Thursday, May 31, 2012

Kisah Cinta ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. sukeww lateww kita update entry kita.. hahaha.. aku tahu korang senantiasa ternanti-nanti aku punya entry kan.. aku tahu korang tak leh hidup tanpa entry aku kan.. akuu tahuuu.. *sumpah ayat perasan nak mampus.. alahhh tak apa sekali sekala.. hewhewhewhew.. di sebab  kan cuti sekolah maka dengan senang lenangnya lah aku buleh update aku punya blog.. yew lah tak ada gangguan seksuall.. opss sory okey sory I mean gangguan masa lah... selalunya aku senantiasa ada kekangan masa.. terkejar sana terkejar sini.. sampai turun lemak2 tak tepu aku nih.. opss tak adalah sampai macam, tuh sekali.. :P and sekarang walaupom aku sibuk dengan seminar kecemerlangan SPM dekat sekolah aku bernasib baik kerana masih lagi diberikan peluang untuk merehatkan minda dan bemanja-manja dengan aku punya blog.. syukur alhamdulilah.. tak ada lah terabai sangat busyuk aku nih.. hikhikhik *alahai gedik gelak kau jahh!!!

okey dah stop gelak guling-guling kita start nangis tergolek-golek pulak.. hahaha :P nak kata entry kali nih entry air mata aku rasa tak lah jugakk.. nak kata entry gelak khas tak ada lah jugak.,. alah senang-sennag kita tengoklah apa jadi penghujung dengan entry nih.. kowt2 ada yang lepas baca menangis terleleh ..  ada yang gelak terguling.. mana lah tahu kan kita manusia berlainan jiwa... atototo ayat sastera kau.. hahaa :p

okey dah jom mula sesi bual bicara bersama doktor cinta.. oyeahhh.. hahahah :P okey lah kita semua mesti ada  kisah cinta masing-masing kan.. orang cakap asam garam dalam kehidupan bercinta.. nak ke tak hendak ke memank kita smeua akan lalui sejarah percintaan masing-masing.. *gila kau ayat.. kalah ayat dalam karangan.. hahaha :P okey stop gelak aku baling kasut kan!!! :P baiklah.. bila kita bermain dengan C.I.N..T.A secara manualnya kita akan kenal apa itu bahagia, sedih, kecewa, sengasara, duka, suka, dan sebagainya lah yang berkaitan dengan perasaan.. bila bahagia mula lah terasa bagai dunia ini ana yang punya.. bila sedih mula lah nak buat seni ukiran tangan.. *hanya orang yang tidak kuta iman membuat aktiviti seni ukirang tangan tuh :P 

mesti ada dalam kalangan kita yang pernah kecewa, pernah di permainkan.. orang cakap adat percintaan sebelum kita berjumpa dengan seseorang yang betul-betul kita punya pasangan.. eh jap apa punya terbelit ayat aku?? okey abaikan!!! aku?? mesti lah pernah kena main.. diaorang mainkan aku macam tu jerr.. sekali aku kasi.. haaaa haaaa aku jugak merana.. hahaaha.. orang cakap cinta monyet.. tapi tak bererti aku bercinta dengan monyet key :) memank.. memank cinta monyet tapi cinta nyet-nyet nih lah yang memberi kita pengajaran.. membuat kan kita menjadi matang dalam menerusi alam kehidupan yang banyak dugaan ini :) membuat kita lebih berhati -hati dalam mencari pasangan hidup.. membuatkan kita lebih mengenal apa itu erti sebuah cinta yang di semai melalui benih kaish dan sayang.. what the strawberry ayat aku,, alahaiii lemah lutut aku.,. hahaha :P

bila pikir balik kan lucu pom ada sakit hati pom ada bahagia pom ada.. lucu bila pikirkan umur baru setahun jagung dan gatai dalam dunia percintaan.. sakit hati bila kita kena mainkan perasaan macam tu jer.. apa ingat kita punya hati nih boleh tukar macam lampin bayi..?? alahai senang kerja.. sekali kena batang hidung sendiri baru nak menanah telinga.. tak kira lelaki ke perempuan aku cakap secara umum :) bahagia bila ingat balik pergi sekolah jumpa dia dekat kantin.. dia belanja air.. borak gelak2 bagai. dia tolong kita buat kerja.. alah macam sweet couple of the year buat kerja semua sama-sama.. tapi konon jerla yew.. kenyantaan hmm yang hadoiii.. bahagia bila kawan duk kenen - kenenkan.. bila dia caring dengan kita tanya makan ke belum.. teman kita tunggu bas takut jadi apa-apa.. bagi arahan lepas kelas terus balik jangan nak melencong pergi lain  alalallala bahagia.. hhahaha.. okeyy tapi tu dulu la.. sekarang?? sekarang pom ada jugakk.. tapi dengan crush.. tapi part happpy jerla., sakit hati tuk dak lah.. hahhaa.. alahaii.. okeyy tak nak cerita.. hahaha


tapi yang menjadi permasalahan sekarang.. manusia tidak menghargai cinta mereka.. masa single duk melolong nak couple.. bila couple duk melolong nak single.. YA ALLAH dah TUHAN memberi anugerah terindah.. satu perasaan suci tuh hargai lah elok-elok.. tak semua orang dapat merasainya tak dak?? tengok aku.. duk pendam perasaan dekat si EA since aku form 3 sampai lah sekarang.. tak dapat-dapat si EA tu dekat aku.. pendam perasaan macam tu jer.. korang nih tak.. ambik smabil lewa jerr..so please hargai cinta awak!! sebelum awak tak mengenal apa itu cinta atau lebih tepat anda hilang apa itu cinta.. :)


siapa cinta awak?? alahai.. kalau dah tahu tak apalah.. kalau tak tahu macam mana?? macam aku nih.. sampai ke sudah aku tak tahu siapa cinta aku.. yang aku tahu aku cinta si EA tuh.. susah nak buang perasaan cinta aku dekat si EA nih tau dakk.. susah-susah.. bertahun aku sayang dia.. aku bahagia jadi kawan dia,.. tapi dalam pada masa yang sama aku akan lebih bahagia kalau dia mengeluarkan kata-kata "aku sayang aku" memank dia selalu cakap dia sayang aku.. tapi dia sayang aku sebagai kawan.. tak pa aku redha.. mana lah tahu suatu hari nanti dia mula sedar siapa aku di sisi dia.. ceyy gituu.. hahaha

okeylah aku kena berhenti.. kalau takk meleleh lah air liukk korang atas lappy masing2 .. hahaha chow luh.. btw thanks for reading.. love youu guysss :) so you guys keep searching who love you and try untuk menghargai cinta korang.. okey sila teruskan menerokaii kisah cinta ???? nak share dengan aku pom boleh.. sudi mendengar :)

Monday, May 28, 2012

Bila Kita di Landa Kegagalan :")

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... rinduwwwwwwww gilewwwwwww dekat korangwwwwwww..lameww gilewww kan kita tak jumpewww..  okey apasal banyak sangat huruf W dekat ayat aku tuh!!! gedikkk gilonggg babung kowt aku tengok.. what the fish betull.. !! hewhewhew .. okey sila tendang dia jauh2.. nanti ada yang termuntah darah.. haha :P bukan apa I'm try to be a sopan than dulu lah.. alah tahulah aku.. aku ganas gila kowt.. jalan terkankang jer.. opsss gilaa.. tak ada lah sampai terkankang.. still sopan macam wanita melayu terakhir.. wahh gitu.. kalah mak jemah kauu.. haha :p aku tengah memcuba menulis dalam ayat kegedikan..macam best tengok budak2 dalam facebook update status guna huruf W banyak2.. astaga nak kata keyboard dia rosak tak la kowt.. tapiiiii aishh macam susah aku nak buat kesimpulan sebab aku tengok okey jer dia duk update status.. maybe dia guna autoW like autolike yang macam ABANG MARK kita guna untuk facebook.. but  i wonder macam tak kena dengan jiwa rock aku.. wahh rock..?? eerr but i tak layan meteliica song  or what everlah.. aku layan lagu jiwangg baru kena dengan jiwa halus aku.. hahaha... :P eh saat apa aku melalut nih.. oh my english..!!!!! 

aku rasa apa yang aku duk pot pet menaip tung tang tung tang kalah pendahuluan masa buat karangan tu kan macam tak masuk langsung dengan tujuan aku update entry hari nih... lari tajukk terusss.. apakah??? okey jiwa kacau.. :p bukan apa sebelum kita menyelam ke dasar hati yang dalam.. baik kita warm up dengan aktiviti yang menarik yang boleh buat kita gelak guling2.. even though aku tahu satu orang pom tak dak duk gelak pom bila baca entry aku :P *ayat hiperbola mintak simpati or dengan kata lain mintak kaki.. haha :P okey sorry kalau agak kurang ajar :) okey dah.. now sediakan hati yang suci untuk menerima satu tazkirah,.,. takzirah?? no lah i mean satu kata-kata semangat di saat kita jatuh :)

semua sedia maklum kan yang sekarang bagi semua budak-budak yang masih  menuntut tak kira pelajar sekolah mahupun universiti sedang berperang dengan kertas-kertas yang sangat kejam.. silap langkah boleh membunuh.. silap atur srategi boleh tewas silap atur bicara biasa kecewa.. tapi jika kita bijak mengatur bicara,bijak mengatur strategi bijak mengatur langkah kita tidak akan tewas kecewa dan terbunuh!!! :) semua itu bergantung akan usaha masing-masing.. tapi walau sejauh mana kita usaha sampai tidak tidur malam makan tak cukup kalau kita sombong pada yang ESA semua itu sia-sia.. langsung tidak ada guna nya.. kerana pepatah ada menyatakan usaha dan tawakal insyallah kita berjaya.. ;") jangan sombong diri jangan megah diri.. kita hidup di dunia hanya menumpang.. walau bijak mendaki gunung kalau salah langkah boleh tersungkur jua.. bergitu jugak dalam menuntut ilmu.. walau sebijak mana kalau sombong dalam menyembah yang Esa  dalam 5 WAKTU dengan sekelip mata ilmu boleh di tarik olehNYA :) jangan sombong.. binasa lah kamu :)

Tiada siapa yang dapat 100% menolong kita sewaktu kita kesusahan, mungkin ada yang dapat menolong tapi tiada yang dapat menyembuhkannya..dan ingatlah setiap kali kita dilanda kesusahan pergilah kepadanya.. kerana hanya dia yang berkuasa.. seperti aku.. sudah banyak perkara aku buat.. aku buat latihan aku ikuti kelas tambahan, aku fokus di dalam kelas tapi jika aku sombong dengan ALLAH semua itu tidak berguna.. tapi alhamdulilah aku masih ingat padanya walaupom banyak dosa aku pada Nya..

selepas selesai semua peperiksaan aku mula rasa aku menemui kegagalan.. kerana aku rasa aku kurang membaca,, aku rasa aku menjawab soalan tempoh hari sesuki hati aku.. pasti hancur hati guru ketika memeriksa kertas aku.. banyak kekurangan pada jawapan aku.. banyak silap.. ampunkan aku guru.. balik rumah aku termenung.. di sekolah aku termenung.. memikirkan apakah agaknya result aku nanti.. kecewa itu pasti.. tapi itu bermakna aku harus mengalah.. gagal sekali tak bermakna aku gagal selamanya.. kali ini aku janji akan melakukan yang terbaik agar dapat result yang cemerlang dalam percubaan SPM nanti insyallah :) ingat susah atau senang ALLAH sentiasa di sisi :)

aku sentiasa berpegang akan kata-kata ini

Bila kita didalam kesusahan dan tiada siapa disisi kita..ingatlah dan sentiasa ingat bahawa Allah SWT ada disisi kita dan Allah SWT adalah satu-satunya petunjuk kita...





walau tidak menjadi manusia terpandai di dunia sekurang- kurangnya jadi lah anak yang berguna buat ibu bapa.. jangan sombong memohon pertolongan ALLAH kerana ALLAH berkebolehan membantu kita dalam apa jua cara.. bila kita di landa kegagalan.. kejayaan pati kita temui.. insyallah :) JANJI ALLAH ITU PASTI


sebelum itu minta doakan result peperiksaan aku ekk?? sayang korangg ketat2.. hewhewhew :PP chow luh.. nak makan.. teheee :)

Thursday, May 10, 2012

It's Time To Give Up Sayang ;")

Assalamualaikum sahabat, kekasih dan musuh.. :)

gambar tahun lepas.. muka cubby tak usah cakap lah.. :P


susah untuk aku menghindari dari buat enrty meleleh.. I thought last post will be the last I wrote a meleleh terleleh entry.. but I"m wrong.. tabahkan hati satukan hati.." jangan menangis sayang.. okey :") be smile.. you strong girl.. " that quote I always used masa nak pujuk kawan-kawan aku.. bila diaorang sedih aku selalu cakap macam tuh.. tak payah sedih-sedih tak ada guna.. but when terjadi dekat diri sendiri kenapa aku tak boleh cakap dekat diri aku sendiri macam tuh!!! macam pftttttt

okey sumpah aku cakap hati aku tak leh nak lari dari jatuh cinta dekat orang.. even thought aku selalu cakap " tak aku tak sayang dia.. aku tak hingin lah bercinta dengan dia.. aku okey jerr.. happy dengan hidup macam nie!!" whatt the...susahkan bila kita duk mencintai orang tentu - tentunya tak mencintai kita..kan best kalau aku kuasa boleh baca hati orang.. senang lah sikit aku nak tahu adakah si dia cinta aku tak.. sayang aku tak.. tak payah aku nak frust menonggeng tertonggeng, dan terus menonggeng macam nie.. 

kenapa aku di uji sebegini rupa?? soalan SPM lagi sennag kowt kalau nak di bandingkan dengan soalan HATI dan PERASAAN.. sumpah aku cakap.. soalan SPM tak ada la complicated macam nih.. baca ingat dan buat latihan insyallah i will be succes.. but hati perasaan.. walaupom aku baca ingat dan buat latihan its still make me failed.. owhhh sadis.. macam nak hantuk-hantuk kepala dekat dinding and then terjun lombong emas.. lepas tuh bawak balik emas boleh dua tiga empat tongkol and then tukarkan kepada wang and then buat pembedahan otak biar otak nih berhenti pikir pasal someone yang tentu dan memank tertentunya bukan milik kita... YA ALLAH alangkah indahnya dunia..kalaulahkan boleh buat semua tuh.. i will try.. mana tahu menjadi.. tak payah aku seksa hati aku macam nih.. dah lumat selumatnya dah.. remuk redam dah hati aku.. tak nampak bentuk hati dah..dah macam limpa dah haaa... 

ingatkan jumpa si dia I willl happy even thought EA its not in my life anymore.. tapi semua tuh salah sama sekali.. dia still have dia punya girlfriend.. he says "dah takdir..kalau kita ada jodoh mungkin kita akan bersama.. nak buat macam mana kita berjumpa selepas saya kenal gf saya" okey saya tahu tu.. tapi saya terasa tersangatlah berdosa sebab fall in love with someone punya boyfriend.. apa punya jahat aku nie.. astaga,.. kalau lah dia punya girlfriend tahu lari tak cukup tanah aku..

tapi macam mana aku nak lupa dia kalau tiap2 hari 12 jam aku duk berchating dengan dia tru facebook.. and kadang2 on phone.. dia telalu mengambil berat dekat aku.. makan minum aku dia selalu tanya.. if aku tak cukup rehat sebab ikuti program sekolah he asked me to get a rest.. bagi aku semangat masa aku down sebab EA hari tuh.. bagi aku semnagat sebab exam yang macam nak bunuh orang tuh.. dia tak handsome tapi dia punya hati yang handsome.. if someone asked me why i fall in love with him i only can says because his caring about me and always care about my life. bagi aku tips in exam.. okey thats all.. aku tak nak cakap lebih.. let the fun I had with him will remain in my hert forever and ever just on my brain.. tak nak shakre kisah aku dengan dia lebih2.. sebab aku rasa benda tuh lebih baik di pendam dari di beritahu..

so it's time to give up sayang.. aku tak nak sayang kekasih orang.. aku tak nak rosakkan hubungan orang.. sebab aku tahu sakit nya hati bila cinta terputus di sebabkan orang ketiga.. soo pray for my happinnes guys.. i need your doa :")


Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever 

:")


gambar nih ibarat awak dengan si dia.. sweet kan awak dengan kekasih awak :")


Saturday, May 5, 2012

Cinta dan Kawan ;')

Assalamualikum dan selamat sejahtera teman-teman.. aku kalau dah start mengupdate blog memank susah nak berhenti.. tambah-tambah bila ada masa free macam nie.. haaa apa lagi alang2 free tu kita update la blog kita yew dop?? lagi pom nanti bila aku busy korang mesti akn rindu aku kan kan kan.. mesti tiap2 hari meratapi blog aku kan kan kan.. hahaha :) 

korang tahu tadi waktu aku tengah online facebook.. i found some picture dan kata-kata yang bagi aku ada benarnya.. sampai touching kejap.. nasib baik air mata aku tak buat scene berani mati terjun empangan.. err okey apakah terbelit sangat ayat aku tu/? arghh abaikan.. ;) so aku rasa macam nak sharing is caring dengan korang jer.. macam ringan-ringan jer tangan aku nak update blog nie.. mesti korang teruja kan nak tahu gambar apakah.. and kisah di sebalik gambar tu.. err kisah kew?? alah lantak.. tu jer ayat yang terlintas dalam kepala otak aku yang geliga nie.. hahahahha ;P

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??


Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??


Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??


Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya org yg dicintai, teman still paling setia..

Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

frenz never break.......



gambar dan ayat di atas aku petik dari pokok belakang rumah aku.. err no I  meann aku ambik dari facebook.. cer korang cuba try test baca ayat tu.. ada betulnya jugak.. cinta hanya sementara memberikan kegembiraan tapi persahabatan insyallah akan berkekalan sehingga akhir hayat jika kita menjaganya dengan betul., memank tak di nafikan cinta juga memberi keindahan nya tersendiri tapi kita hanya dapat merasa indahnya cinta bila kita di ijab kabul kan.. cinta tanpa ikatan yang sah tidak akan menjamin kebahagian di jannah kelak.. kerana jika kita tersalah menyemaikan benih kasih sayang dalam sebuah percintaan berkemungkinan kita akan membuah sebuah benih dari sebuah ikatan yang tidak sah :) anda faham kan maksud saya.. :) jadi disebabkan itulah kebahagian percintaan sebelum sebuah perkahwinan bakal mengundangkan kita sebuah kesengsaraan.. fikirkan lah.. 

sahabat setia dan sejati pulak akan senantiasa berada di sisi kita.. ketika kita susah dan senang.. tak pernah membuang kita walau seburuk mana perangai kita.. insyallah jika seseorang itu mempunyai hati yang murni.. :) mana lah tahukan TUHAN mengutuskan kita seorang sahabat untuk membantu dan mendoromg kita melakukan kebaikan... memperbetulkan mana yang tidak betul.. bukannya seorang sahabat yang memusnahkan hidup kita dan mengajak kita melakukan kemungkaran :) masyallah jauhkan lah... orang kata berhati-hatilah memilih kawan seperti mana kita berhati-hati memilih pasangan hidup.. jangan tersalah pilih kerana manusia mudah terpengaruh terutama dengan godaan dari syaitan yang tak pernah putus-putus menghantui kita :)

seperti aku.. aku bersyukur di kurniakan sahabat yang baik.. yang sennatiasa di sisi aku tika aku susah.. tika aku senang.. kyna,sarah,shida,uyen,aefa dan alya.. sahabat aku dunia akhirat.. sahabat yang paling akrab dengan aku.. segala rahsia aku di tangan mereka dan segala rahsia mereka di tangan aku.. bersama-sama menghadapi masalah.. bersama-sama mencipta kenangan.. itulah kami GKH.. sekumpulan remaja yang happy dan berjiwa tegar dalam mehangrungi pahit getir kehidupan remaja.. sebuah persahatan yang terbina sejak kami di form 2.. alhamdulilah kami setakat ini kami tidak pernah bergaduh.. ajaibnya persahabatan kami.. :')  selain GKH aku punya sahabat karib lain iaitu Raja,Tasha dan Hazirah.. sahabat yang tidak kurang baiknya dengan aku.. sahabat yang senantiasa menadah telinga mendengar masalah dan rintihan hati aku.. sahabat yang membantu melawan segala permasalahan.. aku bertuah kerana di kelilingi dengan manusia yang baik seperti mereka.. menerima segala kelemahan aku.. terima kasih aku ucapkan.. aku sayang korang semua.. 

err stop.. nie apasal entry jiwang meleleh bagai nie.. YA ALLAH sentap hati makkk.. hahahah okey sory okey aku tak nak buat entry meleleh lagi dah.. okey korang tak yah nak sebak sangatlah.. haha ;) simpan air mata untuk hari pernikahan anda kelak macam awal dengan scha yang nangis masa peluk mak ayah.. wahh tertiba.. hahahha :)

okeylah.. see you guys laterr.. nak chow kit road duluh.. nak makan.. lapar pulak petang2 nie.. btw big hug for all my girlfriend :)

Friday, May 4, 2012

Kenangan Kami Semanis Madu :')

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua insan tersayang.. err okeyy tentulah buat smeua blogger tersayang.. tanpa kamu siapalah aku.. ceyy aku kalau buat ayat memank tak boleh blahh. asyik meleleh jerr.. haha lama kan aku tak menjelmakan diri.,. sorry guys busy sikit al-maklum lah tahun SPM.. everthing and everywhere I go aku di hantui hantu SPM.. ke sana ke mari terkerja terkerja sini.. nak makan pom tak sempat tapi alhamdulilah solat masih lagi sempat.. tanpa solat runtuhlah tiang agama kita kan.. okey tak nak ceramah agama nanti korang cakap "alaa budak nie nak tunjuk baik pulakk.. entah2 cakap jer pandai buatnya tidak.. so daripada aku mencetuskan satu fitnah baik aku tak payah cakap banyak.. orang kata kalau nak ibadat kita di terima TUHAN hati mahu ikhlas.. so jangan menunjuk nanti akan jadi riak dan takbur dan ibadat kita tidak ikhlas lagi.. dannn ia akan jadi sia-sia dengan serta merta :) okey stop it :)


okey tujuan aku tulis entry nie adalah nak bercerita kenangan aku bersama geng bas sekolah.. err maksud aku geng silat sekolah.. the best ever moment that i never have.. gila kentang lah.. diaorang terbaik dari ladang anggur belakang rumah mak cik aku.. kami bagaikan satu family.. aku sayang team silat smkpc (2) sangat-sangat.. kenangan kami terbina dan bermulanya di PESKO.. iaitu PERKEHMAHAN PERDANA PASUKAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA (2) .
kami bersatu padu, berstau hati menempuh segala halangan dan rintangan di sana.. segala cemuhan kami tempis macam Datuk Lee Chong Wei menempis bulu tangkis nya.. wahh gituu.. HAHA..

kami bergembira di sana.. menghadapi cabaran mendaki Gunung Tebu, memasak masakan rimba yang bagi aku ia sangat sedap walaupom masih ada lagi kumpulan yang sedap.. at least we guys try to masak nasi dalam kelapa.. and alhamdulilah nasi kami menjadi walaupom kami tak sempat nak merasanya sebab kami kesentukan masa dan terpaksa meninggalkan nasi itu terkontang kanting.. :")  

the best ever moment yang aku memank tak boleh nak lupa adalah di mana malam kebudayaan.. kami berlakon menjadi orang zaman dahulu kala.. dimana orang cina,india dan melayu bertelagah.. tetapi kami cuba membaik pulihkan keadaan supaya selaras dengan cogan kata satu malaysia yang menjadi tema untuk malam kebudayaan tersebut.. dan alhamdulilah dengan usaha gigih kami.. kami berjaya menyandang title JOHAN untuk pertandingan malam kebudayaan.. sumpah kami tak menjangka yang kami berpeluang untuk memenanginya kerana pasukan2 lain tak kurang hebatnya ;")

kami jugak sangat bertuah bila mana kami di berikan seorang fasi yang sangat tholo and sumax.. hahaha dia abang kepada dua orang budak silat kami.. tak pernah penat melayan kerenah kami yang macam kanak-kanak ribena.. haha..setia mengajar kami mana yang patut.. bertuah team silat tahun nie.. :) copp kepada tuan empunya badan jangan nak perasan sangatlah yew.. hahaha :p 

tak nak cakap banyak.. hanya mampu tersenyum.. aku doakan team silat SMKPC(2) akan terus sukses dan kekal dengan kemantapan nya sampai lah bila2.. walaupom tahun nie tahun last aku tapi aku berharap tahun ni adalah tahun permulaan bagi team silat.. aku doakan team silat akn mendapat nama seperti mana team lain ;) insyallah 

 berbaju koko adalah aqila pengerusi persatuan kami.. pengerusi paling ghom abat ini... dengar jah anak buah dia oyak gapo.. berbaju kelabu kawan baik aku.. fatasha :)

sebahagian dari keluarga silat aku.. yang selebihnya tengah bertungkus lumus membuat masakan rimba untuk di hidangkan buat para guru :)

kepenatan setelah mendaki gunung tebu... pengalaman yang amat menarik dan aku tak akan pernah lupakannya :")

srikandi silat smkpc 2.. semuanya ayu2 belaka.. :") ahaks

hasil titik peluh kami sekumpulan menyiapkan sebuah meja dari buluh.. pengalaman bermain dengan buluh tak akan pernah and sesekali aku lupakan.. terbaikkkk ;)

antara babak2 dalam dunia persilatan.. berbaju kelabu tu la fasi kami.. tak nampak muka?? alahh biarkan tak penting pom dia.. hahahahhaa :pp




nasi kelapa kami.. try ah buat kat rumahh... sedapp.. ahaks ;)






setiap gambar yang di rakam ada kenangan dia yang tersendiri.. dan hanya kami yang tahu rahsia di sebalik gambar yang di ambil.. suka duka kami di Tapak Perkehmahan Lata Belatan Jabi Terengganu ;) segalanya bermula di sana.. sesuatu memori yang sangat indah untuk di kenang.. insyallah kalau ada rezeki kita persatuan silat pasti akan terus maju dan sukses suatu hati nanti ... kepada fasi kami terima kasih sekali lagi atas segala pertolongan yang di berikan.. atas segala tunjuk ajar dan kesabaran anda dalam melayan kerenah kami yang tentunya memeningkan kepala anda.. tapi saya pasti anda pasti merindui saat itu bukan?? hahaha :p kalu tak rindu pom buat lolop rindu.. hahaha :p  

akhir kata aku sayang sep2 mu.. kamulah keluarga kedua ku ... ceyy gitu.. hahahha :p