Sunday, November 24, 2013

Tiada istilah " Aku sudah Cukup Baik ".

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)


Dalam kehidupan seharian, pasti kita tidak dapat lari dari perubahan, dalam setiap saat, mesti ada sahaja perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Kita perasan atau tidak hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Mungkin juga akan ada kehadiran kawan kawan kita yang perasan perubahan tersebut.

Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di waktu malam, setiap daripada kita akan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju warna apa, ingin makan apa, nak buat apa, nak pilih yang mana….Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk memilih. Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing.

Namun, dalam banyak-banyak aktiviti memilih jalan kehidupan, yang paling susah ialah sama ada mahu memilih islam yang jelas sebagai jalan hidup atau menelusuri jalan jahiliyyah yang penuh tipu daya.
Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan ini?
Apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatiknya kita sedang menjauhi jalan jahiliyyah. Dan apabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.

Jadi, Allah pilih kita untuk lakukan sesuatu mesti Dia tahu kita boleh lakukan.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,

Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,

Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,

Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,

Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,

Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU…

Aku ingin bahagia,

Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH…


Kalau tak, kita tak akan dipilih oleh-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini. Walau diri kita ini kotor, jijik dan penuh berdosa namun kita tetap masih ada peluang. Biarkan hati sembuh dari luka lama dan bangkitlah semula. Buktikan kepada Allah kita hamba yang reti bersyukur kepada-Nya. Kita tidak akan sesekali mensia-siakan peluang bertaubat yang diberi-Nya berkali-kali.
“Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!”
Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal. akan tetapi ingat lah.. biarlah perubahan kita itu ikhlas hanya kerana ALLAH.. bukan sebab orang lain.. bukan sebab nak meraih pujian dari masyarakat sekeliling.. biarlah ia datang dari hati yang ikhlas kerana ALLAH :") 
Dan kita bukan seperti masa silam. Kita adalah kita yang sekarang! 
sahabat ingatlah.. walau kita berjaya mengubah kita daripada kita yang dahulu.. yang jahil kepada kita yang sekarang yang berilmu ingat lah akan sesuatu perkara.. bahawasanya tiada istilah "AKU SUDAH CUKUP BAIK".. sebab setiap manusia.. sebaik mana pom dia.. pastikan akan ada satu khilafnya.. antara sedar mahupun tidak.ingatlah kita tidak sempurna sering lakukan khilaf.. jadi sebab itu kita di tuntut untuk sentiasa bertaubat.. :") 
Jadikan Al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup. Kelak hidup anda akan bahagia dunia akhirat. Jadikan ia rakan baik anda di kala senang mahu pun susah. Di kala gembira mahu pun sedih. Di kala sihat mahupun sakit. Di kala kaya mahupun miskin. Bukan untuk Fiqah tapi untuk dirimu jua. Untuk mengejar pahala untuk meraih redha Allah. sama-sama kita mengejarnya ya sahabat :") 
- mohon maaf atas kesalahan terlanjur biacar tuk entry kali ini.. cuma perkongsian rasa dan pendapat sahaja.. maaf andai kata-kata di dalam entry kali ini persis kehidupan kalian. maaf jugak andai kata-kata ini menguris hati kalian.. niat cumi ingin berkongsi ikhlas dari hati.. maaf.. 
p/s : أَسْتَـوْدِعُكُـمُ اللَّهَ الَّذي لا تَضِـيعُ وَدائِعُـهُ
I leave you in the care of Allah, as nothing is lost that is in His care

Letakkan dalam hati adanya Allah dan Rasulullah. Kerana Allah sentiasa mengingatimu manakala Rasulullah sentiasa mendoakanmu.



No comments:

Post a Comment