Wednesday, March 20, 2013

Tommorow

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kalau di bukak facebook.. di bukak twitter.. tak sah cakap lah.. semua duk update status yang sama.. kemon kemon.. jangan buat Fiqah gelabah boleh? nih kalau yang tak ada skait jantung boleh kena sakit jantung tahu? tak usah di perdebat. kan nanti aku sebat.. okey ini tak lawak.. okey

mood hari memank tidak baik sama sekali.. makan pom dah tak lalu okey.. kemon jangan di tanya kenapa.. kalau tak nak kena telan.. okey.. jap yang Fiqah emosi sangat nih kenapa? okey jap.. nak nangis.. eh poyo.. eh okey cukup mengarut..

arghh serius kalau berterusan cam gini gaya Fiqah menaip .. serius lingkup syarikat.. err I mean blog usang hari hari nih.. 

masih lagi blur? okey Fiqah bagi pencerahan.. esok tanggal 21.03.2013 bersamaan dengan hari khamis adalah di mana di umumkan bahawasanya esok raya.. eyahhh.. eh silap.. esok adalah dimana tarikh pengumuman keputusan SPM bagi tahun 2012.. okey dah sentap..

Pejam celik pejam celik hari nih dah rabu pejam celik pejam celik dah jumaat . Eh kemana hilangnya khamis ? Jeng jeng jeng ! ^_^

kalau mengikut kajian saintifik yang mengunakan kalkulator sintifik yang tak boleh di program kan.. Degupan jantung manusia normal adalah sebanyk 80 kali seminit manakala degupan jantung manusia yang nak amik result SPM adalah 67526 kali seminit. okey.. ini serius okey..

why haa why.. why tommorow? :") answer me please.. tak payah nak senyap setibu bahasa macam tuh.. eh okey.. dah cukup berdrama.. tak dak orang nak tengok nye drama murah macam nih.. ihiks ihoks :P

you guys know what?  The only reason why people are afraid of spm results. 1.People judging. 2.Aunties asking and spreading news. 3.Parents disappointed. *faceplum :P

Fiqah tak kisah apa orang nak cakap.. tak kisah apa mak ayah sedara nak kata.. tak kisah apa cousin nak perli.. tak kisah mak cik jual etok nak perli.. tapi Fiqah sungguh-sungguh kisah kalau mama abah Fiqah kecewa dengan Fiqah..

mereka dah berhempas pulas hantar ambik Fiqah dari sekolah.. kerja kuat cari duit nak bayar yuran sekolah.. sampai kena kerja overtime bagai nak rak.. Fiqah sangat-sangat yakin mereka mesti nak tengok Fiqah berjaya.. cuba cakap.. ibu bapa mana tak nak tengok anak dia berjaya menjadi orang.. menjadi manusia berguna? cuba habaq mai sini..

even if diaorang duk cakap dekat kita.. "mama abah tak kisah apa pun keputusannya nanti.. sebab abah mama yakin awak dah buat yang terbaik.. abah mama terima dengan redha " tapi dalam hati mereka siapa tahu bukan? siang malam duk doa biar kita memeperoleh kejayaan..

iya rezeki ALLAH itu luas.. rezeki ada di mana-mana.. dan Fiqah jugak yakin.. bahawa ada yang terbaik buat Fiqah.. kalau lah di takdirkan rezeki Fiqah tidak banyak esok hari.. Fiqah redha.. Fiqah sangat-sangat mensyukurinya.. kerana itu rezeki kurniaan ALLAH.. di beri kepada kita setimpal dengan apa yang dah kita buat.. banyak usaha.. banyak lah dapat.. kurang usaha.. kuranglah dapat.. jadi jangan mengeluh jangan mengalah.. kita ada rezeki masing-masing sayang :")


doa nih Fiqah selalu baca selepas solat.. yuk doa ramai-ramai.. masih sempat kok.. kun faya kun :")

p/s : Ya Allah Ya Tuhan ku, walau apa pun keputusan peperiksaan yang akan kami perolehi, kami bermohon janganlah keputusan itu akan membuatkan kedua ibu bapa dan guru-guru kami kecewa. :")

No comments:

Post a Comment