Tuesday, February 26, 2013

Erti Ujian Allah Yang Sebenar :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. segala puji pujian bagi ALLAH S.W.T kerana masih memberi peluang untuk Fiqah bernafas lagi pada hari ini untuk terus melakukan ibadah pada nya. Alhamdulilah Alhamdulilah :") 



Fiqah cuma seorang gadis biasa. Perwatakan, pemakaian Fiqah, belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati. Tapi Allah itu Maha Penyayang, tidak dibiarkan seorang yang seperti Fiqah untuk terus hanyut dan lalai melupakanNya.
Fiqah bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. Fiqah bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. Fiqah beragama Islam tapi Fiqah sedar, Islam Fiqah belum cukup sempurna seadanya. Subhanallah :")
Baru-baru ini Fiqah temui sinar kebahagian. mengenalinya adalah sesuatu yang membahagiakan. kerana itulah yang menjadi idaman sepanjang zaman :") tapi kebahagian itu hanya muncul seketika.. hanya menjengah sekejapan cuma.. :") apa kerana Fiqah lupa tuk mengucapkan syukur kepada sang Pencipta kerana menganugerahkan pertemuan terindah itu??.. Astagfirullah.. ampunkan kilafku Ya ALLAH :")
Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!
Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.
Ya dan sekarang hati kecil ini yang terluka.. peritnya jiwa sakit nya pabila memendam rasa :") bukan pinta hati ini tuk terjatuh ke dalam lubang yang sama.. mungkin kerana tidak menjaga mata lalu ia rebah jua di lembah yang sama.. sakit memendam sama peritnya dengan tertikam*macam lah pernah rasa kena tikam Fiqah nih.. ihiks :P . tapi itulah.. Hati kecil ini tidak pernah kenal erti perit :")

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"

"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.
Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.
Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. Hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya."Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.

Semoga beroleh kebahagian dalam mencari warna cinta Ilahi. Assalamualaikum :")

Monday, February 25, 2013

Alhamdulilah.. Its A Day :")


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :") segala puji pujian bagi ALLAH S.W.T kerana masih memberi peluang untuk Fiqah bernafas lagi pada hari ini.. Alhamdulilah Alhamdulilah :") 

bersyukur jugak kepada ALLAH S.W.T kerana memberi peluang kepada Fiqah tuk merasai dan menyambut ulang tahun kelahiran Fiqah yang ke 18 tahun bagi tahun ini dengan di berikan kesihatan yang baik.. Alhamdulilah :") 

semua sudah sedia maklumkan yang hari nih.. tanggal 25 Febuari 2013 genap 18 tahun Fiqah hidup di muka bumi ALLAH yang luas ini di samping keluarga tersayang dan sahabat-sahabat yang penyayang.. Alhamdulilah.. :") untuk makluman semua entry kali ini kesinambungan entry yang INI 


Kalau pada tarikh 23.2.2013 hari tuh Fiqah di kejutkan dengan kawan-kawan baik perempuan Fiqah yang susah-susah sambut birthday Fiqah di mall sewaktu hang out.. tapi semalam.. semalam Fiqah di kejutkan pulak dengan kehadiran kawan-kawan baik lelaki Fiqah yang datang semata-mata untuk beri hadiah dan mengucapkan selamat hari jadi.. :") syukur ke hadrat ilahi di kurniakan sahabat sejati seperti mereka :")

kedatangan mereka semalam sangat mengejutkan.. tak di jangka.. ingatkan wish dalam phone jer.. HAHA :p  pandai lah nak berlakon bagai.. sekali Fiqah dush dush kan check in hospital karang.. hahaha :P mula-mula tuh Si Asih call tanya Fiqah tengok bola ke tidak.. sebab dia tak boleh tengok hang out dengan family katanya.. Fiqah nih percaya lah bulat-bulat.. HAHA.. selang beberapa minit.. si Faiz pulak call tanpa salam atau apa.. terus cakap " aku malah nak cakap banyak.. Kau keluar ah kejap" 

amboihhh nasib baik mood Fiqah baik semalam.. kalau tak memank kena ah.. HAHA.. masa keluar tuh.. Fiqah ingat Asih tak join sekali konvoi Faiz Emin and Haikal.. sebab tak nampak kelibat dia.. and teringat masa cakap-cakap dalam phone yang dia keluar dengan family dia.. tapi sekali. keluar lembaga di sebalik pokok.. haaa hambik kau hambik kau.. HAHHAA.. :p nasib baik Fiqah tak bukak langkah silat semalam.. memank sengal la.. nih kalau Fiqah ada lemah jantung.. memank komfem ICU terus semalam.... aish aish :P

kata-kata semangat dan dorongan buat korang dari aku.. I'mean kata-kata terima kasih penaja .. HAHA

GUYS.. thanks a lot for cheering my day.. having you guys as my bestfriends is such a wonderfull things in my life.. be your friends is the best ever in this world.. thanks for always be by my side and made me laugh until I forget how to cry :") thanks buddies ♥ thanks jugak sebab sudi datang malam-malam hanya untuk beri hadiah and make a wish.. i really really appreciate it.. tahun nih semua wish awal yew.. kalau ikutkan yang tahun yang lepas lepas.. semua wish pukul 12 malam nak masuk tarikh 26.2.2012.. hahaha.. but guys.. wish awal ke lewat ke.. aku tetap hargainya.. tak kasi hadiah ke kasi ke.. aku tetap hargainya.. as long as you wish.. aku tak mintak lebih. cuma sama-sama lah kita jaga persahabatan kita supaya kekal bahagia sampai bebila dan sehingga ke jannah.. Insya ALLAH.. :") boyfriends.. thanks for the gift.. banyak pulak hadiah aku dapat tahun nih.. tahulah korang semua semua nya dah kerja.. HAHA.. semua hadiah korang tuh semua yang aku idam selama nih.. HAHA.. aku akan simpan baik baik hadiah tuh sampai aku boleh tunjuk dekat anak cucu aku.. insya ALLAH.. :D guys aish apa lagi ekk.. haaa aku cuma boleh cakap.. terima kasih terima kasih terima kasih dan 150 juta kali terima kasih.. aku tak boleh nak cakap apa.. hanya mampu terharu dan ucapkan terima kasih.. korang memank kawan terbaik yang pernah aku ada.. thanks sebab sudi jadi kawan aku dan sudi terima segala kelamahan aku.. terima kasih :")


thanks for this :"D

to mama and abah.. thanks mama dan abah sebab jadi mama dan abah yang baik buat Fiqah.. yang sentiasa sabar dengan kerenah Fiqah yang kadang-kadang.. i mean bukan kadang-kadang lah.. selalu menyakitkan hati mama dan abah..  buat mama.. Fiqah jugak ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke 51 tahun.. bestkan kongsi tarikh hari lahir yang sama.. kan mama.. hehe :") Fiqah doakan semoga mama di kurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di dunia yang penuh onak dan duri ini. semoga mama jugak di permudahkan segala urusan dan murah rezeki.. semoga kita sekeluarga hidup bahagia sehingga ke jannah.. I'm so proud to have u as my mom in this world.. you ar my heart and soul ma.. love u and i will always love u.. hug :")  

dear ALLAH.. thanks for give me chance to celebrate my birthday this year.. terima kasih kerana menganugerahkan hamba mu ini kehidupan yang sempurna.. keluarga yang baik dan penyayang.. sahabat yang baik dan mengambil berat.. terima kasih jugak kerana memberikan hamba mu ini kesihatan tubuh badan yang baik.. terima kasih kerana masih memberi peluang untuk ku mengubah cara hidup ku daripada seorang yang jahil kepada yang sekarang.. ALHAMDULILAH.. sekarang aku lebih baik dari dulu :") semoga kau istiqomah kan lah hati ku hamba mu yang lemah ini.. yang sentiasa terpedaya dengan godaan syaitan... :") 

untuk semua sahabat yang wish dalam facebook twitter bbm dan sms. Fiqah ucapkan ribuan terima kasih.. insha ALLAH kalau boleh balas semua.. Fiqah balas semua.. kalau ada yang terlepas pandang tuh.. maafkan Fiqah.. kalau nak mentiond semua kat sini macam mustahil pulak.. HAHA.. thanks a lot guys atas semua doa-doa yang di panjatkan.. :") terima kasih


happy birthday to me.. ihiks :p

p/s ; andai ada yang Fiqah tak mentiond dalam kedua-dua entry nih.. maafkan Fiqah.. ampunkan Fiqah.. mungkin Fiqah terlupa atau terlepas pandang.. apa-apa pun.. doa korang semua Fiqah sangat-sangat hargainya.. Thanks for reading guys,, much love from me.. Assalamualaikum :") 

Saturday, February 23, 2013

The Unexpected Day :'D



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. segala puji pujian bagi ALLAH S.W.T kerana masih memberi peluang untuk Fiqah bernafas lagi pada hari ini.. Alhamdulilah Alhamdulilah :") 

so amacam cuti korang?? Hopefully its going well.. tak kira lah cuti yang tahun baru cina hari tu kah.. cuti hujung minggu ni kah.. cuti mc kah.. cuti sengaja kah.. apa-apa cuti lah.. asal cuti.. HAHA :P kalau di tanya macam mana cuti Fiqah. jawapan dia senang jer.. tidur makan tidur.. then tubuh jadi membulat bak Doremon mon mon.. HAHA :p stop mengarut Fiqah.. kan ada jugak yang makan penyepak malam nih.. HAHA :p

btw back to the topic babies *ching .. The Unexpected Day :'D .. hari nih hari lepaking sedunia abat ini.. hohoho :p actually, hari nih ialah hari melepaskan rindu antara sahabat sedunia.. ihiks :p setelah sekian lama tak jumpa kenkawan Fiqah.. my very bestfriends.. :") akhirnya hari nih boleh jumpa balik. Alhamdulilah.. sebulan tak bertemu mata since our last hang out masa awal bulan satu hari tu.. tapi terasa macam  setahun tak jumpa.. even if kitaorang selalu contact each other thru facebook, twitter, Bbm, whats'app and sesemualah social network yang ada.. gilakan?? semua nak guna.. HAHA :p 

tambah-tambah dengan Kyna.. bukan sebulan tak jumpa tapi berbulan-bulan.. sebab selepas exam SPM hari tu dia terus fly gy sabah stay with her sister yang bekerja dekat sana.. BUT today.. Alhamdulilah.. boleh jumpa dia tuk melepaskan rindu yang membuku dalam sanubari nih.. :") *lap air mata.. HAHA :p 

but why I call The Unexpected Day??? kenapa nak cakap tak di jangka bagai.. tak kanlah tak rancang nak keluar hang out bagai hari nih.. tenang luh.. sabaq2.. pergi buat kopi ke milo ke nescafe ke dulu.. takut terdahaga masa baca entry nih nanti boleh minum sambil membaca kan?? ihiks :P

its such a wonderfull moment in my life.. having a loving and caring bestfriends is one of my dream :") and Alhamdulilah.. ALLAH give me them.. Sarah,Shida,Kyna and Azureen.. *lap air mata lagi :p 

kenal diaorang satu anugerah terindah yang Fiqah pernah ada.. hilang boyfriend Fiqah tak kisah sebab mungkin bukan jodoh dan Fiqah yakin Tuhan dan aturkan seseorang yang selayaknya tuk Fiqah.. tapi untuk kehilangan kawan.. terutamanya diaorang itu susah tuk Fiqah terima.. They such a perfect     friends that I never had :")

kitaorang menangis bersama.. ketawa bersama.. susah bersama.. senang bersama.. berjaya bersama dan juga gagal bersama.. kitaorang harungi semua hidup bersama.. di sebab kan itu kami sama-sama takut tuk kehilangan antara satu sama lain.. :") 

and today.. they did something that touched my heart. *okey english bersepah.. maafkan Fiqah :p lap air mata sekali lagi.. HAHA :p they do something yang sangat-sangat mengejutkan Fiqah.. diaorang selalu lakukan benda yang menyentap sanubari.. memank camgini ah (Y) terbaik dia.. HAHA :P 

macam mana nak cakap ekk?? hmm cerita dia camgini haa.. diaorang membuat kejutan yang memank tenyata mengejutkan diriku.. :") oh may.. terharu mak jemah tau youalls buat camgitu.. malu muka ioulss.. nasib baik tak termenangis dekat situ.. kalau tak?? lahaiii cair la make up mak.. eh ke situ pulak dia pergi.. HAHA :p but seriusly. I was so terharu gerharu gila dengan apa yang korang buat hari nih.. seriusly.. rasa nak tekan suis stop biar kita boleh lalui detik itu buat selamanya.. *tujuannya adalah supaya tak payah sambut birthday korang.. hahahahah (evil laugh) 

mesti korang tertanya-tanya apa yang my friends buat kan?? lahaii susahnya nak cakap.. HAHA :P malu senanya haa.. :P baik lah.. camgini.. bismillahhirahmanirahim :D diaorang membuat kejutan untuk Fiqah bersempena dengan my birthday yang ke 18 tahun this year.. tapi ada tapi dia yew anak-anak.. today is not my birthday lagi lah.. sambutan nih di lakukan awal dua hari.. which is my real birthday adalah 25 Febuari nih.. birthday advance lah kira nya.. wish advance hadiah pom advance.. HAHA :P 

sesungguhnya Fiqah tak jangka langsung benda nih semua akan terjadi hari nih.. I though diaorang nak buat surprise - surprise nih pada tarikh 25 tuh.. so that's why la Fiqah selamber derkk jerkk.. tak terpikir langsung diaorang akan buat hari nih.. serius tak terpikir.. tak tipu nih k tak tipu.. muka serius nih.. :p so thats why lah I  call it The Unexpected Day :'D 

masa sampai dekat mall tuh.. which is kb mall lah kan.. dekat Kelantan nih mall apa yang tersohor kalau bukan kb mall kan.. HAHHA :P tertiba Kyna dengan Sarah hilang.. masa tuh Fiqah teman Shida bayar bill broadband dekat celcom center.. Azureen pulak tunggu dekat luar dengan another friends yang terjumpa secara tidak sengaja dekat mall tadi.. iaitu Inani and Tasha 

so lepas bayar tuh.. Fiqah dengan Shida keluarlah kan.. and i ask Azureen

me : mana Sarah dengan Kyna??
Azureen : diaorang gy beli barang jap
me : owh dekat mana?? jom pergi dekat diaorang
Azureen : entah.. aku tak tanya pulak.. alah tak yah la gy.. duk sini jap.. aku nak tengok benda nih jap
me : owh okey okey.. 

after a few minutes.. Fiqah rasa tak sedap hati.. and ask Azureen again 

me : mana diaorang nih?
Azureen : tak tahu. alah kejap agy jumpa lah.. 

and Fiqah senyap jerla..and after a few minute Fiqah tanya lagi.. then waktu tu tak der siapa yang jawab.. macam cakap sorang-sorang pom ye jugak.. sentap hati.. HAHA :P Then Fiqah BBM Kyna tanya duk dekat mana.. dia balas.. and cakap jumpa dengan kawan sarah jap.. jadi Fiqah senyap jerlah.. tak risau dah.. boleh jenjalan dengan lega.. :)

and after a few minute lagi.. masa Fiqah duk beli Ice cream tuh..  Kyna dengan Sarah datang tegur.. lega.. diaorang dah ada depan mata.. terkadang Fiqah rasa macam mak diaorang pulak.. HAHA :p diaorang datang dengan sekali dengan kawan Sarah tuh :P 

and ronda2.. masa ronda.. terasa macam lapar.. so dicide makan dekat KFC setelah berperang mulut antara satu sama lain.. HAHAHA. sangat lucu kalau kenang moment tadi.. na makan pom kena pusing2 satu kb mall.. HAHA :P 
Masa makan tuh.. Fiqah tak rasa apa-apa lagi.. then one moment Azureen, Inani and Tasha cakap nak pergi beli burger king. so masa diaorang pergi beli tuh.. i was.. eh lama nya diaorang gy beli.. merungut bagai dah Fiqah nih.. lama kowt.. buat burger ke haperrr... 

then Sarah got phone call from Azureen.. cakap-cakap.. tapi tak dengar butir bicaranya.. then Shida pulak ambik alih cakap dengan Azureen.. dah mula rasa pelik dah. Then tertiba Shida corner masuk kedai kek Cintaku.. AND reaksi Fiqah masa tu.. eh "kenapa shida masuk kedai cintaku" diaorang boleh pulak buat dont know dengan soalan cepumas Fiqah.. HAHA

and then shida datang bawak plastik burger king.. and I ask Shida

me : mana diaorang
Shida : ada.. dekat kedai cintaku
me : aik. buat apa?
Shida : *macam serba salah nak cakap
me : tengah dating?
Shida : hom.. tengah dating.. diaorang jumpa pakwe..
me : owh i see

then stop sampai situh.. Fiqah makan-makan without thinking apa-apa.. makan jer sambil borak dengan kyna sarah shida and kawan sarah tu.. and tertiba.. zappppp rasa tak enak bila mana orang pandang Fiqah dengan muka yang eh entah.. HAHAH.. sekali pusing.. haaa hambik kau haaa kek ada depan mata dengan gemuruhnya suara orang nyayin lagi happy birthday.. sekali dengan adik-adik sekolah yang outing hari nih join nyayin sekali.. HAHA 




thanks for this lovely cake advance.. ihiks :p

Muka blushing tak sah cakap lah kan.. nasib baik tak pakai blusher tadi.. lau tak muka dah entah apa-apa dah jadinya.. HAHAHA :P nak nangis jer tadi sebenarnya.. tapi ku tahan.. tak cun ah nangis.. ahaha :p sebak.. terharu.. tak sah cakap lah.. thats why i love them so damn much.. :") benda macam nih bukan kali pertama diaorang buat.. tapi selalu .. and kalau nak tahu.. the moment kyna dengan sarah hilang tu.. dioarang pergi belikan Fiqah hadiah rupanya.. HAHA.. patutlah menghilang lama.. tapi tak syak pom dioarang gy beli hadiah .. sebab sarah suruh kawan dia tuh pegangkan plastik hadiah tu.. jadi Fiqah memank tak syak lah.. tak kan nak cakap.. 'eh hadiah aku ke tu??" memank muka tak tahu malulah kan kalau cakap macam tuh.. ahhaha :p 




thanks for the advance birthday gift :") 

guys.. thanks for always be by my side..  selalu ada saat aku jatuh.. saat aku bangun.. saat aku sedih saat aku bahagia.. you guys are everything for me after ALLAH, Rasulullah, my parents, and my family :") thanks for always support me when I down.. give me advice when i need it.. give me strength when i'm weak. when I say "tahun nih aku sambut birthday sorang pulak without someone special in my heart." kawan sarah say "kenapa nak cari yang sorang tu memandangkan berlapan lagi baik " i was.. a'ah kan.. kenapa Fiqah tak reti nak bersyukur.. sorry guys for my terlanjur kata tadi.. :") 

but seriusly.. you guys are really mean to me.. tak akan ada aku yang sekarang kalau tak ada korang disisi aku tuk beri semangat dan dorongan.. hope that our friendship will be always full fill with happinnes ever after till jannah :") insya ALLAH



my beautiful me.. eh terperasan pulak.. HAHA :p 


 me with Sarah.. :")


shida and azureen :")



part of my soul.. love you guys so damn much :")


mukaFiqah tak leh blahh.. hahaha :p

i will remember all our memories that we make since we meet.. insya ALLAH.. :) love you guys so damn much.. tak tahu nak balas macam mana jasa dan pengorbanan korang selain dengan menulis entry panjang berjela nak mampus nih.. dan jugak doa.. :") with depth on my heart thanks for being my friends.. dan jugak terima kasih kerana menerima kekurangan aku seadannya.. di mana menerima sikap panas baran aku nih.. HAHA :") SAYANG KORANG 150 JUTA KALI.. Assalamualaikum 


p/s : setinggi tinggi terima kasih jugak Fiqah nak ucapkan dekat semua yang terlibat tadi.. secara lansung mahupun secara tidak lansung.. seriusly I really really appreciate it.. jasa anda di kenang.. thanks also kawan sarah for be a photographer yang tidak berbayar.. HAHA :p pokok kelapa nya.. thanks for everything that you guys do for me today.. thanks a lot.. love you :") 

Sunday, February 10, 2013

Kekuatan Hati :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :")


Hasbunallah wani'mal waqeel 
"cukuplah ALLAH sebagai penolong dan DIA adalah sebaik-baik penolong" 

entah kenapa. hati nih sejak dua menjak nih tersangat lah sensitip.. sekali jentik udah berdarah.. sekali usap sudah terbuai.. sekali sepak.. haaa berterabur ke tanah.. eh apa Fiqah mengarut nih.. ahh layan kan aja.. ihiks :P

Sahabat,
Kadangkala kita mampu  menjadi orang yang kuat dari bebarapa aspek seperti ketahanan hati dan sebagainya, tapi kadangkala kita tidak terlepas menjadi orang yang lemah. Fiqah juga , tergolong orang-orang yang sangat  lemah. Lemah kerana manusia memang lemah, ditambah sifat manusia  sering lupa. Tiada kekuatan yang perlu saya gantungkan melainkan pada Allah.

Fitrah manusia, mudah terpesona dengan yang dinamakan keindahan. Siapa tidak suka akan keindahan.Saya  juga  kadang-kadang  mampu terleka dengan dunia yang serba indah ini, bila terpesona, cahaya pesona menyeruak dalam diri. Allah, lemah betul hamba ini.

Mencintai sirah Rasulullah dan para sahabat,
Dalam ketergesaan waktu yang sering menghambat ini, adakalanya kita tak mampu nak sapa semua orang, kita tak  mampu nak mesej setiap orang yang kita kenal dan cintai.

Adakalanya Fiqah terfikir, para nabi dan sahabat2 mempunyai chemical yang sangat kuat. Jiwa mereka " segar" lantaran jernihnya peringatan. Walaupun mereka berjauhan tapi mereka  saling menguatkan, dan saling mendoakan. Biarpun mereka teruji, biarpun mereka menderita, biarpun mereka disiksa, tapi mereka seakan "mabuk " sehinggakan tidak merasai semua itu satu penderitaan bahkan ia tanda cinta  Tuhan mereka. Dan ujian yang menimpa menjadikan mereka lebih cinta Allah dan Rasulullah s.a.w. Aduhai, alangkah kuatnya  kesan "Rabithah Hati".

Fiqah masih terkesan dengan cinta para sahabat. Antara mereka ialah Uthman bin Affan. Bilal bin Rabah, Uwais Ar-Qarni dan ramai lagi sahabat-sahabat yang sanggup  merasai "nikmat kesakitan" di dunia demi nikmat yang kekal selama-lamanya di syurga.

Apa yang buat mereka tabah dengan cinta Allah, mabuk cinta pada Allah? Kerana mereka banyak KOMUNIKASI dengan Allah. Kita? Err.. Fiqah sendiri? Allahuakbar!

Masih lagi "membaiki hati" dan sememangnya  proses "baiki" akan berterusan. Moga Allah bantu. Insya ALLAH :")

Kesimpulan :Perlu bina kekuatan
Kejayaan yang datang tak dapat dicapai begitu sahaja betul tak? Perlu ada usaha, perlu ada jatuh bangun, perlu ada ujian agar kita merasai manisnya  usaha dan cinta Allah.

Jadi, apa yang Fiqah mampu buat ialah dengan  mendekati DIA samada dengan mendampingi orang-orang yang jiwanya ingin kepada kebaikan, mendampingi  orang yang suka berpesan-pesan dengan kebenaran, menyibukkan  diri juga dengan membaca-baca buku  yang ilmiah dan mendidik jiwa. Fiqah perlu bina kekuatan dalam diri Fiqah bukan  membiarkan diri Fiqah tenggelam dalam lautan dunia yang mempesona.

Fiqah perlu bina kekuatan agar seluruh jiwa dan kehidupan Fiqah terarah pada jalan yang Allah redha. Ya sahabat,kita memerlukan Allah!. Sangat rugi bagi sesiapa  yang mensiakan peluang yang Allah bagi untuk membaiki diri, untuk membuka pintu-pintu kebaikan agar lahirnya benih -benih cinta , seterusnya lahirnya taqwa kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa. Saat itu sahabat, kita akan terasa indah, dunia ini tidak  lagi memberi apa-apa kesan buat kita melainkan untuk kita jalani kehidupan demi "jendela akhirat.

 dulu Fiqah lalai.. bukan bermaksud lupa akhirat.. sampai mendekati maksiat.. cuma Fiqah lalai dalam mengingatiNya.. selalu melengahkan solat.. kurang ibadat nawafil.. Ya ALLAH :") terlalu mengejar duniawi. tapi tak bermakna Fiqah tidak menjaga batas pergaulan dan aurat.. ALHAMDULILAH.. semua itu masih baik dijaga.. cuma hati.. hati selalu lalai dengan keindahan duniawi :") tapi sekarang alhamdulilah.. Fiqah mulai sedar.. kita tak akan pernah kenal erti bahagia kalau kita lalai terhadapNYA.. sungguh :") 

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. motivasi buat diri sendiri :') 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya " 

Buat baik orang mengata, buat jahatpun orang mengata. Jadi, buatlah apa yg Allah suka. Biar buruk di mata manusia, asal indah di mata Pencipta.



"YA ALLAH kau istiqomahkan lah hati ku ini agar sentiasa beribadah kepadamu. agar aku dapat menghuni syurga Firdaus mu bersama keluarga aku" 


Wednesday, February 6, 2013

Sekadar Renungan :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

" Cita-cita itu benar, akan menghasilkan hal yang terbaik, jika tidak terealisasi maka paling tidak kita telah menghabiskan sebahagian dari usia kita yang indah dengannya "

Kesabaran merupakan kuda perang yang kuat dan gagah perkasa yang dapat dijadikan senjata untuk memerangi amarah, kebodohan dan hawa nafsu. Kewaspadaan merupakan usaha mengkaji dengan teliti , tidak tergesa-gesa dan bertindak dengan rasional dan bijaksana. Dua sifat ini adalah senjata yang dapat memerangi kecemasan. Barangsiapa yang tidak memiliki keduanya, maka ia akan mengalami  banyak kehilangan kebaikan dan terancam oleh kecemasan. Dengan kesabaran, seseorang pasti dapat mencegah banyak keburukan. Sedangkan orang yang bodoh dan pemarah, maka sesungguhnya ia akan memperbesarkan keburukan dan menambah akar kegelisahan yang semakin menjadi-jadi.

