Tuesday, December 18, 2012

Terkadang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya :) 



terkadang Fiqah berfikir.. terkadang Fiqah termenung.. terkadang Fiqah sendiri.. terkadang Fiqah di kepung.. terkadang Fiqah sedih.. terkadang Fiqah gembira.. terkadang Fiqah ketawa.. terkadang Fiqah menangis.. terkadang Fiqah bebas dari masalah.. terkadang Fiqah di belengu masalah.. terkadang Fiqah berjaya. terkadang Fiqah kecundang.. terkadang Fiqah rajin.. terkadang Fiqah malas :"D 

Fiqah yakin bukan Fiqah sorang yang merasa TERKADANG tuh.. itu semua fitrah yang akan terjadi keatas kita semua sebagai umat manusia.. tak kira umur.bangsa dan jantina :) kenapa?? kerana jika kita terlalu leka dalam kebahgiaan kita jadi lupa apa itu kesedihan.. jika jika sering dalam kesedihan kita akan lupa apa itu kebahgiaan :) ALLAH itu maha adil dan penyayang :") .. bila di lihat hamba nya leka dalam mengingatinya maka diturunkan sedikit kesedihan dan masalah agar umatnya kembali ke jalan yang benar.. memohon pertolongan nya.. bukannya meratapi dan menyalahkan takdir.. kenapa aku itu kenapa aku ini.. YA ALLAH mintak jauh :") bila kita di landa kebahgiaan dan tiada masalah maka seharusnya kita juga mengingati ALLAH.. kerana dia menganugerahkan kebahgiaan kepada kita bukan nya kekasih bukan nya kawan bukan nya keluarga.. kerana mereka hanya orang perantaraan yang membuatkan kita merasa apa itu kebahgiaan jadi kita seharusnya bersyukur keatas kenikmatan yang di beri.. :") bukan nya meraikan nya dengan melakukan perkara yang melalaikan.. 

jangan mengeluh andai melalui semua TERKADANG itu.. kerana itu semua fitrah kehidupan.. tidak lengkap sebuah kehidupan andai tiada semua TERKADANG itu.. Fiqah tahu.. dulu sewaktu Fiqah tidak tahu apa-apa.. sewaktu masih mentah.. Fiqah sering berkata.. kenapa Fiqah yang kena hadapi.. kenapa itu kenapa ini.. YA ALLAH.. ceteknya pemikiran Fiqah.. :") tapi sekarang ALHAMDULILAH.. Fiqah mergerti apa itu kehidupan.. kenapa kita terkadang bahagia terkadang tidak.

terkadang Fiqah lemah dalam meniti arus kehidupan.. Fiqah memerlukan pertolongan dari tangan lain untuk memberi Fiqah bahagia.. jika sahabat Fiqah punya pasangan tuk meluahkan masalah.. Fiqah hanya punya blog dan twitter.. di situ Fiqah luah di situ Fiqah semat.. terkadang Fiqah terfikir kenapa Fiqah sering gagal dalam cinta.. Fiqah sering merasa rendah diri dengan sahabat Fiqah.. apa kurang Fiqah.. :") tapi sekarang Fiqah sedar.. belum tiba masanya Fiqah tuk merasai apa itu cinta.. di usia Fiqah yang baru setahun jagung ini belum sesuai untuk itu semua.. kalau dulu Fiqah menaruh impian.. sekarang Fiqah hanya menadah impian.. bukan mengalah.. cuma penat.. penat dengan semua ini :")

di setiap doa Fiqah.. Fiqah sentiasa memohon kepada ALLAH agar mengurniakan tangan seseorang bagi membantu Fiqah meniti arus ini. Fiqah memerlukan seorang pendukung iaitu iman Fiqah bagi membantu Fiqah dari sisi.. :") jika ditakdirkan bertemu jodoh biarlah ia yang terakhir.. walau bagaimanapun Fiqah tak kecewa ataupun sedih.. kerana Fiqah di kurniakan keluarga dan sahabat yang baik hati.. yang sering membantu Fiqah dari belakang.. walau terkadang merasa sunyi.. tapi ia hanya seketika dan mainan perasaan cuma.. kerana Fiqah ada ALLAH tuk mengadu nasib.. meluah rindu dan berkasih sayanag..  DIA tidak pernah leka dalam meluangkan masa nya tuk Fiqah.. malah DIA tidak pernah tidur tuk mendengar luahan hati Fiqah.. syukur ALHAMDULILAH.. kerana Fiqah punya kekasih abadi :D

cukup di sini mengadu cerita.. tak boleh cerita semua.. nanti di kata mencari publitsi pula.. ihik :P budak baru lepasan SPM dah berhati nak berbicara cinta belum tiba masanya nya dik oii.. okey bhai..tak nak cakap lebih.. nanti di boikot pula.. :P HAHA btw doakan kejayaan Fiqah.. agar Fiqah dapat memberikan senyuman bahagia di wajah abah dan mama.. <3>

p.s : di sini Fiqah nak mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua followers blog Fiqah yang sentiasa berkungjung ke blog Fiqah .. terima kasih banyak-banyak sebab sudi menjengah blog Fiqah yang tak banyak ilmu nya nih.. insya ALLAH di lain masa,, Fiqah akan menulis dengan lebih baik dan penuh ilmu nya.. doakan ye.. terkadang Fiqah leka dalam menghargai followers2 Fiqah.. maafkan Fiqah ye.. hanya doa yang boleh Fiqah panjatkan.. nak bagi sumbangan poket nya kering.. hikhik :P terima kasih sekali lagi.. kalau ada idea yang bermanfaat.. kongsi lah.. and lagi satu.. kalau nak Fiqah ubah apa2 dalam blog ini.. bagi tahu.. Fiqah nak followers Fiqah merasa selesa ketika menjejaki blog Fiqah.. :) big hug for you.. much love form me.. :"D 

4 comments: