Monday, January 28, 2013

Bila Hati Berkata-Kata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :D

bila kita duduk diam tak buat apa-apa fikiran kita mesti akan mengular pergi planet lain kan..?? kalau boleh kita tak hendak pom fikiran kita tuh terbang ke sana.. kalau ada kuasa magis mesti kita akan gunakan agar fikiran  kita tak berlayar di planet lain.. plenet yang kadang-kadang sedih kadang-kadang gembira.. tapi banyak yang sedih rasanya :P 

eh apa yang Fiqah mengarut nih.. hmm entah lah.. bila mood jiwang nih datang susah jugak kan?? terkadang tubuh nih dah tak berkuasa nak melayan kerenah manja gedik otak dan fikiran nih atau dalam erti kata lain yang bersangkut paut dengan hati dan perasaan.. :") 

hari nih dah 27.1.2013.. lagi setengah jam *berpandukan masa Fiqah tulis entry nih  dah nak masuk tarikh 28.1.2013.. cepat nya masa berlalu.. Fiqah macam rasa baru semalam Fiqah wish tahun baru.. :") bila pikir-pikir.. dah tak lama dah result SPM nak keluar.. YA ALLAH apa lah agaknya keputusan SPM Fiqah.. baik ke idok.. banyak A ke idok.. cemerlang ke idok.. errr serabut nya pikir.. :") 

orang cakap jangan banyak pikir.. orang cakap tawakal.. usaha dah buat. sekarang yang perlu adalah doa.. Yes doa.. hanya doa yang dapat membantu selain ibadat-ibadat nawafil yang lain :") tidor malam Fiqah dan tak se lena dulu.. otak asyik duk pikir tentang tuh.. terkadang sampai bawak ke mimpi.. tu lah kan.. siapa suruh banyak main dulu.. sekarang tengok.. menyesal tak sudah.. Fiqah takut.. Fiqah takut tak dapat memberi kebanggan dan kepuasan buat kedua orang tua Fiqah dan of course cikgu-cikgu Fiqah :")

yang paling Fiqah takut.. Fiqah tak dapat nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. menjejak kan kaki ke menara gading adalah cita-cita Fiqah since Fiqah di sekolah rendah lagi.. tapi yewlahkan.. cakap jer.. usaha tak seperti mana yang seharusnya.. :") kalau tak dapat jejak kaki ke menara gading bertapa luluhnya hati mama abah Fiqah kan?? :")

cakap pasal nih.. Fiqah terpikir.. kalau lah kan.. kalau lah Fiqah berjaya dengan cemerlang dalam SPM nih.. Fiqah diizinkan ALLAH untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.. menjejakkan kaki ke menara gading.. sapa nak tengok-tengok kan mama abah.. selama 17 tahun 1 bulan nih Fiqah yang selalu di samping mama abah.. kakak Fiqah selepas darjah 6 dah pergi masuk asrama.. begitu jugak dengan abang Fiqah.. cuma Fiqah jer yang tak ke mana-mana.. duduk dekat rumah dan study dekat sekolah berhampiran dengan rumah. sekarang kakak dah khawin.. dia ada family dia nak dia uruskan.. abang pulak sibuk kerja.. kalau sekarang nih.. Fiqah boleh tengok-tengok kan mama abah.. boleh jaga diaorang kalau diaorang tak sihat.. tapi kalau Fiqah pergi study nanti.. siapa nak jaga.. :")

mama selalu cakap " ikah kalau keluar result nanti ambik cikgulah.. belajar dekat maktab pengkalan chepa nih.. dekat dengan rumah.. " sayu jer hati nih dengar.. yewlahkan selama 17 tahun 1 bulan nih Fiqah membesar depan mata dia.. mesti dia sedih.. and op kos Fiqah pom sedih.. :") 

tambahan pulak sekarang mama selalu tak sihat, abah pom.. abah selalu mengadu sakit situ sini.. Fiqah tak keruan dah fikir.. tapi dalam masa yang sama Fiqah ada cita-cita Fiqah.. Fiqah nak sambung belajar.. mana-mana pom tak kisah.. Fiqah nak buktikan dekat mama abah yang Fiqah pom boleh berjaya macam abang dan kakak Fiqah.. dalam sudut lain pulak.. Fiqah berat sangat nak tinggal kan mama dan abah..

selamanih Fiqah ada depan mata diaorang.. tapi nanti kalau sambung belajar.. Fiqah terpaksa berjauhan.. mesti Fiqah rindu diaorang..

tapi abah dan mama tak halang Fiqah nak sambung belajar.. Fiqah jer yang lebih-lebih..  yewlah ibu bapa mana tak nak anak diaorang berjaya kan.. memank pelik lah kan.. HAHA :p even diaorang macam susah nak lepas sebab yewlahkan anak bongsu membesar pulak depan mata.. bukan berjauhan macam yang lain.. abah dengan mama suh pilih universiti yang dekat-dekat jer.. masa isi UPU hari tuh diaorang pulak yang over excited.. HAHA 

bila hari makin meningkat hati Fiqah makin kuat berkata-kata.. macam mana result nanti.. macam mana nanti kalau pergi sambung belajar.. macam mana mama abah.. bukan nak cakap yang kakak and abang Fiqah tak hiraukan mama abah Fiqah.. tapi yewlah kan.. kakak duk jauh dari rumah nih.. datang tiap pagi pom hantar anak dia suruh mama jaga..abang pulak sibuk dengar kerja.. malam baru ada dekat rumah..susah nak pantau kesihatan mama abah.. tapi Fiqah berharap sangat semuanya berjalan lancar :") insya ALLAH

" YA ALLAH aku bermohon padamu.. kau permudahkan lah segala urusan ku di dunia dan di akhirat.. kau perihalalah kesihatan kedua ibu bapa ku.. kau lindungi lah mereka sebagaimana mereke melindungi aku sejak kecil lagi.. kau kasihanilah mereka seperti mana mereka kasihani aku dari kecil.. sesungguhnya hanya padamu tempat aku mengadu dan berharap.. :") "



p/s : doakan kejayaan Fiqah dalam SPM nanti yew.. doa kalian amatlah Fiqah hargai.. semoga Fiqah dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi supaya Fiqah dapat membalas balik jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa Fiqah yang dah banyak berkorbang pada Fiqah abang dan kakak Fiqah. sesungguhnya pergorbanan mereka sangat besar yang semestinya tiada galang gantinya :")

