Sunday, July 7, 2013

Kehidupan Baru :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 

Alhamdulilah. Atas limpah dan kurnia nya Fiqah masih di beri kesempatan tuk mengupdate blog setelah  satu bulan lebih tak update. seperti yang sedia maklum dalam entry Fiqah yang last hari tu. Fiqah ada menyatakan yang Fiqah tengah sibuk dengan perurusan proses untuk Fiqah melanjutkan pelajaran Fiqah di IPTA.. Alhamdulilah dengan izin dari ALLAH semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulilah :") 


Syukur ke hadrat ilahi kerana perjalanan pergi dan balik keluarga Fiqah dari kelantan yang menghantar Fiqah ke bumi Muadzam Shah Pahang ini selamat. Terima kasih Fiqah ucapkan kepada semua yang mendoakan keselamatan pergi dan balik keluarga Fiqah. Jasa kalian amat-amatlah Fiqah hargai. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya :) terima kasih akhi dan ukhti. 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi jugak kerana masih diberi kesempatan  kepada Fiqah untuk bernafas dan berpijak di bumi Allah. Dan jugak syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang dan ruang untuk menimba ilmu. Alhamdulilah :) Inilah kehidupan Fiqah yang baru. Sekarang Fiqah menuntut di Politeknik Muadzam Shah Pahang sebagai bepelajar Diploma Reka Bentuk Grafik. Sejujurnya tidak mudah untuk menjadi seorang pelajar Diploma Reka Bentuk Grafik ini. Banyak dugaan dan cabaran nya. Ye Fiqah tahu tak ada benda yang mudah dalam menuntu ilmu ini. Disebabkan itulah kita harus ingat pada ALLAH.. harus dekat dengan ALLAH harus merintih pada ALLAH agar dipermudahkan jalan untuk kita menuntut ilmu. Jangan nak menyombong pabila menjejakkan kaki ke mana-mana IPTA mahupun IPTS. Kerana yang memberi rezeki itu adalah ALLAH. kita sebagai hambanya harus bersyukur bukan menyombong diri kerana dapat menyambungkan pelajaran. ingat pada yang tak bernasib baik.. masih ramai di luar sana yang tidak bernasib baik seperti kita. Jadi dengan peluang yang ada ini. Gunakanlah sebaiknya. Jangan hampakan harapan mak ayah kita yang bersusah payah menghantar kita ke sini. Buktikan kepada mereka.. berikan mereka kebanggan :) bukan kedukaan 


Pertama kali menjejakkan kaki Fiqah di sini, Fiqah dah tanamkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa kedua ibu bapa Fiqah dan keluarga Fiqah yang datang jauh dari Kelantan untuk menghantar Fiqah ke bumi Muadzam Shah ini. Peluang sudah diberi, kenapa kesempatan ini tidak digunakan? Jangan hampakan harapan mereka.. Sudah hampir 3 minggu lebih Fiqah di sini.. dan minggu depan kita semua akan menyambut bulan yang penuh barokah iaitu bulan Ramadhan.. MasyaALLAH cepatnya masa berlalu. Fiqah merasakan baru semalam Fiqah menjejakkan kaki ke sini. Ramadhan pertama yang disambut jauh dari keluarga. SubhanaALLAH :) kuatlan lah semangat ku Ya ALLAH. sesungguhnya ini jugak suatu ujian buatku maka kau kuatkanlah semangat ku :) 

sekarang Fiqah tengah sibuk dengan assignmnet yang bertimbung. seperti Fiqah nyatakan tadi. menjadi pelajar Diploma Reka Bentuk Grafik bukan sesuatu yang mudah. di kala pelajar jurusan lain sedang nyenyak tidur kami pelajar reka bentuk grafik masih elok di meja belajar menguruskan assignment yang bertimbun. ini jugak salah satu ujian buat ku YA ALLAH maka kautkan lah semangat ku. kau jauhkan lah aku dari sikap cepat berputus asa dan menyerah kalah. ini demi membalas jasa kedua ibu aku dan demi masa depan aku di dunia ini YA ALLAH :) InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja. Man Jadda Wajadda.

menjadi pelajar reka bentuk grafik sangat mencabar, kerana kami tidak punya final exam. kami banyak art work yang nak kena buat. kami banyak final projek yang nak kena submit. kami banyak quiz. kami banyak assignment. kami banyak nak kena buat presentation. maka kalian doakan kami. doakan kami agar kami tidak menyerah kalah. doakan kami agar kami dapat siapkan segalanya seperti mana yang pensyarah hendakkan. doakan kami agar kami dapat siapkan sebelum tarikh yang di tetapkan.. semoga kami dapat siapkan suatu art work yang membanggakan pensyarah kami.. doakan kami :) 

okeylah. mungkin ini sahaja yang dapat Fiqah kongsikan. masih banyak assignment perlu Fiqah siapkan. maafkan Fiqah andai Fiqah ada terkasar bahasa dengan kalian. doakan kejayaan Fiqah di sini sebagai pelajar diploma rekabentuk grafik. doakan Fiqah agar Fiqah dapat hadapi segala dugaan dan cabaran hidup di sini dengan sabar ikhlas dan redha. sebelum itu Fiqah ingin nyatakan di sini mungkin Fiqah akan semakin jarang update blog memandangkan Fiqah terlalu sibuk untuk memanjakan blog Fiqah seperti sebelum sebelum ini.  Fiqah tidak punya masa yang mencukupi selain daripada line internet yang "laju" gila dekat sini.. yew lah guna wifi kamsis politeknik. memank lah susah kan. dugaan dugaan :) So jangan rindu Fiqah tau.. owh k, dah terperasankan diri sendiri dah.. HAHA :p insyALLAH lepas raya baru nak beli broadband. pakai duit raya bak hang.. :p okeylah masih banyak yang sedang menanti ini.. insyALLAH ada masa Fiqah sambung balik sembang dengan korang kongsi pengalaman Fiqah dekat sini.  Assalamualaikum akhi dan ukhti sekelian :) 


Aku cuma insan biasa dengan cita-cita luar biasa menyahut seru baginda SAW menjadi al-fateh zaman ini. insyaALLAH