Saturday, July 12, 2014

Kehidupan Dan Berubah :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 

Quickest update!


Ya Allah Ya Rabbi i missed blogging so bad. Serius :")

btw its not to late for me untuk mengucapkan salam Ramadhan Al-Mubarak everybody.. jom sama-sama kita audit diri tuk jadi lebih baik.. belum terlambat.. insyaALLAH.. dalam kehidupan.. tak ada istilah belum terlambat untuk berubah. serius tak ada.. percayalah.. ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyayang kesayangan Fiqah semua :D

Kehidupan merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Esa,iaitu ALLAH S.W.T. yang tidak ternilai harganya. Tetapi kebanyakan manusia tidak menggunakan masa hidupnya dengan sebaik mungkin.Sebagai contoh, kita lalai dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH, terlalu cintakan dunia, tidak mahu mati kerana terlalu sedih untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
Selalu kita dengar kata-kata seorang pujangga iaitu :
“Kumpulkan kekayaan seolah-olah kita hidup di dunia ini selama-lamanya dan beramallah seolah-olah kita akan mati pada hari esok”.
Kata-kata ini mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Cuba kita fikirkan kenapa pujangga tersebut mengatakan kita perlu kumpulkan harta kekayaan seolah-olah kita hidup selama-lamanya? Sebabnya ialah ianya merupakan perkara yang penting bagi seseorang manusia.
Tetapi kita kena ingat,janganlah kita menjadi seorang yang bongkak dan takbur kepada ALLAH dan sekalian makhluknya apabila kita mempunyai kekayaan kerana kekayaan tersebut merupakan pemberian ALLAH kepada kita.Seboleh- bolehnya kita menggunakan harta kekayaan kita untuk membantu golongan miskin.
Maksud beramal seolah-olah kita akan mati pada hari esok ialah mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke alam kubur yakni alam barzakh.Kita lihat gelagat manusia di sekeliling kita adakah mereke sentiasa gembira atau sedih sepanjang kehidupan mereke?Kadangkala kita memikirkan alangkah indahnya kalau Allah memberikan kita harta kekayaan yang melimpah ruah tanpa berusaha.
Itulah pemikiran manusia yang malas berusaha.Allah Taala telah berfirman dalam al-Quran,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tidak berusaha untuk mengubahnya.Jelas dalam ayat al-Quran bahawa Allah tidak akan menolong orang yang tidak berusaha untuk mengubah dirinya.


Tika ditanya tentang perubahan
Pastinya berat melangkah ke alam baru
Sunnah alam untuk berputar berubah
Begitu juga insan
yang membentuk sebahagian isi alam
Bukan sifatnya Muslim untuk berada di takuk lama
Sejenak melangkah ke baru
Lumrah untuk merasa tergamam
Kerana setiap pilihan hadirnya
bersama tanggung dan jawab
Tapi itu hanya sementara,
Jangan terlalu lama berdiri tergamam
Teruskan melangkah ke hadapan
Tinggal saja ketakutan mu di belakang
Terus melangkah dengan harapan
Menuju ke pintu harapan
Di antara khauf (takut) dan rajaa’ (pengharapan)
Teruskanlah melangkah ke arah TuhanMu,
ibtisaman, senyum pada takdiranNYA
Cukuplah Dia sebagai penolong,
dan Dialah sebaik-baik pelindung… Allah

Justeru itu,segala-galanya terserah pada diri kita sama ada mahu mengubah nasib kita atau tidak.Fikirlah tentang diri anda.Usahalah untuk mengubah hidup anda.

No comments:

Post a Comment