Thursday, October 30, 2014

‘Muslimah High Class’

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 



Buat diriku dan hawa-hawa sekalian, try Motivatekan diri kita dengan mengatakan ini setiap hari:
“Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang.
Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga.
Syurga itu Mahal, di huni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah).
Bukan yang sebaliknya.
Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Bismillah”.
Muslimah High Class?

Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada diri.

Rasa besar?. Rasa macam too extremeRareImpossible?

Bagaimana itu  muslimah High Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami?

Begini, High Class dari pemahaman aku ialah suatu yang terbaik, berkualiti tinggi, mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi.

Menyebut tentang High Class, aku jadi teringat pada pesan mama:
”Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya.  Kena kuat hadapi apa jua yang mendatang.
Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi dalam hidup kita. Paling tidak pun kita pernah berangan nak macam ni, nak macam tu. Normal lah tu.
Tambahan lagi, naluri seorang perempuan ni lembut dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yang terbaik untuk orang yang dia sayang.
Kalau boleh semua yang dilakukannya  adalah sehabis baik dan menyenangkan hati orang sekeliling.  Kebahagiaannya adalah apabila dapat membuat orang yang dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam menghadapi hidup.
Kesedihan baginya pula adalah apabila melihat orang yang dia sayang menangis, downstress atau sakit”.
Jika kita perhatikan sudah banyak orang ‘pung pang pung pang’ mengenai aurat.

Sampaikan ada yang membuatnya dalam bentuk lagu,  ada yang membuatnya analogi, ada yang membuatnya dalam ayat berbentuk pujukan, ayat berbentuk rayuan, ada yang buat pantun, ada yang buat video, dan seringkali juga dibincangkan dalam ceramah.

Tidak kurang juga yang membuat soal selidik  dengan pelbagai soalan yang berkaitan tentang aurat.

Di sini, bukan niat aku untuk bahas lebih tentang itu. Aku juga sedang dalam usaha berubah ke arah yang lebih baik, doakan aku.

Aku amat yakin yang semua manusia mempunyai fitrah untuk melakukan kebaikan dan sukakan kebaikan. Mentaati Allah adalah kebaikan. Malah ia turut membahagiakan dan menenangkan hati.

Aku yakin potensi setiap manusia itu ialah dia ingin berubah dan mampu berubah. 

Menjadi muslimah High Class itu bagi aku apa?

1. Muslimah High Class itu adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya.

Takut yang bagaimana? Takut dalam ertikata yang lebih tepat Beriman dan Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah.

Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya.

Maka disebabkan itu, dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.

Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami (bagi yang sudah berkahwin), mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

2. Muslimah yang High Class itu ialah yang setia.

Setia dalam banyak perkara. Terutama “ Sabar dan Solat” .

Ini ada disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah: ayat 45-46. Selain itu, dia setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

Tambahan lagi, dia juga setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari sehelai. Lepas tu insyaaAllah ada penambahan pula.
muslimah high class

Haa..begitulah..Bahkan, Muslimah High Class ini ialah dia yang setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi  sikap Nabi Muhammad s.a.w.

Bukan pula sebaliknya, iaitu mencurah kan kasih sayang bagai mencurah air ke daun keladi.

Macam tidak sudi. Seperti melepaskan batuk ditangga.

Hanya memberi sisa-sisa kasih sayang yang didalamnya suda terisi dengan rasa penat, mengantuk, dan moody.. Bukan juga yang khayal dengan dunia ciptaan sendiri.

Sibuk dengan  gadjet dan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Instagram, dan lain-lain lagi. Bukan tak boleh semua tu, cuma kita kena High Classlah dalam menguruskan masa. Kan.
3. Muslimah High Class itu, adalah muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah.

Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.

Jika kita yang sedang membaca ini berniat untuk berubah atau sedang belajar dalam melakukan perubahan. Teruskanlah. Tahniah saya ucapkan buat kita. We’re choosen.

Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkah lah sahabatku. Perlahan-lahan.

Mungkin akan kedengaran suara-suara merdu “ woi..lain sudah kau sekarang” “muslimah sejati tu…” “Ustazah” “ Khemah bergerak” “Cendawan” dan seangkatan dengannya.

Percayalah, ini normal. Berubah ni luas. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang ini sudah solat juga adalah satu perubahan.

Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.
“Change is never easy. But, remember that Allah always with you.
For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain.
He sees, He hears, and He is never too far.”
4. Muslimah High Class itu ialah seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup.
Percayalah, Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.

Sewaktu berada di sekolah menengah hinggalah sekarang, Allah uji kita dengan dugaan agar kita mengenali diri kita sendiri, banyak pilihan yang harus kita buat, kerap juga bergelut dengan bisikan hati dan perasaan. Keliru.

Ada ketika, Allah uji kita dengan menghadirkan seorang lelaki dalam hidup kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kewangan. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah keluarga.

Kadang-kala Allah uji kita dengan memberi penyakit kepada kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kawan-kawan. Kadang-kala Allah uji kita dengan kehilangan benda atau orang yang kita sayang.

Kadang-kala Allah uji kita dengan kemewahan. Kadang-kala Allah uji kita dengan jawatan dan ditempat kerja.

Dan Kadang-kala Allah uji diri kita dengan perasaan yang besilih ganti seperti sedih berpanjangan, riak, rasa diri cantik, rasa diri kurang cantik, rasa bimbang, rasa kurang keyakinan, dan segala rasa-rasa yang positif mahupun negatif. Beware!

Amalkan lah erti hidup pada memberi. Tenang dan menenangkan. Bahagia dan membahagiakan.

Banyaknya… macam susah je nak jadi Muslimah High Class ni?

Dan yakinlah bahawa akhirnya, Muslimah High Class itu akan dapat apa yang dia pernah beri. What you give, you get back. Itulah sifirnya.
muslimah high class

Contohnya, jika seorang perempuan berbuat baik kepada ibubapanya, insyaaAllah, anaknya jua nanti akan berbuat baik padanya.
Jika dia rajin melemparkan senyuman, bantu orang susah, akan dia dapati ramai manusia yang juga murah senyuman padanya dan membantunya disaat dia memerlukan.
That’s life. Allah maha adil.
Yakni tabah dengan ujian hidup yang akan datang. Allah menguji kita kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang berdikari.
Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang matang serta kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.
Lantas, Allah mendidik kita. Dengan lembut.
Baiknya Allah, dia mendidik kita dengan cara yang sesuai dengan diri kita, dengan mengambil kira segala sisi, yang termampu kita menanggungnya.
Akhir kata. jangan takut untuk berubah. pahit permulaan manis bak sweet candy di hujungnya.. Jaga diri Jaga iman moga dibawah redha ALLAH selalu.
notefoot : maaf atas pengunaan kata ganti nama dalam entry enrty pemilik blog ini. hal ini kerana ia lebih memudahkan pemilik blog ini dalam menulis. kerana blog ini bagai sebuah diari dan catatan beliau sebagai rujukan apabila dia lagha dan jatuh dari landasan. moga kalian tidak kisah dan tidak ambil hati. maaf dari hati. :")

Saturday, October 25, 2014

When I Lost My Bestfriends

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 


Its being a long time a go I did'nt update my blog. Allahu how I miss blogging so much. So here I am. tengah cuti semester beb. dah lama aku tunggu saat nih. saat di mana boleh tidur atas katil empuk milik aku, saat merasa masakan mama aku and of course saat menghidu bau rumah aku. arghh how I miss my hometown so much.

so guys. dalam aku menyepi. aku ditimpa pelbagai ujian dan cabaran. antaranya I lost my bestfirends. my very bestfriends. :"( Allahu. aku masih dalam keadaan terkejut. tapi aku harus redha. ini ketentuan ilahi. and yes it is ia sukar bagi aku. but i have to accept it. Tuhan lebih sayangkan dia.