Wednesday, January 23, 2013

Bukan Peminat Tegar.. TAPI.. ??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





First of all Fiqah bukanlah peminat tegar K-POP.. serius.. dulu Fiqah dengar K-POP jer rasa nak lari dalam guni satu kelantan nih.. *kelantan cukuplah.. kalau dunia mahu mati kering.. :P tambah-tambah yang lelaki nih.. pakai baju nak nak yang sendat-sendat jer macam perempuan.. make up tuh kalau boleh satu tang lori nak pakai *nih kalau K-POP lovers baca nih mahu dia sumpah seranah aku nih :P HAHA  Yang perempuan pulak pakai baju fulamak.. cukup-cukup kain jer k.. nasib baik cantik.. ihiks :p Ahli kumpulan nya pulak.. nak ramai jerkan.. muka dah lah spesis jer Fiqah tengok.. kompiusss nak kenai satu-satu.. nak nak Super Junior and Girl Generation.. *eh kata bukan peminat tegar.. nih tahu nama bagai semua nih.. eh?? HAHA :p 


Tenang dulu K-POP lovers dekat luar sana.. :)  itu cerita dulu-dulu lah.. alah dulu-dulu.. waktu tak berapa nak matang lagih.. ihiks :p *cover malu senanya :p Ini orang cakap termakan cakap sendiri.. yewlah dulu buat tentangan habis-habisan suruh boikot K-POP bagai.. sekarang hambikk!! boleh di kata kan tiap-tiap hari Fiqah layan lagu SHINEE salah satu kumpulan yang terkenal jugak lah.. :P tapi hendak di tegaskan dekat sini yew.. FIQAH BUKAN PEMINAT TEGAR K-POP :p  Fiqah layan nih pom di sebabkan keboringan melampau dekat rumah.. 

kan sekarang kan astro ada chanel ONE HD.. tahun lepas rasanya chanel nih wujud.. Fiqah lupa pulak.. ihiks :P semua cerita korea ada kat situh.. macam jakun pulak Fiqah.. selama nih tak pernah fokus pom.. sebab sibuk dengan aktiviti sekolah.. tak sempat nak menengok tv.. tapi sejak menjawat jawatan penggangur terhormat.. Tv menjadi teman karib Fiqah :P cerita-cerita Korea nih tak kurang hebat nya.. best.. layan habisss gua cakap lu.. eh tertiba feeling minah rempitszzzz pulak.. ihiks :p

sebelum nih Fiqah selalu tengok mama dengan kakak layan cerita korea.. tapi Fiqah tak pernah nak ambik port join sekali.. tengok sekilas macam tuh then blahh.. malas layan.. sebab orang cakap.. ini orang cakap la kan.. sekali tengok drama korea memank berkali-kali lah korang akan tengok.. berhantu kata nya.. jadi Fiqah tak nak ambik risiko itu memandangkan tahun lepas Fiqah nak exam SPM.. takut terabai study.. :) 

Ada orang yang suka bash K-POP lovers ni bukan sebab diorang jealous muka-muka orang Korea ni handsome dan lebih cantik dari diorang tapi Fiqah rasa sebab peminatnya sendiri yang terlalu obsessed tahap maximum ! kadang-kadang tu Fiqah pon menyampah jugak kalau dah pagi petang siang malam asyik ber-K-POP je kan ?

tapi kan serius.. lepas Fiqah layan satu drama nih.. tajuk dia TO THE BEAUTIFUL YOU.. Fiqah jadi obses sikit.. sikit jerla. :P di sebabkan tak tahan nak tunggu episod akan datang Fiqah terus carik dalam you tube.. nasib baik ada.. tak dew lah kempunan.. HAHAHA :P *eh macam peminat tegar pulak.. :P  masa tengok cerita tuh.. Fiqah tertarik lah pulak dengan hero dia.. handsome tu idok... cute tuh ye la kowt.. HAHA :p then try lah google-google carik tahu siapakan gerangan si jejaka.. ihiks :p rupa-rupanya dia nih penyanyin jugak.. dia ada kumpulan.. kumpulan dia tuh SHINEE lah.. lagu diaorang tuh buleh la tahan, buat layan time boring.. Fiqah suka kumpulan nih bukan sebab ahli-ahli dia handsome tapi handsome tuh satu bonus lah kan.. HAHA :P Fiqah suka sebab diaorang menari best.. eh macam tengok budak-budak menari pom yew jugak.. HAHA :p



jejaka yang Fiqah maksud kan tuh adalah MINHO.. yang hujung sana tuh.. handsome kan??  HAHA :p 

 tengok part dia nyayin goyang2 pinggang tuh.. macam semput perut Fiqah tahan gelak.. comel jer lah.. HAHAHA

selepas tengok drama TO THE BEAUTIFUL YOU.. Fiqah lebih kerap layan drama korea.. buat isi masa yang terbuang.. lagu Fiqah tak layan sangat.. tak faham lah.. apa yang dia nyayin pom tak tahu.. kalau tengok drama dia ada subtitle.. buleh lah faham sikit-sikit.. hehehe.. 

talk show diaorang pom best jugak.. macam Star  King dan Strong Heart.. eh Running Man pom best jugak.. eh macam peminat tegar pulak Fiqah nih.. semua layan.. Tapi kan tak adalah sampai tahap nak pindah dari Malaysia duduk menetap dekat Korea.. Malaysia masih tetap di hati ku :) dan tak adalah sampai nak terjerit-jerit macam orang kena histeria bila tengok K-POP nih. yewlah.. kita bagai nak rak melaung tak tentu hala diaorang tak kenal-kenal pom kita :P

kata orang minat tuh berpada-pada.. jangan sampai kita nih bergaduh sebab sesuatu perkara nih.. jangan terlalu obses.. terutama perempuan.. kekadang malu jugak Fiqah bila perenpuan terpekik terlolong sebab duk memuja si Polan sampai tak hingat dunia.. berpada-pada dan bersederhana itu lebih baik.. jadikan ia sebagai hobi di waktu lapang.. macam Fiqah.. di sebabkan tak dak kerja masa tengah tunggu result nih., Fiqah layan drama korea.. talk show diaorang.. lagu diaorang.. :) itu lebih baik kan??

