Tuesday, April 23, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Thiflun :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :D 


Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D


Alhamdulilah.. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi ku peluang tuk meneruskan kehidupan ku di dunia ini.. Terima kasih kerana masih sudi memberikan ku peluang menebuskan kembali dosa-dosa masa lampau ku :") Terima kasih. 

Alhamdulilah.. my aunty safely delivered a healthy baby boy with weight 4.1 kg on Sunday (21.04.2013). I pray for this baby to be a good son and to give pride to his parents someday. Jadilah anak yang soleh dan menyenangkan hati orang tua mu.. Jadilah insan yang dapat menegakkan kebenaran dan menjaga nama baik ISLAM.. jadilah khalifah di bumi ALLAH ini dengan sebaiknya.. agar kamu dapat meraih syurga di akhirat kelak buat kamu dan jugak kedua ibu bapamu jugak buat kedua-kedua abang mu.. be a nice boy..jadilah pemimpin yang adil dan sentiasa lah berdiri dalam landasan yang betul jadikan AL-QURAN dan HADIS panduan hidup :') dan yang paling penting.. jangan tinggal solat tau sayang :") 

sebelum itu.. di sini kak Fiqah titipkan sedikit nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya.. supaya suatu hari nanti kamu boleh menjadikan panduan di dunia agar kamu dapat meriah syurgaNYA di akhirat kelak :") insyaALLAH.

Luqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika berjalan. Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak "

 “ Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu. ”

“ Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain. ”

“ Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. ”



Ahlan Wasahlan Ya Thiflun :D

k dah lah.. cukup dekat situ nasihat dari kak fiqah.. nanti kamu dah besar sikit dah dapat beza baik buruk kamu akan faham apa maksud akak.. dan akak akan tambah lagi nasihat sampai kamu pula yang menasihati akak.. heee ♥ SALAM SAYANG DARI KAK FIQAH. hug you :")



والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment