Friday, January 23, 2015

Hijrah is not just sweet talks.

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 


Hey guys?? Whastappp yoww?? eh?? jap bila hang jadi rappers fiqah?? haha
naa just abaikan kelakuan kebudak budakan di atas. *betulkan tudung.

so lurus pada titik. 


Hijrah ?? aku bila cakap pasal hijrah nih terasa macam suatu aura yang sangat sangat positif yang meresap dalam diri aku. which means. aku jadi excited gila nak bercerita. nak cerita kisah aku yang dulu yang jauh lara dengan kisah aku yang sekarang. tak daklah sampai aku tahap alim bak sini tanya semua fiqh dan hadis aku boleh sembang kencang. tak daklah sampai macam tu. tapi okey la juga kalau nak banding dulu. sekarang tak dak lah jahil sangat. berilmu lah jugak sikit. sikit la. masih belajar. doakan aku moga istiqamah.


ramai yang nak hijrah sebenarnya. but they are afraid. takut apa?? takut kena perli. takut kena ejek. takut tak kekal lama tup tup balik asal then kena kutuk kaw kaw ah. sure kena nya. sebab tu aku selalu mintak korang doakan aku. sebab kekadang aku nih lost. lagipun aku mintak doakan yang baik baik ja. jangan hang duk doakan yang buruk buruk lak. tak mau tak mau :P


so guys Hijrah is not just a sweet talks. cakap mudah woii but to stay on it. susah gak ah. sebab kita nih jenih manusia yang mudah lost. susah sikit tak leh. senang sikit tak leh gak.

so macam mana nak stay?? okey meh sini nak share. nih kaedah yang aku duk guna.. korang nak ikut ikutlah. tak nak tak pelah maybe you have your own ways. tapi toksah lah kecam aku noh. ihiks..

ehem2.. *minum milo

okey.. cengini. did you ever heard "Mutabaah Amal" ??? okey cenginilah senang cerita. dia macam jadual waktu korang. yes jadual kelas. yes korang punya planner hari nih nak buat apa. esok buat apa.. haaa gituuu kekdah dia..


so here it is. contoh mutabaah amal tuh. ini yang aku punya la. korang boleh adjust mengikut korang sendiri punya kesesuian. apa yang korang nak tekankan. perbaiki kan. dalam kata lain istiqamah. takpe sikit takpe. yang penting istiqamah. 

korang print tampal dekat meja study. tak pom depan cermin. sebab comfirn tiap tiap hari nengok cermin. and bila tengok cermin kita akan ternampak and terus terbaca and terus terdeep sensorang. eh aku tak buat ini lah hari nih. 

dia macam memotivasikan diri. macam bagi pesanan halus. bila hujung bulan tengok balik mana yang macam jarang jarang buat. so masa next month tekankan sikit mana yang jarang jarang buat tu. lama lama korang akan terbiasa dengan benda tuh sampai korang akan terbuat dengan sendiri tanpa melihat mutabaah amal nih. sampai satu masa dah tak perlu dan mutabaah amal nih. gitewwwwwwww 

so nak Hijrah senang tapi kita kena selalu kuatkan semangat. cekal kan hati. istiqamah penting. biar sikit. lama lama korang akan upgrade. macam telefon jugak. takdenya gedebukk keluar terus canggih. dia upgrade slow slow. kalau tak takdelah tukar handphone tiap2 bulan kannnnnnnn.. eh.. kayanya tukar tiap tiap bulan. hahaha :P

so selamat beramal guys. hijrah jom. masih belum terlambat.. pintu taubat selalu terbukak. mana tahu nanti dekat syurga kita jiran. kannnnnn.. comel nyaa :") yang penting jangan peduli dengan kata orang.. jangan hiraukan diaorang cuba nak jatuhkan semangat korang tuk berubah. iu ujian ALLAH. biasalah.. kita nak kan syurga.. mahal tau. jadi mesti banyak liku liku yang kita kena tempuh. so tabahkan hati. mintak ALLAH kuatkan semangat. kalau ada yang iri hati. doa dekat ALLAH supaya kirimkan kebahagian buat dia sampai dia lupa nak kacau kita yang nak berubah ke jalan ALLAH nih. sambil sambil tuh doakan biar dia ikut berubah sekali. ingat doakan yang baik baik aja yew. tak mau doa yang buruk buruk. tauuuuuuuuu..



okey lah selamat berhijrah akhi ukhti. Fi Hifzillah




3 comments: