Friday, January 23, 2015

Hijrah is not just sweet talks.

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 


Hey guys?? Whastappp yoww?? eh?? jap bila hang jadi rappers fiqah?? haha
naa just abaikan kelakuan kebudak budakan di atas. *betulkan tudung.

so lurus pada titik. 


Hijrah ?? aku bila cakap pasal hijrah nih terasa macam suatu aura yang sangat sangat positif yang meresap dalam diri aku. which means. aku jadi excited gila nak bercerita. nak cerita kisah aku yang dulu yang jauh lara dengan kisah aku yang sekarang. tak daklah sampai aku tahap alim bak sini tanya semua fiqh dan hadis aku boleh sembang kencang. tak daklah sampai macam tu. tapi okey la juga kalau nak banding dulu. sekarang tak dak lah jahil sangat. berilmu lah jugak sikit. sikit la. masih belajar. doakan aku moga istiqamah.


ramai yang nak hijrah sebenarnya. but they are afraid. takut apa?? takut kena perli. takut kena ejek. takut tak kekal lama tup tup balik asal then kena kutuk kaw kaw ah. sure kena nya. sebab tu aku selalu mintak korang doakan aku. sebab kekadang aku nih lost. lagipun aku mintak doakan yang baik baik ja. jangan hang duk doakan yang buruk buruk lak. tak mau tak mau :P


so guys Hijrah is not just a sweet talks. cakap mudah woii but to stay on it. susah gak ah. sebab kita nih jenih manusia yang mudah lost. susah sikit tak leh. senang sikit tak leh gak.

so macam mana nak stay?? okey meh sini nak share. nih kaedah yang aku duk guna.. korang nak ikut ikutlah. tak nak tak pelah maybe you have your own ways. tapi toksah lah kecam aku noh. ihiks..

ehem2.. *minum milo

okey.. cengini. did you ever heard "Mutabaah Amal" ??? okey cenginilah senang cerita. dia macam jadual waktu korang. yes jadual kelas. yes korang punya planner hari nih nak buat apa. esok buat apa.. haaa gituuu kekdah dia..


so here it is. contoh mutabaah amal tuh. ini yang aku punya la. korang boleh adjust mengikut korang sendiri punya kesesuian. apa yang korang nak tekankan. perbaiki kan. dalam kata lain istiqamah. takpe sikit takpe. yang penting istiqamah. 

korang print tampal dekat meja study. tak pom depan cermin. sebab comfirn tiap tiap hari nengok cermin. and bila tengok cermin kita akan ternampak and terus terbaca and terus terdeep sensorang. eh aku tak buat ini lah hari nih. 

dia macam memotivasikan diri. macam bagi pesanan halus. bila hujung bulan tengok balik mana yang macam jarang jarang buat. so masa next month tekankan sikit mana yang jarang jarang buat tu. lama lama korang akan terbiasa dengan benda tuh sampai korang akan terbuat dengan sendiri tanpa melihat mutabaah amal nih. sampai satu masa dah tak perlu dan mutabaah amal nih. gitewwwwwwww 

so nak Hijrah senang tapi kita kena selalu kuatkan semangat. cekal kan hati. istiqamah penting. biar sikit. lama lama korang akan upgrade. macam telefon jugak. takdenya gedebukk keluar terus canggih. dia upgrade slow slow. kalau tak takdelah tukar handphone tiap2 bulan kannnnnnnn.. eh.. kayanya tukar tiap tiap bulan. hahaha :P

so selamat beramal guys. hijrah jom. masih belum terlambat.. pintu taubat selalu terbukak. mana tahu nanti dekat syurga kita jiran. kannnnnn.. comel nyaa :") yang penting jangan peduli dengan kata orang.. jangan hiraukan diaorang cuba nak jatuhkan semangat korang tuk berubah. iu ujian ALLAH. biasalah.. kita nak kan syurga.. mahal tau. jadi mesti banyak liku liku yang kita kena tempuh. so tabahkan hati. mintak ALLAH kuatkan semangat. kalau ada yang iri hati. doa dekat ALLAH supaya kirimkan kebahagian buat dia sampai dia lupa nak kacau kita yang nak berubah ke jalan ALLAH nih. sambil sambil tuh doakan biar dia ikut berubah sekali. ingat doakan yang baik baik aja yew. tak mau doa yang buruk buruk. tauuuuuuuuu..