" sikap tergesa-gesa dan membabi buta akan mengakibatkan kesengsaraan " 

Seseorang yang bersikap hati-hati jarang menyesal atau jarang melakukan urusan yang kesudahannya penuh dengan kemesterian. Berbeza halnya dengan orang yang tolol lagi tergesa-gesa, maka sesungguhnya penyesalan , kecemasan, dan kesudahan yang buruk akan selalu menemaninya. Seseorang manusia yang mengasihani dirinya dan diri orang lain adalah orang yang pandai menbiasakan dirinya bersikap tenang berhati lapang dan senang.

Agama kita menganjurkan supaya bersikap lembut, sabar dan tidak tergesa-gesa. Rasulullah S.A.W bersabda :

"sesungguhnya kelembutan itu tidak sekali-kali terdapat pada sesuatu melainkan akan menghiasinya dan tidaklah ia di cabut dari sesuatu. melainkan akan memperburukkkannya"

tambahan nota kaki baby manja ku kiko 

" kita sering mensia-siakan waktu bahagia untuk sesuatu yang tidak berharga"

p/s : semoga bermanfaat.. muhasabah lah diri.. sama-sama kita memperbaiki diri.. Assalamualaikum :")


Tuesday, February 5, 2013

Her Him

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



A : Awak nak nikah tak ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH

A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki/perempuan pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yang tak pernah kita duga, Percaya
je dengan ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yang tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres....♥...



jodoh pertemuan perpisahan ajal maut semua nya di tangan TUHAN. kita sebagai hambanya yang kerdil ini hanya mampu menitip kan doa buatNya supaya dipertemukan dengan seorang yang baik untuk kita.. tapi untuk memperoleh yang baik.. kita jugak seharusnya menjadi seorang yang baik.. cari dulu redhaNYA.. jangan sibuk nak pikir. insya ALLAH bila dah tiba masa nya sudah tentu ALLAH akan pertemukan nya.. jadi berdoalah.. doa itu ubat mujarab.. Assalamualaikum :") 


Monday, February 4, 2013

Perkenalan Yang Tak Di Duga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

sejak dua menjak nih Fiqah suka update blog di waktu extravaganza macam nih kan.. waktu kemuncak anda-anda nak menjelajah peta dunia.. ihik ihik *jangan cuba gelak macam nih kalau tak boleh.. haha :P sebenarnya Fiqah susah nak tidur sejak dua tiga empat menjak nih.. itu yang selalu update di waktu-waktu cenggini.. tambahan pulak.. line laju gila.. berdesuppp macam jet.. eh?? haha :P

sebenarnya bukan itu yang Fiqah nak cerita.. sebenarnya tadi kekeringan idea.. tak tahu nak tulis apa.. sampai update dekat twitter and fanpage lagi mintak pendapat.. sebenarnya.. eh berapa kali nak sebenarnya pulak nih.. tuka lain lah.. boring.. haha :P ha cenggini. eh macam comel pulak ayat tuh.. eh apa Fiqah mengarut nih.. eh budak nih kena sepak jugak last-last.. haha :p

takde lah.. cenggini cerita dia sebenarnya.. last month.. wah gitu speaking you.. ahaks :P Fiqah ada mengenali seseorang hamba ALLAH nih.. such a nice human.. kenai melalui facebook. Fiqah add secara santai sempoi sambil makan kuaci.. haha.. masa Fiqah add tuh Fiqah dah komfen dah dalam kepala.. nih sure nih tak approve punya.. tengok la tak caya.. dalam komfiden dia tak akan approved tuh yew yew jerkk add.. :P then Fiqah offline memandangkan keboringan ketahapan melampui batas.. so Fiqah berhijrah ke twitter.. 

keesokannya.. Fiqah bukak facebook.. tak check notification.. tapi terus update status.. then sign up.. petang tuh sambil lepak bantu abah jual burger.. bukak balik facebook. and tertiba tergerak nak bukak notification.. sekali tengok..

"HAMBA ALLAH accepted your friend request. write on HAMBA ALLAH  timeline" 

terkezuuttt.. terujaa... terharu.. eh part terharu tu tipu jer.. HAHA :p  tapi serius.. tak sangka dia akan approved.. tapi still buat poyo.. and dalam hati berkata 

"alah.. approved jerkk.. kalau tegur nih komfen tak layan punya"

then try ah usha-usha timeline dia.. tengok gambar.. check status dia.. dalam hati 

"eh sweet pulak dia nih.. nampak macam baik"

tapi Fiqah still tak tegur.. nak di pendek kan cerita.. after 3 hari dia dengan Fiqah jadi kawan dalam facebook. hari yang ke empat baru Fiqah tegur dia.. HAHAHA.. poyo gila Fiqah kan.. ish ish.. tuh lah orang cakap tuh jangan sebarangan cakap.. HAHA :p Bukan apa.. sajer nak test memandangkan Fiqah tengah boring.. sebenarnya Fiqah suka kacau kawan-kawan baru Fiqah yang dalam facebook.. nak-nak kalau Fiqah yang add.. ihiks :p

jadi masa Fiqah tegur HAMBA ALLAH tuh Fiqah dah agak yang dia tak akan balas punya.. konfem.. sebab apa.. tak leh kasi tauu nahh :p HAHA .. jadi sajer test2.. Fiqah cuma bagi salam jer dekat dia.. then tak sampai satu minit.. dia balas chat Fiqah.. ambik bak hang.. tersembukkkk biji mata.. mak aihh apa nak buat nih apa nak buat nih.. mengelabah.. rasa nak marathon dalam rumah nih.. dah tegur tak kan nak senyap tertiba.. nampak kurang manis pulak rasa.. then terkeluar lah ayat budak tadika.. main soal-soal .. puji-puji.. eh macam sengal pulak Fiqah rasa .. HAHA.

tapi seriuss.. Fiqah ingatkan dia seorang HAMBA ALLAH yang susah nak bergaul.. yang susah nak berkenalan.. atau dalam erti kata lain.. macam sombong cengitu haa.. :p HAHA Tapi sekali.. hambik hang.. macam peramah pulak dia.. banyak cakap.. soal Fiqah itu ini.. lama-lama chat rasa serasi pulak.. eh ke situ pulak Fiqah pergi,, ahha.. tak maksud Fiqah.. Fiqah selesa berborak dengan dia. dia yang tidak berborak hal peribadi.. berborak se akan-akan dah kenai lama dah.. suka bertanya dan nasihat :")

perkenalan yang tidak di duga nih. membuatkan Fiqah respect dia.. cara dia berkomunikasi sangat-sangat bagus.. hormat orang.. i mean hormat perasaan orang.. ihiks :P peribadi yang mulia.. even if study di luar negara dia tak lupa nak tunaikan ibadat dia.. :") dekat sana dia sering buat usrah dengan kawan-kawan dia.. berdasarkan gambar yang di upload dan jugak status yang di update.. dia tak pernah cerita tentang itu.. kalau tanya baru cerita.. :") entah susah nak describe tentang dia sebenarnya.. kena hayati sendiri.. HAHA :p  Apa yang Fiqah boleh cakap.. sikap dia tuh buat Fiqah tenang dan damai kalau borak dengan dia.. hmmm

Fiqah suka kawan dengan dia.. boleh kongsi ilmu :") tambahan pulak kami sama-sama menetap di kelantan.. cuma sekarang dia tiada di sini.. di jauh merantau.. di mana?? biarlah Fiqah,dia,family dia dan ALLAH yang tahu :")

untuk awak 

terima kasih sudi approved saya dekat facebook. terima kasih jugak sudi balas chat saya.. dan terima aksih jugak di atas perkenalan yang tak di duga nih.. 

untuk ALLAH 

terima kasih kerana mengerakkan hati hambamu ini untuk add dia.. terima kasih jugak sebab mengerakkan tangan saya untuk menegur dia dan terima kasih banyak-banyak sebab mengaturkan sesuatu yang manis untuk saya kenang dan hayati.. iaitu sebuah perkenalan yang tak di duga ini.. sesungguhnya ia sesuatu yang indah di kenang :") terima kasih :")



thats all.. terima kasih sudi baca entry larut malam ini.. Asslamualaikum