p/s : bersederhana itu lebih baik dari berlebihan.. kelak tidak kecewa dan merana dan termalu sendiri.. :D 

Tuesday, January 22, 2013

Perisai Muslimah :"D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

sejak Fiqah menjawat jawatan budak lepasan SPM a.k.a penanam anggur yang berjaya abad ini.. Fiqah sering luangkan masa Fiqah dengan menjelajah blog islamik dan membaca buku islamik yang membolehkan Fiqah menambahkan ilmu yang sedia ada.. atau dalam erti kata yang lain menambah ilmu pengetahuan yang masih kering kontang tanpa isi.. memandangkan Fiqah tidak ada apa-apa aktiviti selain makan tidor bangun makan tidor bangun.. ihiks :P kalau dulu sibuk dengan aktiviti sekolah dan kerja sekolah dan membaca buku sekolah.. tapi sekarang tidak lagi.. :D subhanallah.. sesungguhnya selapas kerap kali membaca buku-buku dan blog islamik Fiqah dapat merasa yang Fiqah masih kurang ilmu di dada.. masih banyak benda yang Fiqah tidak tahu.. YA ALLAH :") 

selain itu membaca novel juga boleh menambahkan ilmu buat kita.. siapa kata novel itu tidak elok di baca.. sesungguhnya dengan membaca novel juga dapat membantu kita menambah ilmu pengetahuan.. :) jadi nak di jadikan cerita. pagi tadi sewaktu Fiqah berada dalam kebingungan tidak tahu membuat apa-apa aktiviti Fiqah bukak blog i love islam..salah satu blog yang Fiqah suka baca.. dan Fiqah yakin semua mungkin kenal bukan?? banyak ilmu yang akan kita dapat melaluinya.. :) sewaktu membaca artikel-artikel yang terdapat dalam blog tersebut Fiqah tertarik akan yang satu ini.. ia memberi Fiqah kesedaran dan kekuatan untuk berubah menjadi yang lebih baik dari yang sebelum ini.. bukan nak kata Fiqah ni tidak baik.. tapi entahlah.. biar ALLAH S.W.T yang menilai siapa Fiqah kerana sesungguhnya hanya DIA yang lebih mengenali siapa Fiqah yang sebenar selain keluarga dan sahabat Fiqah :")

Fiqah tak nak lah banyak cerita .. nanti lain pulak jadi nya.. :P korang baca lah sendiri ekk.. hehehe :p


 " Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.
Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.
Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.
Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu"aku seorang muslimah".
Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".

Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.
Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-
"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah. "
p/s : Fiqah yakin semuanya faham dengan artikel dekat atas tanpa perlu penjelasan daripada Fiqah.. sesungguhnya Fiqah teringin menjadi salah seorang daripada wanita solehah tersebut :") hanya itu yang boleh beri Fiqah ketenangan dan keyakinan .. sama-samalah kita berubah menjadi orang yang lebih baik.. insya ALLAH..menjadi seorang yang lebih baik itu tidak susah.. Kita hanya perlu beristaqomah dan sentiasa berdoa kepada ALLAH agar di perteguhkan iman kita yang sedia ada agar tidak terpesona dengan keindahan dunia yang hanya bersifat sementara :"D Assalamualaikum 

Monday, January 21, 2013

Rasa Tak Terluah :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)


Bagaimana jika ada hati yang bersuara tapi tak ada siapa yang mendengar?? Bagaimana jika ada degupan yang mendengar tapi tak ada sentuhan yang membalas...? Bagaimana pula jika ada cinta yang ditafsir tapi tak ada sayang yang merungkai dan menyambut?? 

Perjalan ini hanya sekadar menyusun keiginan hati yang kecil dan terabai namun tetap ia sebuah cerita dari kisah si pencerita yang mengimpikan si putera.. betapa jauhnya rasa ketandusan diri menagih cinta si putera..  seolah pertemuan itu terlalu jauh umpama mimpi di dalam mimpi...

Setiap insan adalah sama setiap langkahnya, cuma di garisan itu terungkailah siapa diri dia yang sebenar bila tapak akhir terhenti... Ia juga menjanjikan satu suasana seindah syurga walau tidak pernah dirasa, tapi DIA memberikan pentunjukNya untuk dilalui bersama.. Malah lebih manis bila bersama dengan insan yang didamba, mengecapi impian dan keinginan setiap makhluk yang bernyawa...

Tak selamanya kebahagiaan diukir dengan intan permata, berhias canda & tawa. Namun adakalanya harus ada duri, tanjakan dan dibasuh dengan air mata. :') .. Dan ketahuilaj bahawa seandainya kita bersedih dan menderita sekalipun semasa di dunia, ianya hanyalah bersifat sementara. Tapi menderita dan seksaan di akhirat kekal selama-lamanya :'D

Walaupun begitu.. andai kita di landa badai.. jangan lah kita mengeluh kerana sesungguhnya orang yang beriman tak boleh mengeluh. Kalau kita lepaskan keluhan seolah-olah kita tidak redha dengan ujian Allah. Bersabarlah dengan dugaan yang di beri sesungguhnya Allah tak akan menguji umatnya di luar batasan keupayaan seseorang :') 

Kita juga perlu yakin dan pasti akan sesuatu perkara.. Jika sesuatu itu memang milik kita, sesulit apapun jalan untuk mendapatkannya. Seberat apapun rintangannya. Pada akhirnya akan tetap menjadi milik kita jua :')

Hidup ini juga perlukan anjakan dan perubahan. Berubah ke arah yang lebih baik. Hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok semestinya lebih baik dari hari ini :')

p/s : bermadah punjangga bukan sifat ku.. tapi ini satu-satu nya jalan untuk ku meluah rasa.. Andai Fiqah di landa badai.. madah pujangga menjadi peneman.. madah punjangga dijadikan pilihan untuk menyampai meluah dan mengucap rasa yang tidak terluah.. selami lah dan hayatilah.. maka anda akan dapat merasa apa yang Fiqah rasa.. Assalamualaikum :")