okey lah selamat berhijrah akhi ukhti. Fi Hifzillah




Thursday, January 8, 2015

Fi Hifzzillah Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 

well hello guys.. whatsapp?? aiceceh *kelip kelip mata


btw its a Quickest update!
need to rush. ada kerja tapi tengah nak memastikan sejarah tak berulang. aku tak nak blog aku jadi macam tahun lepasssssssssssssssss. 14 entry for one year?? hahahah. nampak dak aku punya blog sangat sangat terabai tahun lepas. *belai belai blog.

so guys. people nowdays keep saying "Take Care" bila nak berpisah dengan kawan ke family ke husband ke wife ke even sapa sapa lah. so let make it simple. apa aku nak cuba cakap dekat sini adalah. apa kata kita kita ubah ucapan "Take Care" kepada " Fi Hifzillah" kenapa?? sabar aku ada jawapan dia. sat nak minum milo.

kalau kalian nak tahu. 
Ucapan lain bagi "Take Care" ialah "Fi Hifzillah" 
apa maksud "Fi Hifzzillah" ?? 
maksudnya ialah "moga di bawah jaga ALLAH selalu"
kalau kita lafazkan "Take Care"
kita minta dia untuk menjaga dirinya
tapi kalau kita kata " Fi Hifzillah"
kita mintak ALLAH S.W.T jagakan dia

so mana lagi best??
mana lagi sweet??
mestilah yang "Fi Hifzzilah" kan??







jadiii Fi Hifzillah sahabat sahabat terutama yang dalam melaksanakan misi misi bantuan banjir dan sedang berjuang dalam mengejar ilmu ALLAH. Moga ALLAH bantu dan jaga kalian.

buat yang tengah menghadapi peperiksaan sekarang. 

Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah 

maksudnya

Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..amiin

nanti aku huraikan pasal doa dekat atas tu pulak. insyaLLAH. ingatkan aku jika aku lupa. 

Friday, January 2, 2015

New Chapter New Life New Me

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 



" Segala Puji Bagi ALLAH tuhan sekelian alam "

Its being a long time a go I did'nt update my blog. Allahu how I miss blogging so much. Maaf sebab aku terpaksa mengambil masa yang lama tuk muncul dalam blog. Bukan lupa daratan ke hapew but I'm to busy kalah semua orang.. semua semua lah. konon konon aku lah yang paling busy dalam dunia nih. gitewwwww.. *kenyit mata konon comel. jadi maafinnnnn ( baca 6 harakat ) aku yew. 

so semua duk tau dah yang sekarang nih dah masuk tahun 2015. so aku tok sah duk sembang kencang lagi ah sebab semua dah sedia almaklum. so aku rasa better lurus pada titik which means striaght to the point. gitewww. english aku memank terbaik. *batuk .. so doa doakan aku moga tahun 2015 nih aku rajin sikit hupdate blog supaya tak menjadi macam tahun lepas dimana hanyaaaaaaaaaaaaa ( baca 6 harakat lagi sekali ) 14 entry sahajaaaaaaaa.. ALLAH.. apakah ini semua.. okey stop it fiqah. toksah duk drama sangat. :3 

so dah kata tahun baru kan?? memank tak leh lari dari pertanayaan dan persoalan apa azam tahun baru anda??? giteww.. sampai aku rasa nak tempek atas dahi siap siap supaya tak usah bertanya lagi.. aku pusinggggggggg tuk menjawab.. ALLAH Fiqah over sangat nih kenapa?? istighfar sikit. Subhanallah 

Azam tahun baru aku?? Untuk aku, setiap hari aku perlu tanam kan azam. Tidak perlu tunggu tahun baru. Kerana setiap hari merupakan hari baru bagi aku setelah bangkit dari mati yang seketika iaitu tidur.
Buat kalian. Doakan aku moga aku terus istiqamah di jalan Allah. Jalan dimana aku menemui husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik seperti mana Mujahidah Hajar binti Sabir dan Mujahid Ahmad Ammar. Allah. Doakan aku teman.
Moga tahun 2015 aku lebih banyak membantu kepada ummah. Membantu keperluan ummah. Mungkin dengan bermula mejadi sukarelawan membantu mangsa banjir. Insyallah. Moga Allah bantu. Yuk tanamkan tekad perbaharui niat dan terus bersemangat. Yang penting biar sikit asal istiqamah.

