Saturday, March 9, 2013

Kembali Senyum :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 



Alhamdulilah.. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi ku peluang tuk meneruskan kehidupan ku di dunia ini.. Terima kasih kerana masih sudi memberikan ku peluang menebuskan kembali dosa-dosa masa lampau ku :") Terima kasih. 

kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan blog Fiqah pasti tahu yang sejak kebelakangan ini Fiqah dilanda permasalahan.. dilanda ujian yang begitu berat.. hati berperang pung pang pung pang sesama sendiri..    Dan sekarang Alhamdulilah.. Fiqah sudah punya kekuatan.. sudah punya kegagahan untuk melawan arus yang mendatang.. Alhamdulilah.. Terima kasih buat keluarga yang memahami dan terima kasih jugak buat sahabat yang sentiasa ada di sisi.. Terima Kasih semua..

Tahukah anda beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.

Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.

Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.

Firman Allah SWT:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [Surah al-Ankabut, Ayat ke-2]  

Ini adalah sunnatullah, ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman. sedarlah akan satu hal itu. :D

Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.

Firman Allah:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [Surah al-Baqarah, Ayat ke-286]

Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin Fiqah sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan Fiqah tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi.

p/s : setiap ujian yang mendatang, masalah yang menimpa.. hadapilah dengan senyuman dan ucapan ALHAMDULILAH kerana itu tandanya TUHAN menyanyangi kita.. percayalah.. sesungguhnya ALLAH tidak mahu melihat hambanya lalai dengan duniawi..oleh itu DIA mengurniakan kita sedikit permasalahan agar kita sentiasa bergantung hidup padaNYA.. husnuzon.. bersangka baik lah selalu.. bukan hanya pada ALLAH tapi juga pada manusia.. :") 

Wallahua'lam.

sedikit nota manja baby ku kiko :")

Terima kasih yang sudi menadah tangan 'mementionkan' #Sabah dalam doanya. Tuhan mendengarmu. Raqib mencatat kebaikanmu. 

Jazakumullah saudara-saudaraku.. :')

2 comments:

  1. wahh, entri yang bermanfaat..jemput singgah n follow blog saya perjakawawasan.blogspot.com~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.. syukurlah.. hehe :D .. Dah saya dah jenguk :)

      Delete