Sunday, March 17, 2013

Festival Wanita Muda Peringkat Negeri Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

haaa sebelum tuh.. nak tempek gambar syok sendiri sat.. HAHA :p


yeahhh nampak gemuk gila kan Fiqah.. arghh neberr mindd.. endahkan gambar itu.. ia tidak memberi manfaat.. *dah tahu tak memberi manfaat taruk pasai pa? okey okey.. maafkan saya :P

Cemgini lah yeww.. kita kira ke jalan yang lurus a.k.a jalan yang benar.. ihiks :P 

Pada suatu hari, seorang blogger yang kurang bergaul dengan masyarakat telah menghadiri majlis Festival Wanita Muda Peringkat Negeri Kelantan bertempat di KTC iaitu Kelantan Trade Center. Ini adalah sangat menghairankan! Kerana blogger tersebut tidak berapa menggemari majlis yang ada ramai orang. Lagipun, semua orang tahu bahawa beliau memang tidak pernah join pon apa-apa event. Tahap kemalasan blogger tersebut memang tidak boleh disangkal lagi. Tak perlu berdebat tahu? Siapa kah blogger tersebut? yeahh betul.. blogger tersebut ialah Fiqah Yusoff.. *ching :p

eh okey.. propa semata-mata.. muwahahha *gilak gelak tak sopan langsung.. HAHA :P sorry-sorry.. Fiqah sesajer nak felling felling ala-ala blogger famous amos gitu haa walau hakikatnya semua orang tahu yang Fiqah memank tak famous..  okey ayat mintak belas kasihan.. mintak penampor pom mungkin.. hikhik :P 



okey.. cemgini.. semalam adalah tarikh terjadi nya satu event ini.. iaitu Festival Wanita Muda Peringkat Negeri Kelantan.. which is.. semua yang terlibat adalah wanita semata-mata.. tidak ada lelaki.. lelaki dan yes lelaki.. yeahh.. alangkah bahagia nya sebab kita boleh buat apa-apa saja tanpa rasa eh ada lelaki tak.. eh ada lelaki tak.. nak jerit pom boleh. nak melalak pom boleh.. eh okey itu sudah lebih.. HAHA :P

but seriusly.. memank tak ada lelaki walau sekelumit.. sekuman pom tak dak..  MC pom wanita.. kameraman pom wanita.. penjaga PA pom wanita.. urusetia pom wanita.. eh pokok pangkalnya semua wanita.. yeahhh.. goyang kepala goyang.. hikhik :P 

sesampai dekat sana.. excited tak sah cakaplah.. rasa nak melompat.. tapi tak boleh lah.. even tak dak lelaki.. kita still kena jaga tatasusila kita sebagai wanita islam.. ihiks :p aihh malu pulak.. HAHA :P

masuk jer dewan.. hambik bak hang.. semua wanita.. yes wanita.. Subhanallah semua cantik-cantik dengan hijab dan tudung masing-masing.. semua menutup aurat dengan sempurna.. Subhanallah.. Rasa kerdil pulak Fiqah semalam.. bukan sebab Fiqah tak menutup aurat dengan sempurna.. Alhamdulilah.. aurat Fiqah masih terjaga rapi.. Tapi sebab terlalu takjub melihat keindahan TUHAN iaitu wanita muslilamah yang terjaga aurat mereka.. :")


with my besties.. Nik Maisarah.. Dia pom ada blog.. boleh lah jengah-jengah blog dia.. pergi LINK INI  *I"M wearing abaya from Mekah.. which is hadiah dari my mak sedara yang pergi Mekah hari tu.. lama dah.. lupa bila.. ihiks :") phasmina from my kakak.. hadiah hari jadi yang ke 18 tahun baru nih.. thanks kak fie.. such a nice phasmina :") LOVE IT

banyak ilmu yang Fiqah dapat semalam.. Alhamdulilah.. jumpa kawan baru pom ramai.. hope perkenalan itu berkekalan lama sehingga ke Jannah.. insya ALLAH .. sangat-sangat lah selesa semalam.. dengan air-cond yang sejuk tahap maksimum.. makanan dan minumam pom di sediakan.. sampaikan keadaan yang hujan lebat dekat luar pom tidak kami sedari.. hohoho :p tempat solat yang selesa.. seriusss semua nya selesa.. arghhh rasa tak nak balik.. HAHA :p