Did you guys remember. my Geng Kasut Hitam?? the story behind the name. yeahh nama yang budak-budak sekolah aku gelar dulu dekat kami semua. yang terdiri daripada aku, sarah, kyna, azureen, alya. aifa and arwah shida. yes ......... my bestfriends shida leave us on 29.9.2014. AL-FATIHAH.

when I get that news. aku tak percaya. sebab aku terbaca di facebook. aku anggap budak nih main main. and aku sangat-sangat lah marah masa tu. aku tak boleh terima kenyataan. and when my phone was ringging. aku mula rasa lain. ALLAH moga itu bukan satu kebenaran. dan bila aku tengok siapa yang telefon aku dah start menggigil. its was from sarah. ALLAHU. kuatkan aku YA ALLAH. 

Sarah bagitau yang berita tu betul. and aku kaku. senyap. kelu. and air mata mula menitik. nangis dan nangis. aku jadi lose. tak tahu nak buat apa. hanya mampu nangis. and azan maghrib kedengaran. aku terus siap-siap. solat. dan sedekahkan yassin. ALLAH. itulah saat paling sukar.

aku terasa macam nak balik. nak balik kelantan malam tu jugak. tapi macam mana?? aku ada final project. and i need to submit as soon as possible. memang tak boleh balik. aku mula kelam. aku mula rasa bersalah. di saat arwah sakit. i was not there. takde sebelah dan disisi dia bagi sokongan. and waktu saat akhir dia. pom aku tak ada. hanya duduk dalam asrama nangis dan nangis. ALLAHU..

masa tuh aku jadi lemah selemah manusia. semua benda tak menjadi. its was so sudden. aku masih terbayang saat akhir jumpa dia masa raya puasa. saat aku main komen dengan dia  di instagram di mana dia upload gambar kitaorang dan ucapkan kata rindu. aku masih dalam keadaan terkejut.

aku mula rasa apa jenis kawan aku nih. aku biarkan dia lalui semua nih sendiri. bahkan waktu dia nak dikebumikan pom aku tak ada. maafkan aku shida. aku tak boleh pulang. komitment aku dengan kuliah dan final sangat sangat menghalang aku untuk pulang. maaf dari hati sayang

aku tahu. ini semua di luar kawalan kita. and aku nak kau tahu kehilangan kau mengajar aku sesuatu. sesuatu iaitu menghargai semua di sekeliling aku sebaiknya. jangan malu ucapkan sayang dan rindu pada seeorang itu kalau kita tak nak menyesal dikemudian hari. and itu yang aku alami sekarang. 

kau pun tahu aku seorang manusia yang susah nak tunjuk sayang dan kasih. aku seorang yang hati beku. baran dan ego. kalau boleh undur masa aku nak cakap tiap tiap hari yang aku sayang kau dan semua kawan kawan aku. cakap yang aku rindu sungguh sungguh dekat kau. 

dan aku rasa bersalah sebab lepas aku ke politeknik aku kurang berhubung dengan kau bahkan kalau cuti pom aku masih susah untuk keluar dengan kau. sebab aku kira ah masih ada hari esok.. banyak masa lagi buat apa aku nak tergesa gesa. dan tengok. ternyata benda tulah yang paling aku menyesal sekarang. maafkan aku sahabat.

dan hari nih. genap 27 hari kau tinggalkan kitaorang. dan kami semua sungguh dan amat rindukan kau. rindu nak mendengar kau membebel dengan kitaorang. 

kau lah sahabat yang sejati. terima aku apa adanya. terima baran aku dengan seadanya. sebab kau jugak sama baran nya dengan aku. tapi kau lebih baran. tapi kau cool. tak macam aku. hahaa.. arghh how i miss you.

sekarang pom duk rumah aku duk nampak kau aja. waktu niaga berger teringat kau yang suka oder kebab and berger ngan aku. lepak dekat gerai berger aku. bebel2 pastu balik. haha. :") 

untuk pegetahuan kau. kau tetap di hati kami GKH. kami sayang kau sungguh - sungguh. kepergian kau membuat kami sunyi. bergambar sekarang pom dah tak lengkap dan tak akan pernah lengkap sebab tiada kau. 

akhir kata.. moga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman sayang. kami di sini sentiasa mendoakan dan merindui kau. 

esok sarah dengan uyen dan nak balik tempat belajar masing masing dah. aku kyna ngan alya aja yang tinggal sekarang. tapi kyna ngan alya pom akan pergi jugak tak lama lagi. aku aja dekat kelantan sampai bulan 6 tahun depan sebab aku ada latihan industri dah. 

Thanks for being my wonderful friend. Thanks for everything happen in our friendship. Thanks for always support whatever I do. Thanks for this wonderful friendship. Last but not least thanks for be my very bestfriends ever. For arwah we all miss you so much. InsyaAllah I will visit you again. And for two of you. Kyna and alya also. Jaga diri. Jaga solat. Jaga kesihatan. Jaga iman jaga hati dan tolong jaga persahabatan kita sampai syurga. Take care kesayangan ku 

btw last but not least. we are miss and love u so much sayang.. damailah kau di sana. Al-Fatihah


There must be a reason why Allah puts you in such a situation. He will eventually gives you something beautiful. Sooner or later. Wait. Just wait
angkat tanda aman dan terus jalan. aku redha. aku kuat. dan aku tabah.



Monday, September 15, 2014

The Things Get Harder .. But

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 

Subhannalllah. Alhamdulilah. 

Well Hello guys. Here I am writing a new entry after a long time "krik krik krik" hahaha. Forgive me guys. Banyak sangat kerja sampai i dont know what I have to do first. Bercelaru habis kepala otak.

Then, the final was round the corner. makin sewel aku di buat nya. semua jadi kelam kelibut. and I was thingking should I give up?? naaa dush dush dush. Its not how Islam teach us. So I decide to go tru in what ever may happen. 

Aku makin memahami. Hidup sebagai mahasiswa dan mahasiswi tak semudah yang di bayangkan. I tought the campus life is more fun. but naaa its drive me crazy you know. How I miss my school life. tok sah menghadap perkataan redo redo redo and prap prap prap kerja kena koyak.. arghhh 

But again. ini semua dugaan kan. semua mengalami benda nih. Bukan aku sorang. so kenapa aku nak kena cepat melatah right?? naaa walaupun semua benda semakin susah semakin payah tak bermakna kita nak kena mengalah..

so I decide untuk terus berusaha dan berusaha tanpa mengeluh. okey tipu kalau tak. aku bukan manusia sempurna. kadang-kadang ada jugak megeluhnya. penyakit penyakit. Allah jauhkan aku dari sikap itu Ya Allah :")

so.. nak cakap bertapa ALLAH nih sayang dekat aku. dekat kalian semua. DIA tak pernah tinggal kita sensorang. pasti ada aja yang akan datang sokong bantu dan dokong. contoh terdekat. bila aku mula give up sebab skecthing asyik nak kena redo.. yewlah nasiblah jadi student graphic dan tidak punya otak yang kretaif bah kan tidak punya tangan yang berseni untuk melukis. DIA utuskan sahabat sahabat sekeliling untuk bantu dan dokong aku. naa masa tuh terharu tok sah cakap. bertapa diorang pom turut bersusah payah demi aku. duk bagi dokongan supaya aku teruskan. duk cakap kau boleh fiqah kau boleh. masa tuh lah rasa bertapa bertuahnya aku dikeliling dengan manusia manusia macam nih.

itu part kawan. part mama abah yang duk jauh dekat kampung nuh pom tak kurang hebatnya.. tiap kali on the phone dengan mama abah. diaorag tak putus-putus duk bagi semangat nasihat dan dorongan. arghh rindu mama abah lah pulak rasa :")

so what i want to share here. just simple 

even if the things get harder never give up. bacause ALLAH nevet let you down. He will help you with him own ways :") 

Bila mana sudah memberi sedayanya, tapi yang dapat hanyalah hampa. Lepaskanlah kerana mungkin takdir kau tiada untuknya. Ini kerana Tuhan sudah merancang yang lebih baik. Dan, Percayalah kehendak mu itu selalu terburu. Namun kehendak Allah sentiasa tepat pada waktu. Malah, tiada yang lebih bahagia daripada pilihan Dia.

Selain itu, berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup dan kerenah-kerenah manusia yang tak berkesudahan membuat aku mula matang sedikit demi sedikit dan mulai sedar akan satu hakikat aku sudah dewasa. Bukan lagi anak kecil yang masih duk bawah ketiak mama abah. Makan bersuap. Jalan dipimpin. Baju di pakai. Tidur di dodoi. 

Mama abah. Anak mu kini kian dewasa. Terima kasih atas segala penat lelah mu dalam membesarkan dan mendidik selama 19 tahun ini. Sayang kalian lilahitaala. 




Duhai Sahabat Teman Kawan dan semua. Terus berjalan dan jangan pernah pandang belakang. Jadikan kenangan lalu sebagai guru agar tidak kau tersalah lagi. Jadikan perkara lalu sebagai kenangan yang harus di kenang untuk jadikan pedoman. Jadikan kenangan belakang terus di belakang dan jangan di ulang. Perbaiki lah diri dari hari ke sehari. 

angkat tanda aman dan terus jalan



Wednesday, August 13, 2014

When Its Come About " Jodoh " and " Hidup "

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 

Its Auguts guys.. its been so long time I doesn"t update my blog.. tak cukup masa nak handle.. mana nak terkejar ke kelas nak terkejar sana sini jumpa lecture mintak proceed sketch lukisan. nak print survey and research assignment. tanpa faham konsep setiap subject. dengan diri yang tak terurus. hati ini sakit. kosong. everything is not fine. urusan dunia huru hara. semua kacau bilau. mana nak tunaikan kewajipan pada ALLAH. nak call mak ayah yang duduk dekat kampung. semua tu nak kena buat dalam satu masa. 

aku bukan mengeluh. cuma aku tak kuat dan tak daya nak buat itu semua dalam satu masa. aku hanya manusia.. manusia macam kalian.. nampak gagah senyum megah. tapi mereka tak tahu di malam hari menangis lemah. duduk tercorok sembunyi lemah. nangis teresak bagai nak lelah :") 

semua manusia di dunia butuh penegak yang mana lemah. butuh teman pendokong belakang di kala susah. sebab itu ALLAH ciptakan ramai manusia.. untuk saling lengkap melengkapi. bukan bermaksud saling melengkapi itu perlu berlainan jantina.. siapa kata?? salah itu salah. kita semua saling perlu. tok sah duk syok sangat menanti lawan jantina baru nak kata kau lah pelangkap hidup aku. lengkap mana yang perlu.. heyyy sapa kata.. mak ayah kita sudah boleh lengkap mana yang perlu.. kawan sahabat teman sudah cukup mana yang perlu. 

tak semestinya nak kena lawan jantina baru kau lengkap aku, aku lengkap kau.. *cuma pandangan aku sahaja. kita semua mempunyai berbeza pandangan bukan.. sebab itu kita digalakkan bermusyawarah. duduk bincang dan cuba selesaikan. bukan duk gaduh tak tentu hala.. *angkat tanda aman dan minum milo :)

"Therefore remember Me (Allah), I will remember you. And be thankful to Me (Allah), and do not be ungrateful to Me (Allah)." AlBaqarah [152]


But then..

I was looking through the windowsill. While the rain is pouring. Beautiful. Subhannallah!! Ah!! Malas nak melayan kerja yang berlambak atas meja. Pen di flip 360 darjah. 

Pandangan dihala ke luar tingkap.

"Mesti ada satu sebab atau benda lah yang buat kau jadi tak terurus macam ni" 

berdesing telinga.

" and why dont you reflect yourself frist before assuming others wrong?" 

hangat.

pipi hangat dengan cecair jernih.. ye aku nangis. " *lap air mata sambung minum milo 

"kau sebenarnya jauh dari ALLAH. Bukan ALLAH yang menjauh. tapi kau. kau yang letak tembok. kau sendiri yang put a distance between kau dengan ALLAH in oder to achieve kau punya mission kat dunia. dunia SEMATA!!! You know what?? kau tak bersyukur. lupa diri"

dushh

and its true. sebabkan masa tak cukup dn terkejar. sampai kau tinggal tak baca langsung AL-Quran dalam satu hari, even sehelai muka surat pom. sampai ada kelas yang berderet kau lengahkan waktu solat dan ada satu masa sampai kau kena qada sebab tertinggal?? aku zalim dengan diri sendiri.. tak tunaikan tugas as a khalifah kat dunia.

"You're down and out.. you just can't cope.. You wanna shout you lost all hope.."

Yes..

"On your knees.. begging please.. You turn and pray to find your way.."

Tears..

"Hey.. you make doa.. Allah's there.. whoever you are cos He cares..."

And when He cares..

"Then you forget.. to say thankyou Allah.. you forget to say In shaa Allah.. You forget to say Subhanallah.."

Such ungrateful me..

"Lets flashback lets backtrack.."

Ya Rabbi.

Aku jauh dariMu. Sebabtu hidup aku kelam. Huru hara. Aku lalai. Dah lama tak baca Quran dengan hati. Dah lama tak boleh menangis bila dengar ayatMu. Aku lalai. Lalai sangat..

Sticky note ditampal ke board. "Kau daie dan juga mad'u kalau kau nak masuk Syurga. Be a true Muslim. Sejati." Tampal ke board. Sambil sengih.

Allah tengah tengok aku. Allah lihat setiap usaha aku. Malu lah kalau aku sengaja buat buat lupa akan Dia. How could i. Berdoa minta Allah kabulkan permintaan tapi tak pernah nak please Allah sungguh2.

Dear myself,
Tolonglah berubah. In order to achieve Jannah. Seimbangkan urusan dunia dan akhirat. Dunia kita genggam. Akhirat kita peluk ketat ketat. Decide. Nak jadi macam mana.

To live well or hell, we choose.

Senyum. "Aku. Khalifah Allah. Aku. Dai'e dan insha Allah bersedia jadi mad'u"


Peduli kata orang. Terus jalan dan angkat tanda aman. 


dan jugakkk.. aku takut bila soal Jodoh di tanya dan di persoal.. takut saat aku di dekat dan mendekat. mendesak aku tuk menerima seorang. sedangkan aku seboleh dan sedaya mungkin untuk tidak dan terus tidak.. aku.. aku seboleh mungkin menjaga dan mengawal. tapi faktor sekeliling membuatkan aku lemah. hendak menolak aku tak terdaya.. bila aku menerima aku terseksa. 

di faktor usia aku.. 19 tahun. soal ini makin kuat menggoda.. makin kuat memanggil. aku seboleh menolak dan menidak.. aku cuba mengawal agar aku tetap kuat. tetap pegang dengan pegangan aku.

sungguh aku lemah.. aku lemah melawan ia sendiri.. sahabat teman dan kawan.. fahamilah.. aku di sini ada misi.. aku di sini ada pariority.. aku di sini sedang berjuang. berjuang demi kebanggaan mama abah. jadi mohon jangan menarik dan memujuk.. aku tetap dengan misi aku. aku tetap dengan pariority aku.. aku akan tetap sendiri.. walau di kata aku seorang wanita sunyi dan sepi. tapi bagi aku.. akulah wanita paling bahagia dalam sepi.

aku ada ALLAH yang menjaga hati aku. menjaga agar hati aku tetap suci dan bersih. menjaga agar hati aku hanya akan diterima dan dijaga oleh sang suami. orang halal bagiku. bukan buat kamu teman lelaki bah bukan buat kamu crush * minum milo lagi cicah dengan biskut kering

hanya disebabkan secebis gambar itu kalian menggangap aku berteman.. sungguh aku tahu aku khilaf.. aku lalai seketika.. dulu seboleh mungkin aku menolak untuk tidak. sungguh percayalah.. hati aku milik ALLAH dan hanya dia yang bisa memilikinya selain kedua ibu bapa aku dan bakal suami aku. tidak dia dan tak akan mungkin dia.. aku harap kalian faham.. aku masih sendiri dan belum dimiliki. maaf atas segala keterlanjuran. aku hanya manusia lemah dan aku hanya manusia yang penuh khilaf

mohon fahami mohon mengerti.. 


Forgive and forget all harm that others have causedyou. Forgive as many times as you want allah to forgive you. Forgive me too then. Sengaja atau tak sengaja. May Allah bless.






Thursday, July 17, 2014

Kerana Aku Tidak Punya Apa

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 

Ya Allah Ya Rabbi.. 

Quickest update!

Daripada Rasulullah S.A.W : “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.” 

Kerana aku tidak punya apa-apa
aku sering merasa rendah
cuba untuk bangkit
namun lagi sekali aku rebah

aku ingat aku lemah
tapi rupanya tidak
Tuhan itu maha indah
di kirim rindu buat aku dalam ujian
di timpa ke atas aku segala dugaan

sering sebelum ini
aku letak segala kebergantungan kepada manusia
dan dengan itu aku rebah dan makin rebah
sampai aku tersungkur baru nak terngadah

sampai satu saat
aku mula sedar mula celik
jika dari dulu dari awal 
aku meletak segala kebergantungan itu
kepada ALLAH S.W.T 
mana mungkin aku rebah
mana mungkit aku terngadah
malah hidup aku penuh tabah
hidup aku penuh syukur
senyum aku penuh megah

wahai hati wahai jiwa
wahai iman wahai jasad
saksikan dengan mata
rasakan dengan jiwa
kau sedang tinggi

payah payah semalam 
moga mudah semula

tiap yang mematah semangat mu
tiap yang memijak henyak
tiap yang menolak 
biar.. biar itu semua di belakang mu

seringlah ingat akan kasih mu yang SATU
ALLAH S.W.T yang ESA
nescaya.... setiap rebah
setiap yang memijak henyak
setiap yang menolak 
setiap yang mendongak
setiap yang angkuh
setiap yang sombong
setiap yang mematah tegak mu berdiri
setiap yang mengutuk setiap yang menghina 
setiap segala kata nista

kau anggap lah itu suatu mimpi..
mimpi yang hanya datang sekejap
berlari seperti angin

jangan kau kenang
moga di buang segala dendam dan sayu
kerana kau tahu itu semua pasti ada hikmah
jadi kenapa kau harus menangis lemah
tersungkur rebah
terjelopok lemah


BANGUN... dan tersenyumlah..

ALLAH ada bersama kamu.. 24 jam menyanyangi mencintai memerhati mendoa buat mu
mendengar kesah dan lelah kamu..


doakan untuk saudara muslim kita di sana.. doakan anak kecil yang tidak berdosa itu.. doakan moga semua ini berakhir. sungguh aku lemah tuk melawan kuasa ALLAH. tapi aku percaya pada kuasa doa.. aku percaya jika semua umat islam duduk berdoa semua ini akan berakhir.. jika semua bersatu hati demi saudara islam kita di Palestine Syria dan Gaza sana semua ini bakal berakhir. :") doa lah kawan sahabat teman .. doa. hanya itu senjata kita.. aku mohon dengan sungguh hati. aku mohon :")


Salam sayang dari aku. Moga kalian di bawah redha ALLAH selalu. 



Saturday, July 12, 2014

Kehidupan Dan Berubah :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 

Quickest update!


Ya Allah Ya Rabbi i missed blogging so bad. Serius :")

btw its not to late for me untuk mengucapkan salam Ramadhan Al-Mubarak everybody.. jom sama-sama kita audit diri tuk jadi lebih baik.. belum terlambat.. insyaALLAH.. dalam kehidupan.. tak ada istilah belum terlambat untuk berubah. serius tak ada.. percayalah.. ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyayang kesayangan Fiqah semua :D

Kehidupan merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Esa,iaitu ALLAH S.W.T. yang tidak ternilai harganya. Tetapi kebanyakan manusia tidak menggunakan masa hidupnya dengan sebaik mungkin.Sebagai contoh, kita lalai dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH, terlalu cintakan dunia, tidak mahu mati kerana terlalu sedih untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
Selalu kita dengar kata-kata seorang pujangga iaitu :
“Kumpulkan kekayaan seolah-olah kita hidup di dunia ini selama-lamanya dan beramallah seolah-olah kita akan mati pada hari esok”.
Kata-kata ini mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Cuba kita fikirkan kenapa pujangga tersebut mengatakan kita perlu kumpulkan harta kekayaan seolah-olah kita hidup selama-lamanya? Sebabnya ialah ianya merupakan perkara yang penting bagi seseorang manusia.
Tetapi kita kena ingat,janganlah kita menjadi seorang yang bongkak dan takbur kepada ALLAH dan sekalian makhluknya apabila kita mempunyai kekayaan kerana kekayaan tersebut merupakan pemberian ALLAH kepada kita.Seboleh- bolehnya kita menggunakan harta kekayaan kita untuk membantu golongan miskin.
Maksud beramal seolah-olah kita akan mati pada hari esok ialah mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke alam kubur yakni alam barzakh.Kita lihat gelagat manusia di sekeliling kita adakah mereke sentiasa gembira atau sedih sepanjang kehidupan mereke?Kadangkala kita memikirkan alangkah indahnya kalau Allah memberikan kita harta kekayaan yang melimpah ruah tanpa berusaha.
Itulah pemikiran manusia yang malas berusaha.Allah Taala telah berfirman dalam al-Quran,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tidak berusaha untuk mengubahnya.Jelas dalam ayat al-Quran bahawa Allah tidak akan menolong orang yang tidak berusaha untuk mengubah dirinya.


Tika ditanya tentang perubahan
Pastinya berat melangkah ke alam baru
Sunnah alam untuk berputar berubah
Begitu juga insan
yang membentuk sebahagian isi alam
Bukan sifatnya Muslim untuk berada di takuk lama
Sejenak melangkah ke baru
Lumrah untuk merasa tergamam
Kerana setiap pilihan hadirnya
bersama tanggung dan jawab
Tapi itu hanya sementara,
Jangan terlalu lama berdiri tergamam
Teruskan melangkah ke hadapan
Tinggal saja ketakutan mu di belakang
Terus melangkah dengan harapan
Menuju ke pintu harapan
Di antara khauf (takut) dan rajaa’ (pengharapan)
Teruskanlah melangkah ke arah TuhanMu,
ibtisaman, senyum pada takdiranNYA
Cukuplah Dia sebagai penolong,
dan Dialah sebaik-baik pelindung… Allah

Justeru itu,segala-galanya terserah pada diri kita sama ada mahu mengubah nasib kita atau tidak.Fikirlah tentang diri anda.Usahalah untuk mengubah hidup anda.