Tuesday, April 22, 2014

Tarbiah hati

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 

lama tak muncul. sebulan tuh kekadang lansung tak muncul.. mana lah Fiqah pergi agaknya yew.. mesti korang sibuk mencari kan?? tak?? tak apa lah.. tak kisah :P *nampak tak dekat situ betapa bongkak nya kau Fiqah.. hahahha :P tapi apa2 jerla.. tak kisah. yang pasti wujudnya entry dan post kali ini adalah bagi mengegar duni blogger.. hoyeahhh... k dush tumbuk diri sendiri.. hahhaha :P

apa lah kau merepek benda tak berfaedah tuh fiqah.. okey baiklah Fiqah lurus pada titik which is stright to the point apa tujuan wujudnya entry kali nih selain daripada mengegarkan dunia blogger.. haahhahaa :P

okey here it is.. 

Bilamana ada yang berubah menjadi lebih baik, maka buatlah kerana Allah..nescaya perubahan itu akan kekal keranaNya. Akan teguh keranaNya. Akan diperjuangkan keranaNya juga. Ketahuilah lidah manusia ini lebih tajam dari pedang,, boleh menusuk hati manusia yang sehingga lukanya tidak mengalir lagi dan airmatalah yang menjadi pengganti. 

Pernah dahulu ketika Fiqah mula-mula berjinak dengan pakaian longgar, dengan sarung tangan, dengan sarung kaki. Ada yang menegur perubahan Fiqah. Fiqah senyum. Dia bertanya adakah Fiqah mahu berubah menjadi ustazah? Fiqah menggeleng, Fiqah tidak mahu menjawab. Dengan ilmu yang sedikit ini, Fiqah belum mampu menjawab sekiranya ada soalan lain yang timbul. Fiqah senyum lagi. Sungguh, senyum itu penawar buat Fiqah. Walaupun pura-pura. 

Fiqah bukan mahu menjadi ustazah, Fiqah mahu menjadi manusia yang bersyukur atas pemberian Allah. Fiqah mahu menjadi muslim yang semuslimnya.Fiqah mahu Islam, Fiqah mahu Allah, Fiqah mahu hati yang meletakkan cinta Allah itu paling atas.



Hati juga daerah paling susah ditarbiyyah. Sungguh, susah. Tiada pelajaran yang lebih susah daripada menjadi ikhlas. Tiada daerah paling sukar dijajah melainkan hati. Saat pertama saya mahukan Islam, saya HARUS mendekatinya. Sebelum mendekatinya, saya perlu mengenalinya.  Ramai kenalan saya yang hanyut kerana hanya mengamalkan Islam tanpa ilmu. Ramai ikhwah memberi nasihat apapun yang ingin saya lakukan, “SILA BERAMAL DENGAN ILMU”. 

Begitu juga Islam. Islam ini agama paling mudah bagi saya. Paling mudah dicontohi kerana baginda Rasulullah telah meninggalkan sunnah. Agama paling mudah dijadikan amalan hidup. Baginda Rasulullah telah meninggalkan Al-Quran sebagai pedoman.  Ikhlas itu susah. Tetapi pura-pura ikhlas itu mudah. Ikhlas itu seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang kelam. Tidak nampak tetapi dirasai. Ikhlas itu tidak perlu diutarakan. Cukup didalam hati, In sha Allah apa yang lahir dari hati, akan sampai kehati juga.

Jadi mengapa berubah demi manusia yang nantinya kita ditimbal oleh Allah? Mengapa mengharap pujian manusia sedang Allah jualah yang berhak kita penuhi tuntutannya. Allah, masih juga memberi kita nafas walau telah lama kita menumpang didunia milikNya dengan sombong. Maka rugilah bagi mereka yang lalai. Allah, masih juga memberi nyawa sedang kita setiap hari kita digelumang maksiat. Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?

jadi renungkan sahabat yang Fiqah sayang semua.. renungkan :") 

Ajal kita pasti. Ia rahsia.
Iman di jiwa diuji selagi jasad bernyawa.
Telus, tulus dan jujurlah pada ihsan (seperti Allah sedang melihat perbuatan).
Biar mati kelak, dengan penghabisan yang baik.



Let says 'dont judge a book by its cover' 

Allah tahu segalanya apa yang ada dlm hati kita. Tahap keikhlasan kita. Sejauh mana kesungguhan kita. Apa kita buat. Apa kita nak. Hanya Allah yang tahu. sebab tu apa yang kita nk buat always kerana Allah. Always. Redha Allah tu penting kesayangan2 ku semua. So love and peace from me. Jaga diri jaga iman Allah sayang kalian. 










Wednesday, April 9, 2014

rm6000 seminggu?? percayalah.. Dengan Smart Consumer plan eCosway + Epic , pasti BOLEH!

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 

hey hello guys.. ihiks.. :P semua sedia maklum bukan yang Fiqah sekarang tengah cuti semester.. jeyeahhh.. jadi apa nak buat cuti-cuti nih?? bercuti.. owh no no.. semua busy kerja.. tak sempat nak jenjalan ke situ sinun sini.. bukan anak orang kaya nak bercuti 24 jam.. duk rumah dengan mama abah sudah memadai.. tak bercuti berjimba-jimba pom its okey ots oraiitt lah :P

tak kan lah nak duk rumah goyang kaki besarkan badan ajo kan?? so nak jadikan cerita.. my sister was join something that we call it cosway. alah benda alah yang kita beli barang-barang rumah..so Fiqah yang sentiasa melalui kekangan wang pom join jugak.. income pom boleh tahan jugak. masyukk.. ALHAMDULILAH :")  tak faham kan?? haaa meh sini nak fahamkan.. hehe :P



jom cikidauuuuuuddddddddddddd :P

eCosway kini bergabung dengan Epic (sebuah syarikat dari Utah, US) untuk mewujudkan satu plan baru yang dinamakan "Smart Consumer" plan. Ianya sebuah plan yang satu-satunya didunia yang mempunyai backup produk2 yang berkualiti yang sangat banyak dan menyeluruh untuk seisi rumah. Plan ini adalah sesuai utk mana2 individu yang memang menggunakan barang2 keperluan di dalam rumah, supplement dan etc dan tidak keberatan utk membuat sedikit kerja networking (cuma memerlukan 2 orang sahaja di bawah anda). Plan ini juga nnt datang bersama sistem online dan sangat bagus utk suri2 rumah yg tidak bekerja utk menjalankan bisnes ini di rumah. Utk para gentleman yg ada di forum ini, apa kata suggest bisnes ini kepada isteri2, kakak2, adik perempuan atau sesiapa sahaja yg berminat )

Apa Bagusnya Epic + eCosway?

  • Gabungan Epic dan eCosway , menjadikan perkongsian ini lebih kukuh kerana tidak akan wujud masalah “product saturation” (iaitu satu situasi di mana syarikat tidak mempunyai banyak “product range” yang boleh dijual, yang menyebabkan pelanggan tidak boleh membeli barang lain selain apa yg dijual sahaja, ataupon produk tk ada stock, ini adalah masalah utama produk direct selling) Cosway/eCosway memang terkenal dengan seleksi barangan yang sangat banyak dan kini ada pertambahan dgn produk dari Epic, menjadikannya “one stop shopping center” utk semua orang. Produk Epic juga akan dijual di semua kedai Cosway.

  • 1 network 2 bonuses! Oleh kerana Epic dan eCosway/Cosway bergabung jadi ia dikira seperti satu network, tetapi yang menariknya bonus diberikan oleh kedua2 syarikat ini. Buat kerja sekali, bonus 2 kali. Yup something like that 

  • Everything can be done ONLINE! Semua disediakan utk kemudahan anda memperkenalkan business ini secara online. Ada website, boleh order melalui website, boleh mendaftar ahli baru menggunakan website, online training, boleh check activity network dan sales melalui backend office yg juga adalah online, boleh promote product secara online juga kerana Epic menyediakan video iklan utk produk2 mereka. Tutorial untuk enroll (daftar ahli baru) juga ada disediakan dalam bentuk video. Jadi sangat2 sesuai dilakukan dirumah disamping anak-anak dan keluarga. Tak perlu nak keluar menjaja.



Apa itu Smart Consumer Plan?


1) Plan ini bagus utk sesiapa yang ingin menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan tanpa perlu memohon menjadi stockist


2) Modal minimum adalah sangat mampu bayar iaitu RM350 sahaja dan modal maximum ialah RM1200 (perbezaan modal akan menentukan perbezaan pendapatan)


3) Smart consumer plan ialah menggalakkan para pelanggan bertukar kepada barang2 Cosway (sbg contoh kalau selama ini pakai dynamo dan colgate, boleh lah bertukar kepada ecomax dan xylin) dan berbelanja di Cosway utk gabungan semua jenis produk pada nilai RM300 sahaja sebulan. Sekiranya semua barangan seperti supplement, sabun cuci lantai dan baju, skin care, barang baby dan barangan kereta dibeli di Cosway, insyAllah dengan mudah sahaja RM300 itu dicapai. Tidak perlu lagi membeli barangan di Tesco.


4) Sekiranya anda mencari lagi 2 orang utk bertukar barang2 yg biasa mereka beli dipasaraya kepada barangan Cosway, secara automatik income akan mula dijana. Dan sekiranya rakan yg 2 orang tadi menduplikasi proses tersebut, secara automatik pendapatan akan berganda.


5) Kekuatan plan ini ialah pada penggunaan barang2 Cosway dan repeat sales dan bukan sama sekali "money game"


6) Pendapatan akan dimasukkan kedalam akaun secara mingguan!

Ringkasnya;
> Daftar jadi smart consumer
> beli set bernilai RM350 (minimum, dapat produk bernilai RM350)
> bertukar dan berbelanja di Cosway sekitar RM300 sebulan
> cari 2 orang rakan utk berbuat benda yang sama
= pendapatan secara mingguan terhasil!

dan dan  dan jugak 


PERHATIAN UNTUK MALAYSIA
Terbuka Kepada ● SURI RUMAH ● PELAJAR ● PENGANGUR ●YANG BERMINAT UNTUK MENJANA INCOME

SILA CURI MASA ANDA HADIRI TAKLIMAT SMART CONSUMER BUSINESS →Program Tukar Perbelanjaan Bersama Cosway (EPICOSWAY) →Berbelanja Wang DiKembalikan →Jana Income Setiap Minggu

•"4-6 ANGKA SETIAP MINGGU?' - Smart Consumer Program Kami mengajar anda bagaimana ingin miliki 'INCOME SETIAP MINGGU DALAM BENTUK USD" dengan hanya ubah cara berbelanja barangan dapur anda dari kedai runcit kepada produk Cosway

Anda tidak perlu menjual, hanya perlu menjadi pengguna bijak!!!
BAGAIMANA??? TERUJA!!!

Dengan Berbelanja Di Mana2 Stokist Atau Francais eCosway Rm3XX (50ev) Seperti ① Produk Household Cosway (Pencuci Pinggan,Pencuci Lantai,Sabun Basuh,Ubat Gigi Dll) ② Produk Kecantikan (Lipstik,Bedak Makeup,Maskara Dll) ③ Produk Penjagaan Diri (Syampu,Pelbagai Produk Penjagaan Kulit) ④ Produk Kesihatan ⑤ Produk Penjagaan Kereta Dan Banyak Lagi

→ Terdapat Lebih 3000 Produk Cosway Yang Berkualiti Dan Di iktiraf Makmal Dunia
→ Anda Boleh Menjana Pendapatan USD Pada Setiap Minggu Sehingga 5 Figure

● Menarik kan???? Apa Tunggu Lagi Jom Sertai Kami Untuk Yang Benar2 Serius Dan Berminat Untuk Mengetahui Bagaimana EPICOSWAY Mampu Mengubah Ketebalan Poket Dan Ekonomi Keluarga Anda



Boleh start mendaftar sekarang. jangan tunggu lama lagi :)



hmm tu aja lah kowt buat masa nih.. nanti ada lagi Fiqah inform.. kalian boleh jugak like fan page fan page dekat facebook.. banyak yang anda akan dapat dekat situ nanti..

susah-susah sangat.. apa-apa persoalan kalian boleh hubungi kakak Fiqah di talian 019 - 9114739

jom.. join kami.. senang aja.. duk rumah pom benda nih boleh jalan.. 



Tawakal................... Is The Key :")

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) *Lama tak jenguk blog, rindu 




Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.
Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.
Alhamdulilah.. maha suci ALLAH. Semester kedua Fiqah berakhir dengan jayanya.. berkat sabar.. berkat tabah dan berkat doa mama abah. pensyarah juga sahabat di sayangi Fiqah berjaya habiskan dan tempuhinya.. walau badai melanda walau permasalahan menimpa.. syukurlah.. :")
Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Allahu. ampunkan daku YA ALLAH hambamy yang hina lagi kerdil ini.. :")
semester kedua.. semester yang sangat mencabar.. ku kira di semester kedua ini Fiqah akan lebih tabah dan sabar.. ku kira semester kedua ini lebih mudah dan senang.. kerana sudah ada pengalaman sewaktu di semester pertama. tapi telahan Fiqah salah sama sekali.. rupanya semester kedua ini lebih mencabar.. dengan assignment yang bertingkek-tingkek.. yang makin mencabar otak Fiqah supaya berfikir di luar kotak. megeluarkan idea yang bernas dan keratif.
sampaikan waktu untuk menelefon mama abah jugak berkurang.. Alhamdulilah.. mama abah faham.. syukur :") bukan Fiqah lupa akan mereka tapi kekangan masa dan wang yang menghalang.. Fiqah.. bukan di kalangan orang berada.. perlu berjimat perlu melakukan kira-kira. nak balik cuti semester jugak berkira.. "adakah aku punya wang yang cukup untuk menyambung saki baki semseter kedua aku disini" monolog aku sendiri.. tapi Alhamdulilah.. berkat doa dan sabar.. semua nya cukup.. berkat bantuan rakan-rakan.. semua nya cukup.. malah terlebih.. itulah ukhwah.. :"
semester kedua.. bukan setakat di uji dengan assignment yang bertingkek.. malah di uji dengan pelbagai masalah.. bukan mengeluh tapi bersyukur.. kerana ALLAH sayang aku maka dia utuskan masalah agar iman Fiqah makin mantap.. iman Fiqah makin menebal.. 
tidak di uji seseorang itu melampui kemampuan seseorang itu. ALLAH iu mahal adil dan penyanyang.. maka Fiqah terima dugaan dengan hati yang sangat-sangat terbuka.. lapangkan dada dan muasabah diri.. mungkin Fiqah banyak leka sampai lupa akan ia yang maha ESA.. :")
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan “ujian dan dugaan”.
Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.

saat ini hati runsing.. adakah pointer Fiqah masih boleh membanggakan abah dan mama seperti mana waktu Fiqah berada di semester pertama dahulu.. tidak di harapkan dekan tapi cukup lah sekadar dapat memberi mama abah senyuman bahagia.. Fiqah tahu tahap mana Fiqah berada.. Fiqah tahu tahap mana Fiqah dapat capai.. tapi Fiqah mohon doakanlah yang baik-baik sahaja buat Fiqah.. bukan niat untuk melawan dan bertanding  bahkan untuk menunjuk cuma niat hati ini cuma ingin memberi sedikit kebanggaan buat mama abah.. jadi mohon jangan berdendam mohon jangan memandang sinis.. Fiqah cuma anak yang sedang berjuang demi kedua orang tuanya yang banyak berjasa dalam membesarkan Fiqah :") 
tidak sedikit pun terniat di hati untuk melawan kamu.. tidak.. jadi mohon jangan begini.. mohon jangan berjauh diri.. kita berada di landasan yang sama.. ingin berjaya demi orang tua.. 

Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.
Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.
Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.