Thursday, October 30, 2014

‘Muslimah High Class’

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 



Buat diriku dan hawa-hawa sekalian, try Motivatekan diri kita dengan mengatakan ini setiap hari:
“Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang.
Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga.
Syurga itu Mahal, di huni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah).
Bukan yang sebaliknya.
Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Bismillah”.
Muslimah High Class?

Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada diri.

Rasa besar?. Rasa macam too extremeRareImpossible?

Bagaimana itu  muslimah High Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami?

Begini, High Class dari pemahaman aku ialah suatu yang terbaik, berkualiti tinggi, mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi.

Menyebut tentang High Class, aku jadi teringat pada pesan mama:
”Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya.  Kena kuat hadapi apa jua yang mendatang.
Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi dalam hidup kita. Paling tidak pun kita pernah berangan nak macam ni, nak macam tu. Normal lah tu.
Tambahan lagi, naluri seorang perempuan ni lembut dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yang terbaik untuk orang yang dia sayang.
Kalau boleh semua yang dilakukannya  adalah sehabis baik dan menyenangkan hati orang sekeliling.  Kebahagiaannya adalah apabila dapat membuat orang yang dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam menghadapi hidup.
Kesedihan baginya pula adalah apabila melihat orang yang dia sayang menangis, downstress atau sakit”.
Jika kita perhatikan sudah banyak orang ‘pung pang pung pang’ mengenai aurat.

Sampaikan ada yang membuatnya dalam bentuk lagu,  ada yang membuatnya analogi, ada yang membuatnya dalam ayat berbentuk pujukan, ayat berbentuk rayuan, ada yang buat pantun, ada yang buat video, dan seringkali juga dibincangkan dalam ceramah.

Tidak kurang juga yang membuat soal selidik  dengan pelbagai soalan yang berkaitan tentang aurat.

Di sini, bukan niat aku untuk bahas lebih tentang itu. Aku juga sedang dalam usaha berubah ke arah yang lebih baik, doakan aku.

Aku amat yakin yang semua manusia mempunyai fitrah untuk melakukan kebaikan dan sukakan kebaikan. Mentaati Allah adalah kebaikan. Malah ia turut membahagiakan dan menenangkan hati.

Aku yakin potensi setiap manusia itu ialah dia ingin berubah dan mampu berubah. 

Menjadi muslimah High Class itu bagi aku apa?

1. Muslimah High Class itu adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya.

Takut yang bagaimana? Takut dalam ertikata yang lebih tepat Beriman dan Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah.

Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya.

Maka disebabkan itu, dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.

Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami (bagi yang sudah berkahwin), mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

2. Muslimah yang High Class itu ialah yang setia.

Setia dalam banyak perkara. Terutama “ Sabar dan Solat” .

Ini ada disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah: ayat 45-46. Selain itu, dia setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

Tambahan lagi, dia juga setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari sehelai. Lepas tu insyaaAllah ada penambahan pula.
muslimah high class

Haa..begitulah..Bahkan, Muslimah High Class ini ialah dia yang setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi  sikap Nabi Muhammad s.a.w.

Bukan pula sebaliknya, iaitu mencurah kan kasih sayang bagai mencurah air ke daun keladi.

Macam tidak sudi. Seperti melepaskan batuk ditangga.

Hanya memberi sisa-sisa kasih sayang yang didalamnya suda terisi dengan rasa penat, mengantuk, dan moody.. Bukan juga yang khayal dengan dunia ciptaan sendiri.

Sibuk dengan  gadjet dan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Instagram, dan lain-lain lagi. Bukan tak boleh semua tu, cuma kita kena High Classlah dalam menguruskan masa. Kan.
3. Muslimah High Class itu, adalah muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah.

Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.

Jika kita yang sedang membaca ini berniat untuk berubah atau sedang belajar dalam melakukan perubahan. Teruskanlah. Tahniah saya ucapkan buat kita. We’re choosen.

Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkah lah sahabatku. Perlahan-lahan.

Mungkin akan kedengaran suara-suara merdu “ woi..lain sudah kau sekarang” “muslimah sejati tu…” “Ustazah” “ Khemah bergerak” “Cendawan” dan seangkatan dengannya.

Percayalah, ini normal. Berubah ni luas. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang ini sudah solat juga adalah satu perubahan.

Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.
“Change is never easy. But, remember that Allah always with you.
For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain.
He sees, He hears, and He is never too far.”
4. Muslimah High Class itu ialah seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup.
Percayalah, Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.

Sewaktu berada di sekolah menengah hinggalah sekarang, Allah uji kita dengan dugaan agar kita mengenali diri kita sendiri, banyak pilihan yang harus kita buat, kerap juga bergelut dengan bisikan hati dan perasaan. Keliru.

Ada ketika, Allah uji kita dengan menghadirkan seorang lelaki dalam hidup kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kewangan. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah keluarga.

Kadang-kala Allah uji kita dengan memberi penyakit kepada kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kawan-kawan. Kadang-kala Allah uji kita dengan kehilangan benda atau orang yang kita sayang.

Kadang-kala Allah uji kita dengan kemewahan. Kadang-kala Allah uji kita dengan jawatan dan ditempat kerja.

Dan Kadang-kala Allah uji diri kita dengan perasaan yang besilih ganti seperti sedih berpanjangan, riak, rasa diri cantik, rasa diri kurang cantik, rasa bimbang, rasa kurang keyakinan, dan segala rasa-rasa yang positif mahupun negatif. Beware!

Amalkan lah erti hidup pada memberi. Tenang dan menenangkan. Bahagia dan membahagiakan.

Banyaknya… macam susah je nak jadi Muslimah High Class ni?

Dan yakinlah bahawa akhirnya, Muslimah High Class itu akan dapat apa yang dia pernah beri. What you give, you get back. Itulah sifirnya.
muslimah high class

Contohnya, jika seorang perempuan berbuat baik kepada ibubapanya, insyaaAllah, anaknya jua nanti akan berbuat baik padanya.
Jika dia rajin melemparkan senyuman, bantu orang susah, akan dia dapati ramai manusia yang juga murah senyuman padanya dan membantunya disaat dia memerlukan.
That’s life. Allah maha adil.
Yakni tabah dengan ujian hidup yang akan datang. Allah menguji kita kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang berdikari.
Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang matang serta kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.
Lantas, Allah mendidik kita. Dengan lembut.
Baiknya Allah, dia mendidik kita dengan cara yang sesuai dengan diri kita, dengan mengambil kira segala sisi, yang termampu kita menanggungnya.
Akhir kata. jangan takut untuk berubah. pahit permulaan manis bak sweet candy di hujungnya.. Jaga diri Jaga iman moga dibawah redha ALLAH selalu.
notefoot : maaf atas pengunaan kata ganti nama dalam entry enrty pemilik blog ini. hal ini kerana ia lebih memudahkan pemilik blog ini dalam menulis. kerana blog ini bagai sebuah diari dan catatan beliau sebagai rujukan apabila dia lagha dan jatuh dari landasan. moga kalian tidak kisah dan tidak ambil hati. maaf dari hati. :")

Saturday, October 25, 2014

When I Lost My Bestfriends

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 


Its being a long time a go I did'nt update my blog. Allahu how I miss blogging so much. So here I am. tengah cuti semester beb. dah lama aku tunggu saat nih. saat di mana boleh tidur atas katil empuk milik aku, saat merasa masakan mama aku and of course saat menghidu bau rumah aku. arghh how I miss my hometown so much.

so guys. dalam aku menyepi. aku ditimpa pelbagai ujian dan cabaran. antaranya I lost my bestfirends. my very bestfriends. :"( Allahu. aku masih dalam keadaan terkejut. tapi aku harus redha. ini ketentuan ilahi. and yes it is ia sukar bagi aku. but i have to accept it. Tuhan lebih sayangkan dia.

Did you guys remember. my Geng Kasut Hitam?? the story behind the name. yeahh nama yang budak-budak sekolah aku gelar dulu dekat kami semua. yang terdiri daripada aku, sarah, kyna, azureen, alya. aifa and arwah shida. yes ......... my bestfriends shida leave us on 29.9.2014. AL-FATIHAH.

when I get that news. aku tak percaya. sebab aku terbaca di facebook. aku anggap budak nih main main. and aku sangat-sangat lah marah masa tu. aku tak boleh terima kenyataan. and when my phone was ringging. aku mula rasa lain. ALLAH moga itu bukan satu kebenaran. dan bila aku tengok siapa yang telefon aku dah start menggigil. its was from sarah. ALLAHU. kuatkan aku YA ALLAH. 

Sarah bagitau yang berita tu betul. and aku kaku. senyap. kelu. and air mata mula menitik. nangis dan nangis. aku jadi lose. tak tahu nak buat apa. hanya mampu nangis. and azan maghrib kedengaran. aku terus siap-siap. solat. dan sedekahkan yassin. ALLAH. itulah saat paling sukar.

aku terasa macam nak balik. nak balik kelantan malam tu jugak. tapi macam mana?? aku ada final project. and i need to submit as soon as possible. memang tak boleh balik. aku mula kelam. aku mula rasa bersalah. di saat arwah sakit. i was not there. takde sebelah dan disisi dia bagi sokongan. and waktu saat akhir dia. pom aku tak ada. hanya duduk dalam asrama nangis dan nangis. ALLAHU..

masa tuh aku jadi lemah selemah manusia. semua benda tak menjadi. its was so sudden. aku masih terbayang saat akhir jumpa dia masa raya puasa. saat aku main komen dengan dia  di instagram di mana dia upload gambar kitaorang dan ucapkan kata rindu. aku masih dalam keadaan terkejut.

aku mula rasa apa jenis kawan aku nih. aku biarkan dia lalui semua nih sendiri. bahkan waktu dia nak dikebumikan pom aku tak ada. maafkan aku shida. aku tak boleh pulang. komitment aku dengan kuliah dan final sangat sangat menghalang aku untuk pulang. maaf dari hati sayang

aku tahu. ini semua di luar kawalan kita. and aku nak kau tahu kehilangan kau mengajar aku sesuatu. sesuatu iaitu menghargai semua di sekeliling aku sebaiknya. jangan malu ucapkan sayang dan rindu pada seeorang itu kalau kita tak nak menyesal dikemudian hari. and itu yang aku alami sekarang. 

kau pun tahu aku seorang manusia yang susah nak tunjuk sayang dan kasih. aku seorang yang hati beku. baran dan ego. kalau boleh undur masa aku nak cakap tiap tiap hari yang aku sayang kau dan semua kawan kawan aku. cakap yang aku rindu sungguh sungguh dekat kau. 

dan aku rasa bersalah sebab lepas aku ke politeknik aku kurang berhubung dengan kau bahkan kalau cuti pom aku masih susah untuk keluar dengan kau. sebab aku kira ah masih ada hari esok.. banyak masa lagi buat apa aku nak tergesa gesa. dan tengok. ternyata benda tulah yang paling aku menyesal sekarang. maafkan aku sahabat.

dan hari nih. genap 27 hari kau tinggalkan kitaorang. dan kami semua sungguh dan amat rindukan kau. rindu nak mendengar kau membebel dengan kitaorang. 

kau lah sahabat yang sejati. terima aku apa adanya. terima baran aku dengan seadanya. sebab kau jugak sama baran nya dengan aku. tapi kau lebih baran. tapi kau cool. tak macam aku. hahaa.. arghh how i miss you.

sekarang pom duk rumah aku duk nampak kau aja. waktu niaga berger teringat kau yang suka oder kebab and berger ngan aku. lepak dekat gerai berger aku. bebel2 pastu balik. haha. :") 

untuk pegetahuan kau. kau tetap di hati kami GKH. kami sayang kau sungguh - sungguh. kepergian kau membuat kami sunyi. bergambar sekarang pom dah tak lengkap dan tak akan pernah lengkap sebab tiada kau. 

akhir kata.. moga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman sayang. kami di sini sentiasa mendoakan dan merindui kau. 

esok sarah dengan uyen dan nak balik tempat belajar masing masing dah. aku kyna ngan alya aja yang tinggal sekarang. tapi kyna ngan alya pom akan pergi jugak tak lama lagi. aku aja dekat kelantan sampai bulan 6 tahun depan sebab aku ada latihan industri dah. 

Thanks for being my wonderful friend. Thanks for everything happen in our friendship. Thanks for always support whatever I do. Thanks for this wonderful friendship. Last but not least thanks for be my very bestfriends ever. For arwah we all miss you so much. InsyaAllah I will visit you again. And for two of you. Kyna and alya also. Jaga diri. Jaga solat. Jaga kesihatan. Jaga iman jaga hati dan tolong jaga persahabatan kita sampai syurga. Take care kesayangan ku 

btw last but not least. we are miss and love u so much sayang.. damailah kau di sana. Al-Fatihah


There must be a reason why Allah puts you in such a situation. He will eventually gives you something beautiful. Sooner or later. Wait. Just wait
angkat tanda aman dan terus jalan. aku redha. aku kuat. dan aku tabah.