Thursday, October 10, 2013

C.I.N.T.A untuk siapa????

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)



“Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala”

Lirik lagu nasyid “Kerana Cinta” ini singgah sebentar di minda ini bila menulis tajuk ini.
Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, Fiqah tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemput apalagi singgah untuk menjenguk.
Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk Fiqah mempertahankannya. Tetapi kali ini, Fiqah rasa perasaan itu sudah semakin menebal..
Dalam fikiran, adakah Fiqah telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!
Fiqah katakan pada diri sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan itu, Fiqah hanya bercerita kepada Yang Labih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buat Fiqah.
Setiap malam Fiqah bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, Fiqah berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagiku dan belum tentu halal bagiku.
Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.
Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus melupakan perkara-perkara yang menyebabkan perasaan bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.
“Mereka berkata hidup perlukan cinta

Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnyanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta

Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu..”


Lagu “Warna-warna Cinta” nyanyian kumpulan Brothers sedikit sebanyak menyedarkan Fiqah, sebenarnya cinta yang diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah cinta kepada ALLAH SWT.

Cinta ini tidak akan layu, tidak akan pudar, tidak akan mengecewakan, tidak akan merugikan, dan segala jenis tidak. Malahan ia semakin menambahkan kelebihan pada diri kita, menambahkan kebahagiaan, menambahkan senyuman dan meningkatkan darjat kita sebagai hamba Allah.
Lagi pun Fiqah masih muda. masih jauh perjalanannya.. dan masih terlalu mentah dengan ini semua. Masih tidak layak dan tidak pantas untuk berbicara soal nya. Akan tetapi bila ia dinamakan fitrah seorang manusia biasa terkadang terpanggil untuk berbicara untuk berkongsi rasa :") terkadang ada khilaf nya juga yang kita sendiri tidak sedar.
Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya. 
Love For Allah~
p/s : btw esok Fiqah akan bertolak balik kelantan.. cuti Hari Raya AidilAdha. doakan perjalanan Fiqah selamat sampai ke destinasi tuk jumpa dengan family yang dah lama tak bersua muka :") dan pasal bisness yang Fiqah cakap dalam entry sebelum nih. insyaALLAH nanti ada kelapangan Fiqah update contoh-contoh design dia.. buat masa sekarang belum lagi sebab busy siapakan Final Project :") bagi yang tak tahu pasla bisness tuh. anda boleh 

Klik LINK ini 

No comments:

Post a Comment