Friday, July 20, 2012

Remaja dan Cinta

Assalamualaikum teman-teman.. see seprti yang di janji kan akan ku menjelmakan diri pada setiap hujung minggu... kalau tak hari Jumaat maka pada hari sabtu lah aku muncul yew :) so how"s life?? okey?? kalau korang tanya aku.. aku macam biasa lah.. kekadang gerimis mengundang kekadang girang tak tentu hala.. HAHA :P so guys kali nih tak nak dah nak takat jiwang bagai tuh.. letih dah mak jemah duk mengarang pasal EA jer memanjnag.. nanti aku kumpul banyak-banyak kisah dia .. haa nanti aku cerita lah pasal dia yew.. biarkan dia dengan dunia dia dulu.. hohoho :)

so REMAJA dan CINTA.. How sweet kan.. bukak facebook berlambak satu lori orang buat in relationship dengan datuk lah.. dengan pak mat jual tempe lah.. yang buat married pom tak kurang hebatnya.. yang buat engaged pom tak ketinggalan.. cuma kalau yang buat widowed tuh yang jarang-jarang.. HAHAHA :p kalau aku tak sah tanya aku buat separated terus.. eh ye ke.. dak-dak aku gurau jaa.. aku tentunya lah single.. :) tapi cop okey.. tak bermakna aku nak promote diri aku ke apa.. please dont be salah faham.. okey :)

Remaja mengenal erti cinta itu biasa, Tetapi menjadi tidak biasa ketika remaja sudah bijak sana dalam merancang cintanya. Dengan pergaulan yang longgar,err maybe kekurang skru atau lupa di ketatkan atau terlebih minyak pelincir maka  lelaki dan perempuan  bisa dan mudah bertemu bila masa sahaja,tanpa ada batas waktu mahupun pergaulan..maka dengan itu apabila sudah sering ketemu.. sudah terlalu terbiasa berlaku persentuhan yang pada mulanya hanya sentuhan biasa dan kemudian terbentuklah satu sentuhan luar biasa yang membawa kemenangan 9 bulan 10 hari :P kenapa itu terjadi?? lah tepuk dahi bukak minda.. kan pergi sekolah ada bab agama.. tak kan cikgu tak ajar.. kalau nak kata mak ayah terlalu sibuk mengejar dunaiwi cikgu ada untuk di rujuk :") tapi sebagai ibu bapa jugak.. kita kenalah awasi pergerakan anak-anak dan pergaulan anak-anak.. macam ayah dan mama saya buat.. dah mencecah 17 tahun boleh di kira dnegan jari berapa kali saya keluar lepak dengan kawan-kawan.. haa itu bukan di konkong tapi itu namanya berwaspada.. al-maklumlah darah muda.. semuanya nak di cuba.. so thanks mama abah :)  Jadi yang menjadi persoalannya di sini apakah itu sudah masuk ke tahap cinta sejati?

Tidak juga. Kerana sebahagian besar remaja memutuskan untuk mencintai hanya kerana penampilan fizikal pasangannya sehingga dia jatuh hati dan berkata, “Oh! Indahnya andai aku dapat bercinta dengannya,mesti ramai yang dengki dengan aku" arghh lumrah manusia.. kerana manusia memang suka akan sesuatu yang indah. cinta berlandaskan kecantikan,keindahan,ketampanan dan se paksi dengan nya hanyalah bersifat sementara. percayalah..Contohnya, kamu disuruh memilih antara dua helai baju, yang pertamanya cantik dan sangat lah memukau pandangan sesiapa yang melihatnya dan yang kedua itu hodoh.jelik dan kualitinya sangat teruk. Maka, mana satu yang kamu pilih? Tentu sahaja fitrahnya kamu akan memilih baju yang cantik, bukan? tetapi apabila sudah buruk bukan kan anda akan membuangnya dan terus pergi ke shooping complex dan membuat pilihan baju yang baru yang tentunya juga cantik. :)

Sama lah dengan dirimu ketika remaja. Semangat yang baru tumbuh dan berdarah muda, mengiringi kamu dengan keseronokan bersama rakan-rakan di sekitar kamu. Kamu akan mula membezakan rakan-rakan yang tergolong dalam kategori cantik dan kurang cantik. sehingga kan mulutmu seperti peluru menembak kata-kata yang tentunya meninggalkan bekas di hati seseorang itu.. Janganlah sesekali kamu memilih atauu menkategorikan sebegitu rupa.. kerana buruk padahnya nanti.. kalau kena di batang hidung sendiri macam mana?? mahunya nak terjun KLCC :p

Perkataan ‘kurang cantik’ sengaja dipilih atas sebab sifat semulajadi perempuan yang dilahirkan cantik. Siapa sebenarnya yang mengajar kamu membezakan cantik ataupun tidak cantik? Tidak ada sesiapa sebenarnya.

Kenapa? Kerana kecantikan itu berbeza pada persepsi masing-masing. Ada yang akan mengatakan yang putih itu cantik, dan ada yang akan mengatakan yang biru itu cantik. Ianya berbalik pada selera masing-masing. Jadi kalau begitu, pesanannya hanya satu, jangan terburu-buru jatuh cinta bila melihat orang yang cantik. jatuh cinta lah kerana agamanya.. kerana dengan agamanya InsyAllah kamu akan bahagia sehingga ke Jannah.. jika dalamnya cantik.. agamanya cantik maka pilih lah ia sebagai suri.. kecantikan seseorang adalah sesuatu bonus di dunia. di akhirat kelak tiada yang lebih cantik daripada bidadari syurga.. kecantikannya pasti akan lenyap begitu sahaja.. :) orang kalau iman nya cantik dengan sendirinya wajahnya akan cantik.. tenang bila pandang rindu bila di kejauhan :)

Di dunia ini terlalu ramai orang yang cantik. Bayangkan betapa rumitnya kalau anda jatuh cinta dengan kesemuanya sekali? Jangan rambang mata kerana kamu baru hendak mengenal dunia. Jangan beranggapan bahawa menjumpai wanita cantik bererti kamu perlu mengakhirinya dengan cinta, kerana takut kamu akan kecewa dan merosakkan masa depan kamu.

Bersikaplah sebagai makhluk Tuhan bernama manusia yang cerdik dan boleh membawa diri dalam pergaulan yang baik. Bukankah yang cantik pada luar itu cantik di dalam. Adalah lebih baik mencari yang cantik di dalam berbanding cantik diluar sahaja tetapi adalah bonus buat kamu sekiranya kamu dapat mencari cantik diluar dan juga di dalam :) Jangan di sebabkan kecantikan masa depan kamu di akhirat kelak musnah.. YA ALLAH  mintak jauh .. 

aku buat entry bukan niat nak tunjuk baik.. bukan jugak niat nak memerli sesiapa.. tapi aku buat berdasarkan pengalaman.. berdasarkan pemerhatian.. sedih bila melihat kerana kecantikan musnah akidah.. kerana kecantikan rela beribu habis.,, tidak kah mereka sedar bawah kecantikan itu hanya bersifat sementara.. hanya pinjaman TUHAN kepada makhluknya.. jika TUHAN ingin menariknya hanya sekelip mata sahaja kecantikan itu akan lupus.. ingat sebelum kena.. :")

jika benar ingin bercinta.. cintailah kerana agamanya.. jatuh cintalah kerana agamanya.. :")

tak ku mohon memiliki sang suami persis Nabi Muhammad S.A.W  kerana ku tahu akan sukar tuk di cari pada zaman kini dan jugak tidak layak untuk wanita yang serba serbi kekurangan sepertiku.. tapi cukulah sekadar pilot yang bisa memanduku ke arah jalan yang benar menuju ke syurga,, yang memberiku ajaran di dunia sebagai bekalan di akhirat,.. yang bisa menjadi iman ku.. yang bisa memandu ku andai aku kandas di pertengahan :') wasalam

Friday, July 13, 2012

sedangkan lidah lagi tergigit :")

Assalamualaikum dan salam sajahtera kepada semua yang aku sayang dan yang aku cinta.. cey gituu.. HAHAHA.. okeylah tak nak cakap banyak dah aku.,. nanti korang cepat bosan.. terus tak nak singgah lagi dah teratak aku.. bila di tanya kenapa?? terus di jawabnya "tak nak dah aku.. duk pot pet pot pet apa ke benda tahu.. tak faham doe aku.. apa ingat nih novel ke nak belit sana belit sini.." so daripada duk skait telinga mata baik aku ringkaskan aja jew.. sekali sekali boleh lah nak panjang-panjangkan :")
r :P
hmmm bila berkawan tak kan lah tak pernah gaduhkan?? mesti gaduh jugak.. gaduh manja-manja gitu.. HAHA :p macam tulah jugak aku dengan GKH.. sebenarnya kami jarang gaduh.. malah di katakan dalam setahun tuh alah susah lah nak gaduh.. macam tahun lepas.. mana pernah kitaorang gaduh.. sumpah.. tak cayew tanya budak sekolah aku.. ehh.. yewlah tanya lah.. haha :P betull tak tipu.. kami memank jarang gaduh.. kami macam adik beradik.. semuanya di kongsi bersama tapi pakwe tak kongsi lah.. nak cari nahas?? tu bukan gaduh dah tapi perang!! hahaha :P 

so dua bulan kebelangkan nih aku ada krisis atau dalam erti kata lain ada persalah fahaman sikit dengan sorang kawan aku nih.. apa namanya.,. tak yah tahu,, sibukk jer :P so aku dengan dia ( si A )jarang duk borak or bersenda gurau even if kami sekelas.. ada lah sebab dia.. mana leh tahu.. itu pravasi.. and then sampai satu tahap aku tak boleh tengok dia.. aku rasa sedih.. aku rindu saat aku bergurau dengan dia.. aku nak cakap dengan dia.. tapi bila fikirkan balik atas apa yang dia buat.. hati aku rasa pedih.. hati aku rasa sakit... sampai satu tahap setiap kali balik sekolah aku nangis.. aku try nak bergurau dengan dia macam selalu.. tapi aku tak boleh sebab aku takut aku akan keluarkan kata-kata yang pasti dan wajib akan menyakitkan hati dia.. jadi aku ambik keputusan untuk senyap.. kalau dia tegur aku aku layan. tapi aku buat endah tak endah.. aku rasa bersalah tapi mulut aku berat untuk mengucapkan kata maaf.. tapi aku silap dalam aku menyepikan diri dari dia dalam diam aku tetap menyakitkan hati dia.. dalam diam aku buat dia kecewa.. aku tak nak hebohkan ak takut geng kami berpecah,., aku sayang GKH,, aku rindu kenangan lalu.. tapi aku tak tahu macam mana nak pulihkannya kerana hati aku sendiri berserabut..

dan kemuncak pergaduhan tercetus pada hari rabu minggu lepas.. kami gaduh.. ramai yang menangis.. ramai yang kecewa.. dan waktu tuh.. hanya TUHAN yang tahu apa perasaan aku. aku pura-pura tabah even dalam hati nih sudah basah dengan air mata.. sorang lagi kawan aku si kecik nih menangis.. menangis semahunya tertanya-tanya apa salahnya,.,. YA ALLAH di sebabkan sifat penting diri sendiri yang aku miliki akibat ketidak kawalan marah aku .. aku dah buat kawan aku menangis.. aku dah buat dia kecewa.. akibat tidka tahan sebab di dada aku turut menangis..kononnya aku nak pujuk si kecik tapi dengan aku sekali menangis.. HAHAHA :p 

Sekembalinya aku kerumah aku pikir apa patut aku buat.. malam tuh aku tak boleh tidur. aku menagis menangis dan terus menangis..  esoknya aku nekad.. aku nekad untuk memohon maaf dengan kawan sekelas (SI A )  aku tuh.. aku janji yang aku akan layan dia macam dulu.. aku akan layan dia dalam kelas nanti,.,. dan kebetulan malam tuh kami GKH dan kawan-kawan yang lain ada buat BBQ.. dan aku pujuk si A supaya datang malam nanti memandangkan dia kata dia tak nak datang.. aku hanya ungin melihat senyuman kawan-kawan aku.. aku merayu si A supaya datang supaya senyuman yang hilang dari wajah kawan-kawan aku yang lain mucncul kembali.. cukuplah aku melihat tangisan diaorang.. aku tak nak di sebabkan ego dan perasaan aku ramai hati terluka..

dan semalam... alahamdulilah semuanya berjalan lancar.. aku dapat melihat senyuman bahagia kawan-kawan aku yang dah lama hilang.. aku bersyukur kami bersatu kembali.. harapan aku untuk melihat kebahgian kawan-kawan termakbul.. tapi harapan aku untuk menawan hati EA tak pernah termakbul.. tapi dengan melihat kebahagian yang terpancar di wajah sahabat aku semalam sudah lebih dari cukup.. bahagia kawan aku bermakna bahagia lah aku.. GKH tetap bersatu walau badai melanda.. EA tetap di hati walau kecewa yang menggunung :") 

p/s  kata - kata penaja.. indahnya persahabatan terletak kepada toleransi,ketabahan dan kasih sayang.. jika sayang akan persahabatan itu jagalahn ia dengan baik.. jangan sekali hancurkan nya dengan secebis keegoan yang menggunung ..jangan disebabkan cinta persahabatang yang terbina musnah begitu saja.. jangan disebabkan salah faham rosak satu ikatan :') aku sayang kawan aku.. aku sayang GKH.. maafkan atas segala kesilapan aku terutama pada mu A :)

saat perkenalan kita bertujuh adalah satu saat yang paling bahagia.. sedih gembira kita berkongsi bersama.. hope friendship never end.. :") aku sayang sep mu ketat2.. Geng Kasut Hitam
inihlah kawan susah dan senang aku.. love you guys so much.. maafkan aku di atas kekilafan diriuku :D

Putus Sudah Kasih Sayang .. ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.. :P pagi jumaat yang tersangatlah indah..burung duk terbang mencari makan.. kucing berlari berkejaran akibat terlampau taksub melihat ikan.. eh jap.. apa aku mengarut nih.. alah whateverlah... ignore!! so guys!! maybe aku akan update blog seminggu satu kali.. its mean setiap hari jumaat or hari sabtu it will be one new entry from me.. sebab aku dah scroll down jadual aku.. hanya hari jumaat and sabtu aku ada masa terluang.. so tak daklah korang dk rindu sangat dengan aku kan.. ahaks :P perasan kan aku? haha.. so aku harap korang terasa lega lah sikit ye.. ak harap korang faham dengan kekangan masa yang aku ada.. kepada yang duk inbox facebook aku duk tanya "bila nak buat entry baru?? tak sabar nak baca cerita tentang EA lah.. tentang sahabat-sahabat aku lah" dear this the answer okey.. saya akan cuba untuk update blog nih seminggu sekali.. busy.. TRAIL exam SPM pun  dah tak lama.. lagi lah busy.. so i hope you guys understand :D OKEY cukup sudah pasal tuh sekarang kita bukak topik pasal tajuk entry nih!! alahaii apa nih?? tajuk jiwang siottt.. HAHA :p

bila baca tajuk dia mesti dalam kepala otak korang pasal EA kan??? yeahh memank pasal dia.. yewlah siapa lagi yang boleh buat aku putus sudah kasih sayang kalau tak si dia.. hmmmm sebenarnya aku dah penat duk bercerita tentang episod nih yang memank tak berkesudahan.. yang tidak kutemui jalan penyelesaiannya.. aku rasa korang pom dah boring.. tapi entah.. walau mulut kata berat tapi otak,hati dan tangan aku ringan jer mengarang ayat untuk update pasal dia.. nak aku lupakan dia.. tapi bukan mudah.. nak aku cari lain bukan senang.. siapa tak hendak bahagia.,. semua orang nak kan kebahagian.. tapi aku tahu ia tak semudah seperti memetik bunga di taman.. :")

pakai lah pewangi termahal di dunia, pakailah baju termahal di dunia.. panggil lah juru mekap terhandal di dunia dia tidak pernah sedar akan kehadiran aku di sisinya. tidak pernah sedar akan cintaku padanya..itulah yang dikatakan orang walau beribu tahun menunggu si dia kalau tidak di takdirkan ALLAH dia jodoh kita sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat memilikinya.. tapi itulah aku,. walau aku sedar akan hakikatnya itu tapi aku masih menanti kepada yang tak pasti..

walau perit mana hati ini tapi aku masih bisa tersenyum di hadapan sahabat aku.. melihat kebahagian sahabat-sahabat aku sudah lebih dari cukup.. aku masih bisa tersenyum di hadapan EA.. memberinya semangat dalam menawan hati wanita yang di cintainya.. walau perit tapi melihat sahaja senyumannya ia sudah lebih dari cukup untuk ku.. walau hanya menjadi kawan baik untuk nya itu sudah lebih dari cukup!!! dan semalam aku sudah sedar.. sampai kapan pun aku tak akan bisa menawan hatinya.. even if aku jadi baik bak bidadari.. kerana sudah termaktuk aku dan dia tidak akan pernah bersatu.. walau di mandram sekali pun :) jadi mulai sekarang aku akan melupakan secara perlahan-lahan.. menghapus rasa cinta ini dari terus mencintai insan yang tak sudi.. lalu menghulurnya pada yang pasti :") jadi kawan lebih baik dari ada insan lain yang merana :")

andai ini ketentuannya Tuhan untuk aku.. aku pasrah.. :) EA semoga engkau berjaya menawan hati si dia.. insyallah :)


kawan baik selamanya ye awak :")