untuk pengetahuan semua.. pihak penonton tidak di benarkan sama sekali untuk mengambil gambar atau merakam vidoe sewaktu berada dalam dewan itu.. iyewlah semua sedia maklum bukan yang terdapat dalam dewan tersebut semua nya wanita.. ini adalah kerana ingin menjaga aib masing-masing.. maksud Fiqah. aurat wanita yang membuat persembahan pada hari kelmarin.. semua mungkin faham bukan..Iyelah.. semalam juga berlangsung nya Final Wanita Kelantan Got Talent.. which is semua telant lah.. berlakon and menyanyi. so sebagai wanita muslimah.. Kita kena la jaga aurat kita.. aurat seorang wanita banyak.. berhibur tidak salah.. tapi ada cara dia sayang.. eh :P  so sila faham..  ke nak kan percerahan lagi?? tapi kalau setakat nak ambik gambar syok sendiri kita punya tak salah tapi pastikan.. aurat kita dan saudari lain terjaga *ching :P Subhanalllah.. cukup rapi pihak urusetia memastikan semua ini berada dalam keadaan yang terkawal.. syabas dan tahniah :")

kualitik gambar buruk.. al-maklum lah ambik pakai phone cabuk jer.. kiter tak dak kemera mahai mahai.. HAHA :P Tapi syukur lah.. masih boleh guna jugak kan.. ingat bersyukur dengan apa yang kita ada itu perlu.. ihiks :P

sewaktu slot Santai Sang Putri berlangsung bersama Yatt Hamzah, Noryn Aziz dan Najwa Latiff semua penonton menumpukan perhatian pada mereka.. subhanallah.. ketiga-tiga itu cantik dan sopan.. tak puas tengok.. kak Yat berkongsi kisah hidup dia yang sebelum ini dan diri dia yang sekarang.. begitu jugak dengan kak noryn aziz.. meleleh air mata dengar.. handoii :") satu kenangan dan pengalaman yang tidak dapat di lupakan.. selama nih dengar dari mulut orang and dalam you tube.. tapi semalam.. yew semalam dengar secara live habaq hang, mahu tak meleleh air mata.. hoho

salah satu pesan Kak Noryn yang tersemat dalam otak adalah

" adik-adik yang kat dalam nih.. nak cari pasangan hidup.. carilah yang boleh membimbing kita dengan baik untuk menjadi yang lebih baik.." 

macam tulah lebih kurang nya.. nak tulis sejibik memank tak boleh la.. mana nak ingat aihh.. HAHA :p tapi itulah yang di maksudkannya :")

and kata-kata akak MC yang aku ingat sampai saat ini dan insya ALLAH akan aku ingat sampai bebila.. iaitu

" Hiduplah dengan mengamalkan ICT. Iaitu I-ikut C-cara T-Tuhan :') barulah hidup sentiasa tenang! InsyaAllah :') "

dan jugak kata-kata akak mastura iaitu perunding imej kalau tak silap.. iaitu akak yang mengajar kitaorang macam mana nak pakai tudung/pashmina/selendang dengan betul dalam erti kata lain menepati syarak :")

Tiada wanita cantik dan tiada wanita tak cantik dalam dunia ini! Yang ada hanya lah wanita malas dan wanita rajin sahaja :') "

dan kak masturah pom ada cakap

" pujilah diri kita sendiri setiap kali melihat diri kita di cermin.. itu tanda nya kita mensyukuri ciptaan ALLAH S.W.T iaitu dengan memuji diri sendiri.. siapa yang bagi kita mata yang cantik ini, mulut yang sempurna ini.. hidung yang terbentuk elok ini.. jadi pujilah diri sendiri.. itu salah satu cara kita nak hargai diri kita sendiri nak mensyukuri nikmat yang ALLAH beri. ini tidak asyik puji orang lain.. kita pom cantik "

subhanallah.. banyak sebenarnya ilmu dan pengetahuan yang Fiqah dapat semalam.. sungguh.. tak boleh nak cakap :") 


bergelak ketawa masa makan-makan.. ihiks :P dalma erti kata lain.. iklan sebentar.. HAHA :P


with kak noryn aziz.. such a nice women.. YA ALLAH.. tergaman sat saat bertemu mata dengan dia..terpegun kejap saat bersalam dengan dia.. Subhanallah cantik sungguh :")

ioulsss sempat bergambar dengan kak noryn aziz jer.. dengan yang lain.. tak sempat.. sebab flight diaorang petang tuh.. jadi diaorang terpaksa bergegas ke lanpangan perbang :") tapi tak apalah.. ada jodoh kita jumpa lagi :") hehe


YA Alllah.. cantik nya aku.. eh comel nya muka aku.. ihiks :P *gila poyo bak hang.. haha :P * btw tengah mengaplikasikan apa yang kak masturah cakap.. puji diri sendiri.. tapi jangan sampai riak.. itu tidak elok.. seelok nya puji diri sendiri time duk sensorang.. hoho :P

p/s : ukhwah Fillah till jannnah.. insya ALLAH.. hope that we will meet again insya ALLAH :") Assalamualaikum

4 comments:

  1. wah, bestla.. ^^ nice experience n life !

    http://cartiecacloset.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. Alhamdulilah.. di beri kesempatan oleh ALLAH tuk merasai semua itu.. syukurlah.. hihi :")

      Delete
  2. http://circlelensargentina.blogspot.com.ar/
    very cool your blog

    ReplyDelete