Monday, November 4, 2013

Tahun Baru.. Apa Azam Baru? ihiks :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

Lama kan tak update blog. ihiks sorylah.. busy kemas kamsis nak balik kelantan negeri tercinta nih.. ihiks :) Thanks for always support and wait for my new entry.. sangat-sangat hargai.. macam mana nak balas jasa korang pom i dont la.. mampu doa jer ni haaa.. 

so guys.. hari nih berapa hari bulan? erghh no no bukan ikut kelender mat sallleh.. feb march april december bagai.. I mean bulan islam.. yess.. hari nih dah masuk 30 Zul hijjah 1434 guys.. pandai korang teka.. nah gula gula.. :) . cepatnya masa berlalu kan sahabat? dah setahun pom haaa.. Fiqah pom dah berjaya habiskan semester pertama as a graphic student dengan jayanya.. yeahhh.. big clap big clap.. *dah gaya macam dah habis diploma dia nak suh orang tepuk tangan.. HAHA :p so okey dah stop merepek.. 

so that's mean esok tahun baru.. yeahhh.. Alhamdulilah kita semua berjaya lalui liku-liku kehidupan pada tahun 1434 nih dengan jayanya.. :") esok dah 1 Muharam .syukurlah

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Amalan-amalan sunat:

2 comments:

  1. Selamat tahun baru awak and congratulation on your 1st semester..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru jugak.. owh thanks btw :)

      Delete