Tuesday, September 4, 2012

Hidup Ini Penuh Dugaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua :")

hacummmm!!! err maafkan saya.. HAHA :p al-maklumlah blog lama terabai sehingga wujubnya sawang sesemut eh silap sawang labah-labah yang tumbuh dan berkembang dengan pesatnya.. hohoho :P btw Its September right?? fulamakkk berdesupp dia datang.macam kereta F1.. hohoho .. bila dikira dihitung di tambah. di bahagi di darab dan di tolak lagi  sebulan lebih aku nak exam SPM.. tolak cuti hujung minggu cuti hari kemalasan sedunia,cuti lepaking semalaysia and yang seangkatan dengannya. tak gabra pom cuma nak cakap limpa hati usus besar usus kecil dah berada di luar kawasan. tak leh nak berfungsi dengan baik dah..

cakap bab SPM tertiba ingat conversation aku dengan mama.. ia berbunyi seperti lagu cinta muka buku.. eh tak tak.. ia berbunyi begini :

mama : macam mana exam tadi??

aku : hampehh!! berserah ma.. dah cuba yang sedaya yang mampu

mama : tu lah study last minute. cer study awal-awal.. tak ada lah jadi macam tuh

aku : hee.. ye2.. nanti nak ubah

mama : nak ubah bila?? spm kamu lagi sebulan

aku : sebulan lebih ma..

mama : sebulan lebih pun.. its still sebulan.. tak leh ubah.. sempat ke kamu ulang kaji semua subject dari form       1 sampai form 5??

aku : hee.. okey2.. nanti malam nih saya mula ye.. insyallah.. jangan risau

mama : mana tak risau kamu tuh anak bongsu.. abang dan kakak kamu dah berjaya..

aku : Insyallah ma.. ikah akan buktikan

mama : *senyum then pergi dapur masak

errrr bila pikir-pikir balik sempat ke aku cover semua subject dalam masa sesingkat nih?? tuhlah main konda kondi lagi.. kan dah jadi macam nih!! kalau aku bukak speed 5 sejak awal tahun confirm aku punya trial tak macam nih!!! nak salahkan sapa?? kalau nak salahkan ibu mengandung memank tak ah. sebab memank salah aku.. yewlah.. terlalu asyik dengan kemewahan dan keasyikan dunia.. fish ball betul.. nih kalau nak menangis air mata ke darah memank tak akan memberi apa-apa impak ah..!!! 

tak leh jadi!! mulai saat detik ketika minit masa dan jam ini owh hari dan bulan jugak tidak ketinggalan aku harus malah wajib mentelaah buku kalau boleh nak pergi pasar and bantu mama masak pom aku nak  kena bawak buku!! masa dah suntuk!! berdasarkan cara dan pemahaman aku masa exam dua tiga empat lima hari nih masih banyak yang aku lupa.. owh sadis.. sampai formula math pom habis tunggang langgang.. hancur musnah nak dapat A math kali nih.. owh sadis.. mahu menangis air mata darah cikgu math aku.. yelah.. ye ye jer janji nak dapatkan A tuk kali nih sebab selalu dapat B.. dia siap target aku A+.. mampus aku.. mahu dia meraung masa tanda kertas jawapan aku nanti.. TAPI mintak-mintaklah sewaktu dia menanda kertas jawapan aku tuh dia berada dalam keadaan yang baik baik sahaja.. maksud aku tenang dan selesa.. :")

so bila kita berada di dunia yang bersifatkan sementara nih memank banyak lah kan dugaan dia.. masa kecik dugaan dia asyik nak beli mainan tapi mama abah tak kasi sebab mainan dekay rumah dah bnayak sampai dah tak termain di buatnya.. and masuk sekolah rendah asyik gaduh dengan kawan sekelas sebab berebut pemadam.. yang itu kata pamadam dia yang ini kata pemadam dia.. and bila masuk sekolah menengah dah mula dah nak berkecimpung dalam kecintaan monyet-monyet sedunia, sampai nasihat mak ayah dah tak di endahkan pelajaran di ketepikan.. and bila kena hadap peperiksaan besar yang menentukan masa depan kita mula lah nak mengelabah gila baban sampai pengsan sebab takut gagal dalam exam and masa tuhlah baru nak cakap "eh menyesal aku tak study awal-awal"  haa masa tuh tak leh nak cakap apa dah.. habis duk gila meroyan tak tentu pasal. aihhh mintak jauh.. ku mohon perkara sebegitu tidak terjadi kepada diriku.. ku mohon :") 

dah tak nak cakap banyak nanti korang bosan.. lagipun banyak lagi benda aku nak kena buat nih.. walaupom esok aku free I mean tak dak exam.. aku kena study for next day.. killer paper.. ^_^ nantilah aku ada masa free aku update lagih.. kan taip panjang2 tak nak baca pulak..hmmm sebelum tuh aku mintak jasa baik korang doakan kejayaan aku dalam exam trial nih.. jasa baik korang amatlah di perlukan.. 



p/s : Tuhan ada berkata " dia tidak akan mengubah nasib seseorang hambanya melainkan hambanya sendiri berusaha untuk mengubahnya " percayalah kepada kun faya kun .. InsyAllah mudahlah segala urusan mu di dunia ini :") 




No comments:

Post a Comment