Saturday, August 10, 2013

Salam Aidilfitri Akhi dan uhkti :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 




Alhamdulilah.. syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana memberi peluang kepada Fiqah dan keluarga jugak buat semua umat islam di dunia ini menyambut syawal pada tahun ini.. syukur Ya ALLAH.. 

Syukur jugak kerana Fiqah masih lagi boleh beraya di samping mama abah dan keluarga yang lain.. kerana ada banyak di luar sana yang beraya tanpa insan tersayang dan istimewa di sisi bersempena dengan syawal kali ini. YA ALLAH sungguh besar ujian mereka.. maka kau tabahkan lah hati mereka YA ALLAH.. andai Fiqah di beri kekuatan dan kelebihan akan Fiqah meraikan syawal ini bersama mereka semua di seluruh dunia yang tiada insan istemewa di sisi.. berkongsi keluarga Fiqah dengan mereka agar mereka dapat merasa kebahagian menyambut syawal ini seperti mana Fiqah rasa.. ia Fiqah tahu ia tidak sama tapi sekurangnya mereka tidak terasa sunyi dan sedih.. :") 

Fiqah bukan nak tunjuk baik.. tapi cuma ingin berkongsi rasa.. bukan untuk riak tapi cuma ingin menabur jasa :") kita hidup di dunia bersaudara.. walau lain emak lain ayah lain atuk lain nenek tapi kita ini semua saudara.. saudara seislam.. jangan ada benci.. mana lah tahu di syurga nanti kita jiran.. :") 

raya tahun ini tidak lah meriah mana. tidak lah semewah mana.. kami sekeluarga cuma bersederhana.. bangun seawal pagi di pagi Syawal mandi sunat hari raya.. makan sedikit sebagai alas. bergerak ke masjid untuk solat hari raya. pulang ke rumah kembali duduk beratur menunggu giliran bermaaf-maafan sesama sendiri.. menangis.. drama semua ada.. :") makan rendang buatan mama tersayang beramai-ramai dan bergerak ke kubur arwah nenek atuk dan bapa saudara belah mama. suatu acara wajib setiap kali syawal menjelma.. rutin yang sama.. tidak pernah diubah dan insyALLAH ia akan tetap begitu sehingga hujung nyawa.. insyaALLAH.. mudah - mudahan.. 

" tapi kalau boleh.. menziarah kubur tu kalau boleh jangan lah sekali setahun jer.. sewaktu aidilfitri aja.. tapi cuba istiqomah kan sebulan sekali ke..2 bulan sekali ke.. kalau boleh.. kalau tak boleh.. setahun sekali pom boleh asal jangan tak pergi langsung.." itu pesanan abah Fiqah sebenarnya.. Fiqah cuma sampaikan.. hehe :) 

selepas pulang dari kubur.. kami tidak akan ke mana.. kami pulang balik ke rumah menunggu tetamu yang nak datang.. bukan open house atau apa.. siapa nak datang.. datang aja.. insyaALLAH rumah kami sentiasa terbuka menunggu kedatangan tetamu.. :) ubukan sekadar pada hari raya sahaja.. hari-hari lain pom begitu jugak.. cuma tak de lah rendang apa semua tu.. hehe

raya kedua juga begitu.. bersiap awal pagi bergerak ke kubur belah abah pula menziarahi arwah nenek dan atuk abah.. kemudian pulang ke rumah duduk menanti tetamu yang hadir.. hehe.. raya kami sangat simple.. kenapa tak menziarah rumah pak sedara mak sedara yang lain? jawapan dia senang.. saudara yang lain ramai berada di kuala lumpur.. jadi susah lah sikit nak berjumpa.. melainkan kalau korang nak sponsor tiket dekat kami.. haha :P yang tinggal dekat kelantan nih berapa kerat jer.. semua datang berkumpul rumah Fiqah kerana mama abah Fiqah adalah yang paling tua makanya rumah kami lah jadi singgah sana nya.. :) 

dan hari nie.. hari raya ke tiga.. hanya duduk di rumah goyang kaki makan kuaci tonton kuch kuch hota hai sambill buat assginment yang bertimbung like a bosssss :3 al-maklum lah esok dan bertolak ke Muadzam Shah Pahang dah. Fiqah cuma cuti raya seminggu jer.. sedih kan sedih kan.. tak sempat nak jumpa pap saudara yang duk kolumpor yang nak balik lusa.. sob sob sob :")

tapi tak apa lah.. insyaALLAH lain masa kita jumpa.. owh sebelum Fiqah undur diri jom usha gambar raya sikit.. hehe.. :) btw Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.. Maaf Zahir dan Batin andai sepanjang Fiqah menulis di blog ini ada menyinggung kan hati kalain.. yang buruk datang dari Fiqah sendiri yang baik datang dari ALLAH S.W.T :) Assalamualaikum akhi dan ukhti. 


with my anak fruits Farisha Humairah on first of Syawal :) 

again with her.. love her so much.. 
peplum from JW boutique at KB MALL kelantan
tudung bawal from Aidijum 


with friends sejak sekolah rendah ada sekolah menengah pom ada.. miss you guys so much.. till we meet again okey? :")  on second of Syawal



them again.. 
peplum from JW Boutique also.. 
tudung bawal from Aidijuma..
love this dress a lot.. :") 


 me with sengex version

 its to cute right. moga terus istiqomah sayang.. love u

my hero till jannah with his cucu Farisha.. Abah :")


my soul.. my tears my everything.. MAMA :") love u mom

okey.. thats all.. Till we meet again 


No comments:

Post a Comment