bercakap soal banjir. aku berasal dari kelantan. and aku tengok dengan mata kepala sendiri betapa lumpuh nya kelantan seminggu dua yang lalu. betapa sayu hati ini. masa tuh terasa betapa lemahnya aku sebagai manusia yang tidak mampu berbuat apa-apa selian duduk doa dan tawakal. 

rumah aku kena ke?? Alhamdulilah ALLAH masih melindungi kami sekeluarga.. rumah di area taman kurnia jaya pengkalan chepa selamat. akan tetapi di sekeliling kami habis musnah. kami tersepit di tengah-tengah. nak keluar tidak masuk pun tidak. hanya duduk rumah dan tengok perkembangan semasa di dalam facebook dan jugak tv. 

Aku percaya disebalik semua kejadian. Baik atau buruk. Pastikan ada hikmah dan pahala yang berganda jika kita sabar dan ikhlas. Allah s.w.t punya aturannya sendiri. Dan ia pasti dan pasti yang terbaik untuk kita. Moga semua mangsa selamat. Sedih mendengar berita2 kematian di kebanyakan tempat. Terutama para pesakit HRPZ. Allah. Moga tabah. InsyaAllah Tuhan selalu ada membantu. Terus doa. Buat yang berkemampuan. Tolong tolong lah bantu dari segi apa pun. Dan aku akan hulur tenaga semana mampu kerana aku tidak punya wang ringgit. masih lagi berhutang PTPTN dan bergelar pelajar. * tunduk pandang tanah sambil usap dada

episode luka ini akan aku kenang dan pahat dalam hati sehingga aku mati. Walau tidak ditimpa teruk sebagai mana insan2 lain di bumi kelantan ini. Akan tetapi ia membawa episod luka yang dalam melihat mereka yang dilanda kesengsaraan. Allah kau kurniakanlah seribu kebahagiaan buat insan insan yang ditimpa bencana alam ini. Moga mereka tabah dan kuat. :')

Dear 2014. Thanks for the precious moment that I had from the beginning and the end of the year. I don't know what to say unlees to thanks to Allah for everything and anything happen on this year. Thanks for all the memories and wonderful moment. 

Hope for a brighter future on 2015 and meet my soulmate maybe?? Naaa just for brighter future. About soulmate let it going on the flow. Ada ada lah. Takde takde lah. Naa your going turn 20 not 30 la fiqah. Kemon ah. fighting. gatai sangat pasaipa hang nih?? *tampar muka sendiri







The beauty of faith in Allah is knowing He gives us so many chances. Even when we fail, there's always another chance around the corner

oh yew sebelum aku terlupa.. blog aku nih dah bertukar wajah dah. setelah 2 tahun duk pakai baju seluar tudung yang sama.. lebih matang. berubah mengikut usia giteww *tapi belum tua* dah takde dah bunga-bunga bertaburan.. tak larat dah aihh mak nak mengutip bunga yang berguguran. almaklum lah aku nih manusia TERAJIN abat ini.. hohoho :p pink pink serba serbi dari atas sampai bawah yang konon konon nak nampak comel comel tu pom dah takde dah. kena kutuk satgi duk pink memanjang. dah macam takde warna lain nak letak.. hahaha :P dan yeww satu lagi alamat atau link blog niih pom dah bertukar tau.. dari pykaheaster.blogspot.com ke  fiqahyusoffofficial.blogspot.com..nampak matang nya sikit. ini idok apa kebenda easter pom aku tak tahu lah. budak budak punya perangai zaman dulu kala.. *hempuk kepala dekat dinding akibat malu 



Akhir kata.. doakan aku moga terus istiqamah di jalan ALLAH dan tabah dalam mengharungi ujian dan cabaran hidup. sayang korang sampai bumi berhenti putar pada paksi means aku sayang korang sampai syurga kerana ALLAH S.W.T kerana kita saudara.. saudara muslim :) xoxo