Wednesday, January 16, 2013

Aku Tidak Layak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Nak dengar sebuah kisah cinta?? Kisah cinta ini tidaklah setulus Laila dan Majnun. Tidak juga se romantis seperti Romoe dan Juliet. Apatah lagi sehebat kisah cinta Shah Jehan dan Mumtaz. Oh, dan jugak kisah cinta ini langsung tidak sama seperti kisah klasik cinta Sultan Mahmud pada Puteri Gunung Ledang. Apa-apa pun kisah cinta ini tetap ada keunikan nya yang tersendiri. Ya, semua kisah cinta tidak serupa walaupun seakan sama. Jadi, bagi yang mahu mendengar kisah cinta ini. buka mata buka hati dan buka minda :") 

Mengapa harus membuka mata, buka hati dan buka minda??  Kerana kisah cinta ini sering kali berlaku dalam kehidupan seharian, cuma tidak semua insan menyedarinya. :"D

Semuanya bermula di mana Si Gadis itu menonton sebuah drama bersiri yang sedang hangat di perkatakan di media massa.. kalau dalam twitter tuh tak sah cakaplah.. sampai trending dia buat nya haa :) eh kejap Si Gadis tuh jatuh cinta dekat artis kah? eh no no no.. idok idok.. dengar dulu.. ihiks :P kan kalau setiap drama tu kan ada lagu background.. bila part sedih lagu sedih bila part sweet sweet lagu pun nak sweet jugak lah kan.. so waktu tuh lah Si Gadis ini mula terpesona. Jatuh cinta dengan lagu itu.. belum pada tuan empunya lagi.. 

Nak jadikan cerita. Si Gadis pom mula lah buat kaji selidik cari siapa empunya lagu sebab nak download.. then jumpa lah dalam you tube.. excited.. eh bukan artis.. orang biasa-biasa sahaja.. *okey tak boleh cerita lebih.. bahaya bahaya :P then dekat caption bawah vidoe tuh dia letak link fan page facebook dioarang.. Si Gadis itu pom liked lah tanda sokongan.. :) masa usha usha.. then jumpa facebook ahli kumpulan dioarang.. so Si Gadis tu pom add lah.. memandangkan ahli diaorang sama kampung dengan Si Gadis tersebut.. so salah seorang dari ahli band tuh pom approved.. Si Gadis excited. tapi tidak pernah menegur..kerana bagi Si Gadis merasa tidak ada sebab untuk dia tegur..

Pada suatu malam.. selepas empat hari berlalu setelah Si Lelaki itu approved.. *ayat terbelit xboleh blah Si Gadis cuba untuk tegur..memandangkan dia kebosanan tahap melampau.. tak tahu nak borak dengan siapa di facebook.. Jadi Si Gadis tersebut cuba untuk mengenali lelaki itu.. memulakan sapaan dengan hanya  memberi salam.. Si Gadis kira lelaki itu tidak akan balas.. jadi dia hanya membuat sambil lewa.. tapi sangkaan Si Gadis salah sama sekali.. Si Lelaki membalas dengan ramah.. 

Bermula lah perbualan seorang sahabat.. Si Gadis memberitahu yang dia pernah mendengar lagu nyayian kumpulan Si Lelaki dalam sebuah drama dan pernah ternampak kelibat si lelaki tersebut dalam MV tersebut. di dalam You Tube.. Si Lelaki ketawa.. Si Lelaki menyatakan.. hanya wanita ini lah satu-satu nya menegurnya dan berkata sebegitu dan dia merasa malu.. ^_^ .. hati Si Gadis di jentik.. *bermula di sini :p Si Gadis semakin selesa untuk bercanda.. dengan manyatakan.. "Kejap lagi mesti ramai yang tegur dan tanya macam nih sampai tak menang tangan nak layan" Si Lelaki ketawa lagi dan berkata " eh tak ada lah sampai dasyat macam tuh sekali "

Bermula dari situ mereka semakin mesra.. Si Gadis mula sedar ada perasaan halus yang mula menjengah di hati beliau.. Si Lelaki berada jauh di perantauan.. sedang menuntut ilmu bagi meneruskan kehidupan.. Si Gadis bangga dengan peribadi Si Lelaki. Akan tetapi ada sesuatu yang menghalang.. Si Gadis masih menunggu result SPM.. Sedangkan Si Lelaki sedang menunggu masa tuk membina kerjaya.. kerjaya sebagai seorang Doktor.. Si Gadis merasa kerdil..

Si Gadis terasa takut jika dia terus berhubung dan bertegur sapa dengan Si Lelaki perasaan halus itu akan terus membenih dan tertanam rapi dalam hati nya.. Kerana Si Gadis pernah merasa sakitnya mencintai orang yang tidak mencintai kita balik.. Si Gadis sudah banyak pengalaman.. sudah banyak kali terluka.. sudah lama bertepuk sebelah tangan.. perit sakit semuanya sudah di rasa.. Jadi dia tidak mahu benda yang sama berulang lagi.. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bertegur sapa dengan Si Lelaki.. memandangkan Si Lelaki punya komitment yang lain nun jauh di sana.. peredaran waktu yang jauh berbeza.. Jadi tidak seharusnya dia mengacau Si Lelaki yang sedang membina kerjaya..

walau pun begitu.. Si Gadis sentiasa menunggu sapaan dari Si Lelaki di ruangan chat di facebook.. walau dia tahu kemungkinan itu semua hanya lah senipis kulit bawang :) dia tetap menunggu dan menunggu.. Dia ingin menegur.. tapi dia sentiasa merasa dia tidak layak untuk menegur.. dan berkawan dengan Si Lelaki.. Si Gadis terlalu merendah diri.. :")

kesudahannya.. Si Gadis hanya duduk merenung di depan skrin dan menanti sesuatu yang tidak pasti.. :")

p/s : apa yang kita inginkan tidak semestinya akan menjadi milik kita. kerana ALLAH tahu apa yang lebih baik buat kita.. sesungguhnya kita hanya merancang.. yang menentukan hanya lah TUHAN :") mencintai seseorang adalah di luar batasan kita.. apa yang mampu kita buat.. hanya lah doa.. Jika benar kita mencintai seseorang itu maka berdoalah.. semoga ALLAH juga menyemaikan perasaan sayang dan cinta itu di dalam hati pasangan kita dan orang yang kita suka.. usaha dan tawakal adalah jalan terbaik.. Assalamualaikum :")



