk doa ramai-ramai.. masih sempat kok.. kun faya kun :")

p/s : Ya Allah Ya Tuhan ku, walau apa pun keputusan peperiksaan yang akan kami perolehi, kami bermohon janganlah keputusan itu akan membuatkan kedua ibu bapa dan guru-guru kami kecewa. :")

Sunday, March 17, 2013

Festival Wanita Muda Peringkat Negeri Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

haaa sebelum tuh.. nak tempek gambar syok sendiri sat.. HAHA :p


yeahhh nampak gemuk gila kan Fiqah.. arghh neberr mindd.. endahkan gambar itu.. ia tidak memberi manfaat.. *dah tahu tak memberi manfaat taruk pasai pa? okey okey.. maafkan saya :P

Cemgini lah yeww.. kita kira ke jalan yang lurus a.k.a jalan yang benar.. ihiks :P 

Pada suatu hari, seorang blogger yang kurang bergaul dengan masyarakat telah menghadiri majlis Festival Wanita Muda Peringkat Negeri Kelantan bertempat di KTC iaitu Kelantan Trade Center. Ini adalah sangat menghairankan! Kerana blogger tersebut tidak berapa menggemari majlis yang ada ramai orang. Lagipun, semua orang tahu bahawa beliau memang tidak pernah join pon apa-apa event. Tahap kemalasan blogger tersebut memang tidak boleh disangkal lagi. Tak perlu berdebat tahu? Siapa kah blogger tersebut? yeahh betul.. blogger tersebut ialah Fiqah Yusoff.. *ching :p

eh okey.. propa semata-mata.. muwahahha *gilak gelak tak sopan langsung.. HAHA :P sorry-sorry.. Fiqah sesajer nak felling felling ala-ala blogger famous amos gitu haa walau hakikatnya semua orang tahu yang Fiqah memank tak famous..  okey ayat mintak belas kasihan.. mintak penampor pom mungkin.. hikhik :P 



okey.. cemgini.. semalam adalah tarikh terjadi nya satu event ini.. iaitu Festival Wanita Muda Peringkat Negeri Kelantan.. which is.. semua yang terlibat adalah wanita semata-mata.. tidak ada lelaki.. lelaki dan yes lelaki.. yeahh.. alangkah bahagia nya sebab kita boleh buat apa-apa saja tanpa rasa eh ada lelaki tak.. eh ada lelaki tak.. nak jerit pom boleh. nak melalak pom boleh.. eh okey itu sudah lebih.. HAHA :P

but seriusly.. memank tak ada lelaki walau sekelumit.. sekuman pom tak dak..  MC pom wanita.. kameraman pom wanita.. penjaga PA pom wanita.. urusetia pom wanita.. eh pokok pangkalnya semua wanita.. yeahhh.. goyang kepala goyang.. hikhik :P 

sesampai dekat sana.. excited tak sah cakaplah.. rasa nak melompat.. tapi tak boleh lah.. even tak dak lelaki.. kita still kena jaga tatasusila kita sebagai wanita islam.. ihiks :p aihh malu pulak.. HAHA :P

masuk jer dewan.. hambik bak hang.. semua wanita.. yes wanita.. Subhanallah semua cantik-cantik dengan hijab dan tudung masing-masing.. semua menutup aurat dengan sempurna.. Subhanallah.. Rasa kerdil pulak Fiqah semalam.. bukan sebab Fiqah tak menutup aurat dengan sempurna.. Alhamdulilah.. aurat Fiqah masih terjaga rapi.. Tapi sebab terlalu takjub melihat keindahan TUHAN iaitu wanita muslilamah yang terjaga aurat mereka.. :")


with my besties.. Nik Maisarah.. Dia pom ada blog.. boleh lah jengah-jengah blog dia.. pergi LINK INI  *I"M wearing abaya from Mekah.. which is hadiah dari my mak sedara yang pergi Mekah hari tu.. lama dah.. lupa bila.. ihiks :") phasmina from my kakak.. hadiah hari jadi yang ke 18 tahun baru nih.. thanks kak fie.. such a nice phasmina :") LOVE IT

banyak ilmu yang Fiqah dapat semalam.. Alhamdulilah.. jumpa kawan baru pom ramai.. hope perkenalan itu berkekalan lama sehingga ke Jannah.. insya ALLAH .. sangat-sangat lah selesa semalam.. dengan air-cond yang sejuk tahap maksimum.. makanan dan minumam pom di sediakan.. sampaikan keadaan yang hujan lebat dekat luar pom tidak kami sedari.. hohoho :p tempat solat yang selesa.. seriusss semua nya selesa.. arghhh rasa tak nak balik.. HAHA :p


untuk pengetahuan semua.. pihak penonton tidak di benarkan sama sekali untuk mengambil gambar atau merakam vidoe sewaktu berada dalam dewan itu.. iyewlah semua sedia maklum bukan yang terdapat dalam dewan tersebut semua nya wanita.. ini adalah kerana ingin menjaga aib masing-masing.. maksud Fiqah. aurat wanita yang membuat persembahan pada hari kelmarin.. semua mungkin faham bukan..Iyelah.. semalam juga berlangsung nya Final Wanita Kelantan Got Talent.. which is semua telant lah.. berlakon and menyanyi. so sebagai wanita muslimah.. Kita kena la jaga aurat kita.. aurat seorang wanita banyak.. berhibur tidak salah.. tapi ada cara dia sayang.. eh :P  so sila faham..  ke nak kan percerahan lagi?? tapi kalau setakat nak ambik gambar syok sendiri kita punya tak salah tapi pastikan.. aurat kita dan saudari lain terjaga *ching :P Subhanalllah.. cukup rapi pihak urusetia memastikan semua ini berada dalam keadaan yang terkawal.. syabas dan tahniah :")

kualitik gambar buruk.. al-maklum lah ambik pakai phone cabuk jer.. kiter tak dak kemera mahai mahai.. HAHA :P Tapi syukur lah.. masih boleh guna jugak kan.. ingat bersyukur dengan apa yang kita ada itu perlu.. ihiks :P

sewaktu slot Santai Sang Putri berlangsung bersama Yatt Hamzah, Noryn Aziz dan Najwa Latiff semua penonton menumpukan perhatian pada mereka.. subhanallah.. ketiga-tiga itu cantik dan sopan.. tak puas tengok.. kak Yat berkongsi kisah hidup dia yang sebelum ini dan diri dia yang sekarang.. begitu jugak dengan kak noryn aziz.. meleleh air mata dengar.. handoii :") satu kenangan dan pengalaman yang tidak dapat di lupakan.. selama nih dengar dari mulut orang and dalam you tube.. tapi semalam.. yew semalam dengar secara live habaq hang, mahu tak meleleh air mata.. hoho

salah satu pesan Kak Noryn yang tersemat dalam otak adalah

" adik-adik yang kat dalam nih.. nak cari pasangan hidup.. carilah yang boleh membimbing kita dengan baik untuk menjadi yang lebih baik.." 

macam tulah lebih kurang nya.. nak tulis sejibik memank tak boleh la.. mana nak ingat aihh.. HAHA :p tapi itulah yang di maksudkannya :")

and kata-kata akak MC yang aku ingat sampai saat ini dan insya ALLAH akan aku ingat sampai bebila.. iaitu

" Hiduplah dengan mengamalkan ICT. Iaitu I-ikut C-cara T-Tuhan :') barulah hidup sentiasa tenang! InsyaAllah :') "

dan jugak kata-kata akak mastura iaitu perunding imej kalau tak silap.. iaitu akak yang mengajar kitaorang macam mana nak pakai tudung/pashmina/selendang dengan betul dalam erti kata lain menepati syarak :")

Tiada wanita cantik dan tiada wanita tak cantik dalam dunia ini! Yang ada hanya lah wanita malas dan wanita rajin sahaja :') "

dan kak masturah pom ada cakap

" pujilah diri kita sendiri setiap kali melihat diri kita di cermin.. itu tanda nya kita mensyukuri ciptaan ALLAH S.W.T iaitu dengan memuji diri sendiri.. siapa yang bagi kita mata yang cantik ini, mulut yang sempurna ini.. hidung yang terbentuk elok ini.. jadi pujilah diri sendiri.. itu salah satu cara kita nak hargai diri kita sendiri nak mensyukuri nikmat yang ALLAH beri. ini tidak asyik puji orang lain.. kita pom cantik "

subhanallah.. banyak sebenarnya ilmu dan pengetahuan yang Fiqah dapat semalam.. sungguh.. tak boleh nak cakap :") 


bergelak ketawa masa makan-makan.. ihiks :P dalma erti kata lain.. iklan sebentar.. HAHA :P


with kak noryn aziz.. such a nice women.. YA ALLAH.. tergaman sat saat bertemu mata dengan dia..terpegun kejap saat bersalam dengan dia.. Subhanallah cantik sungguh :")

ioulsss sempat bergambar dengan kak noryn aziz jer.. dengan yang lain.. tak sempat.. sebab flight diaorang petang tuh.. jadi diaorang terpaksa bergegas ke lanpangan perbang :") tapi tak apalah.. ada jodoh kita jumpa lagi :") hehe


YA Alllah.. cantik nya aku.. eh comel nya muka aku.. ihiks :P *gila poyo bak hang.. haha :P * btw tengah mengaplikasikan apa yang kak masturah cakap.. puji diri sendiri.. tapi jangan sampai riak.. itu tidak elok.. seelok nya puji diri sendiri time duk sensorang.. hoho :P

p/s : ukhwah Fillah till jannnah.. insya ALLAH.. hope that we will meet again insya ALLAH :") Assalamualaikum

Tuesday, March 12, 2013

Mak Nenek Membebel :P

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat sahabat dunia maya mahupun dunia separuh sedar.. erkkk?? sory-sory.. I mean sahabat di realiti lah.. yang selalu jumpa Fiqah bertepuk tampar bagai nak rak tu.. *itupun kalau ada yang baca lah.. ihiks :P 

Alhamdulilah masih diberi peluang tuk mengupdatekan blog usang hari hari nih.. harharhar :P

okey dah.. lupakan kisah-kisah cinta dongeng yang tak berkesudahan tuh.. lupakan kisah-kisah sedih yang sentiasa menghantui diri anda dan jugak pemilik blog ini.. lupakan semua.. lupakan.. bukak buku baru dengan senyuman yang selebarnya seluas padang pasir.. ihiks :p 

seriuss rinduewww gilewww nak update blog dengan senyuman dan ketawa.. *virus ewwwww menyerang diri ku.. HAHA :p k lempang pipi kiri kanan.. lol    Dalam beberapa bulan kebelakangan ini.. Fiqah selalu update blog dalam keadaan yang kurang waras.. eh I mean kurang gembira.. menaip sambil menangis sampai laptop kena tuka baru sebab effect air mata yang terlalu banyak melimpahi keyboard.. okey tipu jer.. HAHA :P tapi serius lah kan.. siapa yang mengikuti perkembangan blog usang hari hari nih memank akan tahu lah bagaimana buruknya entry Fiqah kebelakangan ini.. entry asyik nak meleleh jer.. handoiii lemah badan.. HAHA :P

but today.. yeahhh Fiqah dah boleh tulis entry sambil senyum dan ketawa terbahak hak haktuihh.. *sampai terkeluar kahak.. euwwww... tak senonoh betul budak Fiqah nih.. ish ish ish :P ampunkan daku pembaca semua.. :P *sekali lagi.. kalau ada yang bacalah.. HAHA :p 

Alhamdulilah.. setelah berhempas pulas berperang dengan perasaan sendiri dua tiga hari kebelakangan ini Fiqah dah kembali ke personaliti Fiqah yang dulu.. Fiqah yang chill lex slumber rempuh pembahagi jalan.. :P dah tak main dah nangis nangis bagai nih.. buang karenggg.. ye ke? bukan sebab air mata tengah mengalami kegawatan ke sekarang..?? opss okey okey.. tutup kes tutup kes :p 

tapi seriusly.. Fiqah dah tak kesedihan lagi dah.. dah tak berkuasa dah nak berkesedihan segala bagai tuh.. simpan air mata untuk yang memerlukan dan berhak sahaja :) aja aja fighting.. kita sebagai wanita haruslah kuat.. haruslah tabah.. setabah ibu mengandung 9 bulan 10 hari dan berpantang selama 100 hari... ekkk.. ada kaitan ke semua tu?? hmm abaikan :p

hari nih 12.3.2013 bukan?? Subhanallah lagi berapa hari lagi result SPM nak keluar habaq hang.. macam mana lah gamaknya ruperrr result daku ini.. banyak A nya kah? banyak.. banyak.. banyak yang kandasnya kah.. Astaghfirrulah mintak jauh mintak jauh. :") 

result nya katanya nak keluarnya 20.3.2013.. Tak tahu berapa kerat keperatusan betulnya.. tapi memank ramai yang cakap 20.3.2013.. Tapi tak kira lah betul ke idok.. pokok pangkal kelapa nya result memank dah tak lama nya pom nak keluar bak hang.. 

aihhh naik sasau Fiqah di buat nya.. orang cakap jangan nak pikir sangat.. doa mohon pada ALLAH supaya di permudahkan segala urusan dan tawakal.. aihh tapi dah kalau mak sedara pak sedara.. sepupu sepapat.. anak sedara kakak abang ayah mak duk menanyakan soal ini mahu nya Fiqah tak sasau.. ^_^ 


rungsing tau dak.. nih sekarang makan pom tak lalu.. tidur pom dah tak berapa nak lena.. mandi pom memank tak basah.. selalu nya orang bercinta yang lalui benda nih semua.. but dekat Fiqah terbalik yeww.. yewlah.. kalau Fiqah bercinta.. makan bertambah lalu, tidor pom selalu lena siap mimpi pergi bulan.. :p mandi tuh tak sah cakaplah.. sampai tak cukup orang lain nak guna.. wakakak :P yewlah tengah berbunga-bunga kan,, haruslah semua kena tampak bergaya.. :p lain lah kalau  hubungan itu di landa taufan katrina.. ihiks :P kamu semua faham kan maksud tersurat dan tersirat. tapi persoalannya.. ada ke maksud tersurat dan tersirat tuh?? arghh neberrrr mine :P

dah cukup cukup sudah.. cukup sampai di sini sajerr ku mengarut.. kan ada jugak yang baling periuk dekat Fiqah nanti.. ihiks :P

nota kaki manja baby ku kiko :

guys.. Fiqah nak mintak jasa baik dan pengorbanan masa anda semua tuk menadah tangan sejenak mendoakan pada yang ESA agar Fiqah di kurniakan keputusan SPM yang terbaikkk dan membanggakan.. cukuplah untuk memberi kebanggan kepada keluarga Fiqah juga tenaga pengajar Fiqah.. doakan agar Fiqah dapat melanjutkan pelajaran di menara gading.. kalau tak boleh nak buat sekejap. buat lah selalu di dalam setiap doa selepas solat anda.. *ihiks muka tak malu :p btw tak lupa jugak doakan lah keselamatan saudara-saudara kita yang berada di Lahad Datu.. doakan mereka berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.. insya ALLAH . AMIN :")




p/s : doakan kesihatan Fiqah jugak yew.. demam sejak semalam.. tak kuat sangat demamnya.. tapi ada suatu perkara yang menggangu hari hari Fiqah.. entah apa yang tak kena..Badan Fiqah jadi gatal2.. habis merah-merah.. elergic munking.. tapi elergic dengan apa?? tak faham.. aishh tapi serius tak selesa.. gatak tau dak gatal.. hahaha :P papew pom terima kasih sudi baca entry membebel Fiqah yang tak memberikan apa-apa faedah nya nih pom :p


Saturday, March 9, 2013

Kembali Senyum :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 



Alhamdulilah.. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi ku peluang tuk meneruskan kehidupan ku di dunia ini.. Terima kasih kerana masih sudi memberikan ku peluang menebuskan kembali dosa-dosa masa lampau ku :") Terima kasih. 

kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan blog Fiqah pasti tahu yang sejak kebelakangan ini Fiqah dilanda permasalahan.. dilanda ujian yang begitu berat.. hati berperang pung pang pung pang sesama sendiri..    Dan sekarang Alhamdulilah.. Fiqah sudah punya kekuatan.. sudah punya kegagahan untuk melawan arus yang mendatang.. Alhamdulilah.. Terima kasih buat keluarga yang memahami dan terima kasih jugak buat sahabat yang sentiasa ada di sisi.. Terima Kasih semua..

Tahukah anda beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.

Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.

Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.

Firman Allah SWT:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [Surah al-Ankabut, Ayat ke-2]  

Ini adalah sunnatullah, ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman. sedarlah akan satu hal itu. :D

Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.

Firman Allah:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [Surah al-Baqarah, Ayat ke-286]

Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin Fiqah sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan Fiqah tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi.

p/s : setiap ujian yang mendatang, masalah yang menimpa.. hadapilah dengan senyuman dan ucapan ALHAMDULILAH kerana itu tandanya TUHAN menyanyangi kita.. percayalah.. sesungguhnya ALLAH tidak mahu melihat hambanya lalai dengan duniawi..oleh itu DIA mengurniakan kita sedikit permasalahan agar kita sentiasa bergantung hidup padaNYA.. husnuzon.. bersangka baik lah selalu.. bukan hanya pada ALLAH tapi juga pada manusia.. :") 

Wallahua'lam.

sedikit nota manja baby ku kiko :")

Terima kasih yang sudi menadah tangan 'mementionkan' #Sabah dalam doanya. Tuhan mendengarmu. Raqib mencatat kebaikanmu. 

Jazakumullah saudara-saudaraku.. :')

Saturday, March 2, 2013

Rasa Cinta Itu :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

p/s : entry kali ini amat meleleh terleleh.. jika ingin ketahui.. bacalah.. jika tidak berkeinginan mengetahui.. pergilah.. Fiqah tidak memaksa cuma ingin bekongsi rasa.. jika tidak suka jangan di cemuh.. jika suka doakan kebaikan buat Fiqah.. :")


Cinta adalah sebuah fitrah dalam kehidupan yang pasti dimiliki oleh setiap manusia bukan ? dan ketika Tuhan mendatangkan rasa cinta tersebut kenapa harus dengan dia ? seorang pria yang jelas-jelas sudah menjadi milik orang lain !

Perasaan cinta atau suka adalah perasaan yang wajar yang dialami oleh manusia. Dan apabila rasa cinta itu dilengkapi dengan kehadiran pasangan atau kekasih yang mendampingi kita. Dan pastinya kita mencintai kekasih kita dengan perasaan yang besar.

Namun bagaimana jika yang kita suka atau kita cintai adalah kekasih orang lain? Ada beberapa penyebab dan saran praktis yang bisa Kita temukan dari penjelasan berikut ini. Penyebab kita mencintai atau menyukai kekasih orang lain adalah karena orang tersebut membuat kita kagum, entah karena perlakuannya yang baik, perkataannya yang ramah, atau karana perangainya yang baik. Mungkin kita juga terlampau kagum dengan orang tersebut karana sesuatu hal yang terkadang kita juga bingung mengapa kita bisa menyukainya. hmm mungkin sebab itu.. tapi entah.. ia sesuatu perkara yang amat sukar tuk diluah dan di ulas.. :") Tertutup segala peluang untuk menawan hatinya. Hanya mampu memendam cinta dalam hati. Tapi sampai bila nak perap cinta tu dalam hati? Sampai masak? Rasanya pasti pahit .



Bukan nak kata sesiapa.. Fiqah sendiri juga pernah jatuh cinta pada kekasih orang.. malah sekarang mungkin itu yang Fiqah tengah rasa.. bukan nak bukak pekung di dada.. tapi ingin meluah rasa :") berkongsi rasa ini.. bukan sekali Fiqah lalui.. tapi berkali-kali.. sampaikan Fiqah sudah lali.. tapi dalam lali Fiqah.. sakit itu tetap ada.. sakit yang tidak bisa di ungkap.. malah Fiqah percaya.. ramai di luar sana yang juga pernah melalui nya.. kemon.. usah malu tuk mengiakan nya.. kerana bukan kita saja yang lalui nya :")

Terkadang Fiqah mengeluh merasa Tuhan itu tidak adil "Ya Tuhan kenapa Kau selalu datangkan perasaan itu untuk orang yang tak akan mungkin jadi milik ku ? Kenapa aku selalu jatuh cinta dengan laki-laki yang sudah  jadi milik orang lain ?!!" tapi Fiqah sedar.. Tuhan tidak akan menguji hambanya di luar batasan hambanya.. keluhan itu Fiqah luahkan di kala Fiqah masih mentah dulu.. di kala Fiqah masih jahil tentang ilmu.. tapi saat ini.. saat Fiqah menulis entry ini Fiqah mula mengerti.. ujian yang diberi bukan untuk menyeksa kita.. tapi menguatkan kita dalam meniti arus kehidupan. Tuhan menguji kita kerana dia sayang akan kita.. dia tidak mahu kita lalai dalam kehidupan.. saat kita gembira ada kita ingat ALLAH?? Ada?? Ya ALLAH bukan Fiqah tunding jari pada sesiapa.. tapi Fiqah tunding pada diri Fiqah sendiri.. :") jadi sebab itu Tuhan datangkan kesulitan dalam kehidupan agar kita terus mengingatinya.. agar kita tidak terpesong akidah. agar kita sentiasa mengingatinya.. agar kita sentiasa tahu bersyukur.. berbaik sangka lah kepadaNYA.. 



Fiqah akui.. Fiqah terseksa dengan keadaan seperti ini :")

lalu semalam.. di saat bulan menunjukkan diri di saat bintang menyinari.. Fiqah duduk mendongak ke langit.. dan berbicara dalam hati.. apa mungkin Fiqah akan menghadapi saat ini untuk sekali lagi malah berterusan? Tapi Fiqah yakin dengan qada dan qadar Allah.. mungkin DIA sudah mengaturkan sesuatu yang indah dan baik untuk Fiqah.. cuma belum dipertemukan lagi dengan Fiqah kerana belum tiba waktu dan masanya.. sesungguh kita hanya merancang dan TUHAN yang menentukan.. sesungguhnya ketenttuan ALLAH jauh lebih baik dan manis berbanding apa yang kita rancang.. :") lalu Fiqah berteluku di sejadah menadah tangan memohon pertolongan.. memohon kekuatan bahawa sesungguhnya Fiqah tidak kuat melawannya sendiri tanpa bantuan TUHAN yang maha ESA.. :") 

dan Ketika itu pula air mata Fiqah pun jatuh perlahan dan Fiqah berkata "Jika aku terus menuruti hati ini aku yakin aku akan merosak hubungan dia dengan kekasih nya dan aku akan merasa sangat berdosa jika itu benar terjadi. Aku mohon ya Tuhan, hilangkan rasa sayang ini untuknya. Aku sadar aku tak pantas untuk memilikinya dan mulai sekarang aku berjanji tak akan pernah mengharapkan dia lagi :') "

Fiqah berdoa agar dia berbahagia selalu dengan pilihan hati nya.. Fiqah berdoa agar jodoh mereka berkekalan sehingga ke JANNAH.. insha ALLAH.. Fiqah juga berdoa agar mereka sabar dalam menempuh segala dugaan dan cabaran dalam perhubungan mereka berdua.. :") hanya itu.. kebahagian buat dia yang menjadi harapan Fiqah. Melihat orang yang kita sayang adalah harapan kita biarpun bukan kita di sisi nya :") betul bukan? 

Fiqah tahu di usia Fiqah yang masih muda.. mentah malah dan ia tidak selayaknya bersoal dan bercakap tentang cinta.. tapi apa kan daya.. ku tidak pinta perasaan ini.. ia hadir dengan sendiri.. ia bertamu tanpa salam :") Bukan pinta hati ini tuk terjatuh ke dalam lubang yang sama.. mungkin kerana tidak menjaga mata lalu ia rebah jua di lembah yang sama.  mungkin juga ia terjadi kerana manusia mudah jatuh hati tapi senang patah hati, kerana jatuh hati itu tidak mendahulukan Illahi :') itu pengajarang.. jadikan teladan,, jangan memandang remeh. 

ALLAH memberikan ujian, agar kita sedar hanya DIA sebagai sandaran.