Friday, July 6, 2012

Life As A Cake

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua blogger tercinta ku.. alahaii lama aku mendiamkan diri.. menyepikan diri.. menyorokkan dirikan.. meng- apa lagi ekk?? hmmm haaa menangisi diri,,, ehh jap apa kaitannya pulak.. huh okey just drama.. hahaha :P korang sihat?? yes aku tau korang sihat.. but me?? not really.. hari khamis baru nih iaitu semalam lah  I'm not going to school.. kalau di ikutkan aku buat lesen.. yes memank aku pergi buat lesen.. tapi tak dak lah lama mana pom.. hmm kira sempatlah nak pergi sekolah for 5 minit and then balik.. sebab sekolah aku balik awal that day.. dah alang-alang balik awal.. main dengan aku yang sakit nih.. frust dengan lesen lagi.. soo aku baik rumah terus tarik selimut tebal tutup aircond bukak kipas no 2 jer then bungkus.. kenapa?? demam lah apa lagi.. sakit kepala and then sakit perutt.,. tett bukan sakit perut nak melabur hartanah.. bukan jugak sebab ABC ( ALLAH bagi cuti ) tapi entah aku pom tak tahu sebab apa.. sakit mak aihh TUHAN jer tahu.. :") tapi tak apa sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil.. Insyallah :") so bukan itu aku nak cerita sebenarnya.. saja buat intro panjang-panjang biar korang ambik bantal peluk selimut or whatever.. HAHA :p

SO even if tak pergi sekolah kerja sekolah kena buat jugak.. apa ingat boleh lepas macam tu jer?? arghhh memank tak ahh.. makan penumbuk ala myammar lah gamaknya.. ahak2 :P walaupom sakit perut aku ala-ala garfu cucuk sebanyak 10 kali sakitnya aku gagahkan jua.. tapi buat yang senang jerlah..yang susah sikit tuh kita letak tepi dulu.. so aku terus landing atas katil sambil bukak laptop.. search short story in english.. yes in english :") teacher suh aku cari short story yang boleh buat hati kita rasa rasa rasa.. haaa rasa sebak.. rasa macam ada sesuatu yang menarik kita untuk terus baca dan terus membaca.. macam mana nak cakap ekk.. satu cerita yang boleh kita ambik sebgaia pengajaran :) alah bila korang tengok ombak rindu lah.. sampai meleleh air mata duk nangis.. haa macam tuh lah.. even if kita tak faham apa yang kita baca tapi hati kita cakap "kau baca.. kau baca.. kalau kau tak baca kau gila" hahaha :P alah pernah tengok cerita LAKE HOUSE?? ahaaaa citer omputih lah tak kan citer tamil.,. hahaha :P that story buat aku tengok berulang kali even aku tak faham sebab cerita dia sekejap tahun 2004 kejap tahun 2007 tapi masihh lagi tengok and yes citer tuh buat aku menangis.. hahahha :P ada moral value tertentu.. kalau teacher tanya what english movie you extracted the most.. confirm aku jawab citer tuh!! hahaha

okey cukup merepek.. :) so dalam pada aku duk usha dari satu web ke satu web dari satu blog ke satu blog aku dalam tidak semena-menanya (ceyy ayat.. kalah A.Samad Said.. hahaha.. tak dak tak dak gurau ja ) aku terjumpa satu satu err satu apa ekk.. nak kata short story pendek sangat.. nak kata ayat.. panjang dia macam satu perenggan karangan.,. ahh tibai jerla apa pun.. HAHAHA.. SO aku panggil satu kisah lah ekk.. nak tahu apa?? baca bawah nih :)


 A little boy is telling his Grandma how everything is going wrong — school, family problems, severe health problems, etc.

Meanwhile, Grandma is baking a cake. She asks the child if he would like a snack, which of course he does.

"Here. Have some cooking oil."

"Yuck," says the boy.

"How about a couple of raw eggs?"

"Gross, Grandma."

"Would you like some flour then? Or maybe baking soda?"

"Grandma, those are all yucky!"

To which the Grandma replies: "Yes, all those things seem bad all by themselves. But when they are put together in the right way, they make a wonderfully delicious cake!


Many times we wonder why ALLAH would let us go through such difficult times.

But, when He puts everything in His order, they always work for good.

We just have to trust Him: for he will make something wonderful!



p/s : moral values is :) just pray for our hapinness.. ALLAH tak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuannya.. kisah nih memberi aku seribu pengajaran.. sejak dua menjak nih aku selalu di timpa masalah.. disakiti oleh seseorang.. bukan menyakiti fizikal aku tapi menyakit jiwa aku.. tak pernah nak tengok aku bahagia pasti dia akan merampas kebahagian milik aku.. dan sekarang aku faham.. mungkin ada hikmat di sebalik semua ini... mungkin suatu hari nanti akan ku temui seseorang yang boleh mencintai aku seperti mana aku mencintai EA.. insyallah :") pray for my happinees guys.. and also for my succes in my life :")