Sunday, January 13, 2013

Semuanya Di Luar Kawalan :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Kelmarin adalah hari hang out sedunia.. mahu nya tak sedunia.. penuh bak hang satu mall tuh.. yewlah.. dekat kelantan nih.. mana jer tempat yang boleh anak-anak muda dan family familia nak keluar dan nak tuju selain KB MALL pusat membeli belah yang tersohor.. eh tertiba :P HAHA  serius sesak bak hang.. nak cari parking punya lah susah.. al-maklum lah kita lesen baru.. lesen tuh baru beberapa bulan di lahirkan .. HAHA :p dekat setangki minyak habis sebab cari parking jer..okey propa.. HAHA :p cari punya cari last-last jumpa.. dah jumpa tuh pulak nak kena berebut dengan sorang abang nih.. HAHA.. tapi Fiqah tak mengalah.. Fiqah tunjukkan bakat terpendam bab-bak berebut parking nih.. okey sebenarnya.. ini sini di luar kawalan okey. HAHAHA :p mekasih Fiqah ucapkan dekat abang tuh sebab dengan gentlemannya bagi parking tuh dekat Fiqah semalam.. jasamu dikenang bang.. sob sob sob :P ERKKK k sentap.. tapi dalam gentelman abang tuh sebab bagi parking.. Fiqah boleh nampak wajah sentap dia.. ke main marah dia haa.. tapi di sebab kan nak jadi seorang lelaki yang baik budi pekerti dia mengalah jugak dengan perempuan macam Fiqah nih, ihiks :P seee tak semua lelaki kelantan nih jahat tau.. :) mereka cuma jadi agresif hanya kerana satu benda.. iaitu bola.. HAHA :p  dah k tutup bab parking

tujuan sebenar Fiqah keluar kelmarin adalah kerana nak melepaskan rindu yang bergunung nih dekat pakwe.. eh pakwe pulak.. Fiqah mana lah ada pakwe. :) *sempat promote diri.. HAHA :p maksud Fiqah.. Fiqah keluar pergi hang out dengan kenkawan jerlah.. lama tak jumpa.. rinduuuuu :") so lepas pick up Sarah.Shida and Azureen dekat rumah masing-masing terus Fiqah pecut pergi Kb Mall.. pergi sana tak buat apa pom.. cuci mata sahaja.. tapi dalam cuci-cuci mata tuh.. sempat haaa rembat satu helai tudung bawal dekat AIDIJUMA ... owh yes.. TUDUNG AIDIJUMA cetusan idea Datin Norjuma bukak satu kedai dekat kelantan.. dekat KB MALL.. key sentap.. satu KB MALL bergegar disebabkan teriakan Fiqah.. eh no.. tipu jer... gila nak bertempik kat situh.. malu jer.. ^_^ serius Fiqah tak tahu kedai tuh ada bukak kat sini.. Fiqah nih punya lah jakun kan.. semua benda tak tahu.. itu tak tahu ini tak tahu.. apa daa.. HAHA dan sekali lagi ini pom di luar kawalan.. ihiks :P


TADAA.... Fiqah beli yang plain jer.. yang biasa.. rm 7 jer.. nama pom di luar kawalan kan.. nak beli yang corak lain tak cukup duit waktu tuh.. sob sob :P terpaksa beli satu dulu.. nak lebih-lebih kena bawak mama datang sinin.. HAHA.. tudung nih warna purple sebenarnya.. purple gelap tuh.. lama dah carik.. akibat ambik dengan kamera BB gelap pulak Fiqah tengok gambar nih.. aish aish :P

and semalam jugak terjadi nya satu strategi nak buat kejutan dekat kawan Fiqah .. Sarah.. kejutan bersempena dengan birthday dia yang ke 17 .. iaitu tahun lepas punya.. HAHAHA.. gila bak hang.. bufday tahun lepas punya.. tahun nih baru sambut.. HAHA.. bufday dia jatuh pada 24.12.2012 hari tuh tapi terpaksa tangguh kan dulu kita punya celebret sebab kekangan waktu dan wang.. :) Fiqah di tugas kan tuk bawak lari Sarah pergi mana-mana untuk bagi peluang tuk Shida dan Azureen carik hadiah tuk hari jadi Sarah tuh.. ihiks.. dan semua nya berjalan dengan lancar.. then kita orang jumpa balik tuk isi perut dulu yang kelaparan nih.. HAHAHA :p


me op kos dengan bufday girl Sarah.. *nampak tak kebulatan Fiqah kat situh.. nampak tak nampak tak.. k seteres.. bye :P 



Shida yang buat peace and Azureen yang minum air.. ahhh comeles kan?? haruslah.. tengok lah pulak kawan sapa.. hikhiks :p

so masa otw balik.. masa atas kereta tuh.. konon-konon nak kasi kejutan dekat Sarah lah.. tapi si Shida dengan Azureen nih kemain kuat diaorang duk berbisik.. Sampai Sarah pom dengar.. dah nak terkantoi dah haa.. HAHAHA :p So dah alang-alang dah dengar bisikan halus tuh.. Azureen pom keluarkan hadiah tuh.. Sarah pulak tergamam.. nasib baik dia tak menjerit. mahunya aku terpecut kereta tuh.. eh terpecut pom boleh.. HAHA :p 


Jam ini adalah hadiah bufday tuk Sarah dari Azureen dan Shida.. diaorang kongsi sesama tuk bagi hadiah nih tuk Sarah.. 

dalam pada tuh..Fiqah sibuk duk terpikir.. apalah Fiqah nak kasi dekat Sarah nih.. nak meletop otak pikir haa.. okey tipuu jer.. HAHA .. jadi sekali lagi di luar kawalan.. sesampai jer dekat rumah.. Fiqah terus masuk dapur.. buat keluar semua bahan-bahan buat kek,, yes kek.. Fiqah buat kek untuk Sarah.. bukan kek jugak sebenarnya.. Fiqah buat Muffin.. dah alang-alang mama suh buat kek untuk sepupu Fiqah yang teringin sangat nak makan kek coklat.. jadi dah alang-alang ada bahan lebih so Fiqah pom buat lah Muffin for sarah.. yeahhh.. akhirnya ada jugak something yang boleh Fiqah kasi dekat Sarah... lega.. phewwwwww :P


muffin yang belum di bakar.. 


Yang nih dah siap di bakar.. ada lebih tuh.. mak sedara Fiqah bawak balik rumah dia.. and mama kasi dekat sepupu Fiqah sikit

alhamdulilah.. even semuanya di luar kawalan Fiqah..semuanya berjalan dengan lancar.. walaupun sedikit penat.. but i'm happy.. :) puas hati.. 

p.s : semoga Sarah suka dengan muffin tuh. even tak secantik macam yang jual dekat kedai.. but i'm try my best tuk buat tuh.. Fiqah buat dengan kasih sayang tau.. hope boleh rasa kasih sayang yang ada dalam tuh.. HAHA :p and one more things.. thanks to SHIDA.SARAH and AZUREEN sebab sudi lepaking dengan aku semalam.. seruis happy gila dapat jumpa korang semalam.. nanti kita hang out lagi yew... ihiks :P dah k bye.. 

Wednesday, January 9, 2013

Life As Lepasan SPM 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)




masa memang sangat pantas berlalu.. sekarang dah bulan satu.. itu bermakna dah sebulan lebih macam gitu lah Fiqah dah jadi budak lepasan SPM 2012 :") 

Fiqah still tak kerja dan  tak akan kerja tapi bukan kerja ke sekarang.. okey stop pasal kerja.. HAHA :p okey serius.. Fiqah tak kerja pom.. bukan tak nak kerja.. hati nih meronta-ronta nak.. tapi abah dengan mama tak kasi. bila Fiqah bukak mulut pasal kerja jer.. mama mesti cakap 

"apa mama dengan abah nih tak boleh nak pelihara ikah dah?? tak cukup makan pakai lagi sampai nak kerja bagai" 

okey bila keluar bom atom macam tuh.. memank serius tak bukak mulut dah.. seram pulak Fiqah dengar.. anak solehah kan.. mana menjawab.. eh tertiba naik troli tolak sendiri pulak Fiqah nih kan.. HAHA :p tapi betul jugak tindakan mama Fiqah tuh.. sebab yew lah kan.. bila terbiasa dengan kerja.. cukup bulan gaji masuk memank heaven lah kan rasa.. duit berkepuk-kepuk.. ini tidak.. nak keluar mesti kena manja-manja dulu dengan mama sebab nak mintak duit.. HAHA :P tapi lah kan bila Fiqah pikir.. kalau dah terbiasa dengan duit sendiri mesti bila dapat tawaran nak sambung belajar nanti jadi malas nak belajar.. sebab yew lah.. kita dah terbiasa dengan duit gaji sendiri.. heaven ke main rasanya yew tambahan pulak kita kan sentiasa di dampingi syaitan.. dia selalu duk cakap 

"tak yah smabung belajar.. kau belajar sampai SPM pom orang still ambik kau.. haaa tengok gaji masuk tiap-tiap bulan "

haaa kita apa lagi.. terus termakan pujuk rayu mu.. mahu nya mama abah tak kena darah tinggi kalau anak bongsu dia nih buat macam tuh.. aish aish.. tak nak tak nak.. Fiqah nak sambung belajar.. serius.. biarlah mati kutu pom sebab tak tahu nak buat apa dekat rumah nih.. :) tapi tak ada lah sampai mati kutu Fiqah rasa.. sebab petang-petang Fiqah sentiasa bantu abah jual burger depan rumah nih.. yeahh jual burger.. syok jugak.. macam-macam kerenah orang boleh jumpa.. nak usha abang-abang bujang yang datang beli burger pom boleh.. eh??? tak tak.. Fiqah tak buat.. nanti kena hempuk dengan batang penyapu dengan mama and abah.. buat naya jer... :") eh kejap bukan kerja ke sekarang tuh.. eh.. entah.. eh serabut nya.. HAHAHA :p

selain bantu abah jual burger tiap-tiap petang dekat depan rumah nih.. Fiqah tengah belajar menjadi suri rumah yang berjaya.. ehh?? berjaya ke masalahnya?? HAHA.. atau dalam erti kata lain.. belajar menjadi WANITA SEJATI.. wah gitu kau.. HAHA :p or bak kata nenek preparation untuk kahwin nanti kahkahkah. k dah.. stop mengarut.. HAHAHA :p


aktiviti harian Fiqah since pegang title budak lepasan SPM adalah.. bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi.. eh bukan bukan.. maksud Fiqah masuk dapur la.. masak tuk breakfast.. abah dengan abang nak makan before diaorang berangkat ke tempat kerja masing-masing.. mama pulak jadi guru masakan Fiqah.. yeahh bestnya.. rasa tak sabar nak nikah nak masak tuk suami.. eh gila kau.. dah.. HAHAHA :p lepas tuh basuh kain.. jemur di ampai. lepas tuh kemas rumah.. mop lantai. gosok baju kerja abah yang hendak di pakai keesokannya then lepas tuh baru lah buat aktiviti bebas kuak lentang kupu-kupu.. HAHAHHA :p

dah k. stop merepek.. nak gy potong sayur untuk bukak gerai burger hari nih.. hehehe.. smeoga rezeki semakin bertambah hari nih.. 

p.s : tak sabar nak hang out dengan girlfrends aku hari sabtu nih.. tak sabar tak sabar... hikhik :P







doodle buatan sendirian berhad bila mana kebosanan melampau.. tak mampu nak buat macam orang lain.. tak pandai.. hanya orang lidi jer yang mampu Fiqah buat.. ahaks :P 

Saturday, January 5, 2013

Istiqamah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

"Ya Allah

Aku sangat cemburu apabila melihat sahabat-sahabat mampu berterusan atau dengan kata lainnya, istiqamah turun ke masjid/surau untuk solat fardu secara berjemaah.

