Friday, March 29, 2013

Ujian Itu Manis :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D

Hari-hari yang berlalu makin lama makin pantas. rasa tak terkejar dengan peredaran bumi.

lewat-lewat hari yang berlalu;

ketika aku mencari buku-buku di perpustakaan tapi tak aku temui
ketika aku bersolat namun maknanya tidak meresap di dalam hati
ketika aku bergaul bersama teman-teman tapi ukhuwah tak terasa
ketika aku melaksanakan tugasan namun keikhlasan tidak muncul ketika
kesibukan menyapa tak berhenti-henti sehingga amal ibadatku sedikit terganggu
ketika hati sedang menahan diri untuk tidak merungut atas pelbagai ujian
ketika mulut asyik mengomel tak cukup masa itu dan ini
ketika malam-malam ditemani dengan air mata untuk meraih kekuatan
ketika jasad merasai kesunyian dalam ramainya orang
aku menemui satu keindahan bila hidup bertemankan Tuhan.





ada sesetengah bahasa hanya difahami oleh orang yang memahaminya. ada sesetengah rasa hanya mampu difahami oleh mereka yang pernah mengalaminya. ada sesetengah hati mampu memahami walaupun dalam kesunyian. dan masa makin laju dan laju, pergi meninggalkan kita. meninggalkan kita dalam kebisuan.

dari jauh sudut hati kita, sebenarnya kita lebih menyukai kesunyian. Kita lebih tenang dalam penderitaan, kita lebih suka dengan masalah-masalah yang mendatang. sebab apa?

sebab waktu itu kita baru sedar, solat-solat kita makin khusyuk. maknanya seperti meresap ke dalam hati kita. seolah-olah kita memang berbicara dengan Allah. dan saat kita berada macam dah nyawa-nyawa ikan, masa tu kita serahkan pergantungan bulat-bulat kepada Allah.

"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.
rupa-rupanya ujian-ujian kesedihan, musibah lebih membawa kita dekat dengan Tuhan. terkadang bicara-Nya lebih mudah difahami berbanding ketika kita dilimpahkan nikmat. 'Masa sedih ingat Allah, masa senang, WAJIB juga ingat Allah' tapi mostly kita lupa dan lupa kepada Dia bila kita gembira. Gembira juga satu ujian.

Dan walau apa jua keadaan dan situasi yang berlaku pun, Fiqah lebih suka mengingatkan pada diri agar tetap tersenyum sebab ribut taufan bukan selamanya, sebab selepas itu Fiqah percaya akan datang pelangi.

Dan dalam kebimbangan, selitkan keyakinan bahawa Allah itu kan Maha Mendengar? kita punya Allah dan itulah kekuatan kita. Husnuzon wahai sahabat ku :") 


p/s : akhir kata, As we all know, today is the day of full of Barakah. So, as a Muslim who is seeking for Allah's redha, let's increase our worship to Allah. Salam jumaat buat akhi dan ukhti sekelian :D

No comments:

Post a Comment