Thursday, November 29, 2012

The End Story Of the Year.. Good Bye :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. :) 


ALHAMDULILAH.. Finally SPM is over.. yeahh
and now I"m officially as LEPASAN SPM :') 

ramai orang cakap kalau dah SPM mesti.. mesti rasa sayang nak tinggal sekolah.. and now Fiqah mengaku.. memank.. memank sayang nak tinggal sekolah.. sayang nak tinggalkan kenangan yang kami semua cipta di sekolah selama bertahun-tahun lamanya.. susah senang kami bersama.. study sama-sama.. makan sama-sama.. main sukan sama-sama.. gelak sama-sama.. nangis sama-sama and kena marah pom sama-sama.. denda pom sekali.. :") YA ALLAH susahnya nak tulis entry nih..

tapi hari nih..bila jam dah berdetik pukul 12 tengah hari tadi aku langsung tak rasa happy.. hantar kertas dekat pengawas pom macam teragak-agak.. macam tak nak hantar.. kalau boleh nak putar balik jam tuh.. tak nak hadapi perpisahan.. Fiqah pernah mention kan dulu.. yang Fiqah tak pernah dan tak akan pernah suka akan perkataan perpisahan.. but today.. Fiqah kena hadapinya lagi sekali.. arghh kemon... tak best langsung.. sungguh - sungguh tak best.. :")

memank tak di nafikan..Fiqah lega sebab SPM dan habis.. tak yah bangun dini hari lagi dah untuk baca buku.. tak perlu bangun awal lagi dah untuk bersiap-siap pergi sekolah.. tak perlu tiap-tiap malam gosok baju sekolah.. tapi dalam pada masa yang sama Fiqah sedih.. sedih sebab kena berpisah dengan kenkawan yang lain.. terutamanya my classmates 5 Gemilang 1 and my GKH friends  dan jugak kawan2 yang lain :") mesti aku akan rindu kenangan yang pernah kami cipta.. gelak nangis semua nya kami lakukan bersama.. ke ada yang gelak sorang-sorang.. hikhikhik :P

tapi Fiqah yakin even kami dah tak bersekolah lagi next year.. ukhwah antara kitaorang kuat sangat.. macam adik beradik.. semuanya memerlukan antara satu sama lain.. insha ALLAH :") Even kitaorang busy macam mana pom.. kitaorang pasti akan cari jalan untuk chill up together.. :") insya ALLAH

so lets enjoy our last moment of this year.. :")










* cikgu lelaki tuh ketua pengawas peperiksaan kami.. such a sporting guy :") 

semoga ukhwah antara kita akan kekal sampai bebila..insha ALLAH.. miss you  and love you guys so much :") ingat aku selalu tau.. a big hug for you guys.. opsss just for a girl.. lelaki no okey :") kenang daku dalam doa mu yew.. arghh.. :")


p/s : sewaktu aku tulis entry nih.. hujan turun dengan lebat kat luar sana :") macam tahu-tahu kan gelora hati kami semua malam nie :") btw ramai kawan2 aku tak ada dalam entry nih.. kalau boleh memank aku nak letak semua.. tapi korang takde saat2 terakhir kita.. sebab ada yang tak exam hari nie.. :") tapi tak pe.. wajah korang semua dah aku sematkan dalam hati.. insha ALLAH aku tak lupa sampai bebila.. :") 


Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan jugakk.. 


SALAM MAAL HIJRAH 1434H :")


TAHUN BARU 14 NOVEMBER 2012 bersamaan dengan 1 MUHARRAM 1434H

Salam Maal Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini Fiqah ucapkan. Semoga tahun 1434H menjadi tahun yang lebih bermanfaat dan menjadikan kita umat islam yang lebih mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. Semoga dengan tahun baru ini jugak dapat menjadikan kita umatnya yang lebih matang dalam membuat keputusan dan lebih bijak dalam menguruskan masa agar tidak tersia-sia dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.. Insha ALLAH :") mudah-mudahan..  Selain itu, perbanyakkanlah ibadat nawafil dan cubalah menjauhi segala larangan-Nya agar hidup kita lebih di berkati di dunia dan jugak di akhirat. .Insha Allah.. 

harapan Fiqah.. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini menjadikan Fiqah seorang hambaNYA yang lebih baik.. taat dalam mengerjakan suruhanNYA dan taat jugak dalam meninggalkan larangaNYA..Insha ALLAH :") Selain itu, mudah-mudahan Fiqah juga menjadi insan yang lebih tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan di muka bumi ini.. menjadi anak yang solehah dan taat kepada kedua orang tua.. dan menjadi seorang anak yang membangga dan mengembirakan hati kedua ibu bapa Fiqah.. menjadi seorang sahabat yang baik dan menyenangkan hati kawan-kawan yang lain.. 

selain itu.. bersempena dengan tahun baru ini jugak.. Fiqah bermohon agar Fiqah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM Fiqah.. semoga usaha yang tidak seberapa Fiqah sebelum ini dapat membantu Fiqah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM agar dapat membals jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa Fiqah yang berhabis wang untuk membiayai yuran persekolahan. membalas jasa pengorbanan tenaga yang berulang alik mengambil dan menghantar Fiqah ke sekolah.. dan masa mereka dalam mendidik Fiqah menjadi anak yang solehah :") selain itu, memberi Fiqah peluang tuk membalas jasa dan pergorbanan semua guru-guru yang berhabis masa dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar dan ilmu yang tidak ternilai. hanya ALLAH yang dapat membalas jasa dan pergorbanan mereka semua akibat daripada terpaksa mengabaikan keluarga mereka sendiri demi mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna :") \

akhir kata.. semoga kedatangan tahun baru ini membawa seribu makna dan seribu kebahgiaan buat kita semua umat islam di dunia.. :") Insha ALLAH :") jauhilah larangannya nescaya kamu akan mendapat keredhaan-NYA di dunia malahan di akhirat kelak.. Insha ALLAH :")



Saturday, November 10, 2012

The Story Begin's Here

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat blogger and semua-semua lah sahabat yang sudi menjengah blog saya ini.. ceyy gituu.. HAHAHA :P long time no see you kan?? dah rindu tahap kura-kura tergolek dah nih haa.. :") mesti korang duk cakap " eh mana pergi nya cik Fiqah kita yang comeles nih.. lama menghilang.. langsung tak kasi khabar berita.. rindu dia dah nih " aicecececec..comeles yang tak leh blah tuh.. naik troli tolak sendiri nampak.. HAHAHA :p

sebelum tuh.. let me show you my latest and lotest gambar.. lotest?? apa tuh.. erkk entah.. HAHA

 gambar blur?/ ahh memank.. blur tu kan seni mempertahankan diri.. HAHA :P  *EYEBERG seberat 5 kilo.. haha :P

sebenarnya korang mesti dah sedia maklum kan yang Fiqah sekarang tengah sibuk dengan examination.. SPM lagi okey..bukan calang2 exam nih.. ini adalah penentu masa depan Fiqah.. sebab tuh lah Fiqah tak update blog lama gila.. bukan sengaja.. Fiqah tersangatlah kesuntukan masa.. rush sana rush sini.. sampai kesihatan pom tak terjaga.. 3 days before exam. I got a fever.. Fiqah dah mula risau.. mama abah apatah lagi.. cikgu lagilah.. masa majlis izin ilmu.. semua cikgu cakap.. jangan lupa makan ubat.. jaga kesihatan.. jaga permakanan.. masa tuh baru aku rasa..  YA ALLAH ramainya cikgu-cikgu sayang aku.. :") key sedih kejap.. HAHA :p tetapi alhamdulilah pada 5 November 2012 demam Fiqah dah kebah walaupun selsema tuh still lagi menyelubungi Fiqah.. tak apa lah.. kira okey la tuh kan.. berkat doa mama abah and guru2.. Fiqah boleh ajwab paper Bm dengan tenang.. ALHAMDULILAH :") 

So dah alang-alang ada masa free nih Fiqah cuba tuk update blog.. even if Fiqah still dalam mood exam :") cuba ambik masa terluang tuk menulis entry.. sebab Fiqah risau korang rindu dengan penulisan Fiqah.. erkk?? syok sendiri lagi sekali.. macam lah ada sangatkan.. 

so just wanna say.. sepatah dua kata.. tolong doakan Fiqah dapat menyelesaikan peperiksaan SPM ini dengan lancar, semoga di jauhkan dari segala musibah yang mendatang..  diberikan ketenangan semasa menjawab peperiksaan.. semoga Fiqah tidak blur atau kehilangan idea ketika menjawab exam nanti.. semoga Fiqah dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.. supaya Fiqah dapat menebus kembali jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa Fiqah yang tersayang.. yang telah banyak berhabis duit tuk hantar Fiqah ke sekolah agar menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.. jasa dan pergorbanan semua guru-guru yang mengajar Fiqah agar Fiqah menjadi insan yang berpengetahuan.. sehingga mereka guru-guru sanggup mengorbankan masa bersama keluarga mereka :") sungguh besar pergorbanan mereka tuk kita semuakan?? 

so akhir kata... insha ALLAH selepas tamatnya peperiksaan Fiqah pada 29.11.2012.. Fiqah akan cuba mengudatekan blog ini sekerap mungkin agar dia tidak lagi sunyi.. doakan kejayaan Fiqah yew.. :") BYE2