Aku menjadi cemburu melihat sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dalam pembacaan al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mereka mampu istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dan maintain kan hafazan Al-Quran mereka malahan dapat menambahkan lagi ayat-ayat dan surah-surah hafazan bagi mereka yang belum habis menghafaz.
Aku merasa cemburu kepada sahabat-sahabat yang dapat istiqamah dalam mengamalkan solat sunat Dhuha tiap-tiap hari dan juga bagi mereka yang dapat istiqamah dalam solat sunat hajat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang dapat mengamalkan solat sunat rawatib.
Cemburu dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulillah SAW. Selawat dan salam ke atas baginda. Dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa beristighfar kepada Allah SWT dan sentiasa berzikir mengingati Allah SWT.
Sangat cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam belajar ilmu agama (Tolabul Ilmi).
Aku terlalu cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam membina kekuatan rohani iaitu qiamullail di waktu 2/3 malam."
sungguh ku ingin mengakui bahawa untuk Fiqah istiqamah dalam melakukan sesuatu itu sungguh payah.. entah mana silapnya.. Fiqah jugak tidak tahu. ada sahaja yang tidak kena. kadang-kadang terasa malas.. kekadang terasa nak menangguh.. kekadang terasa masa tak mencukupi. Hendak melakukan sesuatu amalan secara istiqamah bukanlah sesuatu perkara yang mustahil tetapi sesuatu perkara yang cukup mencabar keimanan seseorang muslim. Sebagaimana yang kita tahu, amalan yang sedikit tetapi kita istiqamah dalam melakukannya lebih baik daripada kita melakukan banyak amalan tetapi tidak secara istiqamah.
tapi jangan lah kita mengambil mafhum ayat di atas dengan mengatakan
"aku nak pilih amalan yang sedikit je la, lagi senang kan...."
Betulkanlah kefahaman kita. Sesungguhnya bukanlah istiqamah di sini hanya sekadar cukup dengan amalan yang sedikit namun Rasulullah lebih mendidik kita agar lebih mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Selagi mana kita mampu beramal dan beristiqamah dengan amalan kita, teruskan. Dan sekiranya kita mampu lagi untuk menambahkan amalan kita dan dapat beristiqamah dengannya, maka teruskanlah. Setelah yakin dapat istiqamah dengan amalan itu, maka tingkatkanlah dengan amalan lain pula.  Itu yang seelok-eloknya.
Semoga Allah jauhkan kita daripada perkara-perkara yang menyebabkan manusia tergelincir dari jalan islam dan tergolong dari mutasaqitun (golongan yang tercicir). 

"Ya Allah. Istiqamahkan kami dalam ketaatan kepada-Mu dan tetapkan langkah kami dalam memperjuangkan agama-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin."
sumber : I love Islam :")

p/s : btw doakan Fiqah cepat sembuh dari demam campak nih yew.. serius tak tahan gatal dia.. tak boleh tidur :"( 

Thursday, January 3, 2013

Bumble Bee Bertukar..?? hayaak :P

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Di pagi yang hening ini.. ada burung terbang berkicau ke sana ke mari ke mari ke sana.. eh tertiba feeling buat ayat sastera apa sal?? rindu sekolah gamaknya yew.. hikhik :P sebenarnya mood Fiqah baik pagi ini.. bangun pagi tadi terasa nk adjust-adjust semua yang ada dalam blog nih.. yewlah tahun baru kan.. terasa tak kena pulak taruk header lama and background lama.. entry lama tak apa.. HAHA :p

so dengan semangat yang waja dan gagah perkasa. Fiqah terus bukak laptop edit-edit mana yang patut Fiqah tukar.. mana yang Fiqah rasa.. hmm tak kena di mata lah.. ihik :P naik pening kepala.. tak tahu  nak tuka apa.. nak gantikan dengan apa.. pening pening.. 

last-last buat keputusan tuka header dengan background.. sebab nak tuka yang lain banyak sangat keyword dia yang nak kena tuka.. aihhh peninglah.. malasnya nak buat.. tapi teringin jugak.. ihik :P 

masa edit header tuh.. hayaa berpeluh-peluh.. penuh satu baldi.. erkkk?? kotornya bunyi,, HAHA.. propa jerla.. tak berpeluh pom.. sekarang kan dekat kelantan duk main musim hujan lagih.. sejuk.. mandi pom rasa malas.. mengigil tak tentu hala.. HAHA LOL nak buat header nih senang jer sebenarnya.. tapi perlukan daya pemikiran yang superduperdouble wow.. ehh tertiba :P eh kejap. bila Fiqah cakap macam tuh tak bermakna Fiqah nih punya daya pemikiran superduperdouble wow.. eh?? sekali lagi.. HAHA :p Fiqah pom masih tercari-cari daya pemikiran tersebut.. lahaii.. susahnya nak jadi kreatif.. 

so dah di takdirkan Fiqah nih tak punya itu semua.. jadi Fiqah hanya boleh buat apa yang otak Fiqah dapat capai.. biasa-biasa saja.. gaya budak sekolah rendah camgitu haa.. ihik :P tapi bila pikir-pikir balik tak semestinya nak kena punya otak yang superduperdouble wow sebab buktinya Fiqah yang tidak punya kelebihan itu pom mampu buat kan.. kan kan.. even tak secantik si pakar buat.. tapi itu sudah cukup tuk memuaskan mata memandang.. persoalan.. memuaskan ke.. *ching

so bila dah siap semua tuh maka BUMBLE BEE Fiqah pom bertukar wajah. yeahhh.. *bumble bee adalah gelaran Fiqah buat blog Fiqah nih.. nama baru.. sebab entah.. tertiba suka nama tuh.. nama manja lah kan.. yewlah takut tak ada masa nak layan dia time busy boleh manja-manja dengan dia.. eh?? perluke?? kbhaii :P

so jom chekidaudddd wajah lama Bumble Bee dan baru beliau.. dapat memikat hati dan sanubari ke idop.. 
ihik :P


  
*lama punya.. comel sebab ada gambar Fiqah rasa nya.. eh?? *ayat mintak penampar.. HAHA :p 

NAK YANG BARU KE?? Kejap nak buat transformasi Megan Fox.. HAHA

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

loanding..........

TADAAAAAAAAA.....



amacam?? macam budak kan?? apa komen anda??
*maluuuu ^_^

p.s : sebarang komen dari anda semua..amatlah diperlukan :") mana lah tahu kan anda ada pendapat anda sendiri.. jom lah share.. Fiqah amat memrlukan komen dari anda.. anda suka yang mana.. yang baru atau yang lama.. *eh macam buat iklan dalam tb jerkk.. HAHA :p 

Tuesday, January 1, 2013

Enti Pertama 2013 Azam,Semangat,Blog & Tanggunjawab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys.. :)

whats up?? *tertiba jadi gaya minah rap apasal?? haha :P semua dah tahukan yang 2012 sudah pom melabuhkan tirainya semalam dengan jayanya sambil lap air mata sebab tak sanggup berpisah.. sebab yewlah dah bersama selama 365.. sedih gembira semua di kongsi bersama mahunya tak menangis air mata darah.. HAHA :p okey propa :P

now.. Fiqah boleh tarik nafas lega.. kerana tahun nih Fiqah tak yah susah-susah gosok baju sekolah tiap-tiap malam untuk di pakai ke esokannya. sebab Fiqah kan dah jadi budak lepasan SPM yang sedang melakukan kerja sepenuh masa sebagai penanam anggur yang berjaya abad ini.. yeahh tepuk tangan.. :P tapi tipulah kan kalau kata tak rindu tuh semua.. op kos Fiqah rindu nak buat tuh semua.. bangun seawal 5.30 pagi.. mandi solat subuh.. sarapan.. pakai kasut then gy sekolah.. sebelum gy sekolah online facebook and twitter kejap.. erkk.. yeahh rutin harian semasa Fiqah bergelar pelajar sekolah dulu :P arghhh rindunyaa... :") k dah jangan nak buat drama antarbangsa dekat sini..

dan jugak..memandangkan Fiqah dah jadi budak tak dak kerja.. so I have so much much much time tuk update blog sekerap yang mungkin.. yeahhh.. *joget zapin.. HAHAH :p so tak dak lah blog nih berdebu bersarang bagai.. ini idok update sebulan sekali.bukak hari nih entri nih.. bukak esok entri nih jugak.. bukak lusa pom entri nih jugak.. bukan minggu depan pom still entry sama.. tak ada kemajuan langsung.. aihh nak kena tukar pemerintah gamaknya.. opsss.. no no. tak boleh tak boleh.. :") ini blog ana yang punya.. *ching 

AZAM

Azam?? pakwe baru kew??aicehh.. no no no.. belum ketemu lagi dong.. :P Azam yang Fiqah maksudkan adalah AZAM tahun baru,, yeahh.. sebenarnya Fiqah tak ada azam tahun baru pom.. cuma berharap Fiqah boleh mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM itu aja.. supaya Fiqah boleh sambung belajar.. dan semoga iman Fiqah semakin mantap agar tak mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan.. insya ALLAH :") dan jugak bila diberi peluang tuk sambung belajar nanti Fiqah akan belajar rajin-rajin dan jugak akan berusaha menjadi anak yang membanggakan dan menyenangkan hati ibu bapa . selebihnya Fiqah serahkan kepada TUHAN :") 

SEMANGAT

Semangat?? yeahh Fiqah berharap yang Fiqah akan terus bersemangat dalam menempuh onak duri pokok kaktus.. eh silap.. onak duri kehidupan ini supaya jangan cepat mengalah dan terus berjuang menentang masalah yang mendatang.. jeyahhhh.. *jeyahhh??nasib baik tak joyah.. haha :P aja-aja fighting.. :P

BLOG

semoga blog Fiqah akan semakin bertambah isi entrinya dan tidak kering kontang lagi... hahaha.. nantilah bila ada masa Fiqah nak tuka design blog nih supaya berwajah baru.. yewlah tahun baru kan.. blog pom nak lah jugak berawajah baru.. header tuh.. biar lah dulu camgituu.. cam comel jer gambar aku senyum macam tuh.. tak sanggup nak tuka.. hahaha :P btw kalau ada cadangan apa yang Fiqah patut tuka untuk blog nih sila lah usulkan.. Fiqah akan pertimbangkan.. heee :) btw lagi sekali.. tolong doakan supaya incik nuffnang berbaik hati nak kasi duit dekat Fiqah yew.. sebab dia kedekut sangat.. nak merajuk lam camgini dengan dia.. HAHA :p 

TANGGUNJAWAB

yeahh.. tanggunjawab.. bukan tanggunjawab sebagai seorang isteri.. tapi tanggunjawab sebagai seorang hamba ALLAH dan jugak sebagai seorang anak.. dan insya ALLAH di pertengahan tahun nanti kalau ada rezeki Fiqah akan memikul tanggunjawab sebagai mahasiswi.. ihik :P semoga Fiqah akan jadi lebih bertangunjawab dalam menjadi umatnya,, menunaikan perintahnya dengan lebih taat.. insya ALLAH :) jadi anak yang patut..dengar nasihat dan mendamaikan hati. mudah-mudahan :)

nota kaki baby manja ku kiko :


semoga apa yang terjadi di tahun 2012 menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidup kita.. semoga susah senang gembira dan sedih yang kita alami tahun lepas menjadi cerita indah yang akan di kenang sentiasa agar boleh di cerita kepada cucu cicit ciakk.. *err ciakk..?? lantak lah.. HAHHA :p ampunkan salah dan silap andai ada tersalah bicara tersasul taip dan sewaktu dengannya.. :") semoga tahun 2013 bersamaan dengan 1434H membri kita seribu kemanisan dan cuma secebid kesedihan.. insya ALLAH :")